Rabu, 28 September 2011

Setiausaha Kerajaan Terengganu Yang Memalukan...

Ingatkan Ambe je perasan tulisan dalam The Sun mengenai Datuk SUK Terengganu yang tidak tahu membuat pembentangan dan sidang media dalam bahasa Inggeris.

Rupa-rupanya blogger Zabidi juga memuatkan kritikan beliau yang lagi pedas dengan tajuk "SUK Terengganu Memalukan'.

Baca apa yang ditulis Zabidi melalui blognya Catatan Zabidi:

  SUK Terengganu Memalukan

Semalam kolumnis The Sun, R.Nadeswaran menulis bahawa satu majlis di London yang mahu mempromosi Terengganu sebagai destinasi pelancongan amat memalukan. Bukan sahaja Setiausaha Kerajaan(SUK) Terengganu, Datuk Mazlan Ngah yang buat presentation dalam bahasa Inggeris yang amat berterabur dengan grammar dan sebutannya malah presentationnya tidak well-prepared.

Lebih memalukan bila beliau tidak faham soalan yang diajukan oleh wartawan London yang menyebabkan tujuan Terengganu untuk menarik pelancong London ke sana gagal. Apa kena mengena lapangan terbang Sultan Mahmud adalah landasan ketiga terpanjang di Malaysia dengan usaha menarik pelancong ke Terengganu.

Saya teringat kepada seorang rakan yang bercerita bagaimana pegawai UPEN Terengganu gagal meyakinkan pegawai MOF, pegawai EPU kenapa Tasik Kenyir perlu dijadikan kawasan bebas cukai dalam mesyuarat sulung yang dipengerusikan oleh KSU Kementerian Pelancongan tidak lama dahulu.

Pegawai UPEN dikatakan tidak prepare presentationnya menyebabkan dia dibalun oleh pegawai MOF, EPU, Kastam dalam mesyuarat tersebut.

Dua peristiwa di atas jelas menunjukkan betapa rendahnya standard pegawai TCS. Kalau SUK sebagai pegawai no.1 TCS gagal meyakinkan pelancong dalam bahasa Inggeris, apatah lagi pegawai junior UPEN dalam mesyuarat pembangunan Tasik Kenyir.

Oleh itu dalam pengambilan TCS yang akan datang,Suruhan Perkhidmatan Negeri (SPN) perlu mengambil calon TCS yang tahu bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Bahagian sumber manusia di pejabat SUK perlu memberi kursus intensif enam bulan kepada setiap pegawai TCS supaya mereka dapat buat presentation dalam Bahasa Inggeris.

Pengambilan calon TCS di Terengganu hendaklah diambil berdasarkan merit dan jangan diambil kerana kroni atau sokongan YB. Yang menjadi masalah setiap YB ada calonnya walaupun calon itu tak tahu bahasa Inggeris. Oleh kerana dia anak penyokong kuat YB, maka dia dipilih sebagai TCS.

Saya masih ingat pada tahun 1984, saya adalah peserta teraktif calon TCS yang dihantar berkursus di Pupuk Semangat Terengganu. Tetapi oleh kerana saya tidak kenali Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad pada masa itu, saya tak dapat jadi TCS. Sebaliknya dua pupu saya, aruah Othman Awang (bekas calon BN Wakaf mempelam 2008) setiap hari berulang alik ke rumah Exco, Datuk Abu Bakar Daud maka beliau dapat jadi TCS.

Ketika itu calon TCS yang berkursus dengan saya di Pupuk Semangat ialah Haji Azmi Razik (Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan), Wan Harujan (CEO Maidam), Haji Talaha dan Kamarul Amin Ismail (Pengurus Besar Yayasan Islam Terengganu).

Pada tahun 2007, sekali lagi saya memohon TCS. Kali ini semua calon dipanggil ujian bertulis.Bila lulus, baru dipanggil berkursus di INTAN Kemaman.Di sini kami kena buat presentation dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sambil kami dinilai oleh pegawai kanan TCS. Bila lulus di INTAN Kemaman, baru dipanggil interbiu.

Walaupun saya dapat surat sokongan dari Setiausaha Politik PM, Datuk Othman Desa, sekali lagi saya gagal kerana dikatakan saya sudah tua jadi TCS. Masa mohon tak tulis pula umur 48 tahun sudah tak layak jadi TCS.Sebaliknya ada juga calon yang gagal dalam peperiksaan TCS dapat jadi TCS kerana dia rapat dengan Datuk Seri Idris Jusoh.

Oleh itu SPN kena telus. Pilih calon yang berwibawa dan yang tahu berucap dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Peristiwa yang berlaku di London amat memalukan rakyat Terengganu. Kalau di negeri lain, SUK sudah letak jawatan.

Oleh yang demikian bahagian sumber manusia SUK perlu hantar pegawai TCS berkursus bahasa inggeris setiap masa supaya peristiwa di London tidak berulang lagi.

Bersama-sama ini disiarkan kembali tulis Nadeswaran itu untuk renungan kita bersama supaya semua TCS di Terengganu ambil iktibar dari peristiwa London:-

 Quality Cotrol Anyone?


Journalists are purveyors of the news – good or bad, negative or positive. The phrase "don't shoot the messenger" has been over-used because when the truth is laid bare, it hurts and the finger is pointed at the courier and not the originator.

It becomes more painful when another over-used phrase – "he has an agenda" is added to the moaning and groaning. If questions are asked at a public function, spin doctors and the like would ask: "Why is he embarrassing the country in front of foreigners?"

So, when the invitation to a media conference in Central London on promoting Terengganu as a tourist destination, arrived, the mind tells itself: "Play dumb and just make your observations and conclusions impartially."

Judging from the list of attendees at the entrance to the hall, the invitation list read like an extract from "Who's who of Malaysians in London". There were officials from the High Commission, Bank Negara, the Trade Office and even the private sector.

The gentlemen from Malaysia looked resplendent in their dark suits with matching ties. But then, there were just 10 "outsiders" – three Malaysian journalists, two from UK-based trade publications and travel agents making up the rest. To say that Malaysians outnumbered the Londoners would be more than a fair statement.

A couple of minutes into what was supposed to be a presentation on the state's attractions, the murmurs in the audience started and soon ended up in a group discussion among members of the trade.

For a good 20 minutes, the state secretary went from proposals for a bird sanctuary to the time that will be cut for road journeys between Kuala Lumpur and Kuala Terengganu. In between, there was talk about looking for foreign investors for tourism projects.

Never mind the grammar, phonetics and pronunciation. The presentation was neither rehearsed nor prepared; the delivery was poor; and they lacked passion and the only consolation was that the travel writers from the national press were conspicuously missing. Had they been there, they would have taken the mickey out of the afternoon's experience.

The only key message that this scribe took away was: "We have the third longest runway in Malaysia after KLIA and Subang." As if this really mattered.

At the Q & A which followed, the first of the two questions hit the presenter in the face: "Are you organising any fam-trips?" (familiarisation trips for travel agents and journalists). The presenter looked stunned, not understanding what the question meant.

After conferring with his officer, yet another over-used phrase sprung out as if a button had been tapped on the computer which relayed the message to the mind: "We will look into the matter."

As predictable as the sun rising in the east, no Malaysian event – at home or abroad – would be complete without teh tarik and kuih-muih. It was time for a tea break where the visiting officials, travel agents and journalists would be able to exchange views and take the subject further. It was not to be.

The Malaysians were huddled in a corner of their own perhaps discussing politics back home. The situation was saved by London-based Tourism Malaysia officers who took the opportunity to expand their network and giving some facts on the east coast neglected, no thanks to bungling and ill-prepared presentations and promotions.

In whispered conversations, the presentation was discussed. Why is that we always shoot ourselves in the foot and then blame the media for all the harmful and depressing reports? Why could not have someone told the state secretary that he should just do the opening address and leave it to someone else to make the presentation?

The answer was short and curt: "It's not Malaysian culture to tell the boss that he is not up to the mark." So, the errors, misgivings, blunders and boobs keep being repeated. The boss knows he made a mockery but he continues because no tells him that he had been a disaster on the podium.

Everyone who made the 20,000km round-trip (first or business class) is happy, shopping has been done, the mission may have been completed but not accomplished and there's time yet for chest-thumping and shout "Malaysia Boleh". Was anyone aware of yet another over-used phrase – quality control? Not a single soul from the rombongan, judging from the 20-minute experience and reception that followed.

R. Nadeswaran continues to be a keen observer of Malaysians and everything Malaysia in the United Kingdom. 


He is theSun's UK correspondent based in London and can be reached at: citizen-nades@thesundaily.com

Selasa, 27 September 2011

Apabila SUK Terengganu Tidak Fasih Berbahasa Inggeris

 
Memalukan negeri Terengganu sahaja.

Datuk Mazlan Ngah rupa-rupanya tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Bukan sahaja pembentangan beliau pada satu majlis di London tergagap-gagap dan tidak difahami peserta, menjawab soalan pun tidak tepat dan di luar perspektif sebenar.

Bukan dengan ‘Mat Salleh’ pun . Pada majlis yang dihadiri tidak sampai pun 20 orang (kira-kira 5 orang rakyat Malaysia), beliau tergagap-gagap menyampaikan pembentangan dan menjawab soalan.

Tidak bersedia? Kenapa datang dan mahu menjawab soalan wartawan pelancongan?

Lebih buruk, majlis yang sepatutnya menjadi medan menerangkan hasrat Terengganu membangunkan pelancongan akhirnya menjadi majlis perbincangan biasa.

Nasib baik ada pegawai Tourism Malaysia yang membantu menerangkan beberapa perkara.

Kerajaan Terengganu berbelanja ratusan ribu ringgit menghantar rombongan berkenaan ke London. Apa hasilnya?

Yang pasti, bukan sahaja matlamat gagal untuk menjelaskan hala tuju pelancongan Terengganu tetapi menyerlahkan seorang SUK yang gagal berbahasa Inggeris dengan baik!

Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) pilih orang macam ini untuk mewakili Terengganu ke persidangan besar seperti ini.

Lain kali tak payahlah taraf SUK kalau dah ‘tok rok cetong’....pilihlah pegawai biasa untuk buat pembentangan dan orang besar seperti SUK tu pergilah makan angin . Tumpang sekaki lebih baik....

Kesian kat sistem pentadbiran 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' Terengganu....

Isnin, 26 September 2011

Berambus Kau Hambali...Kau Bukan Rakyat Teganu

 Berambuslah kau cepat. Mad Said tok nak ke mu doh.!(Gambar ini Ambe ambil dari fb Hambali)
 
Padan dengan mukamu Hambali!

Itulah yang Ambe nak cakap sejak dua tiga minggu lalu. Ada Ambe tulis di blog ini mengenai Hambali Abdul Latiff dan tuagsnya di Manis Fm.

Sebenarnya sebelum ini Ambe tak berani nak tulis sebab tak confirm. Kini dah confirm.
Macam ni….Setaiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah pada suratnya bertarikh 11 September 2011 (13 Syawal 1432) kepada Setiusaha Syarikat, Husa Network Sdn Bhd, pemilik stesen radio Manis Fm menyebut perkara berikut:

1. Memaklumkan bahawa Tuan Haji Che Rani Mohd sebagai Pengarah dan Pengarah Eksekutif Husa Network Sdn Bhd; dan

2. Beliau meminta satu resolusi perlantikan Che Rani dan Encik Mahari Ab Rahman sebagai Pengurus Besar bagi kelulusan Lembaga Pengarah.

Siapa Lembaga Pengarah? Siapa lagi kalau bukn orang kepercayaan Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) iaitu Datuk Wan Ahamad Wan Muda dan Haji Abdul Rahman Yahya.

Menariknya dalam surat itu yang Ambe tengok daripada seseorang, Wan Ahamad juga ialah Pengerusi Lembaga Pengarah.

Ini lagi sedap ceritanya.

Hambali bukan sahaja dihumban ke longkang oleh Mad Said dan Mazlan dalam Manis Fm, malah pengumuman oleh Wan Ahmad kepada ketua-ketua jabatan yang berkaitan di bawah Pejabat Menteri Besar bahawa Hambali sebagai Pengerusi sudah dibatalkan.

Jelas pada surat Mazlan menyebut Wan Ahamad kini Pengerusi, bukan Hambali.

Persoalannya, bagaimana Mad Said boleh ubah keputusan sedemikian rupa dan begitu cepat.

Sedangkan kira-kira sebulan lalu, Wan Ahamad dalam satu mesyuarat memberitahu pegawai daripada Terengganu Inc. dan juga Lembaga Pengarah (Wan Ahamad dan Abdul Rahman) bahaw Hambali ialah Pengerusi.

Perkara ini Setiausaha Akhbar , Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik Menteri Besar pun tahu.
Jelas doh, Hambali tu dah nak mampus. Biar dia rasa dan tahu warna sebenar kawannya Mad Said tu.

Perkara sebegini bukan berlaku kepada Hambali je….ada kawan-kawan lain dah kena dengan Mad Said tu.

Makin jelaslah bahawa Hambali memang akan lenyap dari Terengganu November ini.
Kalau Mad Said tak pecat pun, Hambali akan melepaskan jawatannya kerana ini satu tindakan memalukannya.

Sekali lagi, padan mukamu Hambali. Tulah berlagak sangat, tak sedar diri.

Berambuslah kau ke Besut atau balik Kuala Lumpur.Kamu bukan anak Tganu dan memang kau bukan asal Teganu.

Tahniah kerana keberanian Mazlan dan ketegasan Mad Said!

Lawatan Muhyiddin ke Dungun - Pok Li Cantas Matulidi, Mad Said Buat Tak Tahu Je!

Benarkah kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arena Square, Dungun kerana perbuatan sabotaj Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan terhadap Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh?

Pada ucapan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin pada majlis Ramah Mesra dan Jamuan Aidilfitri di Dataran Padang Merdeka, Sura, Dungun, 20 September lalu, beliau menyeru setiap pemimpin setempat perlu menjaga hubungan baik dengan rakyat supaya mudah untuk mewujudkan suasana bersatu padu, mudah berbincang dan berfikiran terbuka.

Menurut laporan Teganukita, turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Norliza Mahmud; Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Awang; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Datuk Zaabar Mohd Adib dan Dr A Rahman Mokhtar.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Datuk Din Adam dan Adun Paka, Zakaria Abdullah.

Ini bermakna Matulidi tidak hadir bersama-sama lebih 15,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat yang memeriahkan program yang turut diserikan dengan pelbagai nyanyian lagu Aidilfitri dan hidangan makanan tradisional Terengganu.

Persoalannya, kenapa pula Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said tidak campur tangan?

Apakah beliau masih menunjukkan kesayangannya yang amat sangat kepada Rosli yang bergelaran Dr (dibeli atau anugerah) itu?

Ahmad Said tidak sepatutnya membiarkan pertelingkahan terus berlaku lebih-lebih lagi dengan kedudukan Barisan Nasional kini tidak stabil di Terengganu.

Sejak beberapa hari lalu, ada pihak mendapat salinan surat menyatakan program tersebut sepatutnya diadakan di KETENGAH berdasarkan permohonan ahli parlimen Dungun itu kepada TPM.

Tetapi, program tersebut dicantas oleh Ketua Umno Bahagian Dungun itu dan diadakan di 'Arena Square' dalam bandar Dungun.

Lebih mengejutkan, ia diadakan di DUN Sura yang mana Rosli adalah Pegawai Pembangunan DUN berkenaan yang kini dimenangi PAS.

Apakah kedatangan Muhyiddin berkenaan adalah petanda Rosli akan bertanding di DUN berkenaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramly dipetik oleh blog pembangkang Terengganu menyebut: "Hari ini orang beri saya (satu) surat, kes ini sebb nak ajak TPM ke Dungun 20hb baru ni, dalam surat ini jemput TPM ke majlis pecah tanah yag dijadualkan bertempat di tapak projek di KETENGAH.

"Tiba-tiba Ketua Umno Bahagian (Dungun) 'kerat' bawa mari (TPM) berjamu di tempat Arena Square,"jelasnya.

PAS melihat perbalahan yang terus berlaku di kalangan pemimpin Umno di negeri Terengganu menyebabkan pembangunan dan kemajuan tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Contohnya dalam program yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri itu pada 20 September lalu, Ahli Parlimen Dungun tidak hadir kerana berbalah dengan Ketua Umno Bahagian Dungun.

"Ketua (Umno) Bahagian Dungun dangan ahli parlimen Dungun tidak 'berlaga daun', itulah saudara tengok pelik gambar (program) di Dungun ini,

"Gambar (sekiranya) ada ahli parlimen (ada) tidak ada (gambar) Ketua Bahagian, gambar (kalau) ada Ketua Bahagian (tidak ada (gambar) Ketua Bahagian,"katanya dalam majlis ceramah sempena Hari Keluarga DUN Sura, pada Sabtu 24 September.

Kedudukan ini mudah diambil peluang oleh PAS apabila Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Dungun menyeru supaya rakyat Dungun supaya menukar kerajaan dalam pilihanraya umum yang akan datang untuk melaksanakan pembangunan yang lebih baik.

Perbelanjaan Defisit & Hutang Awam Melebihi RM1b...MEMBIMBANGKAN!


Kita kini menunggu analisis Ketua Audit Negara terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Terengganu 2010.

Untuk 2010, Kerajaan Negeri diminta merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemat selaras dengan dasar Kerajaan Negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Selain itu, tindakan berterusan perlu diambil untuk mengutip tunggakan hasil dan tunggakan bayaran balik pinjaman kepada Agensi Negeri.

Walaupun pada akhir tahun 2009 ia berada pada tahap memuaskan namun dibimbangi sangat ialah kecairan tunai semasa Kerajaan Negeri adalah rendah kerana aset semasa tidak dapat menampung jumlah tanggungan semasa.

Kedudukan Wang Tunai Kerajaan Negeri menunjukkan penurunan dari tahun 2007 hingga 2009.

Sehingga akhir tahun 2009, Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri telah mencatat penurunan sejumlah RM164.20 juta atau 40.6% kepada RM240.45 juta berbanding RM404.65 juta pada tahun 2008.

Manakala Akaun Hasil Disatukan mencatatkan defisit pada tahun 2009 sejumlah RM274.05 juta menjadikan defisit terkumpul meningkat kepada RM699.01 juta berbanding RM424.96 juta pada tahun 2008.

Walaupun jumlah perbelanjaan menurun sejumlah RM5.04 juta tetapi penurunan ini kurang berbanding penurunan hasil yang berjumlah RM132.55 juta pada tahun 2009.

Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan sebagaimana tahun 2008 bagi menampung defisit tersebut. Kerajaan Negeri juga telah melupuskan kesemua Pelaburan Am berjumlah RM6 juta bagi menampung perbelanjaan.

Penyata Akaun Memorandum menunjukkan Aset Kerajaan yang terdiri daripada Pinjaman Boleh Dituntut, Pelaburan dan Tunggakan Hasil berjumlah RM455.58 juta tidak dapat menampung Tanggungan iaitu Hutang Awam yang berjumlah RM1.01 bilion.

Bagaimanapun, jumlah Pinjaman Boleh Dituntut telah menurun sejumlah RM8.72 juta atau 2.6% menjadi RM328.01 juta pada tahun 2009, manakala Tunggakan Hasil telah mengalami penurunan sebanyak 16% atau RM1.91 juta kepada RM10.02 juta.

Apakah kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said dan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah sudah mengambil langkah-langkah yang dinasihati Ketua Audit Negara ini?

Sabtu, 24 September 2011

Awang Tera Ajak Rakyat Australia Main Gasing & Sepaktakraw Bulatan

Mohamed Awang Tera ni tak habis-habis dengan cerita promosinya…

Sebelum ini kononnya batik Terengganu akan terkenal di Eropah dan beliau bertbelanja sakan wang kerajaan negeri kononnya promosi batik ke Eropah.

Beraya sakanlah pasukannya, termasuk pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), khususnya Azmi Razik melancong di sana.

Kemudian promosi barangan Terengganu di Asia Barat umpamanya produk makanan di Dubai, Februrai lalu dan promosi yang tidak habis-habuis di kota lain di dunia kononnya mempromosi barangan Terengganu.

