Mad Said kini tertekan dengan isu pemberian tanah anugerah kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kini mula memutar belitkan isu tanah.
Malah Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ternyata tersilap apabila merujuk kes pemberian tanah yang luas kepada wakil rakyat PAS sehingga 50 hektar pada tahun 1999 hingga 2004.
Sehubungan itu, mantan Adun Ladang, Dr Sulaiman Abdullah menjelaskan Projek Lembah Limau di Blok 5 Ketengah, Kampung Durian Mentangau, Dungun adalah projek tajaan kerajaan Barisan Nasional.
Menurutnya, tanah seluas 50 hektar bagi setiap lot yang telah disediakan oleh kerajaan BN Terengganu sebanyak 18 lot.
Katanya, projek-projek tersebut telah ditawarkan kepada para pelabur syarikat berkaitan kerajaan dan juga Syarikat Sdn. Bhd pada tahun 1996 bagi dimajukan perusahan tanaman limau madu.
“Projek (Lembah Limau) itu hanya diminati oleh 9 buah syarikat yang memohon termasuk dengan Syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd.
“Syarikat (Imbasan Padu) ini dimiliki oleh Dr Sulaiman Abdullah dan isteri Dr Che Hamidah Che Abdul Kadir yang pada waktu itu belum lagi menjadi wakil rakyat (Adun Ladang),” ujarnya pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, pada tahun 1998, pihak Ketengah yang dipengerusikan MB Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad waktu itu telah meluluskan kepada semua permohonan 9 syarikat yang memohon projek tersebut.
Bahkan, katanya segala perancangan dan persediaan termasuk anak benih telah dibuat serta surat kelulusan bagi menebas hutan turut dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
“Pada awal 1999, Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan hanya kepada lapan buah syarikat sahaja dan permohonan dari Syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd telah ditolak atas dasar diskriminasi politik.
“Pada tahun 2000 kerajaan PAS Terengganu telah meluluskan permohonan tanah dan projek itu kepada syarikat Dr Sulaiman dan isterinya (Imbasan Padu Sdn. Bhd) atas dasar keadilan,” jelasnya.
Dr Sulaiman mendakwa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Exco Pertanian waktu itu menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pertanian Negeri memberitahu permohonan Syarikat Imbasan Padu ditolak kerana diskriminasi politik kerajaan BN.
Katanya, tidak timbul soal tanah anugerah atau diluluskan semata-mata kepada wakil rakyat PAS kerana syarikat telah dinafikan hak sebelum itu.
“Mungkin juga muka saya telah ‘dicop’ sebagai orang PAS dan sebab itu permohonan tanah tidak diluluskan waktu itu walau pun diluluskan kepada orang lain.
“Syarikat saya layak sebab itu telah diluluskan permohonan oleh Ketengah, cuma pihak Exco Kerajaan Negeri yang tolak kerana diskriminasi politik,” ujarnya.
Beliau menegaskan projek tanaman limau madu di Lembah Limau itu merupakan projek kerajaan Umno-BN Terengganu.
Menurutnya, pada tahun 2008, kerajaan BN Terengganu telah meluluskan pemberian tanah secara pajakan melalui tabung amanah warisan kepada 9 buah syarikat lagi bagi fasa II pembangunan tanah.
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS. Papar semua catatan
Sabtu, 31 Mac 2012
Rabu, 28 Mac 2012
PRU13: SPR reka ‘Formula Terengganu’ Menangkan BN?
“Formula Terengganu”adalah hasil persekongkolan UMNO/BN dengan pihak dalaman SPR apabila senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mencatat kenaikan sehingga 17 peratus dalam daftar undi, paling tinggi dalam sejarah demokrasi negara, sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 2004. Pada PRU 2004 undi PAS di Terengganu meningkat di kebanyakan kawasan, tetapi yang peliknya undi untuk Umno-BN meningkat naik dua kali ganda, sehingga ada kawasan pilihan raya, peratusan pengundi yang keluar hampir mencapai 100 peratus.Oleh Mohd Rashidi Hassan (March 26, 2012)
Pakatan Rakyat mempunyai cukup bukti, bahawa ada dalang dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berusaha merencanakan suatu penipuan besar-besaran, pada senarai pendaftaran pengundi, untuk memenangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.
Pakatan Rakyat mempercayai, wujudnya persekongkolan pihak tertentu yang ada dalam SPR dengan Umno-BN, bagi membantu mereka mengekalkan kuasa dengan menyekat kebangkitan rakyat yang sudah komited menolak BN.
Ini bertepatan dengan ramalan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang mengatakan BN hanya selamat di tiga buah negeri, iaitu Johor, Melaka dan Pahang.
Ini bermakna, Umno-BN sudah tidak selamat di sembilan buah negeri di Semenanjung.
Difahamkan hasil kajian sebuah firma pengkaji bebas yang dibayar BN, mereka menghadapi ancaman besar pada PRU kerana di Semenanjung sahaja, hampir 100 kerusi Parlimen yang bakal memihak kepada Pakatan Rakyat.
Pola kecenderungan rakyat dirakam firma pengkaji bebas turut menunjukkan seluruh agenda transformasi dan rancangan pembaharuan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sehingga kini, masih gagal mempengaruhi rakyat menyokong BN.
Justeru akibat gagal menemukan formula terbaik untuk menyelamatkan “takhta” kerajaan BN, maka tiada jalan lain dilakukan, selain merancang penipuan besar-besaran, dengan kerjasama pihak tertentu dalam SPR.
Antara formula yang dikemukakan pihak terbabit kepada kelompok atasan dalam Umno ialah, mengekalkan kuasa dalam PRU dengan menggunakan “Formula Terengganu” pada tahun 2004.
Ia dinamakan “Formula Terengganu” kerana hasil persekongkolan dengan pihak dalaman SPR, senarai daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR mencatat kenaikan sehingga 17 peratus dalam daftar undi, paling tinggi dalam sejarah demokrasi negara, sehingga menyebabkan Kerajaan PAS Terengganu tumbang pada PRU 2004.
Pada PRU 2004 undi PAS di Terengganu meningkat di kebanyakan kawasan, tetapi yang peliknya undi untuk Umno-BN meningkat naik dua kali ganda, sehingga ada kawasan pilihan raya, peratusan pengundi yang keluar hampir mencapai 100 peratus.
Dipercayai, formula inilah yang sedang cuba dilaksanakan oleh Umno-BN dengan kerjasama juak-juak mereka dalam SPR.
Penipuan yang terancang ini dikesan Pakatan Rakyat dan didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar beliau di Parlimen, 22 Mac lepas.
Pakatan Rakyat mendapati, sekurang-kurangnya, wujud tiga elemen yang meragukan hasil daripada salahlaku SPR dalam daftar pemilih dan senarai nama-nama baru yang sedang diproses masuk dalam senarai daftar pemilih.
Elemen pertama dikesan berikutan daripada pengumuman SPR pada 31 Januari 2012, bahawa wujud sekitar 40,025 pengundi ragu dan yang disahkan sebagai pengundi ragu, tetapi sehingga kini masih terdapat dalam senarai daftar pemilih SPR.
Elemen kedua adalah wujudnya pengundi berganda pada satu-satu alamat. Pengundi berganda ini mencakupi 354 alamat yang senarai pengundi pada satu-satu alamat itu di antara 100 hingga 1000 orang. Jumlahnya amat besar sehingga mencapai 79,098 pengundi seluruh negara.
Jumlah ini tidak lagi diambil kira senarai berpuluh-puluh pengundi dalam satu alamat. Kita memahami jika satu alamat itu dimaksudkan bagi sebuah rumah panjang atau kampung. Tetapi dalam daftar pemilih SPR, terdapat 100 pengundi pada satu alamat rumah yang berada di kawasan perumahan. Tidakkah ianya meragukan?
Elemen ketiga yang lebih serius ialah dengan pengumuman SPR, bahawa terdapat 240,000 undi pos di kalangan petugas SPR mesti dikategorikan sebagai undi pos.
Jumlah ini amat mengejutkan Pakatan Rakyat. SPR tidak memerlukan jumlah petugas pos seramai itu dan ianya jelas bakal dimanipulasikan untuk memenangkan BN.
Tiga elemen didedahkan ini, amat jelas akan memberikan impak besar dalam PRU ke-13. Impak besar untuk mengekang kemaraan gelombang rakyat. Impak besar untuk memberikan kemenangan dua pertiga majoriti kepada Umno-BN.
Pakatan Rakyat bangkit menolak cadangan SPR dan usaha terancang pihak tertentu dalam SPR ini kerana, dalam sejarah PRU di Malaysia, undi pos adalah alat Umno-BN mengekalkan kuasa.
Ini merupakan jenayah terancang pihak tertentu kerana, jumlah pengundi ragu dan pengundi pos amat besar. Ia belum ditambah dengan pengundi pos yang sedia ada dari kalangan tentera, polis serta pasangan mereka.
Jenayah ini juga belum diambil kira dengan kemasukan mendadak nama-nama pengundi Selangor yang kebanyakannya menggunakan warga asing yang diberikan kad pengenalan sebagai pengundi.
Dengan latar belakang fakta ini, amat wajar Pakatan Rakyat bersikap prejudis bahawa, ada pihak dalam SPR yang berniat jahat dan berat sebelah untuk memenangkan Umno-BN.
Modus operandi yang sama digunakan dalam “Formula Terengganu” akan digunakan, pada PRU ke 13 kali ini bagi mengelakkan kekalahan Umno-BN yang sedang terdesak dan nazak.
Kita mendesak SPR menghentikan kerja-kerja jahat ini, kerana ia bakal menimbulkan kekecohan besar pada PRU akan datang.
SPR jangan sesekali mencabul kedaulatan demokrasi. Ia mesti telus dan bersikap adil dalam mengendalikan PRU ke 13.
Rakyat tidak bersedia untuk ditipu buat sekian kalinya oleh SPR yang bertindak sebagai cawangan Umno. — themalaysianinsider
Isnin, 10 Oktober 2011
Dr Ramzi Dedah Wan Ahamad Ahli PAS Seumur Hidup
Benarkah Datuk Wan Ahamad Wan Muda memang penyokong PAS tegar?Bukan itu sahaja, ahli PAS seumur hidup!
Tetapi bagaimana dia boleh’menghilangkan warnanya’ sekarang – Apakah kerana Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) kawannya atau kerana kepentingan kenaikan pangkatnya?
Tinggi dah tu pangkatnya...dulu macam kena ‘cold storage’ je..
Menurut Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir, bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Idris Jusoh, ketika beliau memegang jawatan sebagai SUP itu, nama Wan Ahamad sememangnya menjadi sebutan di kalangan Pegawai Tadbir Negeri atau `TCS’.
“Ada di kalangan TCS itu menyatakan Datuk Wan Ahamad sebagai ahli Pas seumur hidup dan pernah mengibar bendera pada pilihan raya tahun 1999,” tegas Dr Ramzi di Mahkamah Sesyen.
Dr Ramzi yang dituduh terlibat dalam kes ‘ugutan bunuh melalui SMS‘ memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di Mahkamah Seksyen, pada prosiding semalam.
Menurut Dr Ramzi, selepas beliau tidak menjadi SUP pada 2008, beliau kemudianya mendapat tahu bahawa Wan Ahamad dilantik menjawat Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Besar.
Dr Ramzi juga mengatakan beliau ada menyimpannya, sebab nombornya memang ada tercatat dalam diari kerajaan negeri. Diari itu diedarkan kepada TCS dan semua kakitangan awam. Setahu saya, diari ini mudah diperoleh.Hmm...ini bermakna ada dua orang penting di pejabat Menteri Besar yang memang PAS tegar.
Satu Wan Ahamad dan kedua Hambali Abdul Latiff yang kini semakin disisihkan.
Tidak hairanlah kalau kedua-duanya rapat. Seorang ahli PAS SEUMUR HIDUP dan seorang lagi AHLI PAS TEGAR....
Khamis, 15 September 2011
Parti Komunis China Tetap Merbahaya Kepada Kita
Ada dua pandangan oleh Idris Ahmad, iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat yang saya rasa perlu direnungi apabila bercakap mengenai komunis.
Pertama, UMNO telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina pada 5 Ogos 2011. Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari daripada Parti Komunis Cina. Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.Kedua, UMNO menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung UMNO . Pemimpin UMNO juga pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini. Walaupun pemimpin UMNO pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis, rasanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.
Persoalan dikemukakan Idris ialah apakah Komunis Cina, berbeza dengan komunis Malaya?
Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Komunis, ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.
Kenapa UMNO hipokrit?
Jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur. Sedangkan mereka ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka d Xinjiang Julai 2009.
Inilah sikap hipokrit UMNO dalam apa jua isu. Isu Palestin UMNO tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama.
Persoalannya, apakah Parti Komunis China tidak merbahaya kerana UMNO mengadakan hubungan langsung, walaupun ia tetap komunis?
Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba hendak menghalalkan tindakan UMNO, dengan mengatakan “kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka”
Jika hubungan antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China tidak mengapa, masalahnya UMNO mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China pada 5 Oktober 2010.
Malahan hendak menghantar generasi muda UMNO dari kalangan Putera dan Puteri UMNO untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini dinyatakan dengan rasmi oleh Tengku Adnan Mansur selaku Setiausaha Agung UMNO.
Bukankah tindakan ini merbahaya kepada generasi muda UMNO?
Apakah modal lapok perkauman dan bangsa sudah tidak relevan sehingga hendak pergi mengemis dengan Parti Komunis China untuk mendapat idea baru dalam UMNO.
Rakyat mesti memandang ini adalah perkara yang merbahaya kepada negara jika perkara ini berterusan terutama kepada generasi muda, kerana UMNO hendak hantar orang muda pergi belajar dengan parti komunis China.
Parti Islam SeMalaysia istiqamah daripada dulu sampai sekarang menolak fahaman komunis. Sedangkan di dalam UMNO pernah berlaku penangkapan “tiga Abdul” kerana menjadi tali barut komunis Russia (KGB).
Setakat hari ini tidak ada ucapan pemimpin PAS yang menyokong komunis dan ditangkan menjadi tali barut komunis walaupun pemimpin UMNO pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.
Langgan:
Catatan (Atom)

