Sabtu, 31 Mac 2012

Mad Said Putarbelit Isu Pemberian Tanah Kepada ADUN PAS!!!!

Mad Said kini tertekan dengan isu pemberian tanah anugerah kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kini mula memutar belitkan isu tanah.

Malah Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ternyata tersilap apabila merujuk kes pemberian tanah yang luas kepada wakil rakyat PAS sehingga 50 hektar pada tahun 1999 hingga 2004.


Sehubungan itu, mantan Adun Ladang, Dr Sulaiman Abdullah menjelaskan Projek Lembah Limau di Blok 5 Ketengah, Kampung Durian Mentangau, Dungun adalah projek tajaan kerajaan Barisan Nasional.

Menurutnya, tanah seluas 50 hektar bagi setiap lot yang telah disediakan oleh kerajaan BN Terengganu sebanyak 18 lot.

Katanya, projek-projek tersebut telah ditawarkan kepada para pelabur syarikat berkaitan kerajaan dan juga Syarikat Sdn. Bhd pada tahun 1996 bagi dimajukan perusahan tanaman limau madu.

“Projek (Lembah Limau) itu hanya diminati oleh 9 buah syarikat yang memohon termasuk dengan Syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd.

“Syarikat (Imbasan Padu) ini dimiliki oleh Dr Sulaiman Abdullah dan isteri Dr Che Hamidah Che Abdul Kadir yang pada waktu itu belum lagi menjadi wakil rakyat (Adun Ladang),” ujarnya pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, pada tahun 1998, pihak Ketengah yang dipengerusikan MB Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad waktu itu telah meluluskan kepada semua permohonan 9 syarikat yang memohon projek tersebut.

Bahkan, katanya segala perancangan dan persediaan termasuk anak benih telah dibuat serta surat kelulusan bagi menebas hutan turut dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Pada awal 1999, Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan hanya kepada lapan buah syarikat sahaja dan permohonan dari Syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd telah ditolak atas dasar diskriminasi politik.

“Pada tahun 2000 kerajaan PAS Terengganu telah meluluskan permohonan tanah dan projek itu kepada syarikat Dr Sulaiman dan isterinya (Imbasan Padu Sdn. Bhd) atas dasar keadilan,” jelasnya.

Dr Sulaiman mendakwa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Exco Pertanian waktu itu menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pertanian Negeri memberitahu permohonan Syarikat Imbasan Padu ditolak kerana diskriminasi politik kerajaan BN.

Katanya, tidak timbul soal tanah anugerah atau diluluskan semata-mata kepada wakil rakyat PAS kerana syarikat telah dinafikan hak sebelum itu.

“Mungkin juga muka saya telah ‘dicop’ sebagai orang PAS dan sebab itu permohonan tanah tidak diluluskan waktu itu walau pun diluluskan kepada orang lain.

“Syarikat saya layak sebab itu telah diluluskan permohonan oleh Ketengah, cuma pihak Exco Kerajaan Negeri yang tolak kerana diskriminasi politik,” ujarnya.

Beliau menegaskan projek tanaman limau madu di Lembah Limau itu merupakan projek kerajaan Umno-BN Terengganu.

Menurutnya, pada tahun 2008, kerajaan BN Terengganu telah meluluskan pemberian tanah secara pajakan melalui tabung amanah warisan kepada 9 buah syarikat lagi bagi fasa II pembangunan tanah.

Rabu, 28 Mac 2012

PRU13: SPR reka ‘Formula Terengganu’ Menangkan BN?

“Formula Terengganu”adalah hasil  persekongkolan UMNO/BN dengan pihak dalaman SPR apabila senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mencatat kenaikan sehingga 17 peratus dalam daftar undi, paling tinggi dalam sejarah demokrasi negara, sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 2004. Pada PRU 2004 undi PAS di Terengganu meningkat di kebanyakan kawasan, tetapi yang peliknya undi untuk Umno-BN meningkat naik dua kali ganda, sehingga ada kawasan pilihan raya, peratusan pengundi yang keluar hampir mencapai 100 peratus.

Oleh Mohd Rashidi Hassan (March 26, 2012)

Pakatan Rakyat mempunyai cukup bukti, bahawa ada dalang dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berusaha merencanakan suatu penipuan besar-besaran, pada senarai pendaftaran pengundi, untuk memenangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Pakatan Rakyat mempercayai, wujudnya persekongkolan pihak tertentu yang ada dalam SPR dengan Umno-BN, bagi membantu mereka mengekalkan kuasa dengan menyekat kebangkitan rakyat yang sudah komited menolak BN.

Ini bertepatan dengan ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang mengatakan BN hanya selamat di tiga buah negeri, iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Ini bermakna, Umno-BN sudah tidak selamat di sembilan buah negeri di Semenanjung.
Difahamkan hasil kajian sebuah firma pengkaji bebas yang dibayar BN, mereka menghadapi ancaman besar pada PRU kerana di Semenanjung sahaja, hampir 100 kerusi Parlimen yang bakal memihak kepada Pakatan Rakyat.

Pola kecenderungan rakyat dirakam firma pengkaji bebas turut menunjukkan seluruh agenda transformasi dan rancangan pembaharuan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sehingga kini, masih gagal mempengaruhi rakyat menyokong BN.

Justeru akibat gagal menemukan formula terbaik untuk menyelamatkan “takhta” kerajaan BN, maka tiada jalan lain dilakukan, selain merancang penipuan besar-besaran, dengan kerjasama pihak tertentu dalam SPR.

Antara formula yang dikemukakan pihak terbabit kepada kelompok atasan dalam Umno ialah, mengekalkan kuasa dalam PRU dengan menggunakan “Formula Terengganu” pada tahun 2004.

Ia dinamakan “Formula Terengganu” kerana hasil persekongkolan dengan pihak dalaman SPR, senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mencatat kenaikan sehingga 17 peratus dalam daftar undi, paling tinggi dalam sejarah demokrasi negara, sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 2004.

Pada PRU 2004 undi PAS di Terengganu meningkat di kebanyakan kawasan, tetapi yang peliknya undi untuk Umno-BN meningkat naik dua kali ganda, sehingga ada kawasan pilihan raya, peratusan pengundi yang keluar hampir mencapai 100 peratus.

Dipercayai, formula inilah yang sedang cuba dilaksanakan oleh Umno-BN dengan kerjasama juak-juak mereka dalam SPR.

Penipuan yang terancang ini dikesan Pakatan Rakyat dan didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar beliau di Parlimen, 22 Mac lepas.

Pakatan Rakyat mendapati, sekurang-kurangnya, wujud tiga elemen yang meragukan hasil daripada salahlaku SPR dalam daftar pemilih dan senarai nama-nama baru yang sedang diproses masuk dalam senarai daftar pemilih.

Elemen pertama dikesan berikutan daripada pengumuman SPR pada 31 Januari 2012, bahawa wujud sekitar 40,025 pengundi ragu dan yang disahkan sebagai pengundi ragu, tetapi sehingga kini masih terdapat dalam senarai daftar pemilih SPR.

Elemen kedua adalah wujudnya pengundi berganda pada satu-satu alamat. Pengundi berganda ini mencakupi 354 alamat yang senarai pengundi pada satu-satu alamat itu di antara 100 hingga 1000 orang. Jumlahnya amat besar sehingga mencapai 79,098 pengundi seluruh negara.

Jumlah ini tidak lagi diambil kira senarai berpuluh-puluh pengundi dalam satu alamat. Kita memahami jika satu alamat itu dimaksudkan bagi sebuah rumah panjang atau kampung. Tetapi dalam daftar pemilih SPR, terdapat 100 pengundi pada satu alamat rumah yang berada di kawasan perumahan. Tidakkah ianya meragukan?

Elemen ketiga yang lebih serius ialah dengan pengumuman SPR, bahawa terdapat 240,000 undi pos di kalangan petugas SPR mesti dikategorikan sebagai undi pos.

Jumlah ini amat mengejutkan Pakatan Rakyat. SPR tidak memerlukan jumlah petugas pos seramai itu dan ianya jelas bakal dimanipulasikan untuk memenangkan BN.

Tiga elemen didedahkan ini, amat jelas akan memberikan impak besar dalam PRU ke-13. Impak besar untuk mengekang kemaraan gelombang rakyat. Impak besar untuk memberikan kemenangan dua pertiga majoriti kepada Umno-BN.

Pakatan Rakyat bangkit menolak cadangan SPR dan usaha terancang pihak tertentu dalam SPR ini kerana, dalam sejarah PRU di Malaysia, undi pos adalah alat Umno-BN mengekalkan kuasa.

Ini merupakan jenayah terancang pihak tertentu kerana, jumlah pengundi ragu dan pengundi pos amat besar. Ia belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka.

Jenayah ini juga belum diambil kira dengan kemasukan mendadak nama-nama pengundi Selangor yang kebanyakannya menggunakan warga asing yang diberikan kad pengenalan sebagai pengundi.

Dengan latar belakang fakta ini, amat wajar Pakatan Rakyat bersikap prejudis bahawa, ada pihak dalam SPR yang berniat jahat dan berat sebelah untuk memenangkan Umno-BN.

Modus operandi yang sama digunakan dalam “Formula Terengganu” akan digunakan, pada PRU ke 13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan Umno-BN yang sedang terdesak dan nazak.

Kita mendesak SPR menghentikan kerja-kerja jahat ini, kerana ia bakal menimbulkan kekecohan besar pada PRU akan datang.

SPR jangan sesekali mencabul kedaulatan demokrasi. Ia mesti telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13.

Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya oleh SPR yang bertindak sebagai cawangan Umno. — themalaysianinsider

Selasa, 27 Mac 2012

Isu Tanah - Mad Said DiKelentong Maklumat Tidak Betul Tuduh Bekas ADUN


Kesian kepada Mad Said.

Ada orang berinya maklumat palsu yang sengaja mahu menjatuhkan reputasinya sebagai Menteri Menteri Besar.

Malah, dengan membuat kenyataan dan tuduhan palsu di khalayak ramai apalagi menuduh seseorang yang juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) juga berdepan dengan saman. Sebelum ini Mad Said sedap-sedap saman orang, apakata kalau orang yang dituduh dan difitnah itu menyamannya pula?

Segala-galanya ini berkaitan tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan PAS kepada bekas ADUN Ladang.

Semalam PAS Terengganu menafikan dakwaan Menteri Besar itu bahawa parti itu pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya sewaktu memerintah negeri itu dari 1999 hingga 2004.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menegaskan, parti itu hanya meluluskan permohonan tanah yang dibuat menggunakan nama syarikat, bukan atas nama wakil rakyat seperti yang didakwa.

Individu yang dimaksudkan ialah Adun Ladang ketika itu, Dr Sulaiman Abdullah.

Beliau yang merupakan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat memohon tanah untuk mengusahakan tanaman limau madu di Lembah Sitrus, Durian Mentangau.

Siapakah yang memberikan maklumat tidak betul dan menyeleweng itu? Atau apakah ada gerakan mahu memalukan Mad Said dengan maklmat sedemikian.

Ambe ada baca dalam teganukita, yang menyebut mengenai pemberian tanah seperti di atas. Ia kononnya jawapan kepada PAS.

Kesian Mad Said. Teganukita tu katanya akhbar rasmi kerajaan negeri yang diterbitkan oleh Unit Komunikasi Negeri. Siapa ketuanya sekarang Ambe tak tahu!

Tapi lebih kurang beginilah bunyi berita itu:

PAS Terengganu barangkali terlupa bahawa di masa mereka berkuasa di Terengganu pernah meluluskan tanah seluas 130 ekar (50.8 hektar) untuk salah seorang wakil rakyat mereka.Mereka yang dimaksudkan ialah Sulaiman bin Abdullah di alamat, Jalan Ibrahim, Bukit Besar dan isteri Che Hamidah Che Abdul Kadir. Kedua-kedua mereka adalah doktor perubatan dan pergigian.

Dr.Sulaiman waktu itu adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Ladang.Nama syarikat kedua suami isteri yang diberikan tanah seluas itu ialah Imbasan Padu Sdn.Bhd, di alamat Jalan Air Jernih Kuala Terengganu.”

Jadi amat jelas sekali, seperti kata Abdul Wahid, tidak timbul PAS bagi tanah kepada individu. Beliau (Dr Sulaiman) pohon atas nama syarikat.

"Ketengah luluskan permohonan syarikat lain tapi syarikat beliau ditolak pada hal peringkat jawatankuasa Ketengah dan jawatankuasa pertanian negeri dah luluskan tapi Exco Umno ketika itu tolak.

"Lepas tu bila PAS perintah kita kata tak adil orang lain lulus tapi dia tak lulus sedangkan syarikat beliau berpotensi," kata Abdul Wahid ketika ditemui di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.


Dipetik Harakahdaily, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, tindakan PAS ternyata berbeza dengan cara Umno memberi tanah kepada wakil rakyatnya sekarang.

"Fakta dan senario berbeza. Dia mohon atas nama syarikat dan sebelum menjadi wakil rakyat untuk majukan pertanian di bawah Ketengah," katanya.

Abdul Wahid bagaimanapun berkata, beliau akan meminta Dr Sulaiman sendiri membuat sidang media bagi menjelaskan dakwaan itu.

"Saya juga akan terus dedahkan nama wakil rakyat Umno yang menerima tanah," katanya.

Sumber - Sinar Harian, Teganukita & Harakahdaily

Isnin, 26 Mac 2012

Khazan Kumpul Harta, Tanah Memperkayakan Diri, Keluarga…

Kadang-kadang Ambe kesian kat Mad Said. Yang buat hal adalah Idris Jusoh dan konco-konconya tetapi yang kena tempias adalah Datuk Seri Ahmad Said.

Menteri Besar Terengganu semalam terpaksa ‘menegakkan benang basah’ apabila cuba mempertahankan tindakan negeri meluluskan permohonan tanah oleh ADUN BN, khususnya di Besut yang boleh dikategorikan sebagai ‘baham tanah’.

Mad Said ni jenis bodoh kelu kot. Nak pertahan apa? Kalau Ambe biar mampus semua ADUN yang buat hal tu!

Bagi Ambe, Mad Said tak perlulah susah payah nak pertahankan ADUN UMNO di Besut yang dapat tanah kerana mereka bukan kena memgena dengan beliau pun.

Mereka semua tu depan Mad Said tunduk tapi belakang apa yang tidak kata kat Menter Besar Terengganu itu?

Cuma yang mengejutkan di kalangan yang dapat tanah itu ialah memgenai harta Khazan Che Mat, ADUN Batu Rakit yang didakwa oleh PAS memang kaya raya.

Bagaimana dia boleh kumpul harta sampai RM4 juta? Hai Ustaz ni cepat kaya. Jangan jadi macam Datuk Seri Khir Toyo sudah lah.

Menurut satu entri dalam satu blog, ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat beberapa ketika dahulu pernah dilaporkan berkata, harta dan kewangan yang dimiliki oleh keluarganya sudah cukup untuk menampung kehidupan sekiranya Khazan tidak lagi menjadi wakil rakyat.

Perkara tersebut dikatakan heboh diperkatakan orang ramai. Ia dituturkan isteri Khazan dalam satu majlis dan didengari oleh ramai orang.

Menurut seorang penduduk yang berasal dari Kampung Maras, Adnan Awang, 45, beliau mengesahkan memang pernah mendengar cerita tersebut.

“Memang pernah dengar orang duk bercakap, tapi saya tak ingat waktu bila,”ujar Adnan Awang. Kini, setelah beberapa ketika berlalu, barulah jelas ‘kekayaan’ yang dimiliki oleh Khazan Che Mat yang dilaporkan berjuta ringgit.

Termasuk tanah yang diwarisi, Khazan memiliki 13 keping tanah dalam Mukim Batu Rakit dan sekeping di mukim Hulu Nerus.

Beliau yang menjadi ADUN sekaligus Exco sejak tahun 2004 memiliki sembilan keping tanah yang dimiliki secara pembelian.

Sekeping secara pertukaran lot dan sekeping diperolehi dengan menyambut lelongan.

Apa yang menjadi menjadi perbualan ramai sekarang adalah dua keping tanah kerajaan yang diperolehi beliau yang juga Pengerusi (Exco) Jawatankuasa Agama dan Penerangan
Negeri Terengganu.

Sekeping tanah ‘status padi’ Lot PT 6454 seluas 0.2652 hektar dan sekeping tanah ‘status pertanian’ Lot PT 30794 berkeluasan 0.9965 hektar, kedua-duanya terletak di Mukim Batu Rakit.

Agak menghairankan juga, tanah Lot PT 30794 yang baru diluluskan pada November 2011 tetapi telah berpagar dan telah didirikan sebuah bangunan umpama sebuah chalet.

Semalam pada Sabtu, 24 Mac, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS mendedahkan Khazan Che Mat adalah salah seorang daripada lima ADUN dan AP Umno Terengganu, menerima anugerah tanah kerajaan tersebut.

Empat lagi adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Untuk ‘cover’ kesemua mereka, Mad Said terpaksa ‘mendedahkan’ kononnya PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika Terengganu diperintah oleh PAS antara 1999 dan 2004.

Menteri Besar Terengganu itu berkata PAS memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.

Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang. Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun. Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.

Mad Said menjawab soalan pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat sini.
Cukupkah dengan penjelasan itu?

Rasanya jawapan Mad Said itu tidak mampu untuk menepis apa yang disebutkan Wahid dan tidak akan mampu untuk mendinginkan kemarahan rakyat Terengganu.

Yang pasti Mad Said kini semakin sukar untuk memboloskan dirinya daripada masalah dan kontroversi yang dicipta bukan sahaja oleh orang yangn dekat dengannya tetapi juga oleh musuhnya yang mengharu-birukan UMNO Terengganu.

Ini baru beberapa permulaan dan banyak lagi yang akan menyusahkan Mad Said!

Empat YB Besut 'Baham Tanah' Di Dendong, Seorang Di Batu Rakit

  

Baru-baru ini,  Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berjanji akan mendedahkan siapa wakil rakyat UMNO yang mendapat tanah anugerah Kerajaan Negeri.
Menunaikan janji dan menyahut cabaran Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Sabtu 24 Mac, Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’

Empat daripada mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Datuk Seri Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran P


antai Dendong, Mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala Trengganu.


Baca dari sumber

Isnin, 19 Mac 2012

Bagaimana Setiausaha UMNO Kemaman Mampu Siapkan Rumah RM 1 Juta?


Bagaimana pendapatan seorang Penyelia Kemas sekitar RM2000 sebulan, boleh mampu membina rumah berharga RM1 juta, sekaligus memiliki dua kereta mewah yang baru dibeli? Namun begitu maklumat ‘jahat’ pemimpin Umno tidak sampai kepada rakyat.

Ia adalah kerana isu penyelewengan dan salah laku pemimpin Umno tidak dimanfaatkan oleh jentera PAS.

Oleh itu, menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat isu-isu pemimpin Umno yang ‘jahat’ tersebut mestilah dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“kita mesti memainkan isu (penyelewengan pemimpin Umno)! (Bagaimana) Setiausaha Umno Bahagian Kemaman yang kerjanya sebagai Penyelia Kemas dengan kelulusan SPM hari ini boleh menyiapkan rumahnya yang berharga hampir RM1 juta.

“dalam masa yang sama boleh membeli kereta ‘Camry’ baru, boleh membeli kereta ‘Wish’ yang baru,”ujarnya.



Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai berkata demikian dalam Majlis Taklimat dan Penerangan Kepada Jentera Pilihanraya PAS DUN Chukai sempena lawatan Anggota Dewan Harian PAS Terengganu, di sini semalam 18 Mac.

Justeru beliau menyeru supaya isu tersebut disampaikan kepada seluruh rakyat Kemaman khususnya dan negeri Terengganu.

Katanya, PAS tidak mempunyai media masa dan elektronik bagi menyampaikan maklumat dan penerangan kepada rakyat.

Oleh itu, katanya, seluruh petugas PAS akan mengambil tugas sebagai ‘TV dan suratkhabar’ bagi memastikan maklumat-maklumat tentang penyelewengan dan salahlaku pemimpin Umno sampai kepada rakyat.

“kalau maklumat ini sampai kepada rakyat, saya yakin dan percaya orang (rakyat) akan buat (perubahan) memberikan undi kepada kita,

“kita tidak ada TV, hanya ada suratkhabar Harakah itu pun terhad, TV1, TV2 tidak ada, yang menjadi TV yang menjadi suratkhaba (adalah0 saudara-saudari sekelian,

“bercakaplah dengan sesiapa pun, (sesungguhnya) Umno telah menyeleweng!,”jelasnya.

Selain mendengar taklimat Bilik Gerakan DUN Chukai, Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama rombongan Dewan Harian pada sebelah petangnya telah bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam Majlis Minum Petang yang diadakan di Kampung Geliga Kuala Kemaman.

Sabtu, 17 Mac 2012

Anak Buah Mad Said Dah Kaya, PRU 13 Apa Peduli?

Mad Said penyayang kepada binatang peliharaannya seperti pegawai-pegawainya juga dan menatang bagai minyak yang penuh. Namun apakah binatang ini  tidak menggigit Mad Said suatu hari kelak ?
Ada beberapa kawan sama ada bergurau atau tidak mengatakan kalau mahu gaji mahal dan berkedudukan tinggi ‘pergilah cari Mad Said’ di Terengganu.

Kata mereka, lihat sahaja pegawai kanan Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) , semuanya berpangkat tinggi – Gred 54 dan dapat pegang jawatan Pengerusi Syarikat – lagi.

Soal kelulusan tidak timbul. Kau sekadar guru sekolah rendah, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja pun tak kisah. Asal namanya engkau ‘Pegawai Mad Said’.

Kalau Mad Said kalah pun mereka tak heran! Harta dah banyak, ‘mampus makan tanah lah mu Mad Said, aku peduli apa!”

Lantas Ambe terlintas kepada Hambali Abdul Latiff yang kini ‘semakin terpinggir’. Katanya dia tu pegawai kontrak Gred 54. Ada mengatakan dia sekadar lulus Malaysian Certificate of Education (MCE) sahaja, ada mengatakan dia lulus hingga peringkat ijazah Sarjana.

Mana-manalah tetapi yang pasti Hambali tu dah gone case. Ada pun tak berkesan, tak ada pun tak apa!
Katanya dia dah ‘dibuang jauh oleh Wan Ahamad Wan Muda’ – merangkap Timbalan Menteri Besar. Malah katanya dah dua minggu Hambali tu berjalan kaki. Kerajaan Negeri dah tarik balik kereta Perdana yang dipakainya.

Nasib kaulah Hambali. Lepas dibuang jauh-jauh dari Manis FM kini kau rasalah. Penyelidik Kanan konon!
Tapi bagaimana pula dengan yang lain?

1. Wan Ahamad Wan Muda – dapat dua gelaran Dato’ – dari Pahang dan Terengganu. Dia ini memang licik dan ‘paling taat kepada Mad Said’. Namun khabarnya dia kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana banyak kes. Tetapi yang sah, kerana kes bantuan peralatan dan baju sekolah yang dibuat laporan oleh PAS.

Gara-gara siasatan itu Wan Ahamad kini agak moody dan serba perkara yang dilakukannya tidak kena!

Wan Ahamad menikmati rezeki melimpah-limpah sebagai Timbalan SUK Pengurusan dan dikatakan banyak projek negeri termasuk balak melalui beliau. Wan Ahamad bukan sahaja berkuasa tetapi kini kaya raya.

Malah, kini Wan Ahamad dilaporkan ada satu projek misteri yang sedang Ambe korek tapi belum dapat maklumat yang akan didedahkan.

Kerana sudah kuat, katanya Wan Ahamad kini berdiri sendiri tanpa Hambali, Rosli Zakaria (Setaiusaha Akhbar) dan beberapa yang lain, termasuk Setiausaha Politik MB sendiri.

Yang penting dia nak tunggu jadi SUK saja selepas Datuk Mazlan Ngah bersara!

2. Haji Roshali Taha – ini hebat. Guru Sekolah Rendah dapat Gred 54 kerana menjadi Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Dekat dengan Mad Said kerana dia jawatankuiasa UMNO Bahagian Kemaman.

Lulus hanya SPM, bahasa Inggeris berterabur tapi sekarang ada tiga empat biji kereta. Malah, dikatakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong mempersoalkan melantik Roshali ke jawatan berkenaan kerana kelulusannya itu. Namun kerana MB mahukan juga, Mokhtar Nong terpaksa akur! Roshali adalah antara orang yang menjaga kepentingan perniagaan Mad Said di Kemaman. Dah kaya dan katanya akan bertanding pilihan raya umum nanti;

3. Rosli Zakaria – ini pun hebat. Jadi Setiausaha Akhbar MB selepas ‘pusing 360 darjah’ daripada menyokong Datuk Seri Idris Jusoh (Ambe ada bukti mengenai ini sama ada percakapan atau kenyataan-kenyataan ketika peralihan itu) ketika pelantikan Mad Said sebagai MB kepada orang kuat Mad Said ketika ini.

Hambali di kanan MB dan Rosli di kiri MB. Walaupun berlainan kelulusan, kedua-duanya sama gred N 54.
Rosli berkelulusan SPM berasal Negeri Sembilan. Dilantik sebagai Pengerusi Percetakan Islam dan membolot semua projek percetakan negeri untuk menunjukan syarikatnya ‘buat duit’. Perniagaan monopoli mana tak buat duit. Hasilnya bukan sekadar dapat pakai Perdana V6 tetapi juga elaun tambahan RM2,000 sebulan dan dividen lagi. Busuk-busuk pun lulusan SPM ini dapat RM15,000 sebulan.

Kalau kekal di NST kekal ke? Dia mungkin dah ditawarkan VSS kerana orang semua tahu kerja Rosli memang ‘monteng’. Kerana gaji besar, beliau dikatakan ‘mendirikan masjid’ dengan kakitangan Unit Komunikasi Negeri baru-baru ini.

Lagi satu, khabarnya Pulau Orkid di Kenyir yang dibangunkan oleh Mad Said itu Rosli juga dapat untung. Dia pembekal orkid dan keluarganya (isterinya) turut terbabit. Di sini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh selidik.

4. Haji Shamsuddin Sulong – ini palig hebat. Cakap dia berdegar-degar. Beres je.

Haji Din itu namanya dikenali pegawai kerajaan dan orang politik di Terengganu. Selepas Wan Mokhtar Wan Ahmad kalah, bawa diri kerja di Kuala Lumpur. Kemudian selepas ‘ribut politik’ reda dan beliau dipecat sebagai Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Mat Zin, beliau membawa diri dan menenggek untuk dapatkan kerja dengan Mad Said.

Mulanya dapatlah kerja di APMT sebagai Timbalan kepada Haji Roshali kemudian datang bertemu Wan Ahamad dan Hambali mengharapkan jawatan pengarah.

Wan Ahmad yang kesian dan kebetulan UKOM memerlukan seorang Pengarah baru, Haji Din dilantik ke jawatan itu dengan Gred 52. Khabarnya Haji Din tidk puas hati dengan jawatan itu kerana beliau memiliki ijazah sedangkan Rosli dan Haji Roshali hanya berkelulusan SPM.

Selepas beberapa bulan di UKOM, Haji Din ternyata gagal membawa UKOM ke tahap yang dimahukan oleh Pejabat Menteri Besar. Haji Din dilihat berminat menghadiri ceramah dan memberitahu rakan-rakan mahu bertanding dalam pilihan raya.

Kenapa beliau minat berceramah. Bagi orang yang tidak tahu, ingatkan Haji Din berceramah ‘free’. Bukan, kalau percuma Haji Din tidak akan melakukannya. Dia dibayar beribu-ribu ringgit sebulan (upah ceramah, duit minyak, makan dan hotel). Siapa bayar? UKOM dan APMT!

Selain itu akhir-akhir ini untuk menambahkan pendapatan untuk hidup senang Haji Din ada bisnes sampingan. Wan Ahamad tidak tahu nih. Dia sibuk dengan homestay miliknya malah turut menggunakan masa kerja di UKOM untuk melawat dan menguruskan homestay itu. Ambe nak cari dan ambil gambar, nanti ambe letak kat blog ini.

5. Azman Ghani (Setiausaha Sulit Kanan MB). Berdiam tetapi berisi. Siapa nak jumpa Azman khabarnya mesti ada ‘TOL’. Tak ada apa-apa Azman tak layan. Kakitangan MB di Tingkat 16 semua tahu ini. Azman dikatakan dah kaya raya. Dari seorang yang tiada apa, Gred 37 katanya memangku Gred 48. Macam Wan Ahamad dululah, dari Gred 48 lompat sampai Gred 54 dan kemudian lonjak hingga Jusa C.

Azman jarang nak layan orang biasa atau politik jumpa MB di Pejabat. Dia layan ahli pernigaan dan yang ada sampul. Kerana itu orang nak bertemu MB kena cari majlis MB di luar, kalau di pejabar ‘haram tak tak dapat’.

Ini pun pencegah rasuah kena toleh. Orang muda bergred rendah bagaimana cepat kaya!

6. Yang dua orang lagi, iaitu Datuk Ahmad Nizam Abdul Hamid dan Ustaz Kamaruddin Ambe tak dengar cerita mereka. Ambe tahu Mad Nizam jadi Pengerusi Ladang Rakyat tapi dia berhak. Uztaqz Kamaruddin pula berceramah sana sini. Tapi Ambe tak yakin dia buat duit melalui ceramah sebab Haji Din lagi hebat buat duit daripada dia.

Sekian dulu, lepas ini Ambe cerita pasal orang lain pulok. Banyak-banyak pun nanti akan ada yang muntah kuning…pening dengan gelagat orang sekeliling Mad Said yang tak jaga bosnya tetapi jaga perut dan harta sendiri!

Rasa tak betul, komenlah…sedap sikit kita bahas!

Kerajaan Ugut Untuk Terus Senaraikan Felda Dengan Atau Tanpa Peneroka


Putrajaya dikatakan akan meneruskan hasrat untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), dengan atau tanpa 51 peratus saham daripada FELDA Holdings yang dimiliki oleh peneroka Felda.

Sekumpulan lapan peneroka bulan lalu telah memenangi arahan mahkamah sementara bagi menghalang pemindahan saham mereka daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada FGVH, langkah penting terhadap penyenaraian firma perladangan tersebut.

Namun begitu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen semalam berkata kerajaan tidak akan menangguhkan penyenaraian tersebut sehingga Jun kerana mahu mengambil kesempatan daripada harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi.

Menurut beliau penyenaraian tersebut akan diteruskan sama ada peneroka tersebut memenangi injunksi terhadap pemindahan saham apabila kes tersebut akan didengar di mahkmah 22 Mac ini.

“Sekiranya kami tidak mampu mengenepikan injunksi yang dibuat mereka, kami tetap akan meneruskan penyenaraian ini. Kami perlu mengambil kesempatan sementara harga CPO masih lagi tinggi.

“Ini adalah faktor utama kenapa kami mahukan penyenaraian itu dilakukan pada May, tapi sekarang ia mungkin akan dilakukan pada Jun. Tapi kami akan teruskan tanpa KPF,” kata Ahli Parlimen Pontian ini.

Menurutnya, peneroka masih lagi boleh “melibatkan diri tapi pada harga yang lebih tinggi bukan pada harga penawaran awam.”

Kerajaan berkeras mereka menyokong “majoriti peneroka,” walaupun laporan sebaliknya daripada pembangkang.

Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad telah mengumumkan badan khas (SPV) selepas mahkamah menghalang pemindahan saham untuk melindungi kebajikan 112,000 peneroka.

Isa berkata sebarang tindakan yang berpotensi daripada cadangan penyenaraian tidak akan dipindah melalui KPF, SPV berkenaan akan memastikan peneroka mendapat manfaat daripada penyenaraian dan penglibatan penuh terhadap mana-mana perkembangan yang berpotensi.

Namun PKR mendakwa SPV tersebut akan mengurangkan nilai penyenaraian FGVH, dan menambah keputusan itu dibuat atas arahan langsung badan koperasi.

KPF setakat ini mempunyai 220,000 ahli, yang mana 112,635 daripada jumlah itu adalah peneroka FELDA. Selebihnya adalah kakitangan dan anak-anak peneroka FELDA.

Reuters minggu lalu melaporkan Putrajaya akan menangguhkan penyenaraian berikutan penentangan peneroka, dan berkata perjanjian itu bakal menentukan sokongan Barisan Nasional (BN) daripada kumpulan pengundi yang sekian lama menjadi bank undi BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berkata penyenaraian FGVH, yang diumumkan ketika Belanjawan 2012, dijangka akan dilangsungkan pada April berbanding pertengahan tahun sebagaimana rancangan awalnya.

Namun begitu pengkritik mendakwa cadangan penyenaraian akan menyaksikan kerugian sehingga RM1.5 bilion defisit tahunan.

Subsidiari FGVH seperti FELDA Iffco Sdn Bhd, FELDA Global Technologies, FELDA Global Ventures Middle East dan FELDA Global Ventures Arabia dilaporkan mengalami kerugian sekitar RM500 juta sehingga tahun lalu.


FELDA Holdings mempunyai tenaga kerja seramai 19,000, dengan buruh seramai 46,795 pekerja pada 300 ladang, 70 kilang sawit, tujuh kilang penapisan, empat kilang kennel, 13 kilang getah, kilang perusahaan, dan beberapa syarikat logistik dan pemasangan pukal di Malaysia dan beberapa lokasi di dunia.

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah turut mengkritik tindakan tersebut, berkata ia akan mendedahkan tanah peneroka kepada pasaran saham terbuka.

Namun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penyenaraian tersebut dan menyifatkannya sebagai “peluang terbaik” untuk perkembangan FELDA.

Malaysian Insider

Piala Monsun Gagal; Tamparan kepada Umno/BN Terengganu


"Apa yang berlaku sebenarnya, penganjuran Piala Monsun tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya penduduk Pulau Duyung...kondominium atau pangsapuri yang dibina oleh kerajaan Umno/BN bukanlah dijual kepada penduduk kampung...marina yang dibina, tidak ada kapal-kapal yang masuk berlabuh dan kini terbiar egitu sahaja," -  Bekas Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Duyong (Pekeduy),  Muzafez Affyulzaifuzan Mohamad

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendedahkan sebenarnya penganjuran Piala Monsun sejak tujuh tahun lalu gagal meraih pulangan memberi tamparan kepada pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Sekaligus, kenyataan terbuka Shabery menolak dakwaan kerajaan Umno/BN Terengganu bahawa Piala Monsun tidak membazir.

Pada tahun 2007, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan Negeri ketika itu, Datuk Mohamed Awang Tera dipetik berkata, kejohanan itu ternyata telah mampu meletakkan nama Pulau Duyong dan Terengganu khasnya di peta dunia sejak penganjuran sukan tersebut.

"Memang biasalah orang suka memburuk-burukkan kerajaan, lebih-lebih lagi dekat pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Bio Global Tech Sdn Bhd dan Luher Management Berhad.

Beliau berkata, kononnya, kejohanan kapal layar itu ditonton oleh hampir 1.2 bilion orang di seluruh dunia dan sekaligus telah memperkenalkan Terengganu di seluruh dunia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hasil pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti di Kuala Terengganu Rabu lepas yang antara lain turut membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penganjuran sukan itu yang dikatakan membazir dan tidak menguntungkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan itu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan.

Mohamed berkata dakwaan itu tidak tepat kerana acara Piala Monsun adalah satu acara yang dilihat mampu meningkatkan kehadiran pelancong setiap tahun ke negeri ini terutama di waktu musim tengkujuh.

"Piala Monsun salah satu acara yang sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong yang datang ke Terengganu dan juga peningkatan pengunaan bilik hotel," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mendapat banyak manfaat daripada projek Teluk Warisan dan juga acara Piala Monsun manakala penduduk Pulau Duyong sendiri ditawarkan membeli kondominium rakyat dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran semasa.

Melalui marina yang dibina pula, beliau berkata ia telah berjaya menarik kapal-kapal masuk ke Sungai Terengganu.

Sebaliknya Bekas Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Duyong (Pekeduy) Muzafez Affyulzaifuzan Mohamad mendakwa ia adalah bohong semata-mata.

Beliau yang dihubungi Buletinonline berkata, apa yang berlaku sebenarnya, penganjuran Piala Monsun tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya penduduk Pulau Duyung.

Beliau yang merupakan anak jati Pulau Duyung berkata, kondominium atau pangsapuri yang dibina oleh kerajaan Umno/BN bukanlah dijual kepada penduduk kampung.

Begitu juga Marina yang dibina, tidak ada kapal-kapal yang masuk berlabuh dan kini terbiar egitu sahaja.

BuletinOnline

SPR Jangan Khianati Amanah Rakyat & Negara

Harakahdaily (16 Mac 2012)


KUALA TERENGGANU, 16 Mac: Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjadi pengkhianat terhadap ketelusan dan keadilan proses pilihan raya di negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menukar alamat pengundi secara senyap-senyap tanpa kebenaran pengundi adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh badan yang diamanahkan mengurus pilihan raya.

"Tidak wajar menjadi pengkhianat kepada amanah negara dengan memindahkan tempat mengundi pengundi tanpa permohonan daripada pengundi dan tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan, iaitu Akta Pilihan Raya 1958," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada kes yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga sejumlah 31,294 pengundi yang didakwa dipindahkan tanpa kebenaran.

Dalam semakan di laman web SPR, tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan bukan lagi di Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor seperti pada PRU 2008 lalu.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti Malaya di bawah daerah mengundi Universiti.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, urusan pilihan raya merupakan amanah terpenting negara kerana ia menentukan parti mana yang akan memerintah.

Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menguruskan pilihanraya sewajarnya SPR tidak melakukan pecah amanah, kata beliau lagi.

Menurutnya, Dewan Ulama PAS Pusat mahu memperingatkan semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya yang terlibat dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 58 bermaksud: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak".

Begitu juga peringatan Nabi saw kepada pengkhianat amanah seperti hadis baginda yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Hakim:

"Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat itu pasti memiliiki bendera di hari Qiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada urusan awam".

Sidang DUN Terakhir Sebelum PRU-13 Lebih Panas?


“Kita telah pun berbincang berkenaan soalan-soalan yang akan dikemukakan, insyaAllah, kita harap pihak Umno dan BN ‘gentlemen’ tidak menolak soalan-soalan sebagaimana dalam sidang-sidang DUN yang lalu...kalau dia main ‘mengelat’ tolak soalan, tak mahu jawab, rakyat akan menilai mereka dan saat hampir PRU-13 ini, ia sangat penting kepada rakyat,” - Mohd Abdul Wahid Endut

Persidangan dewan Undangan Negeri Terengganu (sidang DUN) akan diadakan bermula pada Isnin 23 April dan berakhir pada Khamis 26 April, 2012, sekiranya parlimen tidak dibubarkan dalam tempoh terdekat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut pihak Dewan undangan Negeri telah pun menghantar surat dan meminta para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghantar soalan-soalan untuk dikemukan pada sidang tersebut.

Katanya, ia merupakan sidang DUN terakhir, sekiranya pembubaran parlimen sebagaimana dijangka pada bulan Mei akan datang.

“Kita telah pun berbincang berkenaan soalan-soalan yang akan dikemukakan, insyaAllah, kita harap pihak Umno dan BN ‘gentlemen’ tidak menolak soalan-soalan sebagaimana dalam sidang-sidang DUN yang lalu,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal (DUN) PAS Terengganu yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS hari ini, 17 Mac.

Apabila ditanya adakah sidang DUN terakhir ini akan menjadi lebih ‘panas’ berbanding sidang-sidang yang lalu, beliau berkata ia bergantung kepada samada phak kerajaan jujur atau tidak dalam menjawab persoalan yang dikemukakan.

“Kalau dia main ‘mengelat’ tolak soalan, tak mahu jawab, rakyat akan menilai mereka dan saat hampir PRU-13 ini, ia sangat penting kepada rakyat,”jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata Parlimen Malaysia juga sedang bersidang yang bermula pada 12 Mac lalu dan akan berakhir pada 12 April depan.

BuletinOnline

Khamis, 15 Mac 2012

GELABAH NAK KALAH!!! UMNO naik sawan di Terengganu ??

Oleh Zakri Ali


Nampaknya kini barulah rakyat tahu kuasa mereka. Hari ini kerajaan pimpinan Umno-BN terpaksa mengalah dengan tuntutan rakyat.

Itupun kerana kuasa mereka diparlimen yang tak sampai 2/3. Apatah lagi asakan pakatan Rakyat menyebabkan Umno-BN kini berada dipenjuru gelanggang.

Setelah 55 tahun Umno memerintah selepas merdeka, barulah rakyat kini mengecapi sumbangan maupun apa yang dikatakan pembelaan kerajaan.

Pelbagai tawaran dan pemberian kini ditawarkan. Itu semua bagai gula-gula untuk memastikan rakyat mengundi mereka. Dari duit pelajar Rm100, duit buku mahasiswa IPT sehinggalah duit Br1M Rm500.

Sejauh mana rakyat termakan umpan yang ditabur Umno-BN?

Tawaran Buku-Jingga menjadi berhantu. Ia menjadi pendesak kerajaan untuk mengembalikan kekayaan Negara kepada rakyat. Tawaran kepada guru kenaikan RM500 telah menyebabkan pemimpin kerajaan menjadi gelabah.

Desakan terhadap kenaikan gaji kakitangan menyebabkan SBPA terpaksa dibatalkan dan SSM diguna semula dengan kenaikan 7-13% yang menelan bajet RM 6 billion.

Walaupun ketika mengumumkan itu wajah PM yang amat sugul dan tidak ceria tetapi terpaksa tindakan itu dilakukan juga bagi menggula-gulakan 1.4juta kakitangan kerajaan agar mengundi Umno-BN.

Rasanya inilah masa terbaik bagi Najib mengumumkan pilihanraya… jangan sampai timbul lagi isu-isu lain yang menenggelamkan watak populis PM ini.

Masing-masing kini hanya menunggu siapakah calon-calon winnable pilihan Najib. Tidak ketinggalan di Terengganu.

Kalau tersalah Najib letak calon nescaya balik awallah Umno-BN. Team manakah yang akan naik? Puok Mat Said ke atau Puok Deris Jusoh? Kita tengoklah bagaimana tarian mereka nanti.
Pas seperti biasa meneruskan kerja-kerja persiapan PRU-13 dan mengadakan penerangan perjuangan yang dibawa Pas.

Pas memperjuangkan dasar parti yang dibawanya dan membina kekuatan atas kekuatan yang dibina serta sokongan ahlinya dan bukannya atas kelemahan musuh.

Sebab itu Pas masih lagi bertahan hingga kini. Perjuangan Pas nampaknya semakin diterima. Bukan hanya dikalangan orang melayu, orang bandar tetapi juga masyarakat cina yang secara terang-terangan memberi sokongan kepada Pas.

Umno kini merasai bahawa kekuatan serta pengaruh mereka semakin tercabar.

Akibatnya mereka mengambil tindakan yang semakin tidak rasional. Nampaknya Umno seperti orang kena rasuk. Apabila Tok bomoh dah jampi dan kenyekkan lada hitam… hah! Macam naik sawan dibuatnya.
Mereka bimbang kalau fitnah mereka selama ini terhadap PR terbukti tidak benar. Mereka cuba menghalang agar rakyat tidak mendapat dan mendengar penerangan yang disampaikan oleh pihak Pas.

Terbaru bagaimana Umno-BN di Dun Paka yang semakin terdesak.Isu rampasan tanah Sekolah Agama Darul Bayan di jalan Santong Paka makin menjerut mereka. Rakyat semakin tahu kezaliman mereka.
Dua perarakan bantahan yang diadakan mendapat sokongan masyarakat yang ramai

Pertamanya ditapak sekolah ke pejabat Adun Paka yang menyebabkan beliau terpaksa bersembunyi di Residen Resort dan yang terbaru demontrasi bantahan di Bandar Dungun ke Pejabat Tanah Daerah untuk menyerahkan memo bantahan tersebut walaupun Pegawai Daerah dikatakan bercuti.

Memo diterima oleh Penolong Pegawai Daerah. Rakyat mula memperkatakan kezaliman tindakan pemimpin Umno-BN ini.

Hari ini mereka terpaksa menjawab disetiap perasmian mesyuarat agung PIBG sekolah-sekolah di seluruh Dun Paka. Mereka memfitnah semasa ceramah penyampaian wang BR1M Rm500.

Mereka tidak berani berhadapan dan bersemuka. Jemputan Debat Rakyat dihantar kepada pihak Adun tetapi malangnya tawaran debat terbuka isu rampasan tanah itu sehingga ke hari ini tidak disambut oleh Adun Paka maupun Ahli parlimen Dungun sendiri. Mereka lebih suka memilih jalan yang bukan demokrasi.

Ketika Pas Dun Paka nak mengadakan ceramah di Kuala Paka yang sebahagian penduduknya dikalangan orang cina dengan mengundang penjelasan oleh Ng Chai Hin selaku Pengerusi DAP Terengganu dan YB NG Swee Lin iaitu Adun Sekinchan, pihak Umno Cawangan Kuala Paka telah membuat report polis supaya membatalkan ceramah anjuran Pas tersebut.


Walupun usaha mereka itu gagal tetapi nampak bagaimana mereka mula takut kepada sokongan masyarakat terhadap Pas.

Deris Jusoh Pun Buat U-Turn Selepas Beberapa Hari Geng 10 Budak Hitam Bertemu

Pada 23 Februari lalu, kira-kira jam 9 malam, di sebuah hotel dalam bandaraya Kuala Terengganu, dilaporkan, beberapa orang dari kalangan ‘Geng 10 Budak Hitam’ (G10BH) telah mengadakan pertemuan.

Sudah lama nama kumpulan G10BH tidak disebut-sebut dala media, khususnya media baru.

Namun sejarah yang terukir melibatkan G10BH sejurus selepas pilihanraya ke-12 tahun 2008, tidak mungkin dipadamkan dan masih segar dalam ingatan, khususnya bagi peminat politik negeri Terengganu.

[Gambar - Rosol dan Geng 10 Budak Hitam Dalam Satu Pertemuan DiSebuah Hotel Baru-Baru ini]

Siapakah G10BH

Siapakah mereka dan mengapakah mereka cukup terkenal?

G10BH adalah sepuluh orang Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang menentang perlantikan ADUN Kijal, Dato’ Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terenggan

Mereka terdiri daripada ADUN Ajil yang dianggap sebagai ketua G10BH, Kuala Berang, Alor Limbat, Paka, Permaisuri, Bukit Besi, Air Putih, Tepuh, Jabi dan Kota Putera.

Pada 23 Mac, 2008, sewaktu Ahmad Said menerima watikah perlantikan sebagai Menetri Besar, ADUN Ajil Rosok Wahid telah mengadakan sidang media di kediaman Menteri Besar.

Sewaktu Ahmad mengadap Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tamu(Al-Muktafi BiLlah Shah) ADUN Ajil, Rosol Wahid telah melakukan ‘onar’ .

Selain boikot, menurut Rosol yang bercakap kepada pihak media juga merancang mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantah perlantikan Ahmad.

Beliau juga memberitahu, bahawa wakil-wakil rakyat G10BH juga sedia meletakkan jawatan jika diperlukan berbuat demikian.

Penyokong Tegar Idris

Pemerhati politik berpendapat, mereka berbuat demikian kerana mereka adalah ‘penyokong tegar bekas Menetri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh (Deris).

Sebahagian dari mereka yang sebenarnya, menurut Rosol mencapai angka 23 orang, adalah dibawa dan dicalonkan oleh Idris untuk bertanding dalam PRU ke-11 tahun 2004 dan PRU ke-12 tahun 2008.

Setelah Barisan Nasioal menang pada tahun 2008, tiba-tiba Deris yang menerajui Umno Terengganu ketika itu tidak diperkenankan oleh istana Terengganu untuk menjawat jawatan kembali sebagai Menteri Besar.

Oleh itu, keranamahu membalas budi Deris, mereka bangkit dan melawan keputusan istana yang melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar

G10BH juga dikaitkan dengan dikaitkan dengan sepanduk menghina ‘Kami Nak Deris Natang’ yang diangkat di perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar.

SMS Ugut Bunuh

Setelah tamat sketsa lakonan episod perlantikan Menteri Besar, G10BH muncul beraksi semula degan episode ‘SMS Ugut Bunuh’ setahun kemudiannya.

Pada 14 April 2009, mereka telah memboikot dan tidak hadir dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang diadakan pada ketika itu.

‘Drama’ pada kali ini adalah adalah gara-gara Bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir yang telah menghantar satu ugutan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

“Baik jangan teruskan niat YB. YB tak sayang nyawa?”adalah kata-kata tertera dalam SMS yang ditujukan kepada ADUN Paka dan Permaisuri.
Kononnya, SMS tersebut dihantar oleh seorang penjawat Awam, Setiausaha Sulit Kanan Ahmad Said, Wan Ahamad wan Muda.

Akhirnya, setelah disiasat dan dibicarakan, Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Isnin 28 November 2011, telah memutuskan hukuman penjara selama 12 bulan kepada Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir.

Api Perseteruan Tidak Padam

Perseteruan antara kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris dan Menteri Besar masakini, Dato’ Seri Ahmad Said tidak padam walaupun ‘api’ permusuhan didakwa dipadam oleh pemimpin Umno Pusat.

Kemuncak pertelingkahan Umno Terengganu adalah apabila Umno Pusat campurtangan dan melantik Naib Presidennya, Dato’ Seri Hishamuddin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Pelbagai kaedah digunakan oleh Hishamuddin untuk membaik pulih hubungan diantara kumpulan Idris dan kumpulan Ahmad, namun semuanya dianggap gagal.

Walaupu ia hampir-hampir membawa penyatuan, namun apabila Umno pusat menyerahkan kembalik tampuk kepimpinan kepada Ahmad Said, ‘api dalam sekam’ kembali menyala.

Walaupun tidak terang-terangan, api yang menjalar itu terus dirasai bahangnya.

Setahun yang lalu, pada 2 Mac 2011, sebagaimana dilaporkan media, Deris menyatakan sedia berundur bagi memberi peluang kepada muka baru bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau selaku Ketua UMNO bahagian Besut yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, dan Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin sepakat menyatakan kesediaan berundur untuk memberi laluan kepada calon baru bertanding.

Tiga lagi kononnya menyatakan kesediaan berundur ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian yang juga ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad; Naib Ketua bahagian, merangkap ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri yang juga ADUN Kuala Besut, Dr Abdul Rahman Mokhtar.

Pernyataan itu dibuat pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian itu di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB), Gong Kemuntong

PRU Ke-13 semakin Hampir


Dalam suasana masakini yang diperkatakan hampir kepada PRU-13, tiba-tiba Deris membuat satu kenyataan ‘U Turn’ apabila beliau menafikan enggan bertanding pada PRU-13.

Sedangkan pada Disember 1, 2011, Idris Jusoh selepas kenyataan pada 2 Mac 2011, sekali lagi mengesahkan beliau sanggup tidak Bertanding PRU 13

Menurut laporan media, perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media yang diadakan selepas ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung Umno.

Mengapa tiba-tiba Deris membuat ‘pusingan U’ dari kenyataan tegas tidak mahu bertanding kepada penafian, yang tiba-tiba membayangkan beliau mahu kembali beraksi.

Mungkin kerana pertemuan G10BH yang dilihat mengadakan mesyuarat di sebuah hotel pada 23 Februari lalu??

apakhabarganukita

Isnin, 12 Mac 2012

Shahrizat Sahajakah Yang Berhenti? Seorang Lagi?

Shahrizat Jalil mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan hanya pada 8hb April nanti apabila penggal keahliannya di Dewan Senat tamat tempohnya. Perletakkan jawatan ini sepatutnya sudah diambilnya sebaik sahaja terbongkar salahlaku keluarganya menyalahgunakan wang pinjaman dari kerajaan untuk mengendalikan perniagaan NFC itu. Tetapi setidak-tidaknya beliau mengambil juga tindakan untuk melepaskan jawatan kabinet yang dipegangnya melalui pintu belakang itu.

Walaupun beliau pada mulanya berusaha untuk mengekalkan jawatan itu, tetapi etika politiknya yang nyata sangat menjengkelkan itu tidak berdaya beliau untuk mempertahankan jawatan yang amat beliau sayangi itu. Sesungguhnya itu sahaja jalan yang tinggal untuknya lakukan kerana kesalahan etikanya sangat menjelikkan kerana suaminya itu mendapat pinjaman semudah itu kerana kedudukan Shahrizat didalam kabinet negara.

Seperti yang saya nyatakan dahulu, jika Shahrizat itu hanya seorang bidan kampung, Salleh tidak mungkin mendapat pinjaman dengan menggunakan wang rakyat dengan semudah itu. Semua keistimewaan-keistimewaan yang didapati oleh ahli keluarga pemimpin ini telah banyak memerah wang dan harta rakyat. Tetapi Shahrizat ini malang sedikit kerana beliau tidak mempunyai kuasa dan pengaruh sepenuhnya.

Seandainya beliau seorang Perdana Menteri beliau tidak akan terpaksa meletakkan jawatan kerana ada kes-kes yang lebih besar dilakukan oleh pemimpin yang lebih besar dari Sharizat itu tidak diambil tindakan sehingga hari ini. Perbezaan diantara Shahrizat dan yang lain ialah Shahrizat tidak pandai menyorokkan perlakuan beliau dan keluarga beliau.

Jumlah yang melibatkan RM250 juta itu amat besar tetapi jumlah RM1.8 billion yang dipergunakan secara ‘direct’ dari wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak seorang pemimpin besar pada tahun 1998 dahulu tidak diambil tindakan sampai kehari ini. Sebab apa? Sebabnya ia dilakukan oleh seorang Perdana Menteri semasa itu. Banyak lagi perkara-perkara seperti ini dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dalam BN selama ini dan ianya masih dilakukan mereka.

Masing-masing saling membantu diantara satu dengan lain untuk menutup ‘barang curi’ masing-masing kerana semuanya melakukan perkara-perkara yang sama. “Lu jaga gua, gua jaga lu’; itulah kaedahnya. Hanya kes Shahrizat ini diketahui oleh Ketua Audit Negara dan pihak pembangkang secara terperinci. Untuk memecahkan kegiatan ala ‘cartel’ dikalangan pimpinan BN inilah merupakan satu usaha yang amat susah kerana mereka mempunyai kuasa yang dipergunakan habis-habisan untuk mempertahankan salahlaku mereka ini.

Sekarang Shahrizat telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dari kerajaan kerana kesilapan dan kesalahan beliau. Apa yang kita tunggu sekarang ialah untuk melihat samada ada-kah tidak sifat ‘accountability’ dari pimpinan atasan yang memberikan kelulusan kepada projek biayaan kerajaan NFC ini.

Kita hendak juga melihat sama ada Menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek yang menjijikkan ini dahulu.. Menteri Pertanian semasa itu saya sudah lupa siapa dia……ada orang kata dia dah jadi Timbalan Perdana Menteri…

Adakah Menteri ini akan turut meletakkan jawatan kerana kalau mengikut etika kepimpinan negara maju, Menteri yang bertanggungjawab meluluskannya juga wajar meletakkan jawatan. Ini merupakan asas kepada semangat demokrasi yang beretika dan Menteri yang meluluskan projek ini semasa itu mesti mengambil ‘accountability’ kepada skandal kewangan yang dilakukan oleh NFC ini.

Menteri ini boleh memilih untuk tidak mengambil ‘accountability’ terhadap isu ini tetapi nanti janganlah hendak beretorik untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju pula. Ini adalah isu besar jika benar kita hendak mencapai ketaraf negara maju. Negara maju yang berkembang pesat mesti diikuti dengan etika kepimpinan yang tinggi. Kalau tidak persepsi ramai yang menganggap Malaysia sebagai ‘Zimbabwe in different name’ itu tidak akan berjaya kita hakiskan.

Pada tahun 2007 yang lalu seorang menteri Britain yang buta penglihatannya bernama Blankert (ejaan nama tak pasti) telah meletakkan jawatannya sebagai menteri dalam negeri kerana kesilapan kecil tetapi oleh kerana ia menjejaskan etika kepimpinannya maka beliau meletakkan jawatan dari menganggotai kabinet Britain.

Kesalahannya ialah kerana mempercepatkan proses permohonan teman wanitanya untuk mendapatkan permit kerja untuk orang gajinya. Itu sahaja kesalahannya. Tetapi itu jelas menjejaskan etika kepimpinan negara. Maka beliau mengambil masa hanya tiga empat hari sahaja untuk mengambil keputusan meletakkan jawatannya. Menteri Britain itu tidak mengambil masa berbulan-bulan utuk mengambil keputusan untuk berhenti seperti yang dilakukan oleh Shahrizat.

Dengan keputusan Shahrizat untuk berhenti itu ia bermakna Shahrizat mengakui kesalahannya. Jika Shahrizat mengaku kesilapan atau kesalahannya maka adalah ‘natural’ menteri yang bertanggungjawab meluluskan projek NFC ini juga mengambil langkah yang sama, iaitu berhenti sahaja dan mengikut langkah Shahrizat itu. Tetapi ini tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak mahu menerima asas-asas perlu untuk menempah tempat untuk meletakkan negara kepada kategori negara maju kerana meletakkan jawatan kerana isu ini dianggap sebagai perkara yang tidak munasabah bagi mereka.

Begitulah tingginya etika kepimpinan negara maju dan jika kita mahu mengambil iktibar dari tindakan ahli jemaah kabinet Britain ini, itu merupakan permulaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju dengan ketinggian etika kepimpinannya. Kalaulah apa yang dilakukan oleh pimpinan kita itu dilakukan di Britain kerajaan kita sudah lama dikuburkan oleh rakyat. Tetapi untungnya pimpinan rasuah kita ini ialah kerana rakyat telah dididik untuk menerima sahaja apa yang dilakukan oleh pimpinan yang tidak bertanggungjawab kepada rakyatnya.

Kerajaan negara-negara maju ini menjadikan etika kepimpinan sebagai elemen terpenting dalam pentadbiran kerajaan. Ini ialah kerana yang hendak dijaga mereka bukannya jawatan mereka tetapi untung nasib negara mereka pada masa-masa yang akan datang. Tetapi disini pimpinan kita lebih mementingkan kuasa sahaja, tidak kira samada mereka itu berguna kepada negara dalam jangka masa yang panjang.

Kalau tidak, tidaklah kita terdengar kata-kata seperti, “kita akan pertahankan Putrajaya dengan cara apa sekali pun” kata Najib pada suatu ketika dahulu. Kata-kata ini menonjolkan satu sikap yang amat negatif kepada sistem demokrasi negara. Sikap kuno ini lah yang menyebabkan negara kucar kacir, bukannya oleh sistem demokrasi itu sendiri.

Kepada BN demokrasi itu bermakna, kemenangan hanya hak mutlak BN, bukannya untuk mengikut selera rakyat yang mengundi. BN kini menggunakan kumpulan pengacau pula. Tugasnya hanyalah untuk mengganggu majlis-majlis pihak PR. Itu merupakan tanda-tanda ‘desperation’ yang ada didalam pemikiran pihak BN khususnya UMNO.

Dua malam yang lepas saya menjadi penceramah jemputan bersama dengan TS Khalid Ibrahim di Seri Menanti dimana sekumpulan 20 orang penyokong UMNO mengganggu ceramah dan majlis itu tanpa segan dan silu selama 15 minit.

Berkat kesabaran pihak kami, mereka telah dapat diusir dari majlis itu. Dalam hati saya, tidak dapat saya menghilangkan persepsi dan keyakinan saya yang tindakan itu merupakan tindakan pihak pemerintah yang begitu fakir nilai kepimpinan mereka. Apabila sokongan merosot mereka mengambil tindakan yang tidak beradab dan bersopan.

Dari kumpulan inilah yang bergegar-gegar hendak jadikan negara kita negara maju tetapi tindakan kumpulan ini membayangkan yang kemajuan yang dijanjikan itu tidak mungkin tercapai sampai bila-bila. Segala pelan transformasi Najib hanya tinggal pelan sahaja. Ia tidak akan kemana…seperti dulu juga.

Oleh Aspan Alias, 12 Mac 2012 (http://aspanaliasnet.blogspot.com)

Selasa, 6 Mac 2012

Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman DiSoal Siasat SPRM?? .

Pagi-pagi lagi orang ramai yang berkunjung ke pasar Chukai, Kemaman heboh memperkatakan bahawa Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad atau yang lebih ‘glamour’ dengan panggilan ‘Rosli Pendek’ telah ditahan dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber Buletinonline, khabar tersebut telah bertiup kencang sejak dua tiga hari yang lalu.

“Saya pergi ke pasar (Chukai) pagi ini, heboh orang bercakap, Rosli Pendek, SU Umno Bahagian telah ditahan oleh SPRM,

“berita ini telah kedengaran sejak dua tiga hari lalu,”ujarnya ketika ditemui oleh Skuad Buletinonline.

Menurut sumber dalaman, beliau berkata, Rosli dilaporkan disoal siasat berkaitan penganjuran perarakan Maulud ar-Rasul Peringkat Daerah Kemaman 1433 Hijrah yang telah diadakan pada 18 Februari 2012 di Padang Astaka,Chukai Kemaman.

Katanya, beliau tidak pasti berapa banyak wang yang terlibat dengan ‘penyelwengan’ tersebut walaupun ramai yang bercakap ia adalah kerana perutukan kewangan perarakan itu yang tidak ‘turun ke bawah’.

“Saya tak pasti berapa banyak, tapi orang ramai bercakap dari sumber dalaman Umno, Rosli terbabit dengan peruntukan kewangan perarakan (Maulid ar-Rasul) itu,

“Rosli adalah Penyelia Kemas daerah Kemaman, saya dengar, wang tersebut disalurkan melalui Kemas untuk diagih-agihkan kepada peserta perarakan,”jelasnya.

Rosli Ahmad dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Umno Kemaman menggantikan Zahari Said, Pada tahun 2009.

Zahari Said yang menjadi Setiausaha selama dua penggal adalah bekas setiausaha pemuda ketika Ahmad Said menjadi ketua pemuda (1993-1998).

Zahari yang berasal dari Besut dikatakanadalah orang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sekiranya benar, Rosli disiasat oleh SPRM, beliau merupakan pimpinan kedua Umno Kemaman yang telah disiasat terbabit dengan rasuah dan penyelewengan.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Rosli Othman adalah antara dua yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi 2 Ogos, 2009, kerana menerima sogokan berjumlah lebih RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

BuletinOnline

Khamis, 1 Mac 2012

Mad Said Tak Dilantik Semula Sebagai MB, 4 Calon Lain Menanti


 (Tajuk asal - Panasss!!! Ku sangka 2 rupanyaaa 4?)

Berita terkini dalam persiapan menghadapi pilihanraya, maklumat yang diberitahu kepada penulis bersumberkan YB Umno sendiri bahawa MB Terengganu sekarang iaitu Datuk Ahmad Said tiada dalam senarai calon Umno-BN untuk PRU-13.

PM sendiri tidak berkehendakkan Mat Said lagi. Kita pun sedia maklum bagaimana Mat Said telah menconteng arang ke muka Umno-BN dan kepimpinan mereka apabila krisis perlantikan MB Terengganu dahulu. Apatah lagi dengar-dengar khabar bahawa pihak istana sendiri pun sudah tidak berkenan dengan perangai dan sikap ‘cerdik do’oh lalu” MB sekarang.

Sejak rebahnya Derih Jusoh daripada kerusi empuk jawatan MB Terengganu maka bermulanya perang yang tidak berkesudahan antara Team Utara & Team Selatan ini. Dua group yang saling bertentangan dan saling bertewas. Ianya bukan rahsia lagi bahkan perbalahan ini secara terang-terangan dan tiada ubat untuk penyelesaian maupun ada kesudahannya. Ianya selesai depan wartawan maupun duduk dihadapan pimpinan. Datuk Mat Said dengan team veterannya dan Idris Jusoh dengan team barunya.

Baru-baru ni semasa PM Najib datang ke Marang, ingatkan sekadar nak bahagikan BR1M kepada rakyat tetapi rupanya untuk mengubat penyakit yang dah semakin membarah. Masing-masing team dah siap untuk cah keting masing-masing. Kita pakat-pakat tengoklah nanti. Bahkan dikatakan bahawa takkan berlaku p’raya melainkan Najib akan turun sekali ke Terengganu.

Dalam dok masing-masing memperkukuhkan kuku & taring masing-masing, timbul pulak 4 nama calon MB Terengganu yang baru. Sekarang ini bukan 2 team sahaja yang bertempur tetapi kini sudah berpecah 4 team. Masing-masing dok menaruh angan-angan bahawa merekalah bakal MB. Para YB2 iaitu Awang Tera - Kemaman, Yahya Khatib – Marang, Rahin Telok Pasu dan Razif Seberang Takir.

Masing-masing dok perkemas jentera. Kini amat rancak pertemuan demi pertemuan untuk mengukuhkan team masing-masing. Dahulu mereka takut untuk derhaka kepada PM… takut 'tulah' tetapi setelah contoh dan qudwah yang dibuat oleh Mat Said merampas jawatan MB dahulu, kini timbul keberanian bagi 4 orang ini menyingsing lengan.

Bab kata Ibrahim Pendek dalam penyamun tarbus... "Jom!.. Kita tengok sapa yang kenaaa" !!! itupun kalau BN boleh mengekalkan kuasa di Terengganu. Tetapi kalau benar nama Mat Said pun tak tersenarai, bagi pandangan penulis… takkan Mat Said nak biarkan sahaja. Lama mana perturunkan ilmu daripada harimau dan binatang yang buas-buas dari Zoo beliau di Kemaman. daripada berputih mata, baik bakar kapa sekali.

Pernah Idris jusoh nak menyingkirkan nama Mat Said dari menjadi calon akibatnya deris Jusoh yang terpelanting. Adakah kali ini Mat Said boleh memecahkan rekod kali ke-2?

 Adakah semua empat2 calon MB akan terpelanting dek Mat said… atau salah buat Umno-BN yang akan terpelanting dalam Pru-13 nanti.

Lebih 50 Peratus Pengundi Muda Sokong PR di Terengganu

Majlis Bersama Penurun Bendera Najib Adam Adli di Kampung Dusun Nyior Chukai menggambarkan orang muda sokong parti pembangkang.


Ambe rasa kalau pemimpin UMNO baca kenyataan ini, pucat lesi dan terkentot-kentotlah mereka.

Kena cari pil atau penawar buang angin serta merta.

Apa tidaknya?

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah mendakwa sokongan pengundi muda terhadap Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu melebihi 50 peratus ketika ini.

Walaupun tiada statistik secara tepat, namun katanya, dari segi anggaran umum melalui program anjuran PAS, penilaian pihaknya mendapati peratusan sokongan muda terhadap pembangkang melebihi separuh.

Menurutnya, sokongan tersebut berlaku di semua daerah di negeri ini dan kesemuanya menunjukkan sokongan yang hebat terhadap PR dengan kehadiran yang sangat besar setiap kali program diadakan.

“Dari segi peratusan, kita melihat sokongan melebihi separuh tetapi saya tidak berani meletakkan sama ada 60 peratus, 70 peratus dan sebagainya tetapi peratusan kehadiran orang muda sangat besar dalam program yang dianjurkan,” katanya kepada dihubungi, di Kuala Terengganu

Wan Sukairi berkata, pertambahan sokongan itu juga turut dirasakan sebaik sahaja manifesto pilihan raya PAS Terengganu diumumkan.

Beliau berkata, salah satu manifesto parti iaitu membuka peluang pekerjaan kepada 17,000 belia di negeri ini ternyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada golongan muda.

Menurutnya, peluang pekerjaan yang sangat kecil di negeri ini menyebabkan kebanyakan mereka menaruh harapan tinggi terhadap pembangkang untuk memastikan perkara tersebut direalisasikan.

“Orang mudah minat dengan manifesto yang kita tawarkan itu kerana tiada kerja sekarang ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menganggap PAS tidak sukar mendapat sokongan muda ketika ini kerana sudah berlaku kebangkitan terhadap pembangkang di seluruh negara termasuk Terengganu.

“Insya-Allah, ia bukanlah tugas mudah kerana kita sudah mendapat kebangkitan daripada rakyat,” katanya.

Katanya, dalam usaha mengekalkan momentum sokongan terhadap PR, pihaknya mendekati golongan muda melalui sukan dan program tertentu seperti permotoran dan aktiviti berbasikal.

Selain itu, pihaknya melakukan aktiviti turun padang dengan memberi penjelasan secara langsung kepada anak muda mengenai tawaran PAS jika pembangkang berjaya memerintah Terengganu kelak.

Sumber Sinar Harian