Selasa, 8 Mei 2012

Antara Dua Darjat - Kisah Si Ibu Tunggal dan Seorang YB Umno/BN

Mahligai Siti Jahara...  
 “Sebelum ini, ketika arwah suami masih hidup kami cuba baiki sikit rumah ini tetapi tidak sempat siap, suami meninggal dulu...Nak minta bantuan kerajaan, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai kata kami tidak aktif dengan Umno-BN,” - Siti Jahara Awang
 
Dalam suasana negeri Terengganu didakwa semakin maju, dengan belanjawan RM2 bilion setahun berturut-turut sejak 7 tahun lalu, di sebuah kampung pinggiran Bandaraya Kuala Terengganu tinggal seorang ibu tunggal, Siti Jahara Awang, yang berumur 54 tahun.


Beliau yang menetap di Kampung Tepi Kubur Lingai, Batu Rakit sebaliknya menghadapi kehidupan yang semakin sukar dan sempit, sejak kematian suaminya lapan tahun yang lalu.

Mahligai YB Khazan
Beliau yang hanya bekerja mengambil upah menoreh getah tidak mampu membaiki rumah lama tinggalan arwah suaminya.

Pada waktu malam, angin dingin dari bukit menyelinap masuk melalui dinding dapurnya yang semakin mereput. Tatkala musim tengkujuh diantara bulan Oktober hingga Januari setiap tahun, rahmat hujan yang turun mencurah-curah menjadikan sebahagian rumahnya lembab dan basah.

Atap rumah lama itu, yang bocor tidak mampu di tukar, kerana upahnya menoreh getah hanya dapat menampung makan minum dan pakai, menyara hidup tiga orang anak yang masih bersekolah.

Hidup Siti Jahara (kiri) , lebih ‘getir’ dan mencabar apabila musim hujan, beliau tidak dapat turun menoreh getah, berbulan lamanya.
 
Hidup ibu tunggal tiga beranak sekeluarga itu, hanya menumpang ehsan jiran dan taulan yang masih ada perasaan. “Sejak kematian suami pada tahun 2004, hidup kami anak-beranak semakin susah dan saya terpaksa bekerja ambil upah menorah getah.

“Pendapatan tidaklah seberapa sangat hingga nak baiki atap bocor dan dinding berlubang pun tidak mampu.

Cukup sekadar makan anak-beranak sahaja,” ujar ketika ditemui di rumahnya.

Tidak sampai sampai sepuluh kilometer dari Kampung Lingai, menelusuri jalan baru dari Padang Nenas ke Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, tersergam sebuah ‘mahligai indah’.

Berbeza dengan rumah ibu tunggal Siti Jahara, rumah batu ‘konkrit’ beratap genting, dengan hiasan kayu dan perabot mewah, baru setahun dua ini disiapkan.

Secara perbandingannya, nilai garaj ‘mahligai indah’ itu sudah pun lebih tinggi melambung, berbanding rumah si ibu Tunggal.

Kalau Siti Jahara sedih dengan kematian suami pada tahun 2004, pemilik ‘mahligai’ itu bergembira pada tahun tersebut kerana beliau dipilih menjadi Wakil Rakyat Batu Rakit sejak tahun 2004.

Di Mahligai itulah menetap Khazan Che Mat, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikenali sebagai ‘Ustaz’ menjadi calon bagi parti Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya ke-11 tahun 2004.

Apalah yang dapat Siti Jahara lakukan, setelah hilang tempat bergantung selain merayu bantuan daripada pihak lain, khususnya kepada kerajaan Umno/BN yang berkuasa.

Namun, bagi Khazan, semuanya dapat diperolehi sejak menjadi wakil rakyat kepada kerajaan yang berkuasa Umno/BN.

Siti Jahara pernah memohon bantuan dari kerajaan namun katanya, sebarang bantuan tidak pernah diterima dengan alasan kerana tidak aktif dalam Umno/BN di kampung.

“Sebelum ini, ketika arwah suami masih hidup kami cuba baiki sikit rumah ini tetapi tidak sempat siap, suami meninggal dulu.

“Nak minta bantuan kerajaan, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai kata kami tidak aktif dengan Umno-BN,” jelasnya.

Berapalah sangat nilai bantuan untuk membaiki rumah yang dipohon oleh Siti Jahara, berbanding nilaian harta yang dipohon oleh Khazan Che Mat.

Mungkin sekitar RM10,000 sudah memadai, untuk membaiki didinding yang reput dan atap yang bocor bagi Siti Jahara, berlindung dari sejuk malam dan basah dek hujan.

Sebaliknya, berapakah pula nilaian tanah di Mengabang Bakong yang diperolehi oleh Khazan Che Mat, yang dengan mudah diluluskan oleh kerajaan Umno/BN.

Tanah cantik ditepi sungai berhadapan dengan laut China Selatan tidak kurang harganya RM50,000 bagi satu lot.

Khazan bukan mendapat dua atau tiga lot tetapi keluasan satu hektar tanah kerajaan yang diperolehinya boleh dipecahkan kepada 15 lot, yang menjadikan nilai keseluruhan tidak kurang RM750,000.00

Menurut Siti Jahara yang terus miskin sejak tahun 2004, dan Khazan yang sudah menjadi kaya raya sejak menjadi wakil rakyat sejak tahun 2004, Khazan tidak pernah datang bertanya khabar atau mengambil cakna tentang masalah rakyat, apatah lagi melihat kedaifan hidup Siti Jahara sekeluarga.

Bukankah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Khazan Che Mat sepatutnya tidak membiarkan keluarga Siti Jahara susah dan ‘melarat’?

 Tetapi kerajaan parti Umno/BN yang didokong Khazan Che Mat menjadikan bekas ‘Ustaz’ Yayasan Islam Terengganu itu menjadi buta?

Buta mata dan hati…… Sekarang saat hampir pilihanraya umum sekali lagi dan mungkin seorang pegawai kerajaan akan mewakili Umno/BN sebagi calon pula!

Syarikat Kroni Umno/BN Terengganu Pula Dapat Tanah???



Selepas menganugerah kan tanah kepada wakil-wakil rakyat, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka akan mengagih-agihkan tanah kepada syarikat-syarikat kroni pula.

Menurut sumber, pada waktu terdekat, kerajaan akan memberikan tanah kepada syarikat yang menjalankan operasi kuari Bukit Batu Hampar atau dikenali kuari Bukit Berapit bersebelahan kuari Bukit Jong dekat Kuala Nerus.

Sumber tersebut berkata, atas tujuan tersebut, kerajaan Umno/BN Terengganu akan ‘merampas’ tanah penduduk sekitar lokasi kuari itu beroperasi.

Pada tahun 2008, kira-kira tiga bulan dari tarikh pilihanraya umum ke-11, kuari terbabit yang telah ditutup sekian lama ditutup telah diberikan kepada syarikat Imbuhan Pelangi Sdn Bhd bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawa soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, pada April 2010.

Semakan yang dibuat Buletinonline dan laporan diterbitkan pada 11 April 2010 mendapati, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus.

Namun begitu, menurut penduduk setempat, kuari yang banyak membekalkan bahan bagi membina jalan dan jambatan Kampung Jeram ke Kampung Bukit Guntung itu, bukan diuruskan oleh syarikat tempatan.

“Ia mungkin telah dijual kepada syarikat luar Terengganu, samada ia betul atau tidak, Wallahu’alam, tapi saya lihat orang luar yang menjalankan urusannya,”ujar beliau yang tidak mahu dikenali, ketika ditemui Buletinonline.

Ahad, 29 April 2012

Wan Ahmad Diminta 'Lari Ke luar Negara' Elak Disiasat Berterusan Oleh SPRM


Ambe rasa nak buka mulut sikit mengenai Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama tiga hari bermula hari perasmian hinggalah hari akhir sidang DUN berkenaan (23 hingga 25 April 2001).

Ambe nak bercakap ni bukan pasal soalan ke, perbahasan ke atau penyerahan memorandum PAS kepada Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) tu.

Yang Ambe nak cakap ni pasal dua individu yang berkaitan. Ha….teka, siapa yang Ambe nak cakap nih!

1. ADUN Paka – Zakaria Abdullah yang sepatutnya ada pada persidangan itu. Isu tanah membabitkan Sekolah Agama Darul Bayan tu dalam kawasannya.

Tiba-tiba MB pula yang kena jawap? Mana pergi dia? Ada kata dia pergi Mekah tetapi tak kan tak tau tarikh sidang DUN.

Atau sengaja buat-buat lupa sebag dia memang penakut…hari tunjuk perasaan di Paka tu katanya dia melarikan diri. CABUTlah kata orang kerana tak mahu terima memorandum guru dan pelajar Darul Bayan.

2. Timbalan SUK – Wan Ahamad Wan Muda yang selalunya sibuk dan menyibuk dengan MB di dalam dan di luar dewan. Kononnya beliaulah yang menjadi ‘penjaga’ dan ‘pelindung’ MB.

Tanya beberapa orang pegawai kanan kerajaan, masing-masing macam tidak mahu jawab atau ada rahsia.

Ada kata pergi kursus dan ada kata pergi umrah. Malah ada kata pergi melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana bidang Undang-undang. Mana satu yang betul Ambe jadi bingung.

Yang sah dia tidak kelihatan langsung dan katanya, perkhidmatan untuk hari terakhir sebelum beliau BERCUTI ialah 22 April 2012 (Ahad) iaitu sehari sebelum Tuanku Sultan Terengganu merasmikan persidangan.

Apa yang berlaku? Apa dah jadi? Kursus lagi?

Seingat Ambe seperti yang ditulis oleh rakan-rakan blogger sebelum ini Wan Ahamad ini pernah ‘dihantar berkursus di London’ selama tiga bulan sebelum ini ketika menjadi Setiausaha Sulit Kanan yang ketika itu berpangkat Gred N48 tetapi memangku Jusa C. 

Balik dari kursus itu dinaikkan pangkat menjadi Timbalan SUK. Kini kursus lagi – lebih hebat. Nak Jadi SUK ke pula? 

Betullah Mad Said ni jenis sayang kawan. Tapi soalannya, Mad Said jadi MB lagi ke?????

Satu Mad Said ni, dia  tidak lupa pengorbanan Wan Ahamad yang mempertahankannya.

Kalau Wan Ahamad tiada kali ini, siapa akan mempertahan dan membantu Mad Said?

Dulu Ambe dengar, Wan Ahamad serahkan tugas bantu Mad Said kepada Hambali Abdul Latiff, penyelidik kanan yang tidak ke kanan dan ke kiri sekarang ini.

Tapi mahukah Hambali ditipu oleh Wan Ahamad sekali lagi?

Hambali yang kini terumbang ambing pastinya dah serik dengan gelagat Wan Ahamad yang mahu 'membunuh' sesiapa sahaja yang rapat dengan MB.

Wan Ahamad 'bunuh' Hambali melalui Manis FM dengan membisikkan kepada Mad Said jangan melantiknya sebagai CEO atau juga Pengerusi. Malah, nama Hambali yang berusaha merunding membeli stesen itu lenyap terus daripada Manis FM.

Sebaliknya Wan Ahamad meletakkan rakan rapatnya Che Abdul Rani yang menjalankan semua tugas Manis FM walaupun pegawai kanan kerajaan bergred N54 yang akan pencen setahun dua ini KOSONG PENGETAHUANNYA mengenai Manis FM.

Wan Ahamad pun tidk sebulu dengan Setiausaha Politik Mad Said, Wan Ahmad Nizam (kini Datuk) (gambar kiri) dan ‘bertelagah pula dengan Setiausaha Akhbar – Rosli Zakaria’ dalam banyak perkara!!!

Pegawai kanan kerajaan pun BENCI dan MENYAMPAH dengan Wan Ahamad ini. Tapi TUNDUKLAH kerana terpaksa!

Wan Ahamad memang cemburu dengan siapa saja. Dia seorang saja nak CONTOL Mad Said. Kononnya dialah jaguh mempertahankan MB.

Siapa yang dilihatnya rapat atau mula dipercayai Mad Said, dia akan mula MERACUNI orang berkenaan menggunakan kuasa pentadbiran dan keakrabannya dengan Mad Said.

Berbalik kepada Wan Ahamad ni…kenapa dia kena pergi kursus lagi?

Ambe tak yakin Mad Said hantar dua berkursus untuk tujuan kerjanya. Cakaplah apa pun…mesti ada sebab lain.

Ambe dengar cerita Wan Ahamad ni dah letih dengan SPRM yang menyiasatnya banyak perkara.

Dah nak GILA dah Wan Ahamad ni disiasat. Ada mengatakan dia 'dilarikan ke luar negara' untuk elak siasatan berpanjangan SPRM.

Katanya, sebelum ini Wan Ahamad dipaksa bekerjasama dan jika tidak beri kerjasama, mereka akan keluarkan WARAN TANGKAP!

Malah, Wan Ahamad ni yang mungkin kini sedang buat UMRAH sedang berdoa panjang…Minta dilepaskan daripada tindakan BPR.

Kes beliau dikatakan amat BERAT….TUNGGU PERKEMBANGAN SELANJUTNYA!!!!

Pelbagai Beruk & Monyet Zoo Bukit Takal Belanja Wang Rakyat RM953,000.00

“Belanja beli badak, rimau, beruk dan monyet jutaan ringgit, rakyat nak makan susah, nak mengaji (belajar) pun susah, bantuan zakat disekat dan pinjaman pelajar Mesir dihentikan, “inilah contoh kerajaan yang ‘korup’ yang mesti ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang,” - Syed Azman
 
Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu membazirkan wang rakyat dengan membina sebuah zoo di Bukit Takal, Kijal, dalam Dewan Undangan Negeri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, kos keseluruhan pembangunan zoo tersebut adalah RM94, 949, 373.00 manakala kos bagi rundingcara (consultative) adalah sebanyak 11% bernilai RM8, 418, 406,00.

Katanya, pemerolehan pelbagai haiwan zoo tersebut memakan belanja dan mengorbankan wang rakyat sebanyak RM8,000,000.00. “Antara haiwan yang dibeli adalah, 3 ekor Badak Sumbu Putih berharga hampir RM1 juta dengan setiap seekor berharga RM330,000.00 (USD100,000.00), 6 ekor zirafah berharga RM1.6 juta dengan setiap seekor berharga lebih RM250,000.00 (USD90,000.00) dan 2 ekor harimau berharga RM128,000.00 dengan setiap ekor RM64,000.00 (USD20,000.00),”jelasnya ketika ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri (pada Rabu, 25 April).

Katanya, selain itu, Menteri Besar  turut membeli empat ekor Cheetah berharga RM256, 700.00 dengan harga setiap ekor adalah RM514,000.00 (USD20,000.00).

Menurutnya, pelbagai jenis beruk dan monyet yang dibeli oleh kerajaan antaranya, Chimpanzee, Baboon dan monyet tupai.

“Enam ekor chimpanzee (Beruk) dengan harga RM672,000.00 dengan setiap ekor berharga RM112,000.00 (USD35,000.00), enam ekor Baboon (Beruk) dengan harga RM153,600.00, harga setiap ekor adalah melebihi RM24,000.00 (USD8,000.00), enam ekor Monyet Tupai (Squirrel Monkey) dengan harga RM128,000.00, harga setiap ekor adalah RM18,000.00 (USD5,000.00,”ujarnya.

Katanya, Ahmad bukan sahaja tidak ingat jumlah yang dibelanjakan dalam membangunkan zoo tersebut, bahkan Pengerusi Umno itu menafikannya.

Sedangkan, menurut beliau yang juga ADUN Batu Burok, perbelanjaan tersebut telah dibentang dalam ucapan bajet negeri Terengganu untuk tahun 2011 lalu. Selain itu, kata Dr. Syed, Ahmad telah mengulangi kesilapan membeli burung pelbagai jenis dari luar Negara dengan harga yang mahal dan diletakkan di Tasik Kenyir.

“Burung-burung di Tasik Kenyir sudah mati, dimakan ular dan biawak, rakyat keugian ratusan ribu ringgit, kini Ahmad beli pula untuk zoo dia di Bukit Takal, “dia bela 24 ekor burung Flamingo berharga RM230,400.00, harga setiap ekor adalah RM9,000.00 (USD3,000.00), 10 ekor burung kakak tua dengan harga RM160,000.00, harga setiap ekor RM15,000.00 (USD5,000.00), “dan 20 ekor burung merpati (dua jenis) dengan harga RM384,000.00 setiap ekor purata berharga lebih RM9,000.00 (USD2500 – 3500),”tegasnya.

Beliau menyatakan kekesalannya dengan tindakan kerajaan Umno/BN negeri Terengganu yag berterusan menggunakan wang rakyat bagi perkara-perkara yang tidak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan negeri menyekat bantuan zakat dan memberhentikan pinjaman pendidikan kepada sembilan orang pelajar yang menuntut di Mesir.

“Belanja beli badak, rimau, beruk dan monyet jutaan ringgit, rakyat nak makan susah, nak mengaji (belajar) pun susah, bantuan zakat disekat dan pinjaman pelajar Mesir dihentikan, “inilah contoh kerajaan yang ‘korup’ yang mesti ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang,”katanya

BuletinOnline

Rabu, 18 April 2012

Benarkah Wujud Skandal Zahida Rafik & Shafie Apdal


Selepas bekas seseorang yang pernah Ambe kenali (dia sudah tidak mengenali Ambe sekarang), bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Shariff Hamid mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah lebih RM300,000 di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini bosnya pula yang meletup!

Bosnya yang mana? Shariff ada dua bos iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Datuk Seri Teuku Adnan Tengku Mansor.

Yang dimaksudkan ialah Shafie Afdal yang dituduh memberi wang tunai sebanyak RM1.5 juta kepada seorang artis yang terkenal dengan imej seksi hanya dalam tempoh empat bulan.

Selain itu artis  berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit.

Siapa artis itu? Di internet banyak sudah terbongkar kononnya ZAHIDA RAFIQ.

Jika Shariff yang dilantik Shafie adalah salah seorang daripada dua yang dihadapkan ke mahkamah kelmarin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan membuat tuntutan palsu ke atas satu program latihan yang tidak wujud berjumlah sehingga lebih RM300,000, Shafie lagi hebat!

Shariff, 52, sebelum itu telah didakwa dengan sembilan pertuduhan iaitu mengemukakan dokumentasi palsu dengan mengarahkan Pengurus Kewangan YPM, Hafizoh Mohd Shah meluluskan pembiayaan untuk satu program motivasi remaja, sedangkan beliau sedar program itu tidak pernah berlangsung.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat YPM di Medan Mara, Jalan Raja Laut di sini pada jam 1.30 petang 23 Julai tahun lalu.


Shariff melonjak cepat kerana bantuan Shafie dan ternyata jika Shariff minta dibicarakan, Shafie pastinya mahu cepat-cepat tutup lubang.

Shariff sebelum di hadapkan ke mahkamah diminta berhenti dan bagaimana pula dengan dakwaan ini – apakah Shafie perlu berhenti?

Atau setidak-tidaknya Shafie menjawab dan menyaman Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin kerana mulutnya yang bechok itu.

Zuraida semalam tanpa menamakan sesiapa menyebut mengenai perkara ini pada sidang media di lobi Parlimen.

Menurut Zuraida: “… transaksi wang yang telah berlaku dalam tempoh empat bulan antara Oktober 2011 hingga Januari 2012, di mana pada Oktober sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000.

Bukan itu sahaja pada November 2011 pula sebanyak RM112,000, Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit.

"Jadi kalau saya jumlahkan lebih kurang RM1.5 juta di masukkan ke akaun artis berkenaan dalam tempoh empat bulan," dedahnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini bersama-sama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Subang dan artis Dayangku Intan yang baru menyertai PKR.

Walaupun dakwaan ini menyebut mengenai pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta lebih kepada kemungkinan skandal dan punca kewangan menteri berkenaan yang begitu ‘mewah’, hakikatnya ia mencemar dan mejatuhkan maruah Kabinet, parti dan kerajaan jika benar kejadian itu berlaku!

Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan transaksi kepada artis tersebut.

Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabi ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu.

Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu.

Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.

"Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya.

Benar atau tidak Ambe tidak tahu, tetapi untuk lebih jelas baca ini.

Selasa, 17 April 2012

Betapa Cerdiknya Yusof Awang Hitam, Betapa Bodohnya Teganukita!!!!

Nak muntah Ambe baca berita dalam blog yang semakin tidak diiktiraf Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) – Teganukita – yang menyebut Yusof Awang Hitam ‘belanja RM20 ribu dari poket sendiri untuk orang Manir’!

Tolonglah, kalau pun nak promote Yusof pun janganlah perkara seperti ini dikeluarkan sebagai bahan berita.

Atau mungkin Pengarah Unit Komunikasi Negeri yang terbitkan

Teganukita, Shamsuddin Sulong masih terkenangkan Manir yang beliau kalah dua kali bertanding pada pilihan raya 1995 & 1999!

Nak muntah pun ada, nak tergelak pun ada apabila pujian meninggi diberikan kepada Yusof. Memuji Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir itu biarlah berpatutan.

 
Ambe bukan apa…memang mengakui baik apa yang dilakukan oleh Yusof itu. Tapi nak memuji belanja RM20 ribu dari poket melampaulah.

Wartawan Teganukita, Aida Abd Rahman macam ‘bodoh’ dan ‘diperbodohkan’ dan Teganukita pun yang ‘bengap’ tulis berita macam itu!

Menurut Teganukita: “Usaha yang dilakukan berpaksikan kepada keikhlasan bagi membantu penduduk yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan secara percuma.

Tidak ramai mengetahui hakikat sebenar kemudahan perubatan percuma yang disediakan Klinik Rawatan Masyarakat Yusof Awang Hitam, di Kampung Pulau Bahagia, sejak tiga tahun lalu itu mampu dimanfaatkan lebih 20,000 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir yang menelan perbelanjaan kira-kira RM20,000 sebulan.”

Ambe akui Yusof beri khidmat itu tanpa mengira latar belakang pesakit dan fahaman politik mana sekalipun mereka tetap diberikan layanan sama rata oleh lebih 10 petugas dan pakar perubatan, malah dibekalkan ubat-ubatan yang mengikut prosedur perubatan sebenar.

Namun menyebut “kos yang agak besar itu dikeluarkan dari `poket’ Manir, Yusof sendiri untuk menyediakan perkhidmatan setiap dua kali sebulan yang lazimnya pada pertengahan dan hujung bulan,” sangat tidak tepat.

Beginilah, cuba lihat anggaran yang diterima Yusof setiap bulan dan setiap tahun daripada peruntukan sebagai Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir:

1. Gaji atau elaun lebih tinggi daripada ADUN – dengan tuntutan dan sebagainya Yusof mendapat tidak kurang RM12,000 sebulan;
2. Peruntukan untuk DUN – kira-kira RM1.2 juta setahun – bermakna RM100,000 sebulan;
3. Untuk program keagamaan – RM50,000 setahun;
4. Untuk program sukan – RM50,000 setahun;
5. Untuk hari raya Aidilfitri dan Aidiladha – RM20,000 setahun;
6. Untuk perkara lain – RM50,000 setahun.

Nota – ini tidak termasuk yang diberikan Mad Said (Menteri Besar) sekurang-kurangnya RM100,000 setahun.

Untuk pembangunan di DUN Manir, ia datang dari peruntukan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat, bukan daripada RM1.2 juta setahun itu.

Jadi Yusof hanya belanja RM10,000 sebulan daripada peruntukan untuk DUN sebanyak RM100,000. Banyak ke? Yang lain ke mana?

Yusof juga dapat ‘projek khas’ daripada Mad Said untuk menawan Manir yang dikatakan dalam genggaman Barisan Nasional.

Banyak tu….Ambe tak boleh nak anggarkan. Yusof juga dikatakan jutawan kerana ‘dibela’ Ahmad Said sebagai penyokong kuat beliau.

HAKIKATNYA...kalaupun Manir kalah kepada PAS sekali lagi…Yusof tidak rugi apa-apa. Malah UNTUNG BESAR kerana apa juga peruntukan tidak dibelanjakannya akan jadi MILIK PERIBADINYA…

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengadakan lawatan sehari ke Terengganu dan melawat DUN itu pada 30 April lalu, meluluskan pula pembinaan Rumah Penginapan 1Malaysia berhampiran klinik dengan kos RM150,000.

Lihatlah betapa cerdiknya Yusof dan betapa bodohnya TEGANUKITA!

Padanlah Timbalan SUK sudah ada unit media barunya sendiri dan Teganukita pula tergugat besar!!!!

Isnin, 16 April 2012

SHARIFF HAMID - Orang Kuat Shafie Afdal Dituduh Rasuah

Shariff  (duduk) pada satu majlis pelajar luar negara UMNO dengan Datin Seri Rosmah Mansor
 "...bisik-bisik bahawa Shariff dikatakan meluluskan tuntutan Rosli hampir RM1 juta dan kini dengan pelantikan baru CEO YPM, Rosli berdepan dengan tuntutan balik perbelanjaan yang sudah digunakan oleh beliau dan tidak disahkan oleh YPM...Rosli dikatakan orang di belakang mendapatkan ijazah Doktor Falsafah kepada Shariff yang diketahui tidak pun membuat sebarang penajian untuk Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran."

Orang kepercayaan Menteri Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Afdal yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Shariff Hamid, mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah lebih RM300,000 di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini dan minta dibicarakan.

Beliau adalah salah seorang daripada dua yang dihadapkan ke mahkamah ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan membuat tuntutan palsu ke atas satu program latihan yang tidak wujud berjumlah sehingga lebih RM300,000.

Shariff dilantik oleh Shafie kira-kira tiga tahun lalu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Shariff, 52, sebelum itu telah didakwa dengan sembilan pertuduhan iaitu mengemukakan dokumentasi palsu dengan mengarahkan Pengurus Kewangan YPM, Hafizoh Mohd Shah meluluskan pembiayaan untuk satu program motivasi remaja, sedangkan beliau sedar program itu tidak pernah berlangsung.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat YPM di Medan Mara, Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang 23 Julai tahun lalu.

Setahu Ambe, Shariff yang juga bekas Setaiusaha Akhbar, Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini juga sekutu kuat Datuk Dr Rosli Hassan, Pengerusi YPM dan Ketua UMNO Bahagian Dungun.

Mereka berdua ini katanya mempunyai hubungan yang intim dan pernah bersama dalam program-program dalam dan luar negara.

Ambe dengar bisik-bisik bahawa mereka berdua juga menghadapi masalah apabila Shariff dikatakan meluluskan tuntutan Rosli hampir RM1 juta dan kini dengan pelantikan baru CEO YPM, Rosli berdepan dengan tuntutan balik perbelanjaan yang sudah digunakan oleh beliau dan tidak disahkan oleh YPM.

Malah, Rosli dikatakan orang di belakang mendapatkan ijazah Doktor Falsafah kepada Shariff yang diketahui tidak pun membuat sebarang penajian untuk Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.

Apakah ini bermakna Shariff membeli ijazah Phdnya?

Menurut laporan, Shariff memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang pentadbiran perniagaan daripada European-American University yang berpusat di Oxford, England.

Shariff, sebelum menyandang jawatan CEO YPM adalah bekas setiausaha eksekutif di Sekretariat Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Beliau juga adalah bekas pengarang ekonomi Berita Harian dan pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan Malaysia iaitu Anugerah Kajai pada pertengahan tahun 1980-an.

Beliau berkhidmat dengan RTM sebagai wartawan penyiaran pada tahun 1984 sebelum menyertai agensi berita nasional (Bernama) pada tahun 1987.

Shariff kemudian menyertai Business Times dan Berita Harian. Beliau juga pernah menyumbang artikel kepada akhbar bisnes mingguan, The Edge.

Ahad, 15 April 2012

Kontrak Pembelian RM10 Juta - UMNO Terengganu Lebih Mengutamakan Haiwan Berbanding Rakyat?

Buletinonline (Saturday, 14 April 2012)



Sudah sampai masa dan ketikanya kerajaan Umno dan Barisan nasional Terengganu ditolak oleh seluruh rakyat negeri Terengganu kerana pemimpin Umno tidak lagi mengutamakan rakyat.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, Menteri Besar Terengganu jelas lebih mengutamakan kepentingan Zoo bukit Takal dan haiwan didalamnya daripada rakyat.

“Kerajaan negeri Terengganu dbawah pimpinan umno, dibawah Menteri Besarnya Dato’ Ahmad said hari ini telah menyatakan pendiriannya bahawa dia mahu menjaga binatang lebih dari manusia,

“Apabila kerajaan telah meluluskan pembelian tiga ekor badak sumbu yang harganya hampir RM1 juta,”tegasnya.
Lebih 100 orang masyarakat Cina Chukai hadir dalam Majlis Hi-Tea meraikan lawatan dua ADUN, Adun Sekinchan Selangor dari DAP Ng Suee Lim dan Adun Chuah Negeri Sembilan dari PKR Chai Thong Chai
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Kampung Dusun Nyior pada Khamis (12 April 2012)

Menurutnya, satu dokumen kontrak telah mendedahkan perjanjian membeli haiwan diantara kerajaan negeri Terengganu dengan sebuah syarikat untuk dibekalkan kepada zoo Bukit Takal sepanjang tahun 2012 hingga 2013 sebanyak RM10 juta.


Beliau mempersoalkan sekiranya kerajaan Umno/BN Terengganu lebih mementingkan rakyat sepatutnya Ahmad Said mengecualikan cukai pintu sebagaimana yang telah dilakukan oleh kerajaan PAS pada tahun 1999 – 2004.

Haji Hanafiah yang juga Pengarah majlis Tindakan DUN Chukai berkata, PAS Terengganu telah memasukkan sekali lagi pengecualian cukai pintu dalam manifesto pilihanraya umum ke-13.


Katanya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS, kerajaan PAS akan mengutamakan rakyat dengan mengecualikan cukai pintu rumah kediaman.

