Selepas bekas seseorang yang pernah Ambe kenali (dia sudah tidak mengenali Ambe sekarang), bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Shariff Hamid mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah lebih RM300,000 di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini bosnya pula yang meletup!
Bosnya yang mana? Shariff ada dua bos iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dan Datuk Seri Teuku Adnan Tengku Mansor.
Yang dimaksudkan ialah Shafie Afdal yang dituduh memberi wang tunai sebanyak RM1.5 juta kepada seorang artis yang terkenal dengan imej seksi hanya dalam tempoh empat bulan.
Selain itu artis berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit.
Siapa artis itu? Di internet banyak sudah terbongkar kononnya ZAHIDA RAFIQ.
Jika Shariff yang dilantik Shafie adalah salah seorang daripada dua yang dihadapkan ke mahkamah kelmarin oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan membuat tuntutan palsu ke atas satu program latihan yang tidak wujud berjumlah sehingga lebih RM300,000, Shafie lagi hebat!
Shariff, 52, sebelum itu telah didakwa dengan sembilan pertuduhan iaitu mengemukakan dokumentasi palsu dengan mengarahkan Pengurus Kewangan YPM, Hafizoh Mohd Shah meluluskan pembiayaan untuk satu program motivasi remaja, sedangkan beliau sedar program itu tidak pernah berlangsung.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat YPM di Medan Mara, Jalan Raja Laut di sini pada jam 1.30 petang 23 Julai tahun lalu.
Shariff melonjak cepat kerana bantuan Shafie dan ternyata jika Shariff minta dibicarakan, Shafie pastinya mahu cepat-cepat tutup lubang.
Shariff sebelum di hadapkan ke mahkamah diminta berhenti dan bagaimana pula dengan dakwaan ini – apakah Shafie perlu berhenti?
Atau setidak-tidaknya Shafie menjawab dan menyaman Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin kerana mulutnya yang bechok itu.
Zuraida semalam tanpa menamakan sesiapa menyebut mengenai perkara ini pada sidang media di lobi Parlimen.
Menurut Zuraida: “… transaksi wang yang telah berlaku dalam tempoh empat bulan antara Oktober 2011 hingga Januari 2012, di mana pada Oktober sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000.
Bukan itu sahaja pada November 2011 pula sebanyak RM112,000, Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit.
Walaupun dakwaan ini menyebut mengenai pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta lebih kepada kemungkinan skandal dan punca kewangan menteri berkenaan yang begitu ‘mewah’, hakikatnya ia mencemar dan mejatuhkan maruah Kabinet, parti dan kerajaan jika benar kejadian itu berlaku!
Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan transaksi kepada artis tersebut.
Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabi ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu.
Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu.
Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.
"Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya.
Benar atau tidak Ambe tidak tahu, tetapi untuk lebih jelas baca ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan