Penggendali skuad Terengganu, Mat Zan Mat Aris berkata: “Orang pasti mengatakan kekalahan ini berpunca daripada keletihan yang dialami para pemain tetapi saya tidak mahu bercerita tentang itu. Saya akui kami gagal bermain dengan baik dan gagal bermain sebagai satu unit. Pemain terlalu mudah memberi ruang kepada pasukan lawan melakukan hantaran dan kesannya, kami mudah dibolosi, terutamanya pada babak pertama.
Itu ulasan jurulatih – pakar dalam permainan bolasepak yang mengatakan bentang pertahanan agak rapuh.
Ini pula pandangan pakar bolasepak negeri: “Kita mengakui pemain Terengganu tidak ramai yang boleh menjaringkan gol, jika individu yang diharapkan itu gagal laksanakan tanggungjawab, semua pihak akan rugi…pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) juga wajar memandang serius perkara itu supaya ia tidak berterusan dengan aksi sambil lewa. Pada pemilihan pemain musim akan datang, PBSNT perlu berhati-hati di mana hanya mengambil pemain yang benar-benar komited dan mempunyai semangat berpasukan.”
Siapa menyebutnya? Mad Said (Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said) pada Majlis Penyerahan e-Book kepada murid Tahun Empat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, kelmarin.
Ambe nampak Mad Said ni bercakap pasal bola seolah-olah dia permain terkemuka dan banyak pengalaman. Setiap kali ulas boleh dia akan membawa kita ke tahun 1970an dan 1980an ketika dia bermain bola….untuk pasukan mana tak tahu!
Sedangkan hakikatnya Ambe yang tak reti main bola faham kadangkala pasukan terbaik pun boleh kalah kepada pasukan teruk. Lihatlah di Eropah bagaimana kadangkala pasukan Real Madrid, Barcelona, Manchester United, Bayern Munich atau juga Inter Milan dan Juventus boleh kalah mengejut.
Ambe puji Mat Zan apabila mengingatkan kepada semua penyokong bahawa kekalahan itu bukanlah petanda kepada kejatuhan prestasi Terengganu tetapi lebih kepada kealpaan dan kegagalan pemain beraksi dengan baik.
“Saya tidak salahkan pemain kerana saya tahu mereka penat. Malah, saya harus tabik kepada semangat pemain-pemain saya kerana mereka tetap berusaha untuk memberi tentangan. Sebagai jurulatih, saya juga tidak perlu panik dengan kekalahan besar ini kerana ini adalah adat dalam bola sepak. Apa sahaja boleh berlaku dan jika kami gagal bermain dengan baik selepas ini, mungkin kekalahan lebih besar boleh kami alami,” tegasnya.
Hanya kerana kalah di Stadium MBPJ kelmarin kepada Selangor apabila bermain dalam keadaan padang yang berair, hakikatnya Terengganu mendahului satu gol menerusi jaringan Ismail Faruqi. Namun selepas itu pemain hilang tumpuan, bukan soal komitmen seperti yang dinyatakan oleh Mad Said itu.
Menteri Besar meminta jurulatih Terengganu dan T-Team supaya menegur pemain kedua-dua pasukan itu yang jelas mempamerkan aksi dan permainan hambar sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Mad Said ingat kekalahan pasukan ‘Penyu’ 1-6 kepada Selangor dan T-Team 1-4 di tangan PKNS Selangor, cukup memalukan untuk dirinya sahaja?
Tolonglah jangan banyak bercakap mengenai bolasepak. Makin banyak bercakap akan ‘memperlihatkan kebodohan sendiri’
Mad Said perlu terima kekalahan dengan tenang, sambil mengakui pemain lawan beraksi lebih baik berbanding pemain Terengganu dan T-Team.
Keterbukaan tidak bermakna mengaku kalah, sebaliknya ia pengajaran terbaik di sebalik kekalahan itu dan Mad Said jangan sering ungkitkan peruntukan. Ini kerana ia semua pihak mengakui ini antara perkara terbaik yang dilakukan Menteri Besar sekarang berbanding Menteri Besar sebelum ini.
Jadi Ambe rasa, berpadalah bercakap mengenai mutu bolasepak Terengganu.
Kalaupun ada cadangan atau nasihat, buatlah secara tertutup dengan dua jurulatih yang dilihat amat terbuka dan responsif dengan cadangan dan nasihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan