Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berjanji akan mendedahkan siapa wakil rakyat UMNO yang mendapat tanah anugerah Kerajaan Negeri.
Menunaikan janji dan menyahut cabaran Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Sabtu 24 Mac, Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’
Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran P
antai Dendong, Mukim Tembila, Besut.
Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.
Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala Trengganu.
Baca dari sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan