Isnin, 10 Oktober 2011

Dr Ramzi Dedah Wan Ahamad Ahli PAS Seumur Hidup

Benarkah Datuk Wan Ahamad Wan Muda memang penyokong PAS tegar?

Bukan itu sahaja, ahli PAS seumur hidup!

Tetapi bagaimana dia boleh’menghilangkan warnanya’ sekarang – Apakah kerana Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) kawannya atau kerana kepentingan kenaikan pangkatnya?

Tinggi dah tu pangkatnya...dulu macam kena ‘cold storage’ je..

Menurut Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir, bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Idris Jusoh, ketika beliau memegang jawatan sebagai SUP itu, nama Wan Ahamad sememangnya menjadi sebutan di kalangan Pegawai Tadbir Negeri atau `TCS’.

Ada di kalangan TCS itu menyatakan Datuk Wan Ahamad sebagai ahli Pas seumur hidup dan pernah mengibar bendera pada pilihan raya tahun 1999,” tegas Dr Ramzi di Mahkamah Sesyen.

Dr Ramzi yang dituduh terlibat dalam kes ‘ugutan bunuh melalui SMS‘ memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di Mahkamah Seksyen, pada prosiding semalam.

Menurut Dr Ramzi, selepas beliau tidak menjadi SUP pada 2008, beliau kemudianya mendapat tahu bahawa Wan Ahamad dilantik menjawat Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Besar.

Dr Ramzi juga mengatakan beliau ada menyimpannya, sebab nombornya memang ada tercatat dalam diari kerajaan negeri. Diari itu diedarkan kepada TCS dan semua kakitangan awam. Setahu saya, diari ini mudah diperoleh.

Hmm...ini bermakna ada dua orang penting di pejabat Menteri Besar yang memang PAS tegar.
Satu Wan Ahamad dan kedua Hambali Abdul Latiff yang kini semakin disisihkan.

Tidak hairanlah kalau kedua-duanya rapat. Seorang ahli PAS SEUMUR HIDUP dan seorang lagi AHLI PAS TEGAR....

1 ulasan:

  1. guanopulok1.blogspot.com telah membuat semakan dengan mahkamah. Dr Ramzi tak katapun Wan Ahmad ahli PAS seumur hidup.Romzi kata semasa jadi SUP kepada DSIJ beliau pernah membuat siasatan latarbelakang politik Wan Ahmad. Dia rupanya pimpinan pemuda era umno lama lagi dan pernah bertanding jawatan utama dalam pemuda.Bila UMNO baru ditubuhkan beliau antara org yang pertama menjadi ahli.

    BalasPadam