Isnin, 16 April 2012

SHARIFF HAMID - Orang Kuat Shafie Afdal Dituduh Rasuah

Shariff  (duduk) pada satu majlis pelajar luar negara UMNO dengan Datin Seri Rosmah Mansor
 "...bisik-bisik bahawa Shariff dikatakan meluluskan tuntutan Rosli hampir RM1 juta dan kini dengan pelantikan baru CEO YPM, Rosli berdepan dengan tuntutan balik perbelanjaan yang sudah digunakan oleh beliau dan tidak disahkan oleh YPM...Rosli dikatakan orang di belakang mendapatkan ijazah Doktor Falsafah kepada Shariff yang diketahui tidak pun membuat sebarang penajian untuk Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran."

Orang kepercayaan Menteri Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Afdal yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Shariff Hamid, mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah lebih RM300,000 di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini dan minta dibicarakan.

Beliau adalah salah seorang daripada dua yang dihadapkan ke mahkamah ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan membuat tuntutan palsu ke atas satu program latihan yang tidak wujud berjumlah sehingga lebih RM300,000.

Shariff dilantik oleh Shafie kira-kira tiga tahun lalu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Shariff, 52, sebelum itu telah didakwa dengan sembilan pertuduhan iaitu mengemukakan dokumentasi palsu dengan mengarahkan Pengurus Kewangan YPM, Hafizoh Mohd Shah meluluskan pembiayaan untuk satu program motivasi remaja, sedangkan beliau sedar program itu tidak pernah berlangsung.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat YPM di Medan Mara, Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang 23 Julai tahun lalu.

Setahu Ambe, Shariff yang juga bekas Setaiusaha Akhbar, Tengku Adnan Tengku Mansor ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini juga sekutu kuat Datuk Dr Rosli Hassan, Pengerusi YPM dan Ketua UMNO Bahagian Dungun.

Mereka berdua ini katanya mempunyai hubungan yang intim dan pernah bersama dalam program-program dalam dan luar negara.

Ambe dengar bisik-bisik bahawa mereka berdua juga menghadapi masalah apabila Shariff dikatakan meluluskan tuntutan Rosli hampir RM1 juta dan kini dengan pelantikan baru CEO YPM, Rosli berdepan dengan tuntutan balik perbelanjaan yang sudah digunakan oleh beliau dan tidak disahkan oleh YPM.

Malah, Rosli dikatakan orang di belakang mendapatkan ijazah Doktor Falsafah kepada Shariff yang diketahui tidak pun membuat sebarang penajian untuk Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.

Apakah ini bermakna Shariff membeli ijazah Phdnya?

Menurut laporan, Shariff memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang pentadbiran perniagaan daripada European-American University yang berpusat di Oxford, England.

Shariff, sebelum menyandang jawatan CEO YPM adalah bekas setiausaha eksekutif di Sekretariat Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Beliau juga adalah bekas pengarang ekonomi Berita Harian dan pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan Malaysia iaitu Anugerah Kajai pada pertengahan tahun 1980-an.

Beliau berkhidmat dengan RTM sebagai wartawan penyiaran pada tahun 1984 sebelum menyertai agensi berita nasional (Bernama) pada tahun 1987.

Shariff kemudian menyertai Business Times dan Berita Harian. Beliau juga pernah menyumbang artikel kepada akhbar bisnes mingguan, The Edge.

Sementara itu, Pengurus Program YPM, Zainal Rashid Zakaria, 43, juga turut didakwa dengan sembilan pertuduhan menipu yayasan berkenaan dengan mengesahkan kewujudan program berkenaan kononnya telah berlangsung di Perak antara 5 Julai hingga 22 September 2011 walaupun menyedari bahawa program itu tidak mengambil tempat sepertimana yang dikatakan.

Zainal didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama pada 25 Mei 2011.
Shariff dan Zainal didakwa menurut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Mereka berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan denda lima kali jumlah suapan jika disabitkan kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 kepada setiap tertuduh dengan satu jaminan dan mengarahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.


Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Mei sebagai tarikh sebutan kes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan