Mad Said penyayang kepada binatang peliharaannya seperti pegawai-pegawainya juga dan menatang bagai minyak yang penuh. Namun apakah binatang ini tidak menggigit Mad Said suatu hari kelak ? |
Kata mereka, lihat sahaja pegawai kanan Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) , semuanya berpangkat tinggi – Gred 54 dan dapat pegang jawatan Pengerusi Syarikat – lagi.
Soal kelulusan tidak timbul. Kau sekadar guru sekolah rendah, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja pun tak kisah. Asal namanya engkau ‘Pegawai Mad Said’.
Kalau Mad Said kalah pun mereka tak heran! Harta dah banyak, ‘mampus makan tanah lah mu Mad Said, aku peduli apa!”
Lantas Ambe terlintas kepada Hambali Abdul Latiff yang kini ‘semakin terpinggir’. Katanya dia tu pegawai kontrak Gred 54. Ada mengatakan dia sekadar lulus Malaysian Certificate of Education (MCE) sahaja, ada mengatakan dia lulus hingga peringkat ijazah Sarjana.
Mana-manalah tetapi yang pasti Hambali tu dah gone case. Ada pun tak berkesan, tak ada pun tak apa!
Katanya dia dah ‘dibuang jauh oleh Wan Ahamad Wan Muda’ – merangkap Timbalan Menteri Besar. Malah katanya dah dua minggu Hambali tu berjalan kaki. Kerajaan Negeri dah tarik balik kereta Perdana yang dipakainya.
Nasib kaulah Hambali. Lepas dibuang jauh-jauh dari Manis FM kini kau rasalah. Penyelidik Kanan konon!
Tapi bagaimana pula dengan yang lain?
1. Wan Ahamad Wan Muda – dapat dua gelaran Dato’ – dari Pahang dan Terengganu. Dia ini memang licik dan ‘paling taat kepada Mad Said’. Namun khabarnya dia kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana banyak kes. Tetapi yang sah, kerana kes bantuan peralatan dan baju sekolah yang dibuat laporan oleh PAS.
Gara-gara siasatan itu Wan Ahamad kini agak moody dan serba perkara yang dilakukannya tidak kena!
Wan Ahamad menikmati rezeki melimpah-limpah sebagai Timbalan SUK Pengurusan dan dikatakan banyak projek negeri termasuk balak melalui beliau. Wan Ahamad bukan sahaja berkuasa tetapi kini kaya raya.
Malah, kini Wan Ahamad dilaporkan ada satu projek misteri yang sedang Ambe korek tapi belum dapat maklumat yang akan didedahkan.
Kerana sudah kuat, katanya Wan Ahamad kini berdiri sendiri tanpa Hambali, Rosli Zakaria (Setaiusaha Akhbar) dan beberapa yang lain, termasuk Setiausaha Politik MB sendiri.
Yang penting dia nak tunggu jadi SUK saja selepas Datuk Mazlan Ngah bersara!
2. Haji Roshali Taha – ini hebat. Guru Sekolah Rendah dapat Gred 54 kerana menjadi Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Dekat dengan Mad Said kerana dia jawatankuiasa UMNO Bahagian Kemaman.
Lulus hanya SPM, bahasa Inggeris berterabur tapi sekarang ada tiga empat biji kereta. Malah, dikatakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong mempersoalkan melantik Roshali ke jawatan berkenaan kerana kelulusannya itu. Namun kerana MB mahukan juga, Mokhtar Nong terpaksa akur! Roshali adalah antara orang yang menjaga kepentingan perniagaan Mad Said di Kemaman. Dah kaya dan katanya akan bertanding pilihan raya umum nanti;
3. Rosli Zakaria – ini pun hebat. Jadi Setiausaha Akhbar MB selepas ‘pusing 360 darjah’ daripada menyokong Datuk Seri Idris Jusoh (Ambe ada bukti mengenai ini sama ada percakapan atau kenyataan-kenyataan ketika peralihan itu) ketika pelantikan Mad Said sebagai MB kepada orang kuat Mad Said ketika ini.
Hambali di kanan MB dan Rosli di kiri MB. Walaupun berlainan kelulusan, kedua-duanya sama gred N 54. |
Rosli berkelulusan SPM berasal Negeri Sembilan. Dilantik sebagai Pengerusi Percetakan Islam dan membolot semua projek percetakan negeri untuk menunjukan syarikatnya ‘buat duit’. Perniagaan monopoli mana tak buat duit. Hasilnya bukan sekadar dapat pakai Perdana V6 tetapi juga elaun tambahan RM2,000 sebulan dan dividen lagi. Busuk-busuk pun lulusan SPM ini dapat RM15,000 sebulan.
Kalau kekal di NST kekal ke? Dia mungkin dah ditawarkan VSS kerana orang semua tahu kerja Rosli memang ‘monteng’. Kerana gaji besar, beliau dikatakan ‘mendirikan masjid’ dengan kakitangan Unit Komunikasi Negeri baru-baru ini.
Lagi satu, khabarnya Pulau Orkid di Kenyir yang dibangunkan oleh Mad Said itu Rosli juga dapat untung. Dia pembekal orkid dan keluarganya (isterinya) turut terbabit. Di sini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh selidik.
4. Haji Shamsuddin Sulong – ini palig hebat. Cakap dia berdegar-degar. Beres je.
Haji Din itu namanya dikenali pegawai kerajaan dan orang politik di Terengganu. Selepas Wan Mokhtar Wan Ahmad kalah, bawa diri kerja di Kuala Lumpur. Kemudian selepas ‘ribut politik’ reda dan beliau dipecat sebagai Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Mat Zin, beliau membawa diri dan menenggek untuk dapatkan kerja dengan Mad Said.
Mulanya dapatlah kerja di APMT sebagai Timbalan kepada Haji Roshali kemudian datang bertemu Wan Ahamad dan Hambali mengharapkan jawatan pengarah.
Wan Ahmad yang kesian dan kebetulan UKOM memerlukan seorang Pengarah baru, Haji Din dilantik ke jawatan itu dengan Gred 52. Khabarnya Haji Din tidk puas hati dengan jawatan itu kerana beliau memiliki ijazah sedangkan Rosli dan Haji Roshali hanya berkelulusan SPM.
Selepas beberapa bulan di UKOM, Haji Din ternyata gagal membawa UKOM ke tahap yang dimahukan oleh Pejabat Menteri Besar. Haji Din dilihat berminat menghadiri ceramah dan memberitahu rakan-rakan mahu bertanding dalam pilihan raya.
Kenapa beliau minat berceramah. Bagi orang yang tidak tahu, ingatkan Haji Din berceramah ‘free’. Bukan, kalau percuma Haji Din tidak akan melakukannya. Dia dibayar beribu-ribu ringgit sebulan (upah ceramah, duit minyak, makan dan hotel). Siapa bayar? UKOM dan APMT!
Selain itu akhir-akhir ini untuk menambahkan pendapatan untuk hidup senang Haji Din ada bisnes sampingan. Wan Ahamad tidak tahu nih. Dia sibuk dengan homestay miliknya malah turut menggunakan masa kerja di UKOM untuk melawat dan menguruskan homestay itu. Ambe nak cari dan ambil gambar, nanti ambe letak kat blog ini.
5. Azman Ghani (Setiausaha Sulit Kanan MB). Berdiam tetapi berisi. Siapa nak jumpa Azman khabarnya mesti ada ‘TOL’. Tak ada apa-apa Azman tak layan. Kakitangan MB di Tingkat 16 semua tahu ini. Azman dikatakan dah kaya raya. Dari seorang yang tiada apa, Gred 37 katanya memangku Gred 48. Macam Wan Ahamad dululah, dari Gred 48 lompat sampai Gred 54 dan kemudian lonjak hingga Jusa C.
Azman jarang nak layan orang biasa atau politik jumpa MB di Pejabat. Dia layan ahli pernigaan dan yang ada sampul. Kerana itu orang nak bertemu MB kena cari majlis MB di luar, kalau di pejabar ‘haram tak tak dapat’.
Ini pun pencegah rasuah kena toleh. Orang muda bergred rendah bagaimana cepat kaya!
6. Yang dua orang lagi, iaitu Datuk Ahmad Nizam Abdul Hamid dan Ustaz Kamaruddin Ambe tak dengar cerita mereka. Ambe tahu Mad Nizam jadi Pengerusi Ladang Rakyat tapi dia berhak. Uztaqz Kamaruddin pula berceramah sana sini. Tapi Ambe tak yakin dia buat duit melalui ceramah sebab Haji Din lagi hebat buat duit daripada dia.
Sekian dulu, lepas ini Ambe cerita pasal orang lain pulok. Banyak-banyak pun nanti akan ada yang muntah kuning…pening dengan gelagat orang sekeliling Mad Said yang tak jaga bosnya tetapi jaga perut dan harta sendiri!
Rasa tak betul, komenlah…sedap sikit kita bahas!
Hambali tu sebenarnya diberkelulusan dari universiti bukan sekadar SPM, begitu juga Cikgu Roshali juga seorang berkelulusan universiti sebagaimana juga Hambali.
BalasPadamRoshali Taha bukan guru sekolha rendah.. bukan lulusan spm.. jangan tuduh melulu tanpa usul periksa tanpa bukti..
BalasPadammemang cikgu rosali bermula dari sekolah rendah.
sambung degree.. mengajar sekolah menengah kijal.. coach hoki...
eloklah jugo ore mat said lawe ore ma said. pemilik blog dan penulis blog ini pun prgawai mat said dan yg dikutuk pun ore mat said
BalasPadamMengketedarahlah duit rasuah byk2...mampus esok menjawab le..
BalasPadamMengketedarahlah duit rasuah byk2...mampus esok menjawab le..
BalasPadam