Kadang-kadang Ambe kesian kat Mad Said. Yang buat hal adalah Idris Jusoh dan konco-konconya tetapi yang kena tempias adalah Datuk Seri Ahmad Said.
Menteri Besar Terengganu semalam terpaksa ‘menegakkan benang basah’ apabila cuba mempertahankan tindakan negeri meluluskan permohonan tanah oleh ADUN BN, khususnya di Besut yang boleh dikategorikan sebagai ‘baham tanah’.
Mad Said ni jenis bodoh kelu kot. Nak pertahan apa? Kalau Ambe biar mampus semua ADUN yang buat hal tu!
Bagi Ambe, Mad Said tak perlulah susah payah nak pertahankan ADUN UMNO di Besut yang dapat tanah kerana mereka bukan kena memgena dengan beliau pun.
Mereka semua tu depan Mad Said tunduk tapi belakang apa yang tidak kata kat Menter Besar Terengganu itu?
Cuma yang mengejutkan di kalangan yang dapat tanah itu ialah memgenai harta Khazan Che Mat, ADUN Batu Rakit yang didakwa oleh PAS memang kaya raya.
Bagaimana dia boleh kumpul harta sampai RM4 juta? Hai Ustaz ni cepat kaya. Jangan jadi macam Datuk Seri Khir Toyo sudah lah.
Menurut satu entri dalam satu blog, ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat beberapa ketika dahulu pernah dilaporkan berkata, harta dan kewangan yang dimiliki oleh keluarganya sudah cukup untuk menampung kehidupan sekiranya Khazan tidak lagi menjadi wakil rakyat.
Perkara tersebut dikatakan heboh diperkatakan orang ramai. Ia dituturkan isteri Khazan dalam satu majlis dan didengari oleh ramai orang.
Menurut seorang penduduk yang berasal dari Kampung Maras, Adnan Awang, 45, beliau mengesahkan memang pernah mendengar cerita tersebut.
“Memang pernah dengar orang duk bercakap, tapi saya tak ingat waktu bila,”ujar Adnan Awang. Kini, setelah beberapa ketika berlalu, barulah jelas ‘kekayaan’ yang dimiliki oleh Khazan Che Mat yang dilaporkan berjuta ringgit.
Termasuk tanah yang diwarisi, Khazan memiliki 13 keping tanah dalam Mukim Batu Rakit dan sekeping di mukim Hulu Nerus.
Beliau yang menjadi ADUN sekaligus Exco sejak tahun 2004 memiliki sembilan keping tanah yang dimiliki secara pembelian.
Sekeping secara pertukaran lot dan sekeping diperolehi dengan menyambut lelongan.
Apa yang menjadi menjadi perbualan ramai sekarang adalah dua keping tanah kerajaan yang diperolehi beliau yang juga Pengerusi (Exco) Jawatankuasa Agama dan Penerangan
Negeri Terengganu.
Sekeping tanah ‘status padi’ Lot PT 6454 seluas 0.2652 hektar dan sekeping tanah ‘status pertanian’ Lot PT 30794 berkeluasan 0.9965 hektar, kedua-duanya terletak di Mukim Batu Rakit.
Agak menghairankan juga, tanah Lot PT 30794 yang baru diluluskan pada November 2011 tetapi telah berpagar dan telah didirikan sebuah bangunan umpama sebuah chalet.
Semalam pada Sabtu, 24 Mac, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS mendedahkan Khazan Che Mat adalah salah seorang daripada lima ADUN dan AP Umno Terengganu, menerima anugerah tanah kerajaan tersebut.
Empat lagi adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.
Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.
Untuk ‘cover’ kesemua mereka, Mad Said terpaksa ‘mendedahkan’ kononnya PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika Terengganu diperintah oleh PAS antara 1999 dan 2004.
Menteri Besar Terengganu itu berkata PAS memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.
Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang. Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun. Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.
Mad Said menjawab soalan pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat sini.
Cukupkah dengan penjelasan itu?
Rasanya jawapan Mad Said itu tidak mampu untuk menepis apa yang disebutkan Wahid dan tidak akan mampu untuk mendinginkan kemarahan rakyat Terengganu.
Yang pasti Mad Said kini semakin sukar untuk memboloskan dirinya daripada masalah dan kontroversi yang dicipta bukan sahaja oleh orang yangn dekat dengannya tetapi juga oleh musuhnya yang mengharu-birukan UMNO Terengganu.
Ini baru beberapa permulaan dan banyak lagi yang akan menyusahkan Mad Said!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan