Rabu, 28 Disember 2011

Ku Li - Mahathir Bukan Cerdik Sangat

Oleh Hishamuddin Rais

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja.

Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman

Harakahdaily 28 Dis 2011

Jumaat, 23 Disember 2011

Mad Said Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri

Daripada Harakahdaily

Polisi baru kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengurangkan penghantaran pelajar ke Mesir merupakan satu kesilapan besar dari sudut keilmuan.

Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (gambar) menyifatkan tindakan itu sebagai kesilapan besar yang menunjukkan Umno BN negeri takut kepada ‘bayang-bayang’ sendiri.

Katanya, polisi baru kerajaan Umno BN itu menjadi suatu kerugian dari sudut keilmuan yang diperolehi di Universiti al-Azhar, Mesir.

Menurut Yahaya, pusat pengajian tersebut merupakan universiti tertua di dunia yang terkenal hebat dari sudut keilmuannya.

“Kita rasa satu kesilapan besar dari sudut ilmu jika kerajaan Terengganu membuat keputusan mengurangkan penghantaran pelajar kita ke Mesir.

“Kenapa takut dengan ‘bayang-bayang’ kononnya pelajar di Mesir terlibat dengan politik pembangkang dan tidak bersama kerajaan.

“Ini bukan salah sistem (Al-Azhar) jika pelajar terlibat dengan politik tetapi pendedahan dengan aktiviti berpersatuan dan ilmu membawa kepada kebenaran dalam perjuangan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang mengumumkan akan mengurangkan jumlah penghantaran pelajar dari negeri ini ke Mesir.

Ahmad dipetik sebagai berkata pelajar yang di hantar ke Mesir bukan untuk belajar tetapi terlibat dengan aktiviti lain termasuk berpolitik.

“Pada tahun (2011) ini, kerajaan (sudah) mula mengurangkan penghantaran pelajar ke Mesir kerana sebahagian pelajar ke sana bukan (untuk) belajar, sebaliknya terlibat dengan aktiviti tidak sepatutnya termasuk berpolitik,” jelasnya selepas Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu kali ke-32, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, Ahad lalu.

Menurut Yahaya, kerajaan perlu membuktikan berapa ramai pelajar yang tidak lulus kerana berpolitik serta persatuan yang ditubuhkan bermotif politik.

Katanya, kebiasaan pelajar yang aktif di luar negara lebih cemerlang dan berjaya daripada yang tidak terlibat dengan persatuan.

Beliau selaku Yang Dipertua PAS Marang menyarankan kerajaan negeri tidak menyekat bantuan serta kemudahan kepada para pelajar yang ingin belajar di Mesir.

Katanya, PAS sangat tidak bersetuju jika disebabkan kepentingan politik Umno BN masa depan pelajar menjadi taruhan.

Selasa, 20 Disember 2011

Skandal NFC: PKR Dakwa Keluarga Shahrizat Beli Kondo RM9.9 juta di Singapura

Memandangkan UMNO dan Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.

KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority yang disertakan bersama).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmi Singapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 yang disertakan bersama).

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Shahrizat Jalil (gambar kiri) seperti NMLC dan RFC.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Shahrizat Jalil.

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura. Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

Najib Razak (gambar kanan) tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin.

*Kenyataan media bersama oleh Mohd Rafizi Ramli (Pengarah Strategi), Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung) dan Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita) Parti Keadilan Rakyat.

PKR | Dec 20, 2011 02:27:03 pm

Ahad, 11 Disember 2011

Kos Naiktaraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud RM880 juta?

Pada bulan Mei, 2008, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mendakwa kononnya, beliau tidak tahu dan mempersoalkan mengapakah kos menaiktaraf landasan terbang Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) menjadi RM 530 juta.

Ahmad yang baru dilantik sebagai Menteri Besar ketika itu berkata, pada awal perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kos tersebut adalah RM 300 juta sekiranya landasan tersebut dipanjangkan di daratan.

Namun, menurutnya, sekiranya landasan terbang dipanjangkan kearah laut, kos menjadi lebih murah kira-kira RM 200 juta.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut mendedahkan, setelah tiga tahun Ahmad mejadi Menteri Besar, kos menaiktaraf Lapangan Terbang sebanyak RM530 juta tersebut telah melambung menjadi RM880 juta.

“(Menaiktaraf) Lapangan Terbang Sultan Mahmud berapa kos dia? Dia (kerajaan Umno Terengganu) kata (kos) bangunan baru RM130 juta, lepas itu, landasan, oleh kerana ditambah sampai ke laut, landsan itu (berharga)R M 530 juta, jumlah dia RM660 juta.

“ Bila saya tanya, ingin mengesahkan yang kerajaan negeri jawab, kerajaan pusat berkata, projek itu berjumlah RM882 juta, bukan RM660 juta, tapi RM882 juta,”jelas Haji Wahid.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isu-isu Sidang DUN, di Kuala Hiliran Kuala Terengganu, Khamis malam (8 Disember 2010).


Menurutnya angka tersebut diketahui apabila beliau meminta penjelasan kos pembinaan itu dari Menteri berkenaan di Parlimen. 

BuletinOnline

Minyak Masak - Pengarah KPDNKK Terengganu Jangan Lepas Tangan...

Oleh Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu

Kenyataan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Mohamad di dalam sebuag akhbar harian (6 Disember 2011) bahawa bekalan minyak masak di Terengganu adalah mencukupi bagi menampung keperluan penduduk di negeri ini serta tiada masalah dengan bekalan minyak masak, dan stok yang sedia ada dijamin cukup, disifatkan oleh Lujnah Pengguna PAS Terengganu sebagai cuba lari dari isu dan permasalahan sebenar.

Turut dipaparkan gambar di media tersebut, foto beliau memegang botol minyak masak cap bunga matahari bersama para pegawai KPDNKK Terengganu berlatar belakangkan rak yang juga dipenuhi minyak masak cap bunga matahari dan minyak jagung di sebuah pasaraya di Bandaraya Kuala Terengganu.

Pengarah KPDNKK Terengganu perlu memahami keluhan sebenar rakyat yang keputusan bekalan minyak masak sawit, minyak masak yang menjadi kegunaan rutin rakyat kebanyakkan, malah fenomena kekurangan atau boleh diistilahkan ketiadaan langsung bekalan ini telah menjadi makluman masyarakat umum, bukan lagi suatu yang perlu dinafikan sekadar untuk melepaskan tangan.

Minyak masak bunga matahari atau minyak jagung bukanlah pilihan pengguna lantaran harganya yang berlipat ganda. Difahamkan 3 kg minyak bunga matahari bernilai RM27 berbanding 5 kg minyak sawit jenama Saji berharga RM13. Tambahan pula negara kita adalah pengeluar minyak sawit terbesar dunia.

Sikap pegawai mudah lepas tangan dan mengeluarkan kenyataan tanpa penelitian seperti inilah menyebabkan masalah sama berpanjangan dan sering berulang. Bagaimana beliau boleh mengeluarkan kenyataan bahawa minyak masak mencukupi dan pengguna boleh membelinya tanpa had kalau rakyat yang ke kedai runcit atau ke pasaraya gagal untuk mendapatkan bekalan?

Lujnah Pengguna PAS Terengganu mengulangi gesaan supaya KPDNKK meneliti tiga permasalahan pokok yang menjadi sungutan pengguna dan dikhuatiri malah diyakini menjadi punca ketiadaan bekalan tanpa perlu beliau membuang masa menafikan hal yang sememangnya wujud.

Yang pertama, tindakan pemborong dan pembekal yang menyorokkan bekalan setiap kali ada ura-ura harganya akan dinaikkan.

Yang kedua, permasalahan berkenaan kuota bekalan yang menjadi sungutan peniaga yang didakwa telah berusia hampir empat tahun dan tidak lagi relevan dengan pertambahan jumlah kedai runcit, pasaraya dan jumlah pengguna.

Yang ketiga, Kerajaan juga perlu mengetatkan penguatkuasaan terhadap pembelian bahan kawalan itu bagi mengelakkan penyelewengan selain memastikan hanya rakyat tempatan membeli dan menikmati subsidi yang diberi kerajaan.

KD Tun Razak - Siapa Papagomo Yang Mendapat Layanan Begitu Istimewa?


Siapa Papagomo ini sehingga mendapat hak istimewa sebegitu rupa, mengalah orang lain yang juga penting kepada politik dan keselamatan negara?

Benar juga jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan Kementerian Pertahanan membenarkan seorang penulis blog untuk menaiki kapal selam Scorpene.

Ada benarnya jika Anwar mengatakan tindakan itu mungkin menjejaskan keselamatan negara.

Walaupun blogger berkenaan yang menulis dengan nama samaran Papagomo, tidak menyertai ketika KD Tun Razak membuat selaman membawa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy - di Langkawi Jumaat lalu, tindakan kementerian itu boleh dipersoalkan.

Untuk menunjukkan beliau mendapat layanan istimewa kerajaan dan mungkin Menteri Pertahanan, sejak dua hari lalu, Papagomo telah menulis di blognya bahawa beliau adalah "blogger pertama belayar di atas kapal selam Scorpene KD Tun Razak".

Dalam pos blognya semalam, beliau mengakui berada di kapal selam itu selama kira-kira lima jam, dan telah menemubual anak-anak kapal perkara-perkara berhubung kapal selam berkenaan yang dipercayai adalah rahsia negara.

Menurut Anwar kehadiran penulis blog pro-Umno di kapal selam Scorpene itu mungkin telah menyebabkan keselamatan negara dikompromi.

Sambil memidas, penulis blog yang disifatkan oleh Anwar sebagai tali barut Umno, katnya, mereka bertindak seolah-olah tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang negara.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam amal parti itu di Straits Quay Pulau Pinang, malam tadi.

Apabila diberitahu bahawa wartawan, selain wartawan Bernama dan TV3, media lain dihalang daripada menyertai rombongan itu, Anwar berkata perkara itu membuktikan kata-katanya bahawa ada orang yang di atas undang-undang".

"Semua serangan keji yang dilakukannya (Papagomo) ke atas orang lain kerana sedar dirinya di atas undang-undang," kata Anwar.

Justeru, kata Anwar, kehadiran Papagomo di sekitar kapal selam berkenaan merupakan satu isu penting bagi pihak pembangkang ketengahkan kerana keselamatan negara mungkin telah terjejas.

Beliau mendesak pihak polis supaya segera menyiasat perkara itu.

Setiausaha publisiti DAP, Tony Pua berkata Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi didesak menjelaskan kepada rakyat, apakah keistimewaan penulis blog Papagomo sehingga dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, Jumaat lalu.

Dalam kenyataan medianya, beliau berkata kehadiran penulis blog pro-Umno dalam kapal selam berkenaan telah membuktikan bahawa Zahid yang juga naib presiden Umno telah berbohong.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata tidak ada penulis blog yang dibenarkan menaiki kapal selam itu melainkan wartawan Bernama dan TV3 yang turut disertai oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan dua timbalannya.

"Keistimewaan yang dimiliki Papagomo adalah jelas membuktikan salah guna kuasa, dan menteri pertahanan mesti menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang pembohongannya dan hubungan intimnya dengan blogger Umno itu," katanya.

Selasa, 6 Disember 2011

Mana Teks Penuh, Siaran Langsung Manis FM, Web TV Ucapan Bajet 2012?

Ucapan Bajet Sejahtera Pilihan Raya konon… Ucapan Bajet Tercanggih konon…

Bajet Termahal di Malaysia sebanyak RM1.9 bilion konon…

Ingat ada siaran langsung Manis Fm, radio kerajaan negeri. Beli mahal tak pakai, bodoh sungguh Mas Said Menteri Besar Terengganu.

Bagus lagi Trg FM sekurang-kurangnya ada juga petikan ucapan Mad Said. harap manis FM? Habuk pun tak dok!

Hingga kini nak baca teks penuh tak dapat. Masuk lama web rasmi kerajaan negeri Terengganu (http://www.terengganu.gov.my) pun tak ada teks ucapan Bajet 2012 oleh Menteri Besar.
Masuk laman pejabat Menteri Besar lagi teruk.

Malas Ambe nak ulas. Rasanya tahun lepas dah ada orang bantai mengenai laman rasmi Menteri Besar Terengganu ni. Buat malu je…

Lihat ini:
 

Nama orang dah berhenti 6 bulan lalu masih ada dan yang bertukar pun masih ada. Hairannya nama Ustaz Kamaruddin Omar tak ada pula...

Lihat ini:
Kegiatan ini bila? Januari 2011...dah nak masuk Januari 2012....Canggih dan Terkini

Lihat ini:
 Berita Semasa...Awal Tahun 2011, bukan 2012....Hmmmmmm....Gile Ambe Jadinya

Kerja apa Unit Maklumat di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerjaan pun Ambe tak tahu.

Betullah mereka ini tak ikut arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang menekankan pentingnya media baru.

Lepas tu Ambe cuba cari kalau ada Unit Komunikasi Negeri atau UKOM buat siaran langsung melalui webtv. Tak ada juga.

Pun begitu melalui Unit Maklumat, pun tak ada. Bos dia tu Tuan Haji Che Rani Mohd agaknya pening dengan Manis FM. Tulah….banyak sangat nak pegang, yang dikendung bertaburan….

Sathu Ame, dulu waktu Hambali Abdul Latiff pegang Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Ucapan Bajet Menteri Besar boleh diikuti secara langsung tanpa pergi ke Sidang DUN. Sekarang canggih sangatlah tu…

Ambe makin pening dengan cara orang Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said), Menteri Besar yang bangga dengan Zoo Kemaman, Tasik Kenyir dan Bandar Kuala Terengganu yang dibangunkannya menjaga maklumat negeri

Entahlah, lantaklah apa nak jadi, jadilah....

Wan Ahamad Wan Muda, Timbalan SUK dan Hambali kena jawab . Sebab dua orang nilah yang katanya suka sangat kat Haji Samsuddin Sulong dan Ruslan Abdul Rahman jadi orang kuat di UKOM.

Sekarang? Nak kata apa? Manis FM tu hidup ke dah mati? Apasal Orang Kelantan dapat nikmat mduit rakyat Terengganu?

Jawab Mad Said jawab....

Jumaat, 2 Disember 2011

Datuk Ahmad Ramzi : Pahat Dah Makan Tuan

Oleh Ustaz Saiful Bahri

Calon penentang ahli parlimen Marang ni dah kena ‘tulah’. Terlalu kutuk Tok Guru Presiden Pas nampaknya kini air terpercik ke muka sendiri. Datuk Ahmad Ramzi telah diputuskan mahkamah bersalah. Anak arwah bekas mufti Terengganu ini didedahkan melakukan psywar terhadap rakan teamnya sendiri. Selaku setiausaha kepada bekas MB, Datuk Idris Jusoh ketika itu dan ketika berlakunya peralihan kuasa dan kemuncak pertembungan team Idris & team Mat Said, beliau menghantar sms ugutan bunuh terhadap team Idris sendiri dan menggunakan no bekas setiausaha sulit MB Mat Said.


Tapi nampaknya jerat tak menjadi bahkan makan tuan sendiri. Hanya kerana sms “ YB tak sayang nyawa ke?”. Tak pasal-pasal kena jel setahun. Rupanya memang YB Umno ni teramat takut mati. Kes sms yang satu itu pada 13 April 2009 itu menyebabkan mereka tak pergi ke sidang dewan undangan negeri pada keesokan harinya, tetapi mereka pula mengadakan sidang akhbar. Yang kecik dan jadi besar… yang pendek dah jadi panjang.

Ketakutan yang tercirit-birit itu tanpa usul periksa menyebabkan rakan sendiri yang bersalah. MB Mat Said mungkin senyum dan tersengih sahaja. Cerdik-cerdik Idris Jusoh dengan agenda “Memahat sejarah”nya … kini pahat dah kena atas dahi Idris Jusoh jua.


Ketika berbual Adun Manir, YB Harun Taib dengan YB Speaker tentang sms bunuh tu… “Apa nak takut sangat dengan sms tu… kalau mati pun mati syahid”. Jawab YB Ku Putera: “ puak mung takpelah mati syahid… puak Umno mati syahid apa?.. “


Apapun sebab kerana ianya sesama Umno... mungkin hukuman pun dah dikurangkan tu. Hish!!! Kalau bukan Umno dah masuk ISA tu. Macam kes tangkapan ISA terbaru baru-baru ini. Ketika wartawan bertanya kes 13 individu yang di tahan di bawah ISA, kata Menterinya Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata antara jenayahnya kerana pernah mengugut Adun di Sabah.

Macam kira samalah dengan yang dibuat oleh Ramzi ni. Apapun itulah contoh assobiyah asli yang ditunjukkan oleh kalangan Umno. Mereka sanggup menolong kaumnya sendiri meskipun terpaksa berlaku zalim terhadap orang lain. Kalau sesama Umno mereka sanggup lakukan seperti itu… ini baru sms, bahkan ada yang sanggup bunuh membunuh. Itu sesama melayu, sesama bangsa, sesama perjuangan cuma beza kem parti aje. Bagaimana kalau lain parti?


Sebab itulah Umno sanggup berpuluh tahun menindas Pas meskipun sesama bangsa, sesama agama, sesama negeri. Royalti dirampas, tanah dirampas, jawatan dipecat, peruntukan dinafikan dan pelbagai kezaliman yang dilakukan oleh Umno hanya kerana dia orang Pas atau ibu-bapa dia orang Pas.