Sebaliknya, sekiranya rakyat memilih Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang, menurutnya rakyat akan terus mengalami kesempitan hidup.

“Kalau kita beri lagi (undi) kepada dia (Umno/BN) saya percaya selepas pilihanraya ini, Umno akan menaikkan lagi harga minyak, semalam minyal RON 97 telah naik harga,

“(kemudian) 500 stesyen minyak di seluruh Negara tidak ada minyak RON 95 (kuning) menunjukkan (tanda-tanda) masanya untuk menaikkan harga minyak,”jelasnya.

Turut menyampaikan ceramah adalah Adun Sekinchan Selangor dari DAP Ng Suee Lim dan Adun Chuah Negeri Sembilan dari PKR Chai Thong Chai.

Semntara itu, pada sebelah petangnya, Majlis Hi-Tea yang diadakan sempena lawatan dua ADUN terbabit mendapat sambutan lebih 100 orang masyarakat Cina tempatan.

Jumaat, 13 April 2012

Tanah Kerajaan Yang ADUN Besut ‘Baham’ Bernilai RM1.5 juta

  "...sekiranya pihak ADUN Umno merasakan apa yang didedahkannya adalah satu penipuan, beliau mencabar supaya perkara itu dibawa ke mahkamah..." - Abdul Halim Tausah

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Besut, Abdul Halim tausah (Abe Din) mendakwa tanah kerajaan yang diperolehi oleh Ahli-ahli yang Berhormat Umno di kawasan Dendong Mukim Tembila Besut dekat sini adalah bernilai RM1.5 juta setiap satu.

Beliau berkata tanah di kawasan tersebut adalah bernilai RM100, 000 bagi setiap lot.


“Tanah di sini (Dendong) beri kepada orang kampung (1 lot) satu ekar dibahagikan kepada enam (bahagian), yang bahagian depan menghadap ke laut, dia (YB Umno) ‘baham’ ked ia dua setengah ekar seorang,

“Abdullah Md Zin Lot No. PT 6964, Nawi (Lot No.) 6904 Yang berhormat demo sini, lepas tu Mohd Pehemi (ADUN) Kampung Raja baham dua setengh ekar, yang hujung sekali yang comel (baik) sikit (Lot. No.) PT 6902 Datuk’ Idirs Jusoh ‘baham’ jugok,

“Bererti dia boleh 15 lot (setiap seorang) satu lot tanah di situ (bernilai) RM100,000, (oleh itu) nilai tanah ini (yang diperolehi oleh ADUN Umno itu) bernilai RM 1.5 juta!,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah isu semasa yang diadakan di Kampung Bukit Payong pada Rabu malam, 11 April lalu.

Menurut Abe Din, yang juga bekas ahli Umno Bahagian Besut , sekiranya pihak ADUN Umno merasakan apa yang didedahkannya adalah satu penipuan, beliau mencabar supaya perkara itu dibawa ke mahkamah.

Turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan yang DiPertua PAS Besut Shalahuddin Jaafar.

BuletionOnline

Isnin, 9 April 2012

Menang Puji, Kalah Kutuk, Persoal Komimen...Teror Sangat Ke Mad Said?


Penggendali skuad Terengganu, Mat Zan Mat Aris berkata: “Orang pasti mengatakan kekalahan ini berpunca daripada keletihan yang dialami para pemain tetapi saya tidak mahu bercerita tentang itu. Saya akui kami gagal bermain dengan baik dan gagal bermain sebagai satu unit. Pemain terlalu mudah memberi ruang kepada pasukan lawan melakukan hantaran dan kesannya, kami mudah dibolosi, terutamanya pada babak pertama.

Bagaimanapun, kesilapan benteng pertahanan Terengganu telah memberi ruang kepada Basko Balaban menyamakan kedudukan, diikuti lima lagi jaringan mudah daripada pemain tuan rumah.

Itu ulasan jurulatih – pakar dalam permainan bolasepak yang mengatakan bentang pertahanan agak rapuh.

Ini pula pandangan pakar bolasepak negeri: “Kita mengakui pemain Terengganu tidak ramai yang boleh menjaringkan gol, jika individu yang diharapkan itu gagal laksanakan tanggungjawab, semua pihak akan rugi…pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) juga wajar memandang serius perkara itu supaya ia tidak berterusan dengan aksi sambil lewa. Pada pemilihan pemain musim akan datang, PBSNT perlu berhati-hati di mana hanya mengambil pemain yang benar-benar komited dan mempunyai semangat berpasukan.

Siapa menyebutnya? Mad Said (Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said) pada Majlis Penyerahan e-Book kepada murid Tahun Empat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, kelmarin.


Ambe nampak Mad Said ni bercakap pasal bola seolah-olah dia permain terkemuka dan banyak pengalaman. Setiap kali ulas boleh dia akan membawa kita ke tahun 1970an dan 1980an ketika dia bermain bola….untuk pasukan mana tak tahu!

Sedangkan hakikatnya Ambe yang tak reti main bola faham kadangkala pasukan terbaik pun boleh kalah kepada pasukan teruk. Lihatlah di Eropah bagaimana kadangkala pasukan Real Madrid, Barcelona, Manchester United, Bayern Munich atau juga Inter Milan dan Juventus boleh kalah mengejut.

Ambe puji Mat Zan apabila mengingatkan kepada semua penyokong bahawa kekalahan itu bukanlah petanda kepada kejatuhan prestasi Terengganu tetapi lebih kepada kealpaan dan kegagalan pemain beraksi dengan baik.

Saya tidak salahkan pemain kerana saya tahu mereka penat. Malah, saya harus tabik kepada semangat pemain-pemain saya kerana mereka tetap berusaha untuk memberi tentangan. Sebagai jurulatih, saya juga tidak perlu panik dengan kekalahan besar ini kerana ini adalah adat dalam bola sepak. Apa sahaja boleh berlaku dan jika kami gagal bermain dengan baik selepas ini, mungkin kekalahan lebih besar boleh kami alami,” tegasnya.

Hanya kerana kalah di Stadium MBPJ kelmarin kepada Selangor apabila bermain dalam keadaan padang yang berair, hakikatnya Terengganu mendahului satu gol menerusi jaringan Ismail Faruqi. Namun selepas itu pemain hilang tumpuan, bukan soal komitmen seperti yang dinyatakan oleh Mad Said itu.

Menteri Besar meminta jurulatih Terengganu dan T-Team supaya menegur pemain kedua-dua pasukan itu yang jelas mempamerkan aksi dan permainan hambar sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Mad Said ingat kekalahan pasukan ‘Penyu’ 1-6 kepada Selangor dan T-Team 1-4 di tangan PKNS Selangor, cukup memalukan untuk dirinya sahaja?

Tolonglah jangan banyak bercakap mengenai bolasepak. Makin banyak bercakap akan ‘memperlihatkan kebodohan sendiri’

Mad Said perlu terima kekalahan dengan tenang, sambil mengakui pemain lawan beraksi lebih baik berbanding pemain Terengganu dan T-Team.

Keterbukaan tidak bermakna mengaku kalah, sebaliknya ia pengajaran terbaik di sebalik kekalahan itu dan Mad Said jangan sering ungkitkan peruntukan. Ini kerana ia semua pihak mengakui ini antara perkara terbaik yang dilakukan Menteri Besar sekarang berbanding Menteri Besar sebelum ini.

Jadi Ambe rasa, berpadalah bercakap mengenai mutu bolasepak Terengganu.

Kalaupun ada cadangan atau nasihat, buatlah secara tertutup dengan dua jurulatih yang dilihat amat terbuka dan responsif dengan cadangan dan nasihat.

Ketengah Gagal Bela Penduduk, Projek Gagal Jana Pendapatan

Gambar: Roslan (tengah) bersama Mahfuz pada sidang di lobi Parlimen.

Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) mendakwa nasib masyarakat di kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) tidak dibela kerajaan.

Presidennya, Roslan Ismail berkata, masyarakat di sana sejak sekian lama berdepan masalah tiada sumber pendapatan akibat kegagalan projek yang diusahakan pihak Ketengah.

Antara kegagalan yang boleh dilihat termasuk kilang IKS yang kini kosong, pangkalan bot Tasik Kenyir yang tidak berfungsi, kilang playwood yang tidak beroperasi, ladang kedondong yang tidak menjadi serta ladang misai kucing yang tidak membuahkan hasil.

Paling menyedihkan katanya, Kolej Ketengah yang menelan belanja lebih RM10 juta yang beroperasi sejak 2002 kini hanya ada 18 pelajar dan 16 pekerja.

Kegagalan projek-projek ini ujarnya telah menyebabkan masyarakat di dalam kawasan Ketengah tidak mempunyai pekerjaan seperti dijanjikan.

Meletakkan keadaan ini berpunca dari kegagalan Ketengah yang telah tersasar dari matlamatnya, Roslan bersama 10 rakanya tampil menyerahkan memorandum 12 tuntutan itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon campur tangan pihak Pakatan Rakyat.

Antara kandungan memorandum itu menuntut Ketengah menghapuskan hutang rumah rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan menyediakan pekerjaan alternatif kepada penduduk.

Mereka juga mahu Ketengah menyediakan sekurang-kurangnya 6 ekar tanah kepada setiap keluarga penduduk kekal sebagai ganjaran atas kesanggupan mereka untuk mendiami bandar Ketengah tanpa jaminan pekerjaan.

Selain itu mereka mendesak Ketengah menyediakan lot-lot tanah siap geran untuk generasi kedua dan ketiga.

Mereka juga menggesa Ketengah mengkaji semula peranan anak-anak syarikat agar tidak menjadi pesaing kepada peniaga tempatan.

Pada 27 Mac lalu, Waris telah merancang untuk menyerahkan memorandum sama kepada Ketengah, namun ianya kemudian dibatalkan selepas pihak Ketengah tidak membenarkan kesemua wakil mereka masuk untuk berbincang.

Harakahdaily

Mad Said Gila Binatang Pelik, Berhabis Duit Untuk Bintang Pelik!!!


Rakyat Terengganu kini makin jadi ‘bengong’ gara-gara sikap Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) yang dikatakan gila bintang pelik-pelik.

Ambe tak tahu banyak mana dibelanjakan untuk Zoo Bukit Takal tu.

Tapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendedahkan kepada rakyat Teregganu khususnya penduduk daerah Kemaman bahawa pembinaan Zoo Bukit Takal kini RM100 juta.

“Saya nak bagi tau kepada orang Kemaman satu isu malam ni, depan mata ni (kita semua), iaitu pembinaan Zoo Bukit Takal Kemaman,

“Tahu tak berapa kos nak beri makan ke binatang dalam zoo? Berapa kos nak buat zoo bukit takal tu? Ia mencecah hampir RM100,”jelasnya.

Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu tidak wajar membina Zoo dengan begitu mahal dalam keadaan masih terdapat ramai rakyat yang miskin di kampong-kampung.

Beliau berkata dalam keadaan masih terdapat orang kampung lapar dan nelayan terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk turun ke laut mencari rezeki, Menteri Besar Terengganu belanja hampir RM100 juta buat Zoo.

Katanya, seekor badak sumbu yang akan dibeli adalah adalah berharga RM300,000 dan Zoo tersebut menghabiskan hamper RM1 juta untuk membeli tiga ekor badak tersebut.

“Harga seekor badak sumbu yang dia nak beli, adik kakak tahu dok berapa harga seekor badak sumbu? Harga badak sumbu yang dia nak beli, harganya adalh 100 ribu (dollar) Amerika, bermakna seekor badak sumbu harganya RM300,000.

Berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang diadakan di Dataran Tok Guru, Chukai pada Khamis 5 April.

“Tiga ekor dia beli badak sumbu, bermakna RM1 juta beli badak sumbu saja dan dia beli zirafah, (seekor) harga zirafah ni 90 ribu (dollar) Amerika, dia beli 6 ekor bermakna dia belanja hampir RM2 juta nak beli zirafah ni saja,”katanya.

Majlis Perasmian Hamtu disempurnakan oleh Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu diiringi oleh Timbalan Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat merangkap Pengarah MTD Chukai dan Yang Dipertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun.

Sabtu, 31 Mac 2012

Mad Said Putarbelit Isu Pemberian Tanah Kepada ADUN PAS!!!!

Mad Said kini tertekan dengan isu pemberian tanah anugerah kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kini mula memutar belitkan isu tanah.

Malah Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ternyata tersilap apabila merujuk kes pemberian tanah yang luas kepada wakil rakyat PAS sehingga 50 hektar pada tahun 1999 hingga 2004.


Sehubungan itu, mantan Adun Ladang, Dr Sulaiman Abdullah menjelaskan Projek Lembah Limau di Blok 5 Ketengah, Kampung Durian Mentangau, Dungun adalah projek tajaan kerajaan Barisan Nasional.

Menurutnya, tanah seluas 50 hektar bagi setiap lot yang telah disediakan oleh kerajaan BN Terengganu sebanyak 18 lot.

Katanya, projek-projek tersebut telah ditawarkan kepada para pelabur syarikat berkaitan kerajaan dan juga Syarikat Sdn. Bhd pada tahun 1996 bagi dimajukan perusahan tanaman limau madu.

“Projek (Lembah Limau) itu hanya diminati oleh 9 buah syarikat yang memohon termasuk dengan Syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd.

“Syarikat (Imbasan Padu) ini dimiliki oleh Dr Sulaiman Abdullah dan isteri Dr Che Hamidah Che Abdul Kadir yang pada waktu itu belum lagi menjadi wakil rakyat (Adun Ladang),” ujarnya pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, pada tahun 1998, pihak Ketengah yang dipengerusikan MB Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad waktu itu telah meluluskan kepada semua permohonan 9 syarikat yang memohon projek tersebut.

Bahkan, katanya segala perancangan dan persediaan termasuk anak benih telah dibuat serta surat kelulusan bagi menebas hutan turut dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Pada awal 1999, Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan hanya kepada lapan buah syarikat sahaja dan permohonan dari Syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd telah ditolak atas dasar diskriminasi politik.

“Pada tahun 2000 kerajaan PAS Terengganu telah meluluskan permohonan tanah dan projek itu kepada syarikat Dr Sulaiman dan isterinya (Imbasan Padu Sdn. Bhd) atas dasar keadilan,” jelasnya.

Dr Sulaiman mendakwa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Exco Pertanian waktu itu menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pertanian Negeri memberitahu permohonan Syarikat Imbasan Padu ditolak kerana diskriminasi politik kerajaan BN.

Katanya, tidak timbul soal tanah anugerah atau diluluskan semata-mata kepada wakil rakyat PAS kerana syarikat telah dinafikan hak sebelum itu.

“Mungkin juga muka saya telah ‘dicop’ sebagai orang PAS dan sebab itu permohonan tanah tidak diluluskan waktu itu walau pun diluluskan kepada orang lain.

“Syarikat saya layak sebab itu telah diluluskan permohonan oleh Ketengah, cuma pihak Exco Kerajaan Negeri yang tolak kerana diskriminasi politik,” ujarnya.

Beliau menegaskan projek tanaman limau madu di Lembah Limau itu merupakan projek kerajaan Umno-BN Terengganu.

Menurutnya, pada tahun 2008, kerajaan BN Terengganu telah meluluskan pemberian tanah secara pajakan melalui tabung amanah warisan kepada 9 buah syarikat lagi bagi fasa II pembangunan tanah.

Rabu, 28 Mac 2012

PRU13: SPR reka ‘Formula Terengganu’ Menangkan BN?

“Formula Terengganu”adalah hasil  persekongkolan UMNO/BN dengan pihak dalaman SPR apabila senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mencatat kenaikan sehingga 17 peratus dalam daftar undi, paling tinggi dalam sejarah demokrasi negara, sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 2004. Pada PRU 2004 undi PAS di Terengganu meningkat di kebanyakan kawasan, tetapi yang peliknya undi untuk Umno-BN meningkat naik dua kali ganda, sehingga ada kawasan pilihan raya, peratusan pengundi yang keluar hampir mencapai 100 peratus.

Oleh Mohd Rashidi Hassan (March 26, 2012)

Pakatan Rakyat mempunyai cukup bukti, bahawa ada dalang dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berusaha merencanakan suatu penipuan besar-besaran, pada senarai pendaftaran pengundi, untuk memenangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Pakatan Rakyat mempercayai, wujudnya persekongkolan pihak tertentu yang ada dalam SPR dengan Umno-BN, bagi membantu mereka mengekalkan kuasa dengan menyekat kebangkitan rakyat yang sudah komited menolak BN.

Ini bertepatan dengan ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang mengatakan BN hanya selamat di tiga buah negeri, iaitu Johor, Melaka dan Pahang.

Ini bermakna, Umno-BN sudah tidak selamat di sembilan buah negeri di Semenanjung.
Difahamkan hasil kajian sebuah firma pengkaji bebas yang dibayar BN, mereka menghadapi ancaman besar pada PRU kerana di Semenanjung sahaja, hampir 100 kerusi Parlimen yang bakal memihak kepada Pakatan Rakyat.

Pola kecenderungan rakyat dirakam firma pengkaji bebas turut menunjukkan seluruh agenda transformasi dan rancangan pembaharuan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sehingga kini, masih gagal mempengaruhi rakyat menyokong BN.

Justeru akibat gagal menemukan formula terbaik untuk menyelamatkan “takhta” kerajaan BN, maka tiada jalan lain dilakukan, selain merancang penipuan besar-besaran, dengan kerjasama pihak tertentu dalam SPR.

Antara formula yang dikemukakan pihak terbabit kepada kelompok atasan dalam Umno ialah, mengekalkan kuasa dalam PRU dengan menggunakan “Formula Terengganu” pada tahun 2004.

Ia dinamakan “Formula Terengganu” kerana hasil persekongkolan dengan pihak dalaman SPR, senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mencatat kenaikan sehingga 17 peratus dalam daftar undi, paling tinggi dalam sejarah demokrasi negara, sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 2004.

Pada PRU 2004 undi PAS di Terengganu meningkat di kebanyakan kawasan, tetapi yang peliknya undi untuk Umno-BN meningkat naik dua kali ganda, sehingga ada kawasan pilihan raya, peratusan pengundi yang keluar hampir mencapai 100 peratus.

Dipercayai, formula inilah yang sedang cuba dilaksanakan oleh Umno-BN dengan kerjasama juak-juak mereka dalam SPR.

Penipuan yang terancang ini dikesan Pakatan Rakyat dan didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar beliau di Parlimen, 22 Mac lepas.

Pakatan Rakyat mendapati, sekurang-kurangnya, wujud tiga elemen yang meragukan hasil daripada salahlaku SPR dalam daftar pemilih dan senarai nama-nama baru yang sedang diproses masuk dalam senarai daftar pemilih.

Elemen pertama dikesan berikutan daripada pengumuman SPR pada 31 Januari 2012, bahawa wujud sekitar 40,025 pengundi ragu dan yang disahkan sebagai pengundi ragu, tetapi sehingga kini masih terdapat dalam senarai daftar pemilih SPR.

Elemen kedua adalah wujudnya pengundi berganda pada satu-satu alamat. Pengundi berganda ini mencakupi 354 alamat yang senarai pengundi pada satu-satu alamat itu di antara 100 hingga 1000 orang. Jumlahnya amat besar sehingga mencapai 79,098 pengundi seluruh negara.

Jumlah ini tidak lagi diambil kira senarai berpuluh-puluh pengundi dalam satu alamat. Kita memahami jika satu alamat itu dimaksudkan bagi sebuah rumah panjang atau kampung. Tetapi dalam daftar pemilih SPR, terdapat 100 pengundi pada satu alamat rumah yang berada di kawasan perumahan. Tidakkah ianya meragukan?

Elemen ketiga yang lebih serius ialah dengan pengumuman SPR, bahawa terdapat 240,000 undi pos di kalangan petugas SPR mesti dikategorikan sebagai undi pos.

Jumlah ini amat mengejutkan Pakatan Rakyat. SPR tidak memerlukan jumlah petugas pos seramai itu dan ianya jelas bakal dimanipulasikan untuk memenangkan BN.

Tiga elemen didedahkan ini, amat jelas akan memberikan impak besar dalam PRU ke-13. Impak besar untuk mengekang kemaraan gelombang rakyat. Impak besar untuk memberikan kemenangan dua pertiga majoriti kepada Umno-BN.

Pakatan Rakyat bangkit menolak cadangan SPR dan usaha terancang pihak tertentu dalam SPR ini kerana, dalam sejarah PRU di Malaysia, undi pos adalah alat Umno-BN mengekalkan kuasa.

Ini merupakan jenayah terancang pihak tertentu kerana, jumlah pengundi ragu dan pengundi pos amat besar. Ia belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka.

Jenayah ini juga belum diambil kira dengan kemasukan mendadak nama-nama pengundi Selangor yang kebanyakannya menggunakan warga asing yang diberikan kad pengenalan sebagai pengundi.

Dengan latar belakang fakta ini, amat wajar Pakatan Rakyat bersikap prejudis bahawa, ada pihak dalam SPR yang berniat jahat dan berat sebelah untuk memenangkan Umno-BN.

Modus operandi yang sama digunakan dalam “Formula Terengganu” akan digunakan, pada PRU ke 13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan Umno-BN yang sedang terdesak dan nazak.

Kita mendesak SPR menghentikan kerja-kerja jahat ini, kerana ia bakal menimbulkan kekecohan besar pada PRU akan datang.

SPR jangan sesekali mencabul kedaulatan demokrasi. Ia mesti telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13.

Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya oleh SPR yang bertindak sebagai cawangan Umno. — themalaysianinsider

Selasa, 27 Mac 2012

Isu Tanah - Mad Said DiKelentong Maklumat Tidak Betul Tuduh Bekas ADUN


Kesian kepada Mad Said.

Ada orang berinya maklumat palsu yang sengaja mahu menjatuhkan reputasinya sebagai Menteri Menteri Besar.

Malah, dengan membuat kenyataan dan tuduhan palsu di khalayak ramai apalagi menuduh seseorang yang juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) juga berdepan dengan saman. Sebelum ini Mad Said sedap-sedap saman orang, apakata kalau orang yang dituduh dan difitnah itu menyamannya pula?

Segala-galanya ini berkaitan tanah yang dianugerahkan oleh kerajaan PAS kepada bekas ADUN Ladang.

Semalam PAS Terengganu menafikan dakwaan Menteri Besar itu bahawa parti itu pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya sewaktu memerintah negeri itu dari 1999 hingga 2004.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menegaskan, parti itu hanya meluluskan permohonan tanah yang dibuat menggunakan nama syarikat, bukan atas nama wakil rakyat seperti yang didakwa.

Individu yang dimaksudkan ialah Adun Ladang ketika itu, Dr Sulaiman Abdullah.

Beliau yang merupakan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat memohon tanah untuk mengusahakan tanaman limau madu di Lembah Sitrus, Durian Mentangau.

Siapakah yang memberikan maklumat tidak betul dan menyeleweng itu? Atau apakah ada gerakan mahu memalukan Mad Said dengan maklmat sedemikian.

Ambe ada baca dalam teganukita, yang menyebut mengenai pemberian tanah seperti di atas. Ia kononnya jawapan kepada PAS.

Kesian Mad Said. Teganukita tu katanya akhbar rasmi kerajaan negeri yang diterbitkan oleh Unit Komunikasi Negeri. Siapa ketuanya sekarang Ambe tak tahu!

Tapi lebih kurang beginilah bunyi berita itu:

PAS Terengganu barangkali terlupa bahawa di masa mereka berkuasa di Terengganu pernah meluluskan tanah seluas 130 ekar (50.8 hektar) untuk salah seorang wakil rakyat mereka.Mereka yang dimaksudkan ialah Sulaiman bin Abdullah di alamat, Jalan Ibrahim, Bukit Besar dan isteri Che Hamidah Che Abdul Kadir. Kedua-kedua mereka adalah doktor perubatan dan pergigian.

Dr.Sulaiman waktu itu adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Ladang.Nama syarikat kedua suami isteri yang diberikan tanah seluas itu ialah Imbasan Padu Sdn.Bhd, di alamat Jalan Air Jernih Kuala Terengganu.”

Jadi amat jelas sekali, seperti kata Abdul Wahid, tidak timbul PAS bagi tanah kepada individu. Beliau (Dr Sulaiman) pohon atas nama syarikat.

"Ketengah luluskan permohonan syarikat lain tapi syarikat beliau ditolak pada hal peringkat jawatankuasa Ketengah dan jawatankuasa pertanian negeri dah luluskan tapi Exco Umno ketika itu tolak.

"Lepas tu bila PAS perintah kita kata tak adil orang lain lulus tapi dia tak lulus sedangkan syarikat beliau berpotensi," kata Abdul Wahid ketika ditemui di lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.


Dipetik Harakahdaily, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, tindakan PAS ternyata berbeza dengan cara Umno memberi tanah kepada wakil rakyatnya sekarang.

"Fakta dan senario berbeza. Dia mohon atas nama syarikat dan sebelum menjadi wakil rakyat untuk majukan pertanian di bawah Ketengah," katanya.

Abdul Wahid bagaimanapun berkata, beliau akan meminta Dr Sulaiman sendiri membuat sidang media bagi menjelaskan dakwaan itu.

"Saya juga akan terus dedahkan nama wakil rakyat Umno yang menerima tanah," katanya.

Sumber - Sinar Harian, Teganukita & Harakahdaily

Isnin, 26 Mac 2012

Khazan Kumpul Harta, Tanah Memperkayakan Diri, Keluarga…

Kadang-kadang Ambe kesian kat Mad Said. Yang buat hal adalah Idris Jusoh dan konco-konconya tetapi yang kena tempias adalah Datuk Seri Ahmad Said.

Menteri Besar Terengganu semalam terpaksa ‘menegakkan benang basah’ apabila cuba mempertahankan tindakan negeri meluluskan permohonan tanah oleh ADUN BN, khususnya di Besut yang boleh dikategorikan sebagai ‘baham tanah’.

Mad Said ni jenis bodoh kelu kot. Nak pertahan apa? Kalau Ambe biar mampus semua ADUN yang buat hal tu!

Bagi Ambe, Mad Said tak perlulah susah payah nak pertahankan ADUN UMNO di Besut yang dapat tanah kerana mereka bukan kena memgena dengan beliau pun.

Mereka semua tu depan Mad Said tunduk tapi belakang apa yang tidak kata kat Menter Besar Terengganu itu?

Cuma yang mengejutkan di kalangan yang dapat tanah itu ialah memgenai harta Khazan Che Mat, ADUN Batu Rakit yang didakwa oleh PAS memang kaya raya.

Bagaimana dia boleh kumpul harta sampai RM4 juta? Hai Ustaz ni cepat kaya. Jangan jadi macam Datuk Seri Khir Toyo sudah lah.

Menurut satu entri dalam satu blog, ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat beberapa ketika dahulu pernah dilaporkan berkata, harta dan kewangan yang dimiliki oleh keluarganya sudah cukup untuk menampung kehidupan sekiranya Khazan tidak lagi menjadi wakil rakyat.

Perkara tersebut dikatakan heboh diperkatakan orang ramai. Ia dituturkan isteri Khazan dalam satu majlis dan didengari oleh ramai orang.

Menurut seorang penduduk yang berasal dari Kampung Maras, Adnan Awang, 45, beliau mengesahkan memang pernah mendengar cerita tersebut.

“Memang pernah dengar orang duk bercakap, tapi saya tak ingat waktu bila,”ujar Adnan Awang. Kini, setelah beberapa ketika berlalu, barulah jelas ‘kekayaan’ yang dimiliki oleh Khazan Che Mat yang dilaporkan berjuta ringgit.

Termasuk tanah yang diwarisi, Khazan memiliki 13 keping tanah dalam Mukim Batu Rakit dan sekeping di mukim Hulu Nerus.

Beliau yang menjadi ADUN sekaligus Exco sejak tahun 2004 memiliki sembilan keping tanah yang dimiliki secara pembelian.

Sekeping secara pertukaran lot dan sekeping diperolehi dengan menyambut lelongan.

Apa yang menjadi menjadi perbualan ramai sekarang adalah dua keping tanah kerajaan yang diperolehi beliau yang juga Pengerusi (Exco) Jawatankuasa Agama dan Penerangan
Negeri Terengganu.

Sekeping tanah ‘status padi’ Lot PT 6454 seluas 0.2652 hektar dan sekeping tanah ‘status pertanian’ Lot PT 30794 berkeluasan 0.9965 hektar, kedua-duanya terletak di Mukim Batu Rakit.

Agak menghairankan juga, tanah Lot PT 30794 yang baru diluluskan pada November 2011 tetapi telah berpagar dan telah didirikan sebuah bangunan umpama sebuah chalet.

Semalam pada Sabtu, 24 Mac, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS mendedahkan Khazan Che Mat adalah salah seorang daripada lima ADUN dan AP Umno Terengganu, menerima anugerah tanah kerajaan tersebut.

Empat lagi adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Untuk ‘cover’ kesemua mereka, Mad Said terpaksa ‘mendedahkan’ kononnya PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika Terengganu diperintah oleh PAS antara 1999 dan 2004.

Menteri Besar Terengganu itu berkata PAS memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.

Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang. Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun. Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.

Mad Said menjawab soalan pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat sini.
Cukupkah dengan penjelasan itu?

Rasanya jawapan Mad Said itu tidak mampu untuk menepis apa yang disebutkan Wahid dan tidak akan mampu untuk mendinginkan kemarahan rakyat Terengganu.

Yang pasti Mad Said kini semakin sukar untuk memboloskan dirinya daripada masalah dan kontroversi yang dicipta bukan sahaja oleh orang yangn dekat dengannya tetapi juga oleh musuhnya yang mengharu-birukan UMNO Terengganu.

Ini baru beberapa permulaan dan banyak lagi yang akan menyusahkan Mad Said!

Empat YB Besut 'Baham Tanah' Di Dendong, Seorang Di Batu Rakit

  

Baru-baru ini,  Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berjanji akan mendedahkan siapa wakil rakyat UMNO yang mendapat tanah anugerah Kerajaan Negeri.
Menunaikan janji dan menyahut cabaran Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Sabtu 24 Mac, Wahid mendedahkan nama-nama YB Umno yang ‘baham tanah’

Empat daripada mereka adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Datuk Seri Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran P


antai Dendong, Mukim Tembila, Besut.

Perbandingan antara tanah yang mereka dapat berbanding dengan apa yang rakyat data dapat dilihat dengan jelas dalam pelan yang dilampirkan.

Lot-lot PT 6902, PT 6903, PT 6904 dan PT 6964 adalah diberikan keajaan Umno Terengganu setiap satu kepada Idris Jusoh, Pehimi Yusof, Nawi Mohamad dan Abdullah Md Zain.

Yang dapat dilihat dengan jelas dibelakang lot-lot terbabit terdapat pembahagian lot-lot kecil, itulah lot-lot yang diberikan kepada rakyat.

Seorang lagi penerima anugerah tanah dari kerajaan Umno adalah ADUN Batu Rakit Khazan Che Mat yang mendapat 0.9965 hektar di Mengabang Bakong, Batu Rakit Kuala Trengganu.


Baca dari sumber

Isnin, 19 Mac 2012

Bagaimana Setiausaha UMNO Kemaman Mampu Siapkan Rumah RM 1 Juta?


Bagaimana pendapatan seorang Penyelia Kemas sekitar RM2000 sebulan, boleh mampu membina rumah berharga RM1 juta, sekaligus memiliki dua kereta mewah yang baru dibeli? Namun begitu maklumat ‘jahat’ pemimpin Umno tidak sampai kepada rakyat.

Ia adalah kerana isu penyelewengan dan salah laku pemimpin Umno tidak dimanfaatkan oleh jentera PAS.

Oleh itu, menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat isu-isu pemimpin Umno yang ‘jahat’ tersebut mestilah dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“kita mesti memainkan isu (penyelewengan pemimpin Umno)! (Bagaimana) Setiausaha Umno Bahagian Kemaman yang kerjanya sebagai Penyelia Kemas dengan kelulusan SPM hari ini boleh menyiapkan rumahnya yang berharga hampir RM1 juta.

“dalam masa yang sama boleh membeli kereta ‘Camry’ baru, boleh membeli kereta ‘Wish’ yang baru,”ujarnya.



Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai berkata demikian dalam Majlis Taklimat dan Penerangan Kepada Jentera Pilihanraya PAS DUN Chukai sempena lawatan Anggota Dewan Harian PAS Terengganu, di sini semalam 18 Mac.

Justeru beliau menyeru supaya isu tersebut disampaikan kepada seluruh rakyat Kemaman khususnya dan negeri Terengganu.

Katanya, PAS tidak mempunyai media masa dan elektronik bagi menyampaikan maklumat dan penerangan kepada rakyat.

Oleh itu, katanya, seluruh petugas PAS akan mengambil tugas sebagai ‘TV dan suratkhabar’ bagi memastikan maklumat-maklumat tentang penyelewengan dan salahlaku pemimpin Umno sampai kepada rakyat.

“kalau maklumat ini sampai kepada rakyat, saya yakin dan percaya orang (rakyat) akan buat (perubahan) memberikan undi kepada kita,

“kita tidak ada TV, hanya ada suratkhabar Harakah itu pun terhad, TV1, TV2 tidak ada, yang menjadi TV yang menjadi suratkhaba (adalah0 saudara-saudari sekelian,

“bercakaplah dengan sesiapa pun, (sesungguhnya) Umno telah menyeleweng!,”jelasnya.

Selain mendengar taklimat Bilik Gerakan DUN Chukai, Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut bersama rombongan Dewan Harian pada sebelah petangnya telah bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam Majlis Minum Petang yang diadakan di Kampung Geliga Kuala Kemaman.

Sabtu, 17 Mac 2012

Anak Buah Mad Said Dah Kaya, PRU 13 Apa Peduli?

Mad Said penyayang kepada binatang peliharaannya seperti pegawai-pegawainya juga dan menatang bagai minyak yang penuh. Namun apakah binatang ini  tidak menggigit Mad Said suatu hari kelak ?
Ada beberapa kawan sama ada bergurau atau tidak mengatakan kalau mahu gaji mahal dan berkedudukan tinggi ‘pergilah cari Mad Said’ di Terengganu.

Kata mereka, lihat sahaja pegawai kanan Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) , semuanya berpangkat tinggi – Gred 54 dan dapat pegang jawatan Pengerusi Syarikat – lagi.

Soal kelulusan tidak timbul. Kau sekadar guru sekolah rendah, lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja pun tak kisah. Asal namanya engkau ‘Pegawai Mad Said’.

Kalau Mad Said kalah pun mereka tak heran! Harta dah banyak, ‘mampus makan tanah lah mu Mad Said, aku peduli apa!”

Lantas Ambe terlintas kepada Hambali Abdul Latiff yang kini ‘semakin terpinggir’. Katanya dia tu pegawai kontrak Gred 54. Ada mengatakan dia sekadar lulus Malaysian Certificate of Education (MCE) sahaja, ada mengatakan dia lulus hingga peringkat ijazah Sarjana.

Mana-manalah tetapi yang pasti Hambali tu dah gone case. Ada pun tak berkesan, tak ada pun tak apa!
Katanya dia dah ‘dibuang jauh oleh Wan Ahamad Wan Muda’ – merangkap Timbalan Menteri Besar. Malah katanya dah dua minggu Hambali tu berjalan kaki. Kerajaan Negeri dah tarik balik kereta Perdana yang dipakainya.

Nasib kaulah Hambali. Lepas dibuang jauh-jauh dari Manis FM kini kau rasalah. Penyelidik Kanan konon!
Tapi bagaimana pula dengan yang lain?

1. Wan Ahamad Wan Muda – dapat dua gelaran Dato’ – dari Pahang dan Terengganu. Dia ini memang licik dan ‘paling taat kepada Mad Said’. Namun khabarnya dia kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana banyak kes. Tetapi yang sah, kerana kes bantuan peralatan dan baju sekolah yang dibuat laporan oleh PAS.

Gara-gara siasatan itu Wan Ahamad kini agak moody dan serba perkara yang dilakukannya tidak kena!

Wan Ahamad menikmati rezeki melimpah-limpah sebagai Timbalan SUK Pengurusan dan dikatakan banyak projek negeri termasuk balak melalui beliau. Wan Ahamad bukan sahaja berkuasa tetapi kini kaya raya.

Malah, kini Wan Ahamad dilaporkan ada satu projek misteri yang sedang Ambe korek tapi belum dapat maklumat yang akan didedahkan.

Kerana sudah kuat, katanya Wan Ahamad kini berdiri sendiri tanpa Hambali, Rosli Zakaria (Setaiusaha Akhbar) dan beberapa yang lain, termasuk Setiausaha Politik MB sendiri.

Yang penting dia nak tunggu jadi SUK saja selepas Datuk Mazlan Ngah bersara!

2. Haji Roshali Taha – ini hebat. Guru Sekolah Rendah dapat Gred 54 kerana menjadi Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT). Dekat dengan Mad Said kerana dia jawatankuiasa UMNO Bahagian Kemaman.

Lulus hanya SPM, bahasa Inggeris berterabur tapi sekarang ada tiga empat biji kereta. Malah, dikatakan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong mempersoalkan melantik Roshali ke jawatan berkenaan kerana kelulusannya itu. Namun kerana MB mahukan juga, Mokhtar Nong terpaksa akur! Roshali adalah antara orang yang menjaga kepentingan perniagaan Mad Said di Kemaman. Dah kaya dan katanya akan bertanding pilihan raya umum nanti;

3. Rosli Zakaria – ini pun hebat. Jadi Setiausaha Akhbar MB selepas ‘pusing 360 darjah’ daripada menyokong Datuk Seri Idris Jusoh (Ambe ada bukti mengenai ini sama ada percakapan atau kenyataan-kenyataan ketika peralihan itu) ketika pelantikan Mad Said sebagai MB kepada orang kuat Mad Said ketika ini.

Hambali di kanan MB dan Rosli di kiri MB. Walaupun berlainan kelulusan, kedua-duanya sama gred N 54.
Rosli berkelulusan SPM berasal Negeri Sembilan. Dilantik sebagai Pengerusi Percetakan Islam dan membolot semua projek percetakan negeri untuk menunjukan syarikatnya ‘buat duit’. Perniagaan monopoli mana tak buat duit. Hasilnya bukan sekadar dapat pakai Perdana V6 tetapi juga elaun tambahan RM2,000 sebulan dan dividen lagi. Busuk-busuk pun lulusan SPM ini dapat RM15,000 sebulan.

Kalau kekal di NST kekal ke? Dia mungkin dah ditawarkan VSS kerana orang semua tahu kerja Rosli memang ‘monteng’. Kerana gaji besar, beliau dikatakan ‘mendirikan masjid’ dengan kakitangan Unit Komunikasi Negeri baru-baru ini.

Lagi satu, khabarnya Pulau Orkid di Kenyir yang dibangunkan oleh Mad Said itu Rosli juga dapat untung. Dia pembekal orkid dan keluarganya (isterinya) turut terbabit. Di sini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh selidik.

4. Haji Shamsuddin Sulong – ini palig hebat. Cakap dia berdegar-degar. Beres je.

Haji Din itu namanya dikenali pegawai kerajaan dan orang politik di Terengganu. Selepas Wan Mokhtar Wan Ahmad kalah, bawa diri kerja di Kuala Lumpur. Kemudian selepas ‘ribut politik’ reda dan beliau dipecat sebagai Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Mat Zin, beliau membawa diri dan menenggek untuk dapatkan kerja dengan Mad Said.

Mulanya dapatlah kerja di APMT sebagai Timbalan kepada Haji Roshali kemudian datang bertemu Wan Ahamad dan Hambali mengharapkan jawatan pengarah.

Wan Ahmad yang kesian dan kebetulan UKOM memerlukan seorang Pengarah baru, Haji Din dilantik ke jawatan itu dengan Gred 52. Khabarnya Haji Din tidk puas hati dengan jawatan itu kerana beliau memiliki ijazah sedangkan Rosli dan Haji Roshali hanya berkelulusan SPM.

Selepas beberapa bulan di UKOM, Haji Din ternyata gagal membawa UKOM ke tahap yang dimahukan oleh Pejabat Menteri Besar. Haji Din dilihat berminat menghadiri ceramah dan memberitahu rakan-rakan mahu bertanding dalam pilihan raya.

Kenapa beliau minat berceramah. Bagi orang yang tidak tahu, ingatkan Haji Din berceramah ‘free’. Bukan, kalau percuma Haji Din tidak akan melakukannya. Dia dibayar beribu-ribu ringgit sebulan (upah ceramah, duit minyak, makan dan hotel). Siapa bayar? UKOM dan APMT!

Selain itu akhir-akhir ini untuk menambahkan pendapatan untuk hidup senang Haji Din ada bisnes sampingan. Wan Ahamad tidak tahu nih. Dia sibuk dengan homestay miliknya malah turut menggunakan masa kerja di UKOM untuk melawat dan menguruskan homestay itu. Ambe nak cari dan ambil gambar, nanti ambe letak kat blog ini.

5. Azman Ghani (Setiausaha Sulit Kanan MB). Berdiam tetapi berisi. Siapa nak jumpa Azman khabarnya mesti ada ‘TOL’. Tak ada apa-apa Azman tak layan. Kakitangan MB di Tingkat 16 semua tahu ini. Azman dikatakan dah kaya raya. Dari seorang yang tiada apa, Gred 37 katanya memangku Gred 48. Macam Wan Ahamad dululah, dari Gred 48 lompat sampai Gred 54 dan kemudian lonjak hingga Jusa C.

Azman jarang nak layan orang biasa atau politik jumpa MB di Pejabat. Dia layan ahli pernigaan dan yang ada sampul. Kerana itu orang nak bertemu MB kena cari majlis MB di luar, kalau di pejabar ‘haram tak tak dapat’.

Ini pun pencegah rasuah kena toleh. Orang muda bergred rendah bagaimana cepat kaya!

6. Yang dua orang lagi, iaitu Datuk Ahmad Nizam Abdul Hamid dan Ustaz Kamaruddin Ambe tak dengar cerita mereka. Ambe tahu Mad Nizam jadi Pengerusi Ladang Rakyat tapi dia berhak. Uztaqz Kamaruddin pula berceramah sana sini. Tapi Ambe tak yakin dia buat duit melalui ceramah sebab Haji Din lagi hebat buat duit daripada dia.

Sekian dulu, lepas ini Ambe cerita pasal orang lain pulok. Banyak-banyak pun nanti akan ada yang muntah kuning…pening dengan gelagat orang sekeliling Mad Said yang tak jaga bosnya tetapi jaga perut dan harta sendiri!

Rasa tak betul, komenlah…sedap sikit kita bahas!

Kerajaan Ugut Untuk Terus Senaraikan Felda Dengan Atau Tanpa Peneroka


Putrajaya dikatakan akan meneruskan hasrat untuk menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGVH), dengan atau tanpa 51 peratus saham daripada FELDA Holdings yang dimiliki oleh peneroka Felda.

Sekumpulan lapan peneroka bulan lalu telah memenangi arahan mahkamah sementara bagi menghalang pemindahan saham mereka daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF) kepada FGVH, langkah penting terhadap penyenaraian firma perladangan tersebut.

Namun begitu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata kepada pemberita ketika sidang media di Parlimen semalam berkata kerajaan tidak akan menangguhkan penyenaraian tersebut sehingga Jun kerana mahu mengambil kesempatan daripada harga minyak sawit mentah (CPO) yang tinggi.

Menurut beliau penyenaraian tersebut akan diteruskan sama ada peneroka tersebut memenangi injunksi terhadap pemindahan saham apabila kes tersebut akan didengar di mahkmah 22 Mac ini.

“Sekiranya kami tidak mampu mengenepikan injunksi yang dibuat mereka, kami tetap akan meneruskan penyenaraian ini. Kami perlu mengambil kesempatan sementara harga CPO masih lagi tinggi.

“Ini adalah faktor utama kenapa kami mahukan penyenaraian itu dilakukan pada May, tapi sekarang ia mungkin akan dilakukan pada Jun. Tapi kami akan teruskan tanpa KPF,” kata Ahli Parlimen Pontian ini.

Menurutnya, peneroka masih lagi boleh “melibatkan diri tapi pada harga yang lebih tinggi bukan pada harga penawaran awam.”

Kerajaan berkeras mereka menyokong “majoriti peneroka,” walaupun laporan sebaliknya daripada pembangkang.

Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad telah mengumumkan badan khas (SPV) selepas mahkamah menghalang pemindahan saham untuk melindungi kebajikan 112,000 peneroka.

Isa berkata sebarang tindakan yang berpotensi daripada cadangan penyenaraian tidak akan dipindah melalui KPF, SPV berkenaan akan memastikan peneroka mendapat manfaat daripada penyenaraian dan penglibatan penuh terhadap mana-mana perkembangan yang berpotensi.

Namun PKR mendakwa SPV tersebut akan mengurangkan nilai penyenaraian FGVH, dan menambah keputusan itu dibuat atas arahan langsung badan koperasi.

KPF setakat ini mempunyai 220,000 ahli, yang mana 112,635 daripada jumlah itu adalah peneroka FELDA. Selebihnya adalah kakitangan dan anak-anak peneroka FELDA.

Reuters minggu lalu melaporkan Putrajaya akan menangguhkan penyenaraian berikutan penentangan peneroka, dan berkata perjanjian itu bakal menentukan sokongan Barisan Nasional (BN) daripada kumpulan pengundi yang sekian lama menjadi bank undi BN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berkata penyenaraian FGVH, yang diumumkan ketika Belanjawan 2012, dijangka akan dilangsungkan pada April berbanding pertengahan tahun sebagaimana rancangan awalnya.

Namun begitu pengkritik mendakwa cadangan penyenaraian akan menyaksikan kerugian sehingga RM1.5 bilion defisit tahunan.

Subsidiari FGVH seperti FELDA Iffco Sdn Bhd, FELDA Global Technologies, FELDA Global Ventures Middle East dan FELDA Global Ventures Arabia dilaporkan mengalami kerugian sekitar RM500 juta sehingga tahun lalu.


FELDA Holdings mempunyai tenaga kerja seramai 19,000, dengan buruh seramai 46,795 pekerja pada 300 ladang, 70 kilang sawit, tujuh kilang penapisan, empat kilang kennel, 13 kilang getah, kilang perusahaan, dan beberapa syarikat logistik dan pemasangan pukal di Malaysia dan beberapa lokasi di dunia.

Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah turut mengkritik tindakan tersebut, berkata ia akan mendedahkan tanah peneroka kepada pasaran saham terbuka.

Namun bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan penyenaraian tersebut dan menyifatkannya sebagai “peluang terbaik” untuk perkembangan FELDA.

Malaysian Insider

Piala Monsun Gagal; Tamparan kepada Umno/BN Terengganu


"Apa yang berlaku sebenarnya, penganjuran Piala Monsun tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya penduduk Pulau Duyung...kondominium atau pangsapuri yang dibina oleh kerajaan Umno/BN bukanlah dijual kepada penduduk kampung...marina yang dibina, tidak ada kapal-kapal yang masuk berlabuh dan kini terbiar egitu sahaja," -  Bekas Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Duyong (Pekeduy),  Muzafez Affyulzaifuzan Mohamad

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendedahkan sebenarnya penganjuran Piala Monsun sejak tujuh tahun lalu gagal meraih pulangan memberi tamparan kepada pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Sekaligus, kenyataan terbuka Shabery menolak dakwaan kerajaan Umno/BN Terengganu bahawa Piala Monsun tidak membazir.

Pada tahun 2007, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan Negeri ketika itu, Datuk Mohamed Awang Tera dipetik berkata, kejohanan itu ternyata telah mampu meletakkan nama Pulau Duyong dan Terengganu khasnya di peta dunia sejak penganjuran sukan tersebut.

"Memang biasalah orang suka memburuk-burukkan kerajaan, lebih-lebih lagi dekat pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman Bio Global Tech Sdn Bhd dan Luher Management Berhad.

Beliau berkata, kononnya, kejohanan kapal layar itu ditonton oleh hampir 1.2 bilion orang di seluruh dunia dan sekaligus telah memperkenalkan Terengganu di seluruh dunia.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai hasil pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti di Kuala Terengganu Rabu lepas yang antara lain turut membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penganjuran sukan itu yang dikatakan membazir dan tidak menguntungkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan itu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan.

Mohamed berkata dakwaan itu tidak tepat kerana acara Piala Monsun adalah satu acara yang dilihat mampu meningkatkan kehadiran pelancong setiap tahun ke negeri ini terutama di waktu musim tengkujuh.

"Piala Monsun salah satu acara yang sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong yang datang ke Terengganu dan juga peningkatan pengunaan bilik hotel," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mendapat banyak manfaat daripada projek Teluk Warisan dan juga acara Piala Monsun manakala penduduk Pulau Duyong sendiri ditawarkan membeli kondominium rakyat dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran semasa.

Melalui marina yang dibina pula, beliau berkata ia telah berjaya menarik kapal-kapal masuk ke Sungai Terengganu.

Sebaliknya Bekas Pengerusi Persatuan Penduduk Pulau Duyong (Pekeduy) Muzafez Affyulzaifuzan Mohamad mendakwa ia adalah bohong semata-mata.

Beliau yang dihubungi Buletinonline berkata, apa yang berlaku sebenarnya, penganjuran Piala Monsun tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya penduduk Pulau Duyung.

Beliau yang merupakan anak jati Pulau Duyung berkata, kondominium atau pangsapuri yang dibina oleh kerajaan Umno/BN bukanlah dijual kepada penduduk kampung.

Begitu juga Marina yang dibina, tidak ada kapal-kapal yang masuk berlabuh dan kini terbiar egitu sahaja.

BuletinOnline