Malah, sudah jadi gurauan Exco Kerajaan Negeri bahawa Awang Tera ini jenis mempromosi diri dengan harapan dapat melancong atau ke luar negara dengan cara promosi berkenaan.

Ramai tertanya-tanya kedudukan sebenar rangkaian kedai T’Shoppe, D Muara Liva Seafood (gambar kiri Menteri Besar rasmi D Muara) dan banyak lagi yang dikeluarkan melalui idea gandingan Awang Tera – Azmi Razik.

Kelmarin beliau menyebut Kerajaan Negeri akan memperkenal lima jenis produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada Perth Royal Show 2011 di Claremont Showground Australia, dari 1 hingga 8 Oktober ini.

Katanya, di Australia, khususnya di Perth yang mempunyai lebih 20,000 rakyat Malaysia, merupakan pasaran besar bagi YPU untuk produk IKS.

Pertanyaan ialah nak ajak rakyat Australia atau rakyat Malaysia di sana untuk makan keropok, pakai batik dan main gasing serta wau?

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Ba:ndar, Usahawan dan Koperasi negeri itu berkata Kerajaan Negeri akan diwakili Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) pada pameran itu.

“Kita harap produk terbabit akan menembusi pasaran Australia pada masa akan datang,” katanya. Harapan…dah berapa banyak tinggal harapan di sana.

Seperti juga harapannya untuk menang di DUN Cukai….asyik tinggal kawasannya, Badan Perhubungan UMNO pun bimbang dengan gelagatnya. Banyak pihak meramalkan Awang Tera akan kecundang jika benarkan beliau bertanding.

Kini Awang Tera kata lima produk IKS yang akan diperkenal oleh Kerajaan Negeri pada program itu ialah keropok lekor sejuk beku, keropok kering, kraftangan, tekstil, jus rozel dan ikan sardin.

Cerita pasal nak promosi keropok, jus rozel,kraftangan ni dah muak mendengarnya…Selain itu kata Awang Tera, pihaknya juga akan membawa beberapa jenis permainan tradisi seperti wau bulan, gasing, sepaktakraw bulatan serta demonstrasi batik.

Mohamed berkata penuntut Malaysia di Australia akan digunakan untuk memjayakan demonstrasikan permainan tradisi tersebut.

Letih mendengar mulut Awang Tera ini…dan akhirnya beliau mengatakan Terengganu juga akan memperkenal industri pelancongan bagi menarik pengunjung ke negeri itu.

Kali ini delegasi kerajaan negeri yang akan membelanjakan duit rakyat untuk
melancong terdiri daripada 13 pegawai, selain usahawan.

Jumaat, 23 September 2011

Hambali Akan Lenyap Dari Bumi Terengganu Pertengahan November?

Sebelum ini Ambe bercerita mengenai Hambali Abdul Latiff  tentang ‘Apa Dah Jadi Dengan Hambali di Manis fm?

Dan khabarnya kedudukan sebenar Hambali bukan sekadar tidak menentu di Manis fm tetapi mungkin kontraknya sebagai Penyelidik Kanan Kepada Menteri Besar tidak disambung.

Dengar ceritanya Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) tidak memerlukan khidmat beliau lagi dan kontraknya yang tamat pada November ini tidak akan diperbaharui.

Ambe dengar ada yang bercakap pakar berikut:

1.    Hambali bukan lagi dalam kalangan penasihat Mad Said. Kini di Tingkat 16, Mad Said hanya percaya dan sayangkan Setiausaha Akhbar yang juga Pengerusi Percetakan Islam, Rosli Zakaria dan Setiausaha Sulit Kanannya, Azman Ghani dan semestinya Wan Ahmad Nizam (Setiausaha Politiknya);

Hambali dikatakan tidak dilayan malah untuk bertemu Mad Said pun sukar. Khabarnya Menteri Besar sudah memberitahu Azman dan Setiausaha Sulitnya, Normah agar jangan memberi ruang Hambali bertemunya;

2.    Hambali juga kini tidak kelihatan beriringan dengan Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang selama ini menjadi orang yang mempertahankan sebarang tindakannya kerana MB memberitahu bekas Setiausaha Sulit Kanannya itu jangan benarkan Hambali ‘berlegar bebas’ di Tingkat 16.

Hambali juga mungkin diminta berpindah dari pejabat yang diperuntukkan kepadanya di Unit Komunikasi Negeri (UKOM) di Jalan Pejabat.

Malah dikatakan juga Hambali tidak lagi mendapat ruang meletakkan kereta yang dipinjamkan kepadanya di UKOM dengan membenarkan kakitangan UKOM hingga ke pangkat rendah meletakkan kereta di ruang yang dikhaskan untuknya. Tujuannya untuk beliau cepat berundur dan meninggalkan UKOM.

Cara halus ini dikatakan dimainkan peranannya oleh Pengarah UKOM, Haji Shamsuddin Sulong dan timbalannya, Ruslan  Ab Rahman berdasarkan arahan Wan Ahamad.

3.    MB kini lebih percayakan Pengarah Unit Pengurusan Maklumat negeri, Encik Che Abd Rani Mohd daripada Hambali dan kerana itu beliau dilantik sebagai Pengarah Eksektif Manis fm dan membiarkan Hambali terkapai-kapai.

Walaupun Abd Rani tidak ada ‘ilmu dan pengalaman’ menggendalikan stesen radio tetapi MB sanggup ketepikan Hambali dengan melantik Che Rani dan Encik Mahari sebagai Pengurus Besar.

Langkah ini dilihat sebagai usaha awak menyisih Hambali.

4.    Di kalangan penjawat awam, orang paling tidak selesa dan tidak senang dengan Hambali ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang melihat  Hambali sebelum ini rapat dengan Wan Ahamad. Malah Mazlan juga mengarahkan Wan Ahamad tidak lagi ‘mengambil tahu atau ambil kisah’ mengenai Manis fm walaupun Wan Ahamad masih Pengarah Husa Network Sdn Bhd, iaitu syarikat yang memiliki Manis fm.

Mazlan dikatakan meminta persetujuan MB terlebih dahulu sebelum melantik Che Rani. Walaupun Hambali dikatakan mahu dilantik sebagai Pengerusi (bukan Eksekutif), Mazlan hingga hari ini tidak mengeluarkan sebarang surat perlantikan untuk Hambali.

Dengan kedudukan kontrak Hambali tinggal dua bulan lagi, tidak mungkin Hambali akan menjadi Pengerusi Manis fm!

Menariknya, pada perasmian bangunan Terengganu Inc., di Cendering dekat Taman Permintjaya ( Ambe rasa tidak jauh dari rumah Hambali sewa) Khamis lalu, usahkan kelibat, baying Hambali pun tidak Nampak.

Sepatutnya Hambali datang kerana bukan sahaja ia majlis Hari Raya tetapi MB merasmikan bangunan pentadbiran Terengganu Inc berkenaan.

Ambe tidak mahu masuk campur tetapi berdasarkan satu  posting dalam Teganukini sebelum ini, Hambali yang diberikan peranan besar sebelum ini kini hampir lenyap sama sekali.

Apakah tenggelamnya Hambali di Manis fm ini sebagai isyarat yang beliau juga akan hilang dari carta pegawai di Pejabat MB Terengganu di Tingkat 16?

Sama-sama kita tunggu dan tunggu juga perkembangan mengenai Manis fm berikutnya…..

Isu Royalti - PAS Ungkit Usul Awang Jabar Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000

PAS Terengganu minta rakyat maafkan Allahyarham Datuk Awang Jabar kerana usulnya pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, royalti minyak dihentikan oleh Kerajaan Pusat kepada Terengganu.

Kata seorang pemimpin PAS: "Malangnya kerana usul dari UMNO Terengganu itu sendiri entah apa sebabnya. Usul penarikan royalti ini telah dibawa oleh Datuk Awang Jabar sendiri, Ketua UMNO Bahagian Dungun ketika itu didalam perhimpunan Agung Umno pada tahun 2000 di PWTC, Kuala Lumpur. Saya meyakini, pimpinan PAS yang dipimpin oleh Tuan Guru Presiden serta pimpinan PAS Terengganu yang memikul amanah mentadbir negeri Terengganu ketika itu tidak ralat untuk memaafkan allahyarham. Mereka mempunyai jiwa besar. Sekian lama dididik dan ditarbiyyah dengan tarbiyyah Islamiyyah, nescaya tiada dendam dalam menegakkan perjuangan apatah lagi beliau juga sebagai tokoh agamawan. Tiada musuh individu dalam perjuangan Islam. Apatah lagi kehidupan sentiasa silih berganti kealpaan dan kelupaan."

Tanpa menyatakan di atas rasional apa royalti itu ditarik, pemimpin PAS bagaikan menyalahkan UMNO sedangkan hakikatnya penarikan royalti itu kerana gelagat pemimpin PAS negeri ketika itu.

Baca tulisan berikut untuk mengetahui dengan jelas sikap pemimpin PAS yang suka mengungkit kisah lama Allahyarham yang meninggal dunia Selasa lalu.

Sikap pemimpin PAS yang berdendam menggambarkan betapa mereka tidak bercirikan pemimpin Islam kerana pada ketika meminta rakyat Terengganu memaafkan Awang Jabar, beliau cuba menaikkah kemarahan dan kebencian rakyat, khususnya penyokong PAS kerana menyebabkan penarikan royalti itu.

Baca kenyataan berikut dan fikirkan: "Biasanya bila ada kematian wakil simati mengumumkan supaya dimaaf atau dihalalkan segala salah dan silap. Jika ada hutang piutang harap dituntut daripada waris si mati. Tetapi bagaimana kalau kesalahan itu melibatkan rakyat. Apakah rakyat memaafkannya? Setiap dosa yang melibatkan manusia perlu mendapat kemaafan manusia sebelum bertemu Allah Swt. pastinya walau tahap mana kekayaan kita, walau tinggi mana pangkat dan kuasa kita dan walau ramai mana anak-anak maupun pengikut kita, pastinya kita akan kembali kepadaNya jua."
Tajuk asal - Belasungkawa: Harap rakyat Terengganu maafkan Datuk Awang Jabar (21 September 2011)

Bekas Ahli Parlimen Dungun, Dato' Awang Jabar, 66, terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Alza di Kilometer 26, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tuman, Merchang, pagi tadi (semalam).

Dalam kejadian pukul 7.10 pagi itu, Penasihat Khas Menteri Besar Terengganu yang menaiki Mercedes-Benz dikatakan dalam perjalanan untuk menghadiri program tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dungun.

Allahyarham ialah juga bekas Exco kerajaan Terengganu selaku bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi selain pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Setiausaha Parlimen di Kementerian Belia dan Sukan.

TPM, Tan Sri Muhyiddin ketika menziarahi jenazah beliau, ia menyifatkan kematian Allahyarham satu kehilangan besar kepada negara. "Arwah adalah sahabat baik saya dan juga sahabat lama saya. (Ini) satu kehilangan sebab arwah dah bagi banyak sumbangan masa jadi Setiausaha Parlimen KBS.
"(Dan) Arwah masih lagi berkhidmat sehingga akhir usia beliau. Ini satu kehilangan besar kepada negara. Saya doakan semoga keluarganya tabah dan rohnya di tempatkan bersama orang beriman," katanya.

Jasa beliau tentunya banyak selaku wakil rakyat Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995. Apatah lagi jasa beliau terhadap parti Umno.

Tetapi ada jasa beliau yang sentiasa diingat oleh rakyat Terengganu. Ketika Pas memerintah yang dipimpin oleh tokoh ulama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang anak Terengganu beragama Islam dan berbangsa melayu. Tanpa ada dosa & kesalahan akhirnya kerajaan Pusat pimpinan Umno-BN telah menarik royalti yang menjadi hak kerajaan Terengganu dan rakyatnya yang telah memilih Pas sebagai pemerintah yang sah.

Pada tahun 1975, kerajaan negeri Terengganu menandatangani perjanjian dengan Petronas dan Terengganu akan mendapat royalti 5 % dari hasil minyak yang dikeluarkan. Pada tahun 1987, satu lagi perjanjian ditandatangani antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas dan sekali lagi ditegaskan dengan jelas dalam perjanjian itu, Terengganu akan menerima royalti lima peratus dari Petronas.

Malangnya kerana usul dari Umno Terengganu itu sendiri entah apa sebabnya. Usul penarikan royalti ini telah dibawa oleh Datuk Awang Jabar sendiri, ketua Umno Bahagian Dungun ketika itu didalam perhimpunan Agung Umno pada tahun 2000 di PWTC, Kuala Lumpur.

Saya meyakini, pimpinan Pas yang dipimpin oleh Tuan Guru Presiden serta pimpinan Pas Terengganu yang memikul amanah mentadbir negeri Terengganu ketika itu tidak ralat untuk memaafkan allahyarham. Mereka mempunyai jiwa besar. Sekian lama dididik dan ditarbiyyah dengan tarbiyyah Islamiyyah, nescaya tiada dendam dalam menegakkan perjuangan apatah lagi beliau juga sebagai tokoh agamawan. Tiada musuh individu dalam perjuangan Islam. Apatah lagi kehidupan sentiasa silih berganti kealpaan dan kelupaan.

Beliau juga ada meninggalkan jasa mewakafkan tanah dan menjual murah rumah beliau di Dungun untuk SRABZA (Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin) semasa hidup beliau dan sekolah tersebut menggunakan module Dewan Ulama Pas dan dinaungi oleh Pas Kawasan Dungun hingga sekarang.

Tetapi penarikan royalti ini melibatkan musibah kepada rakyat Terengganu. Anak-anak dan generasi Terengganu.

Biasanya bila ada kematian wakil simati mengumumkan supaya dimaaf atau dihalalkan segala salah dan silap. Jika ada hutang piutang harap dituntut daripada waris si mati. Tetapi bagaimana kalau kesalahan itu melibatkan rakyat. Apakah rakyat memaafkannya? Setiap dosa yang melibatkan manusia perlu mendapat kemaafan manusia sebelum bertemu Allah Swt. pastinya walau tahap mana kekayaan kita, walau tinggi mana pangkat dan kuasa kita dan walau ramai mana anak-anak maupun pengikut kita, pastinya kita akan kembali kepadaNya jua.

Saya mengharapkan rakyat Terengganu memaafkan beliau dan semoga rohnya diterima Allah Swt. Terserahlah kepada rakyat Terengganu.

Rabu, 21 September 2011

Syarikat milik Ketua Pemuda Umno Gagal Siapkan Sekolah


Budak beringus dalam politik ni kalau dapat nak bolot semua. Nak ikut cara Mat Kerak lah tu...sapu semua, jadi kaya dan senyap. Politik entah kemana tetapi dia hidup senang lenang...

Dapat projek tidak buat sendiri, tapi jual kat Cina...

Semalam Buletin Online melaporkan Ketua Pemuda UMNO,budak beringus tu tidak dapat siapkan bangunan sekolah. Berdosa tu...orang berharap untuk menimba ilmu. UMNOm pun turut berdosa!

Laporan itu menyebut, tarikh tamat tempoh siap bangunan pada 11 April 2011 telah lima bulan berlalu, namun pembinaan bangunan sekolah Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu di Kampung Tok Jiring di sini, belum siap.

Bahkan, apa yang dibimbangi adalah, projek Kementerian Pelajaran bernilai RM 22,935,351.60 itu akan menjadi satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang 'tergendala dan terbengkalai'.

Tinjauan Buletinonline ke lokasi mendapati, tidak ada sebarang kerja-kerja pembinaan bangunan sedang dilakukan.

Sejak berita berkaitan bertajuk "Tarikh sudah tamat tempoh, bangunan belum siap lagi', yang diterbitkan Buletinonline pada 17 April lalu, tiada sebarang perubahan dalam pembinaan sekolah tersebut

Menurut sumber maklumat yang dipercayai, kontraktor projek terbabit M.Z.Hakujaya Sdn Bhd telah menjual projek berkenaan kepada sebuah syarikat bukan bumiputera yang berasal dari negeri Perak.

Selain projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu, yang dibina dibelakang Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, M.Z.Hakujaya juga di laporkan telah menjual projek pembinaan Jalan Dan Jambatan Dari Jeram Ke Kg. Tok Kong Ke Kg. Bukit Guntong.

Mad Said Dibuai Mimpi Indah – Tidak Tahu Jawatan MB Bukan Miliknya Selepas PRU ke 13

 Hulubalang yang akan pertahankan Mad Said atau anugerah kerana pandai 'bodek' Mad Said?

Ketika ini Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) sedang dibuai mimpi indah kononnya Terengganu boleh menang pilihan raya dan kerana kejayaan itu beliau akan dilantik sepenggal lagi menjadi Menteri Besar.

Mad Said yang berbini dua itu merasakan sokongan rakyat yang begitu ramai pada majlis turun padangnya membuktikan rakyat sudah menyokong dan akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang dijangka diadakah November atau Februari/Mac tahun depan.

Bisikan di telinga Mad Said sentiasa mengatakan beliau OK dan tidak akan ada sebab Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menukar beliau. Mad Said percaya kepada buaian ini.

Lagipun, PM Najib dan TPM Muhyiddin sudah selesa dan seronok dengan kempimpinannya. Dengan kata lain, Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan sudah berjaya.

Ambe akui Mad Said diterima rakyat bawahan dan pengundi. Namun Ambe tidak pasti Mad Said kini disokong lebih 50 peratus ADUN BN.

Yang dok pegi mari dengan Mad Said tu muka sama malah ada yang dah dipencilkan oleh Mad Said atau mereka memencilkan diri daripada Mad Said kerana banyak sebab.
Ambe rasa Mad Said kena teliti faktor berikut:

1. Siapa di sekeliling dan menyanyikan lagu riang kepadanya? Bukankah mereka ini yang bergantung nasib dan yang datang untuk dapatkan habuan seperti balak dan projek daripadanya? Sepatutnya Mad Said beri juga tumpuan kepada mereka yang ikhlas menyatakan kedudukan sebenat politik dan sokongan;

2. Siapa penasihat-penasihatnya sekarang? Wan Ahamad (gambar kanan), Wan Ahmad Nizam, Hambali, Rosli atau orang luar yang berpengaruh serta penasihat-penasihat yang dilantiknya seperti bekas ADUN, bekas penjawat awam negeri dan lain-lain. Kini dua penasihatnya iaitu Datuk Ibrahim Azmi dan Datuk Aawang Jabar sudah kembali ke Rahmatullah; Bolekah nasihat mereka ini diterima dan dipakai? Nasihat untuk menang atau untuk rebah?

3. Berapa Exco yang sokong, yang masih bencikan beliau serta mula tinggalkan beliau? Siapa yang sokong? Yang kuatnya mungkin YB Rozi serta YB Dr A Rahman. Yang lain seperti YB Datuk Rahin, YB Ashaari, YB Khazan, YB Mohamed Awang Tera serta YB Yahya Khatib masih ‘tidak sokong’ tetapi terpaksa tunjuk friendly.
Rasanya, YB Za’abar di tengah-tengah antara sokong dan tidak sokong. Sementara YB Razif (Exco Kanan) semakin menjauhi Mad Said;

4. Berapa Ketua Bahagian yang sokong Mad Said? Besut (rasanya 0), Hulu Terengganu (50-50), Setiu ( dari 80 jadi 40); Marang (o), Dungun ( tidak boleh percaya) dan Kuala Terengganu ( ikut angin Putrajaya).

5. Pegawai Kerajaan? Paling kuat sudah pasti Timbalan SUK (Pengurusan) Datuk Wan Ahamad Wan Muda. Yang lain, termasuk SUK Datuk Mazlan Ngah hanya terpaksa dan terhutang budi kerana diberikan jawatan apabila Mokhtar Nong (dipaksa berhenti) dan Datuk Mat Razali  Kassim (TSUK Pembangunan) ‘tidak gemar’ dengan Ahmad Said. Pegawai kanan lain tidak ramai kecuali yang terima ‘habuan’ kenaikan pangkat dang red.

6. Hala tuju pembangunan. Apakah yang diumumkan sebelum ini sudah Berjaya? Bagaimana dengan projek Kenyir, projek pelancongan kesihatan di Kijal? Bagaimana dengan Taman Ilmu yang mahu dibaik pulih? Bagaimana dengan tanaman kelapa sawit tepi rumah, ubi gadung dan projek rumah rakyat? Apa jadi dengan Zoo Kijal?

7. Perbelanjaan one-off seperti bantuan kepada pelajar, orang tua, ibu tunggal serta hari raya, apakah ia menguntungkan kerajaan negeri atau sebagai bantuan semata-mata bukan untuk politik?

8. Apakah membuat kawan dengan puak-puak samseng dan lalat hijau akan untungkan Mad Said? Orang Terengganu tahu siapa Awang Batu dan sebagainya. Bolehkan Mad Sai perbaiki imej beliau apabila berkawan dengan mereka ini?


Ada beberapa perkara lain yang boleh disebut di sini tetapi biarlah dulu. Kalau ada orang sampaikan apa yang Ambe katakan ini pun dah cukup baik.

Minta-minta Mad Said fikir dan renung benda ini.

Juga jangan asyik dengar lagu merdu yang dinyanyikan oleh mereka yang datang minta balak. Orang seperti Ustaz Mastura tu bukan membawa sokongan tetapi boleh membawa rebah.

Pesan Ambe, hati-hatilah Mad Said. Silap langkah walaupun menang BN di Terengganu, tidak semestinya kamu jadi MB.

Datuk Seri Idris Jusoh pun membawa kemenangan pada 2008 tetapi siapa terpilih selepas itu? Kamulah Mad Said.

Jadi pada 2012 nanti, kalaupun sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang membawa kemenangan kepada BN, belum pasti jadi MB lagi.

Teliti faktor di atas bak-baik dan perbaikilah kalau mahu kekal jadi  MB!

Selasa, 20 September 2011

ISA: Najib Tunjukkan Dia Bos?

Harakahdaily (20 Sept 2011)

 Pemansuhan ISA...Najib ditentang UMNO dan Perkasa...

Datuk Seri Najib Razak dipercayai cuba menunjukkan kepada Umno dan Kabinet Malaysia bahawa dia adalah bos ketika mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Ini kerana, reaksi dari pihak Umno dan Kabinet mengesahkan dakwaan bahawa mereka tidak dirujuk dan perbincangan serta keputusan dibuat oleh beberapa 'inner circle'(kumpulan terdekat).

Demikian analisa yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

"Bagi saya, dia membuat pengumuman ini atas keputusan dirinya sendiri dan para penasihatnya sahaja bukan berbincang dengan rakan-rakan beliau bahkan mungkin menganggap timbalannya, Tan Sri Muhyidin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin adalah liabliti dalam beberepa insiden mutakhir," kata beliau.


Menurut Dr Dzulkefly, nampak ketara sangat perbezaan itu sebaik sahaja ia dikemukakan oleh Najib ketika memberikan ucapan menjelang Hari Malaysia malam 16 September lepas.

"Timbalan beliau sendiri, Tan Sri Muhyidin hanya memberikan sokongan selepas dua hari ia dibentang Najib...nampak ada yang tak kena kerana terlalu lambat menyatakan sokongan kepada bos," kata beliau kepada Harakahdaily.


Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein mengakui, Umno terpaksa memberikan penerangan kepada semua ahli-ahlinya bagi menerangkan pemansuhan ini.

Pengumuman Najib menghapuskan ISA juga dilihat mendapat tentangan dari Umno dan juga sayap kanannya, Perkasa.

Bagi Dr Dzulkefly, apa yang dibuat oleh Najib adalah cubaan untuk pergi 'ke tengah' bagi mendapat kembali sokongan Cina dan India selepas kajian menunjukkan sokongan terhadap beliau merudum teruk dari 72 peratus kepada 59 peratus baru-baru ini.

Namun, kata beliau, dia dihalang dan tidak dipersetujui oleh timbalan beliau sendiri, Muhyidin dan 'warlords' dalam Umno.

"Ketika Najib lancarkan 1 Malaysia, Muhyidin kata, dia Melayu dahulu baru Malaysia.

"Ketika dia mahu mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), untuk digantikan dengan dasar yang lebih liberal dan tender terbuka, dia dimarahi lagi oleh Muhyidin dan juga bekas PM, Tun Dr Mahathir...sejak itu Model Ekonomi Baru (NEM) tenggelam dan NEAC pun dah dibubarkan.


"Ketika Najib memberikan kebenaran kepada Bersih 2.0 untuk berhimpun di Stadium, ia dibantah oleh Hishamudin sendiri dan akhirnya beliau dilihat sebagai pemimpin yang flip flop.

"Semua ini menunjukkan apa yang dibuat Najib tidak disepakati dalam Umno dan Kabinet tetapi dinasihatkan oleh penasihat beliau sahaja," kata Dr Dzulkefly (gambar) yang juga AJK PAS Pusat.

Sejak kebelakangan ini, kesangsian ini semakin ketara ekoran peranan yang terlalu besar yang dimainkan oleh para penasihat dan konsultan Najib melalui Pemandu.

Pemandu pula dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Dr Koh Tsu Koon di samping nasihat dari penasihat luar termasuk Apco.

Di bawah mereka dan pegawai Tingkat 4, Jabatan Perdana Menterilah terletaknya para penasihat Oxbridge ini yang tidak sensitif dengan perjuangan Melayu yang dikepalai oleh Muhyidin dan di sokong kuat oleh Mahathir dan Perkasa.

Mereka telah mengenepikan peranan pegawai kanan kerajaan yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu yang berperanan besar selama ini melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Perancangan dan Koordinasi (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

"Saya yakin, merekalah yang terlibat dalam perancangan untuk memansuhkan ISA kononnya untuk bergerak ke tengah dan menyebabkan Najib mengenepikan peranan rakan-rakannya dalam Umno dan Kabinet," Dr Dzulkefly memberikan analisanya.

Akibat dari pertentangan ini, kata beliau, akan ada gangguan yang jelas dari segi pelaksanaan pemansuhan ini nanti dan jika tidak terkawal akta ganti yang bakal digubal nanti akan lebih zalim dari ISA.

"Dalam hal ini, Najib nampaknya nekad. Hishamudin sebelum itu berkata, ISA tidak akan dimansuh tetapi pinda sahaja. Muhyidin pula kata, ia tindakan yang betul selepas dua hari pengumuman. Mahathir pula kata, ISA tidaklah kejam sangat.

"Semacam kabinet pun tak tahu apa yang Najib umumkan itu," kata beliau.

Kini selepas pengumuman itu dibuat, Najib pula semacam tidak bersedia untuk menjadi negarawan apabila berkata, ia bukan kejayaan desakan rakyat tetapi kebaikan Barisan Nasional (BN) memahami rakyat sahaja.

"Beliau sebenarnya hanya mengambil kira kepentingan politik ketika membuat pengumuman ini bukannya mahu mengembangkan minda rakyat.

"Kalau dia pentingkan perkembangan minda rakyat, dia akan utamakan pemansuhan-pindaan ke atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan kolej (AUKU), di samping ISA" kata Dr Dzulkefly lagi.

Beliau juga turut berkongsi kebimbangan dengan seorang pensyarah undang-undang bahawa pengumuman ini memberikan implikasi besar kepada pelaksanaan undang-undang di negara ini.

Apa pun cadangan ini mesti melepasi perbahasan di peringkat Dewan Rakyat dan Negara.

Yang penting kata beliau lagi, Najib telah mendapat habuan politik sebelum PRU ke-13.

Tidak ada jaminan bahawa dia tak akan flip-flop lagi walaupun dia berjaya membuktikan bahawa dialah bos hari ini, tegas beliau.

Benarkah 170,818 Pengundi Tidak Layak Mengundi

Oleh SUHAIZAN KAYAT (Ketua Pemuda PAS Johor)

Saya mengucap ribuan terima kasih kepada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datin Jariah Binti Mohd Said yang telah menjelaskan hanya 14 orang warganegara Bangladesh yang layak mengundi di negara kita. Angka itu sudah tentu tidak membimbangkan rakyat Malaysia berhubung dengan pemberian hak kewarganegaraan kepada pekerja Bangladash.

Pemuda Pas Malaysia ingin menarik perhatian semua pihak bahawa terdapat 170,818 dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke dua 2011 SPR yang mempunyai kod negara “71”. Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.

Oleh itu, Pemuda Pas menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen dinegara kita.

42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).

17.33 % atau 29,605 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Langka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10). Bangsa Bangledeshi adalah bangsa yang paling sedikit sekali menjadi pengundi di negara kita.

Menariknya bagi rumpun bangsa Indonesia yang pernah memanaskan negara dengan Isu Mismah suatu ketika dulu hanya meliputi 4.37 % atau 7,468. Mismah memiliki kod negara “71” dan telah menjadi warganegara pada 31 Januari 2011.

Pengundi daripada bangsa Indonesia yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini dipecahkan kepada bangsa Indonesian (4,942), Bugis (1,356), Jawa (872), Banjar(240) dan Boyan(58).

Bagi pecahan agama daripada pengundi warganegara tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam 37.7 % ataua 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam. Pecahan bukan beragama Islam adalah seperti berikut Buddha (50,842), Tiada Maklumat (22,595), Hindu (12,698), Tiada Ugama (9,726), Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83).

Menariknya bagaimana mereka yang tidak mempunyai makumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu jumlah yang sangat luar biasa.

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941).

Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang. Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.

Bilangan 170,818 adalah tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah oleh PAS Selangor serta Pakatan Rakyat (PR) berjumlah 1,597 orang.

Pemuda Pas Malaysia menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. Dijangka DPI suku ke-3 2011 ini akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

Persoalannya yang mahu diutarakan kepada JPN adalah :

1.Mengapa JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri.

Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia “61” tetapi Mismah diberi kad pengenalan berkod negara “71”. Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .

2.Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi. Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?

3.Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32%?

Pemuda Pas Malaysia beharap pihak Ketua Pengarah JPN Datin Jariah Binti Mohd Said tidak mendiamkan diri bagi setiap persoalan yang dibangkitkan.

Semoga pihak Ketua Pengarah JPN dalam keadaan sihat bagi memudahkan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.

Isnin, 19 September 2011

YB Jabi, JKKK Terlibat Teroka Tanah Secara Haram?

Penduduk setempat mendakwa kegiatan meneroka tanah secara 'haram' begitu berleluasa di kawasan berhampiran dengan Kampung Gong Dohud dekat sini, sejak tiga tahun lalu

Ia melibatkan ratusan ekar tanah kerajaan yang dibersihkan dan dijadikan ladang kelapa sawit.

Menurut Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, kegiatan berterusan yang melibatkan 'sebuah organisasi' dan jentera berat itu, menimbulkan tanda tanya.

"Saya diberitahu, ada projek besar, tetapi tidak ada sebarang papan tanda projek di kawasan berhampiran dengan tanah seorang penduduk, lot PT 2057, nombor Geran Mukim 2197, Kampung Gong Dohud,

"Saya menggesa pihak berwajib, pejabat tanah daerah dan YB ADUN memberi penjelasan kepada rakyat tentang kerja-kerja yang telah dan sedang dijalankan,"ujarnya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya DUN Jabi, Sabtu 17 September lalu.

Dr Azman yang juga Naib Yang Dipertua PAS Setiu dan Pengerusi Majlis TIndakan DUN Jabi berkata, beliau dimaklumkan kerja-kerja tersebut didalangi oleh seprang pemimpin 'kanan' UMNO, Pengerusi serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berhampiran.

Menurutnya, dilaporkan anak-anak sawit yang ditanam telah mencecah usia lebih setahun malah ada sebahagiannya telah mengeluarkan hasil.

Sehubungan itu, Skuad Buletinonline dengan bantuan beberapa penduduk, bergegas ke kawasan terbabit.

Hasil pemerhatian di lokasi mendapati, kawasan-kawasan yang diterokai itu diuruskan dengan 'teratur' dengan segala kemudahan infrastruktur yang dibangunkan.

Salah satu kawasan yang didakwa, telah didirikan sebuah rumah yang dipercayai milik pemimpin kanan UMNO Bahagian Setiu.

Lebih menghairankan, di sekeliling rumah terbabit ditanam dengan pokok kenaf secara tersusun, sebagaimana projek yang lazimnya diusahakan Jabatan Kerajaan.

Sementara itu, pada satu kawasan lain yang didakwa telah diagih-agihkan kepada kepada beberapa orang kuat UMNO termasuk Pengerusi-Pengerusi JKKK, ladang kelapa sawit yang dibangunkan dilengkapi dengan jalan dan saliran.

Skuad Buletin juga dimaklumkan, setiap lot kawasan berkenaan berkeluasan 6 ekar, dan setiap lot dibayar dengan harga sebanyak RM20,000 bagi kos pembersihan, infrastruktur dan penanaman anak-anak kelapa sawit.

BuletinOnline, 18 Sep 2011

Shabery Cheek atau Nasir Fikri Ganti Ahmad Said?

Tajuk asal - 'Cah Keting' Amalan Berdarah Daging Dalam UMNO

Selepas menghadiri majlis buka puasa dan hari raya PEKIDA baru-baru ini, saya diminta komen oleh wartawan akhbar Sinar harian, tentang amalan 'cah keting' dalam UMNO Terengganu'.

Saya tak tahu apa tujuan wartawan tersebut bertanya saya soalan tersebut. Mungkin kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus Che Azmi Abdul Rahman mengenai jangkaannya 'cah keting' akan terus berlaku dalam UMNO Terengganu.


Sebenarnya, Che Azmi bercakap dari hatinya 'speak from his heart', kerana Che Azmi adalah dianggap 'mangsa' dalam 'cah keting' UMNO Terengganu menjelang pilihanraya umum 2008. Selain Che Azmi, banyak lagi mangsa yang dimakan oleh 'pemangsa' dalam UMNO.

Antaranya, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (ambil title penuh sementara masih ada) yang juga ADUN Kijal. Semua orang tahu, bekas Menteri Besar, Idris Jusoh mahu menggantikan Ahmad Said dengan orang lain.
[Gambar - Awang Tera ADUN Chukai dan Exco Kerajaan Terengganu hadir bersama dalam majlis berbuka puasa dan Hari Raya PEKIDA]

Yang sama antara Ahmad Said dengan Idris Jusoh adalah, dua-dua orang 'gedebe' dalam UMNO, seorang dari Selatan dan seorang dari utara. Yang bezanya, Ahmad Said lebih lama dari Idris dalam politik Terengganu. Sebab itu walaupun Idris yang merancang segala penipuan pilihanraya dalam tahun 2004, namun Ahmad Said menggantikannya ketika Idris ditendang dari Wisma Darul Iman.

Bagi saya 'cah keting' sudah mendarah daging dalam UMNO, bukan setakat amalan dan budaya, tetapi sudah jadi 'ritual'. Sebab itu timbul cerita tentang ahli-ahli UMNO ketika mereka 'orang iasa' dan ketika mereka mendaki dan berada di puncak kuasa.

Ahli biasa UMNO, suami isteri, apabila bangun dari tidur pada waktu pagi, si isteri akan bertanya kepada suaminya, "Abang, kita nak makan apa pada hari ini?,"

Apabila telah meningkat menjadi pemimpin pertengahan, menjadi kroni kepada pemimpin atasan, mendapat anugerah projek atau konsesi balak, maka si isteri akan bertanya kepada suaminya apabila bangun dari tidur,"Abang kita nak makan di mana hari in?,".

Apabila menjadi pemimpin yang lebih tinggi, peringkat negeri atau peringkat pusat, dipuncak kuasa, ada wang ringgit dan kekayaan, ahli UMNO suami isteri sudah tidak tinggal lagi di rumah kampung, tetapi tinggal di banglo ratusan ribu, malah jutaan ringgit.

Maka, ketika itu, si isteri ketika bangun dari tidurnya akan bertanya kepada suami, "Abang kita nak makan siapa pada hari ini?,"

Sebab itu, apabila kita pergi ke Kuala Nerus pada hari ini, pasti terdengar khabar, Datuk Nasir Ibrahim Fikri sedang menggerakkan jenteranya untuk 'mencah keting' ADUN Seberang Takir. Khabarnya, Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi terpaksa turun cuba mendamaikan 'pertelagahan' antara Nasir dan ADUN Seberang Takit, Ahad Razif Ab Rahman.

Nasir bercita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya, menjadi Menteri Besar Terengganu. Oleh yang demikian, dia perlu mengembalikan nostalgia untuk kembali ke Seberang Takir umpama 'sirih pulang ke gagang'

Tetapi kalau kita ke Hulu Terengganu, lain pula versi 'Menteri Besarnya'. Tengku Putera pula sedang menyiapkan hulubalangnya, untuk bertempur dengan si budak hingusan Rozi Mamat.

Tengku Putera akan menjadi Menteri Besar selepas pilihanraya umum ke-13, oleh itu beliau mesti bertanding di kawasan asalnya, DUN Telemong.

Dalam Majlis berbuka puasa dan hari raya PEKIDA di Chukai, lain pula khabar ceritanya, lain pula Menteri Besarnya.

Ahmad Said pada kali ini sudah hampir pasti tidak akan lagi menjadi Menteri Besar Terengganu. Tempoh sepenggal sejak 2008 sehingga pilihanraya umum ke 13, adalah hanya 'tempoh pinjaman' kepada Mad Said.

Bahkan yang paling hebat, desas desus lama yang pernah dinafikan oleh Mad Said akan menjadi kenyataan, umpama 'impian Idris, yang menjadi realiti'.

Mad Said akan di'cah keting'kan dan dibuang dari negeri Terengganu apabila ada pihak yang sedang mengatur, ADUN Kijal itu akan bertanding di parlimen Kemaman. Makan dengan itu, ahli parlimen masakini, Shabery Cheek akan turun bertanding di DUN Chukai.

Di Kuala Nerus, ritual cah keting UMNO adalah Nasir (Botok) akan jadi Menteri Besar. Di Hulu Terengganu, Tengku Putera pula akan menjadi Menteri Besar.

Maka, di Kemaman pula, ritual 'cah keting' UMNO adalah, Shabery Cheek akan menjadi Menteri Besar Terengganu, menggantikan Mad Said!!!

BuletinOnline ( 3 September 2011)

3R Contoh YB BN Jadi Jutawan Segera...Rumah Besar & Berharta


Satu cerita panas yang dibangkitkan PAS Terengganu baru-baru ini ialah mengenai wakil-wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa adalah golongan yang terlalu kaya berbanding rakyat yang masih ramai dalam keadaan miskin.

Katanya, banyak projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan, ada 'bahagian hasil' kepada wakil rakyat.

Kerana itulah ada diantara mereka akan kemukakan supaya peruntukan-peruntukan untuk mebuat kerja-kerja pembangunan ini kerana di dalamnya akan ada bahagian wakil rakyat.

‘Ini semua benda yang kita tahu,"tegasnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu Semas di Kampung Molek, dekat Dungun baru-baru ini.

Ambe tak tau benda semacam ini tetapi apa yang Ambe dengar orang dok bercakap dari Besut hingga Hulu Terengganu, ialah wakil rakyat BN ramai dah jadi kaya raya.
Dengan kata lain yang dulu ‘papa’ walaupun tidak kedana tetapi kini menjadi jutawan segera.

Apakah mereka ini mee segera ciptaan Mad Said (YAB Datuk Seri Ahmad Said)?

Contoh paling baik diberikan mereka ialah mengenai kuasa 3R.

Apa tu kuasa 3R?

Ni yang Ambe nak perkatakan ni. 3R tu ialah YB Ramlan (ADUN BN Jabi), YB Ramli NUH (ADUN BN Tepuh) dan YB Rozi Mamat (ADUN Telemong yang juga Exco Kerajaan Negeri).
Apa hal pulak dengan mereka ini?

Begini. Antara perkara yang rakyat marah ialah apabila wakil rakyat kumpul harta. Dengan jelas depan mata mereka, YB dah mula naik ‘agah’ dan sombong.



Dah ada duit dan mula kaya. Rozi dan Ramlan tu asalnya Cik gu. Gaji tak sebesar mana dulu, sebelum jadi YB.

Tapi menurut ceritanya, 3R ini sekarang memiliki rumah besar dan rakyat menyampah.
Malah, menyedihkan, mereka kumpul kekayaan dalam masa yang begitu singkat.

Cik gu Ramlan yang dulunya susah kini berlagak dengan tiga empat biji kereta. Bukan murah tapi harganya.

YB Ramli yang bukan kaya pun sekarang nampak ‘segar’ dan bercakap pun sedap dah.

YB Rozi, antara Exco yang menjadi ‘kegemaran’ Ahmad Said, bukan main besar rumahnya...

Baca juga di sini...

Khamis, 15 September 2011

Nasir Fikri Mula Tunjuk Belang Mahu Sisih 3 ADUN Di Kuala Nerus

Terkejut juga membaca laporan Sinar Harian semalam yang menyebut UMNO Bahagian Kuala Nerus tidak menolak kemungkinan untuk tidak mengekalkan senarai segelintir wakil rakyat sedia ada sebagai calon di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Lalu tertanya-tanyalah Ambe, siapa yang tak bagus dan kenapa kalau bagus perlu digugurkan.

Apakah tiga ADUN berkenaan tidak boleh menang? 

Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri menyifatkan kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu berkhidmat dengan cukup baik.

Ketika ini Kuala Nerus mempunyai wakil rakyat yang dikira berwibawa apalagi bahagian yang mempunyai dua Exco, selain Kemaman yang mempunyai Menteri Besar dan seorang Exco.

Mereka ADUN Seberang Takir, YB Ahmad Razif Ab Rahman yang juga Exco Kerajaan Negeri, ADUN Teluk Pasu, YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said, juga Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Tepoh, YB Mohd Ramli Nuh (gambar kanan) yang juga aktif dan banyak membantu parti selain DUN Bukit Tunggal yang merupakan satu-satunya kerusi yang kalah di kawasan itu.

Tetapi? Menurut Nasir, UMNO Kuala Nerus mahukan ‘penambahbaikan’.

Katanya, UMNO bahagian itu akan menampilkan calon terbaik untuk kepentingan parti bagi memastikan kerajaan BN di Terengganu terus dipertahankan pada pilihan raya akan datang.

“Mereka yang berminat (menjadi calon) cukup ramai tetapi kita hanya ada lima kerusi untuk dipertandingkan di Parlimen Kuala Nerus. Kita akan tampil yang terbaik untuk kepentingan parti dan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri, di Pejabat Parlimen Kuala Nerus.

Bagaimanapun kata Nasir yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, gambaran individu tertentu yang difikirkan layak telah ada berdasarkan penilaian pihaknya terhadap prestasi sepanjang tempoh berkhidmat dengan parti, di samping mengambil kira umur dan kesihatan.

“Dalam kepala saya mungkin sudah ada (senarai calon) dan saya akan hantar senarai tersebut apabila diminta berbuat demikian oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu,” katanya.

Persoalannya kenapa Nasir bercakap begini?

Cara Nasir ini sengaja mahu merosakkan UMNO. Mana boleh Ketua Bahagian pandai-pandai mahu tukar orang?

Benarlah cakap-cakap mengatakan Nasir ini tidak pandai berpolitik tetapi bercita-cita besar.

Dia dikatakan mahu menjadi Menteri Besar sebab itu asyik ganggu Razif di DUN Seberang Takir.

Dengar cerita sudah tidak mahu jadi Ahli Parlimen tetapi mahu rebut kerusi Razif dan kerana itu mengatakan ADUN dalam Parlimen itu perlku diganti.

Anehnya beliau membuat kenyataan pada ketika mengaku belum menyenaraikan nama calon secara rasmi tetapi tetap meneruskan proses penilaian sehingga kini untuk memastikan calon cadangan kelak boleh memenangkan parti.

Nasir sendiri apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding mengatakan menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pucuk pimpinan parti sama ada dicalonkan atau tidak.

“Walaupun saya sebagai ketua bahagian tetapi penapisan dan kata putus terserah kepada presiden parti dan mungkin Perdana Menteri juga sudah dapat senarai calon daripada agensi tertentu yang melihat dan menilai calon lain yang boleh memberi kemenangan kepada parti,” katanya.

Nasir tidak sebut pun Mad Said boleh menentukan calon tetapi mengatakan Datuk Seri Mohd Najib Razak akan menentukannya.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah Nasir ini jenis bernafsu besar kerana:

1. Bercita-cita tinggi mahu menjadi Menteri Besar dan tidak peduli nasib wakil rakyat lain khususnya Razif yang kini menjadi ADUN Seberang Takir;

2. Tidak menghormati Datuk Rahin, ADUN Teluk Padu yang juga Exco Kerajaan Negeri; dan

3. Tidak dapat menerima peranan dan sumbangan YB Ramli Nuh yang jelas begitu rapat dengan penduduk.

Soalan kepada Nasir ialah apakah beliau berkuasa sangat menentukan calon?

Juga apakah ketiga-tiga ADUN sekarang tidak ada rupa, keupayaan dan diri yang mampu membawa kemenangan kepada parti?

Yang dibimbangi Nasir membuat kenyataan ini untuk melobi dan melayakkannya bertanding di Seberang Takir, konon akan dilantik menggantikan Mad Said.

Bagaimana kalau kelak Nasir pula yang tidak terpilih?

Wallahualam....

Zabidi Kata Hisham Layak Tanding di DUN Chukai

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Badrul Hisham Zaki, menganggap keperluan calon muda untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang wajar diberi perhatian.

Menurutnya, calon muda dapat membentuk kepimpinan baru yang mampu memberi perubahan lebih positif kepada parti tanpa meninggalkan yang lama.

Beliau berkata, ia juga selaras dengan hasrat pucuk pimpinan yang mahukan transformasi dibuat dari sudut kepimpinan parti dan percaya calon muda mampu menggarap transformasi tersebut.

“Hari ini, pucuk pimpinan mengatakan perlunya transformasi dibuat dari sudut kepimpinan parti dan di sinilah perlunya calon atau kepimpinan baru yang akan menggarap transformasi dan lebih ramai calon baru diketengahkan supaya ada kesinambungan dari sudut kepimpinan,” katanya kepada Sinar Harian kelmarin.

Beliau bagaimanapun tidak mencadangkan supaya kesemua calon bertanding di negeri ini dari kalangan orang muda tetapi berharap ‘acuan’ muda dan baru boleh memberi kekuatan kepada parti.

Sementara itu, ditanya jika namanya tidak dicadangkan sebagai calon oleh peringkat pimpinan Pemuda Umno negeri, beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menganggap semua pihak perlu berfikir secara terbuka.

Menurutnya, sekalipun ‘anak buah’ yang terpilih sebagai calon kelak, namun pimpinan di peringkat bahagian tidak patut menafikan kelayakannya jika individu tersebut mampu memberi kemenangan kepada parti.

“Sekarang kita dalam keadaan memerlukan kemenangan, bak kata Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, (UMNO) dalam keadaan hidup dan mati,” katanya.

Saya bersetuju sangat denmgan pandangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu ini bahawa golongan muda perlu diberi peluang untuk bertanding.

Di Kemaman, Ketua Pemuda Bahagian, Hisham Zubir wajar diberi peluang bertanding di DUN Chukai menggantikan Datuk Mohamed Awang Tera yang disebut-sebut akan bersara dari politik.

Persoalannya, apakah benar Awang Tera mahu bersara?

Menurut blogger Zabidi Haji Saidi, nama Hisham disebut-sebut sebagai calon BN selain dari ADUN Air Putih, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar; Setiausaha UMNO bahagian, Rosli Ahmad dan AJK Bahagian, Shahul Hamid atau Mat Bawal, seorang peguam terkenal di daerah ini.

Hisham sudah dua penggal berada dalam pemuda. Pada tahun 2001, beliau memenangi kerusi AJK pemuda dan pada tahun 2004, beliau dilantik ketua pemuda, Wan Ahmad Nizam yang juga ADUN Air Putih ketika itu sebagai setiausaha bahagian.

Pada tahun 2008, beliau mengalahkan Kamaruddin Ali bagi jawatan ketua pemuda.

Sebagai graduan lulusan kajian perniagaan dan kewangan dari Amerika Syarikat, beliau layak ditonjolkan bertanding di DUN Chukai.

http://catatanzabidi.blogspot.com/

Parti Komunis China Tetap Merbahaya Kepada Kita

 

Ada dua pandangan oleh Idris Ahmad, iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat yang saya rasa perlu direnungi apabila bercakap mengenai komunis.

Pertama, UMNO telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina pada 5 Ogos 2011. Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari daripada Parti Komunis Cina. Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.

Kedua, UMNO menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung UMNO . Pemimpin UMNO juga pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini. Walaupun pemimpin UMNO pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis, rasanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.

Persoalan dikemukakan Idris ialah apakah Komunis Cina, berbeza dengan komunis Malaya?
Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Komunis, ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.

Kenapa UMNO hipokrit?

Jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur. Sedangkan mereka ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka d Xinjiang Julai 2009.

Inilah sikap hipokrit UMNO dalam apa jua isu. Isu Palestin UMNO tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama.

Persoalannya, apakah Parti Komunis China tidak merbahaya kerana UMNO mengadakan hubungan langsung, walaupun ia tetap komunis?

Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba hendak menghalalkan tindakan UMNO, dengan mengatakan “kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka”

Jika hubungan antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China tidak mengapa, masalahnya UMNO mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China pada 5 Oktober 2010.

Malahan hendak menghantar generasi muda UMNO dari kalangan Putera dan Puteri UMNO untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini dinyatakan dengan rasmi oleh Tengku Adnan Mansur selaku Setiausaha Agung UMNO.

Bukankah tindakan ini merbahaya kepada generasi muda UMNO?

Apakah modal lapok perkauman dan bangsa sudah tidak relevan sehingga hendak pergi mengemis dengan Parti Komunis China untuk mendapat idea baru dalam UMNO.

Rakyat mesti memandang ini adalah perkara yang merbahaya kepada negara jika perkara ini berterusan terutama kepada generasi muda, kerana UMNO hendak hantar orang muda pergi belajar dengan parti komunis China.

Parti Islam SeMalaysia istiqamah daripada dulu sampai sekarang menolak fahaman komunis. Sedangkan di dalam UMNO pernah berlaku penangkapan “tiga Abdul” kerana menjadi tali barut komunis Russia (KGB).
 

Setakat hari ini tidak ada ucapan pemimpin PAS yang menyokong komunis dan ditangkan menjadi tali barut komunis walaupun pemimpin UMNO pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.

Rabu, 14 September 2011

Dua Perjanjian Mega - Nazir Dan UMNO Sedia Kaut Keuntungan?


Oleh Maclean Patrick, Wong Choon Mei

Sejak beberapa bulan ini Nazir Abdul Razak anak bongsu kepada perdana menteri, Tun Abdul Razak sangat sibuk. Beliau yang juga adik kepada Perdana MenteriNajib Tun Razak dilihat sebagai harapan apabila berurus niaga.Walaupun masih diselubungi bayang ayah dan abangnya yang terkenal, beliau tidak pernah leka.

Beliau tidak boleh dikatakan pengurus bank yang berjaya sendiri kerana tidak perlu bermula dari bawah, namun pengetahuannya dalam dunia kewangan dan visi pengurusannya memang dicemburui ramai pengurus bank ternama dalam negara dan ada yang iri hati dengan penghormatan dan anugerah yang dimilikinya

Pada 2006, Nazir digelar tokoh Asia ke- 50 yang paling terpengaruh bagi abad lalu oleh FinanceAsia. Haun bertA tBeliau juga dinamakan “ Execuitive Terbaik di Malaysia” oleh Asiamoney untuk dua tahun berturut-turut. Beliau kemudian bekerja dalam jabatan penasihat korporat untuk Commerce International Merchant Bankers Berhad dalam tahun 1999 dan kini menjadi director pengurusan dan ketua executive CIMB Group, salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia.

Pengaruh Nazir dalam landscape economy memang tidak disangkalkan, sama ada secara persendirian atau dikaitkan dengan abangnya.

Selepas menjadi perdana menteri, langkah pertama Najib adalah untuk meningkatkan charge service untuk pemegang kad kredit. Ini telah mengakibatkan Najib dikecam oleh pengkiritic beliau yang mengatakan langkah ini untuk menguntungkan adiknya dan orang-orang ternama dalam dunia perbankan dimana dipercayai PM yang dipalit korupsi ini teringin berkenalan. Dalam kata lain Nazir boleh dikatakan penasihat tidak rasmi Najib dalam urusan kewangan Malaysia.

MAS-AirAsia
Dalam minggu-minggu yang lalu, Umno dikritik hebat apabila MAS dan Air-Asia bertukar saham. Jelas sekali pertukaran itu adalah hal ehwal keluarga UMNO, persoalanny Cuma persoalannya kini siapa bakal mendapat habuan yang lebih daripada perjanjian ini. Malah yang menguruskan penukaran ini tidak lain adalah keluarga sendiri- tidak lain tidak bukan Nazir Razak.

Syarikat beliau adalah penasihat bagi urus niaga yan penuh kontrovesi ini sebulan yang lalu apabila Khazanah Holdings Bhd meniagakan 20.5% saham Malaysia Airlines untuk 10% saham AirAsia dan bersetuju untuk membeli 10% saham AirAsia X’s untuk harga yang belum ditentukan. Air Asia yang kini sedang berhuatang kelililng pinggan dan Mas yang telah lama ditubuhkan mempunyai banyak asset tetap. Perjanajian ini dilihat sebagai tidak adil dan ramai pekerja MAS membantah namun dengan kawalan media BN, proses ini secara bijak ini disiafatkan sebagai “perjanjian kerjasama”.

Urus niaga antara MAS dan Air Asia menimbulkan musykhil kerana ia tidak banyak diterima akal dalam arena perniagaan yang sebuah syarikat besar milik Kerajaan untuk membenarkan sebuah syarikat kecil menjadi watak utama dan menerima bahagian yang besar. Dalam kata lain urua niaga antara MAS dan Air Asia adalah suatu pengambil alihan dimana Air Asia mempunyai kata muktamad dalam princip asset national.

Walaupun AirAsia adalah dari Malaysia dan ketuanya Tony Fernandes namun niat baik dari kerjaan persekutuan atau lebih tepat Menteri Kewangan yang diteraju oleh Najib menimbulkan banyak kemusykilan. Walaubagaimanapun Najib telah membenarkan perkara sedemikian berlaku dan menyangkal fakta yang pemabayar cukai telah menyumbang berbillion wang ringgit tahun demi tahun untuk manyelamatkan MAS yang di ambang bankrupsi. Bukan itu saja, beliau juga mangarahkan supaya GLC yang lain untuk berhenti mangambil tindakan undang-undang keatas bekas pengerusi Tajudin Ramli yang memenag terkenal sebagai kroni bekas perdana menteri Mahatir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Bagi Nazir, berapakah keuntugan yang berjaya dikaut urus niaga ini? Maklumat ini sudah semestinya sulit, akan tetapi ia telah membuka jalan untuk “ perjanjian kerjasama”- Sime Darby mengambil alih 30% saham dalam E&O untuk RM 766 juta.

Sime-E&O
Perjanjian Sime Darby-E&O sudah pun menimbulkan sangsi apabila pengerusi E&O Azizan Abdul Rahman yang merupakan suami Zainah Anwar, ketua pengawal industri pengawalan Komission Sekuriti.

Azizan juga mempunyai hubungan erat dengan usahawan UMNO Kalimullah Hassan, yang menpunyai saham saham dalam ECM Libra. Empat bulan selepas perjanjian Sime-E&O, ECM Libra mengandakan saham mereka kepada 5.35% atau 41.41juta selepas berjaya mendapat keuntungan tambahan sebanyak 3.4 juta pada bulan May.

Perkara ini sudah semestinya diketahui oleh media perdagangan dan pakatael UMNO juga telah menyuarakan rasa tidak puas hati. Adakah Azizan memberitahu Kalimullah tentang niat Sime Darby untuk membeli E&O? Dalam UMNO Kalimullah- bekas ketua kumpulan NSTP-adalah penyokong setia bekas perdana menteri Abdullah Badawi dan anak mentuanya Khairy Jamaluddin.

Tidak boleh dinafikan yang politik dalam UMNO adalah rumit. Ia dipenuhi pengkhianatan dan me permainkan kesetiaan dan baru-baru ini elite UMNO dan kroni mereka sedang membuat urus niaga besar dan mangaut untungnnya. Dan ada lagi yang akan datang.

Bagaimanakah Nasir Razak terlibat dalam dan apakah yang beliau berjaya raih daripada kedua yang kedua ini? Blogger UMNO Big Doglah yang pertama mendedahkan yang CIMB Nazir juga penasihat transasi antara Sime dan E&O. Secara kebetulan Big Dog adalah antara blogger yang dipercayai setia kepada puak Mahatir dalam UMNO dan habuannya dirampas oleh rakan sejawatnya untuk menyerlakan tanggungjawab Nazir dalam perjanjian ini.

Terus-terang dikatakan sebagai juru bank pelaburan, Nazir hanya mampu buat apa yang sepatutnya-iaitu memerhati perjanjian orang-orang kaya kepada broker. Itulah sebabnya beliau mendapat gaji yang tinggi onleh pemegang-pemagang saham UMNO. Samada perjanjian ini ini tdak berprinsip dan jika CIMB perlu menasihatkan atau menolak transaksi yang meninbulkan syak wasangka adalah satu issue yang berbeza, walaupun selapas itu telah dibuktikan yang mereka perlu menghadap kausa undang-undang.

Huru-Hara apabila UMNO bagaikan Titanic
Dalam masa ini, dua perjanjian besar yang mempunyai unsure-unsur politik telah dibuat dalam persediaan mananti pilihanraya umum ke-13. Ini telah menyadarkan ramai pihak seperti pembayar cukai, pemegang saham dan rakyat jelata untuk sedar dan meminta jawapan.

Elit UMNO telah pun mengambil kesempatan keatas kuasa mereka setelah berabad-abad lamanya untuk menguntungkan diri mereka sendiri kini tidak mencukupi oleh itu pluang ini dipercatai adalah pelauang keemasan yang terakhir. Ini megatakan yang UMNO seddang mengambil peluang untuk menggunakan perjanjian-perjanjian ini keatas satu sama yang lain.

Apabila perjanjian MAS-AirAsia diungkaikan, rami yang memihak Badawi membangkang. Pertalian antara Tajuaddin kepada Daim dan Mahatir dan kelemahan MAS didedahkan. Tidak ada lagi perjanjian yang boleh membawa manfaat kepada BAdawi menerusi Kalimullah kerana blogger-blogger kini sibuk mengutuk perkara yang musykhil dalam transasi ini dan ini disifatkan sebagai “ menjadi kejam demi kelembutan” dan negara sebelum puak.

Mungkin Nazir kurang disenangi kerana caranya uyang kurang sopan namun beliau bukanlah target sebenar. Untuk Sime-E&O yang kebetulaan melibatkan tycoon yang mempunyai pertalian dengan Daim dam Mahatir, target utama mereka adalah Najib dan Badawi

Najib yang diselubungi scandal sudah bersedia untuk keluar dan ia tidak penting yang beliau telah dibantu oleh adiknya seorang juru bank yang bijaksana yang juga dikecam sekali. Ini juga untuk memastikan yang pilihan Mahatir mudah mendapat jawatan Ketua UMNO dan semua usaha penyokong Badawi untuk memebolehkan anak mentua badawi yan bercita-cita tinggi itu mengambil alih.

Dalam hari-hari yang akan datang akan berlaunya lebih banyak pendedahan salah laku Najib dan puaknya, keluarga BAdawi dan juga puak Mahatir yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin balak didedahkan. Kini Anwar dan Pakatan Rakyat boleh berehat, musuh politik mereka bakal memusnahkan diri mereka sendiri. Seperti Titanic, kapal lanun UMNO bakal tenggelam. Peperangangan dalaman bakal menjadi hangat pada pusingan akhir.

- Malaysia Chronicle