Selasa, 6 Mac 2012

Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman DiSoal Siasat SPRM?? .

Pagi-pagi lagi orang ramai yang berkunjung ke pasar Chukai, Kemaman heboh memperkatakan bahawa Setiausaha Umno Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad atau yang lebih ‘glamour’ dengan panggilan ‘Rosli Pendek’ telah ditahan dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber Buletinonline, khabar tersebut telah bertiup kencang sejak dua tiga hari yang lalu.

“Saya pergi ke pasar (Chukai) pagi ini, heboh orang bercakap, Rosli Pendek, SU Umno Bahagian telah ditahan oleh SPRM,

“berita ini telah kedengaran sejak dua tiga hari lalu,”ujarnya ketika ditemui oleh Skuad Buletinonline.

Menurut sumber dalaman, beliau berkata, Rosli dilaporkan disoal siasat berkaitan penganjuran perarakan Maulud ar-Rasul Peringkat Daerah Kemaman 1433 Hijrah yang telah diadakan pada 18 Februari 2012 di Padang Astaka,Chukai Kemaman.

Katanya, beliau tidak pasti berapa banyak wang yang terlibat dengan ‘penyelwengan’ tersebut walaupun ramai yang bercakap ia adalah kerana perutukan kewangan perarakan itu yang tidak ‘turun ke bawah’.

“Saya tak pasti berapa banyak, tapi orang ramai bercakap dari sumber dalaman Umno, Rosli terbabit dengan peruntukan kewangan perarakan (Maulid ar-Rasul) itu,

“Rosli adalah Penyelia Kemas daerah Kemaman, saya dengar, wang tersebut disalurkan melalui Kemas untuk diagih-agihkan kepada peserta perarakan,”jelasnya.

Rosli Ahmad dilantik sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Umno Kemaman menggantikan Zahari Said, Pada tahun 2009.

Zahari Said yang menjadi Setiausaha selama dua penggal adalah bekas setiausaha pemuda ketika Ahmad Said menjadi ketua pemuda (1993-1998).

Zahari yang berasal dari Besut dikatakanadalah orang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Sekiranya benar, Rosli disiasat oleh SPRM, beliau merupakan pimpinan kedua Umno Kemaman yang telah disiasat terbabit dengan rasuah dan penyelewengan.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Rosli Othman adalah antara dua yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pagi 2 Ogos, 2009, kerana menerima sogokan berjumlah lebih RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.

BuletinOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan