Ahad, 15 April 2012

Kontrak Pembelian RM10 Juta - UMNO Terengganu Lebih Mengutamakan Haiwan Berbanding Rakyat?

Buletinonline (Saturday, 14 April 2012)



Sudah sampai masa dan ketikanya kerajaan Umno dan Barisan nasional Terengganu ditolak oleh seluruh rakyat negeri Terengganu kerana pemimpin Umno tidak lagi mengutamakan rakyat.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat berkata, Menteri Besar Terengganu jelas lebih mengutamakan kepentingan Zoo bukit Takal dan haiwan didalamnya daripada rakyat.

“Kerajaan negeri Terengganu dbawah pimpinan umno, dibawah Menteri Besarnya Dato’ Ahmad said hari ini telah menyatakan pendiriannya bahawa dia mahu menjaga binatang lebih dari manusia,

“Apabila kerajaan telah meluluskan pembelian tiga ekor badak sumbu yang harganya hampir RM1 juta,”tegasnya.
Lebih 100 orang masyarakat Cina Chukai hadir dalam Majlis Hi-Tea meraikan lawatan dua ADUN, Adun Sekinchan Selangor dari DAP Ng Suee Lim dan Adun Chuah Negeri Sembilan dari PKR Chai Thong Chai
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Kampung Dusun Nyior pada Khamis (12 April 2012)

Menurutnya, satu dokumen kontrak telah mendedahkan perjanjian membeli haiwan diantara kerajaan negeri Terengganu dengan sebuah syarikat untuk dibekalkan kepada zoo Bukit Takal sepanjang tahun 2012 hingga 2013 sebanyak RM10 juta.


Beliau mempersoalkan sekiranya kerajaan Umno/BN Terengganu lebih mementingkan rakyat sepatutnya Ahmad Said mengecualikan cukai pintu sebagaimana yang telah dilakukan oleh kerajaan PAS pada tahun 1999 – 2004.

Haji Hanafiah yang juga Pengarah majlis Tindakan DUN Chukai berkata, PAS Terengganu telah memasukkan sekali lagi pengecualian cukai pintu dalam manifesto pilihanraya umum ke-13.


Katanya, sekiranya rakyat memberi mandat kepada PAS, kerajaan PAS akan mengutamakan rakyat dengan mengecualikan cukai pintu rumah kediaman.

Sebaliknya, sekiranya rakyat memilih Barisan Nasional pada pilihanraya akan datang, menurutnya rakyat akan terus mengalami kesempitan hidup.

“Kalau kita beri lagi (undi) kepada dia (Umno/BN) saya percaya selepas pilihanraya ini, Umno akan menaikkan lagi harga minyak, semalam minyal RON 97 telah naik harga,

“(kemudian) 500 stesyen minyak di seluruh Negara tidak ada minyak RON 95 (kuning) menunjukkan (tanda-tanda) masanya untuk menaikkan harga minyak,”jelasnya.

Turut menyampaikan ceramah adalah Adun Sekinchan Selangor dari DAP Ng Suee Lim dan Adun Chuah Negeri Sembilan dari PKR Chai Thong Chai.

Semntara itu, pada sebelah petangnya, Majlis Hi-Tea yang diadakan sempena lawatan dua ADUN terbabit mendapat sambutan lebih 100 orang masyarakat Cina tempatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan