Memaparkan catatan dengan label Hambali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hambali. Papar semua catatan

Rabu, 30 November 2011

‘Dua Monyet’ Wan Ahamad Bagai Tikus Baiki Labu di Manis FM

"Semua yang dicadangkan Hambali termasuk konti baru, pejabat baru dan peralatan baru dibatalkan. Wan Ahamad berjaya pengaruhi Mad Said untuk bukan sahaja batalkan persetujuan Terengganu Inc itu tetapi juga pecat Hambali...Ironinya dah tiga bulan stesen Manis FM  baru tak nampak kewujudannya dan tetap di takuk lama. Sedangkan di Terengganu kini, stesen Red FM, THR Gegar dan Trg FM sendiri sedang mempertingkat mutu dan program siarannya."

Ramai kawan Ambe tanya, apa jadi kepada Manis FM kalau kerajaan Terengganu jatuh kepada PAS?

Ambe kata, ia milik PASlah. Jadi tak payah PAS nak minta lesen radio. Mudah kan tu?
Tapi Ambe percaya ia tak semudah itu. Barisan Nasional (BN) Terengganu sukar juga untuk digugat. Fakta tetap fakta. Ambe rasa untuk PRU 13 ini susah selagi Mad Said ada kat jawatan Menteri Besar tu.

Oklah, kalau nak jatuhkan Mad Said atas fakta apa? Dia korup? Bini 3? Salah tadbir? Payah nak buktikan walaupun mungkin ada bukti.

Berbalik kepada Manis Fm. Ambe dengar cerita stesen ini bercelaru sekarang kerana beberapa sebab.

Memang ramai dok belasah Hambali Abdul Latiff termasuk Ambe tetapi terbukti orang yang Wan Ahamad Wan Muda lantik untuk gantikan Hambali tu 10 kali lebih teruk, tak tahu apa.

Ibarat pepatah Melayu – TIKUS MEMBAIKI LABU!


Risikan Ambe mendapati, apa yang diusahakan oleh Hambali sejak pertengahan 2010 berjaya hingga dia dilucutkan tugas oleh Wan Ahamad dan SUK, Datuk Mazlan Ngah.

Hambali berusaha membeli stesen radio itu dengan pengalaman beliau yang cuba direndah-rendahkan oleh beberapa kakitangan Terengganu Inc. kononnya Hambali tu reporter biasa je dulu.

Ambe tak kenali Hambali secara dekat tetapi Ambe tahu dia wartawan top pada 1980an dan 1990an. Dia Ambe tahu ketika di ntv7, iaitu stesen yang dibangunkan hasil titik peluh Hambali juga. Dia bertanggungjawab dengan stesen berita ntv7, khususnya Bahasa Melayu dan terkenal dengan cara penyampaiannya yang agak linien berbanding TV3 dan RTM ketika itu.

Malah kalau kita nak tahu, Hambali ini dipanggil Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin ketika menghadapi Pilihanraya Umum 1999. Duduk kerja di War Room Tingkat 37 Ibu Pejabat UMNO. Tugasnya memantau akhbar dan web pembangkang. Dia memang berpengalaman. Malah web pembangang ketika itu termasuklah MAHAZALIM turut menyerang beliau. Lihat bagaimana Anwar Si Mata Lebam tidak pun boleh pengaruhi rakyat untuk menangkan pembangkang ketika itu. Terengganu jatuh kerana faktor Wan Mokhtar!

Pemimpin selain Dr Mahathir seperti Pak Lah, Najib, Rafidah, Azalina, Yusuf Nor, Mustapa Mohamed dan ramai lagi tahu sumbangan dan peranan Hambali. Dia juga Ketua Pengarang akhbar WAWASAN MERDEKA, akhbar UMNO yang mati selepas Hambali berhenti kerja dengan Ibu Pejabat UMNO.

Jadi hubungan Hambali dan Tan Sri Hussein Ahmad tu bukan baru. Jadi bila Hambali mampu pujuk Hussein Serama jual lessen Manis FM kepada kerajaan Terengganu, Ambe tak heran.

Hussein Serama ada beritahu Utusan Malaysia dan beberapa syarikat lain bahawa lesen Manis FM bernilai RM12 juta hingga RM15 juta. Ambe pun tak tahu bagaimana Hambali boleh dapat bawah RM10 juta, Mungkin dia guna kuasa lain untuk paksa Hussein Serama jual serendah itu. Entah-entah dia menghadap Dr Mahathir untuk paksa Hussein Serama kerana lessen itu pemberian ‘peribadi Dr Mahathir’ kepada Hussein Serama!

Malah orang di Manis FM ada cerita ke Ambe, Hambali dah menilai semua peralatan di Manis FM Kota Baru tu pada nilai Zero. “Tok leh pakai so habuk.” (Tidak boleh pakai satu pun). Memang peralatan di Manis FM tu dah lama, boleh masuk muzium.

Lantas Hambali menyediakan kos peralatan dan katanya dah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Terengganu Inc dan Husa Network, pemilik Manis FM.

Jadi bila Wan Ahamad lantik dua pentadbiran baru Manis Fm dan menolak terus Hambali, dua bahlol ini termakan pujuk siapa, Manis FM boleh bergerak dan beroperasi menggunakan barang lama.

Semua yang dicadangkan Hambali termasuk konti baru, pejabat baru dan peralatan baru dibatalkan. Wan Ahamad berjaya pengaruhi Mad Said untuk bukan sahaja batalkan persetujuan Terengganu Inc itu tetapi juga pecat Hambali.

Ironinya dah tiga bulan stesen Manis FM baru tak nampak kewujudannya dan tetap di takuk lama. Sedangkan di Terengganu kini, stesen Red FM, THR Gegar dan Trg FM sendiri sedang mempertingkat mutu dan program siarannya.

Mana Manis FM nak positionkan stesennya?

Bahlol dan bebal lagi ‘dua monyet’ yang dilantik oleh Wan Ahamad itu mtidak tahu langsung pasal siaran, program, iklan dan hubungan dengan Kementerian Penerangan dan Suruhanjaya Multi Media.

Wan Ahamad sengaja nak mampuskan Mad Said kerana dengki dengan Hambali kerana menjadi peneraju projek Manis FM ini.

Kalau stesen ini tidak berfungsi dan ketinggalan, orang akan belasah Mad Said.

Hambali khabarnya dah cuci tangan. Malah katanya jawatan Pengerusi untuk ditawarkan kepada Hambali pun dah dibatalkan.

Kalau Ambe jadi engkau Hambali….biarkan Wan Ahamad terjun dengan labu-labunya dan biar Mad Said lemas sama. Kalau Mad Said selamat, dia akan sedar kemudian!

Bak kata orang Terengganu…dua monyet Wan Ahamad itu ‘tok rok secetong’…

Manis FM bakal tersemban, dan pertanyaan di Sidang Dun minggu depan mengenai Manis FM ini akan menyebabkan Mad Said terduduk.

Kesian Mat Said, ada orang yang pandai ‘di bunuh’ kerana memandanya yang hasad dengki.

Jatuhnya Manis FM akan menyebabkan Mad Said akan dipersalahkan dan Wan Ahamad terlepas.

Sebagai penjawat awam, Wan Ahamad akan angkat bendera PAS sekali lagi kalau PAS menang…dan dia sewajarnya berlagak begitu kerana walaupun dia mendaftarkan dirinya sebagai ahli UMNO…hakikatnyan Wan Ahamad setia kepada PAS seumur hidup.


Ahmad Said akan ditongsampahkan oleh Wan Ahamad, iaitu orang kepercayaannya tidak lama lagi.

Hidup Wan Ahamad dan Mati kepada Manis FM dan Mad Said…..

Jumaat, 18 November 2011

MSO Belasah Hambali....Tidak Layak Sebagai Pemenang KAJAI

Baca apa kata MSO mengenai Hambali Abdul Latiff yang bekerja sebagai Penyelidik Kanan kepada Menteri Besar Terengganu - "Ada seorang bloger yang dikenal pasti bekerja dengan Ahmad Said mencabar saya dan sumber saya (pengarang) agar mendedah seterusnya tentang laporan itu. Bloger ini juga nampak tidak reti dan belum sampai ke tahap boleh menerima anugerah berprestaj Rahim Kajai dalam dunia penulisan.

Saya minta dia membaca sebaik mungkin apa yang saya tulisan sebelum mencabar saya. Secara tidak langsung apabila bloger ini bersikap demikian ia seakan mengesahkan apa yang saya laporkan itu adalah bosnya. Ertinya yang membusukkan nama bosnya adalah dia sendiri bukan orang lain jauh sekali saya.

Adalah sangat elok di masa akan datang jangan mudah memberi respons atau bersikap melatah tanpa tentu fasal. Sebagai seorang penulis yang menjaga periuk nasi seorang politik perlu bijaksana...
"


MSO marah sebagai respons kepada beberapa orang teman dan penjenguk setia blog Merah Tinta yang memberanikan diri bertanya mengenai satu kenyataan MB Terengganu Ahmad Said hendak saman bloger yang memfitnahnya konon dia berkahwin satu lagi selepas ditangkap khalwat.

Berita dimaksudkan Mat Said itu disiarkan dalam beberapa akhbar, dan ada diulas oleh blogers beberapa hari lalu.

Menurut MSO, beliau tidak memberi reaksi berhubung kenyataan Mat Said kerana tidak fikir ianya ada kaitan langsung dengan beliau. Setelah membaca laporan itu, beliau tidak merasakan bahawa Menteri Besar itu mengatakan bloger bermuka babi adalah beliau.

Baca seterusnya kerana Ambe tidak mahu terbabit dalam pertelingkahan ini kerana Ambe tak kenal dengan Hambali tetapi mengenali secara jauh MSO ini!

"Dalam sebuah berita di akhbar perdana ada menyebut nama blog saya dan sebuah blog lain. Nama-nama blog lain yang juga dikatakan memfitnah MB itu bagaimana pun tidak disebut. Mungkin kerana nama blog saya disebut maka orang beranggapan saya adalah bloger bermuka babi dimaksudkan Mat Said.

Mat Said guna sebutan bahasa Arab Khinzir, bukan babi. Saya guna babi di sini agar mudah faham kerana kalau khinzir itu ada yang tidak kenal bagai mana rupa binatang haram itu. Bagaimana hidung, mulut dan matanya.

Dalam kenyataan Mat Said itu tidak pasti siapa yang bermuka babi. Tetapi beliau marah dengan blog yang memfitnahnya kerana ia telah menganggu ketenteraman keluarganya.

Siapa yang memfinnah beliau sehinggakan beliau membabikan orang itu. Apakah saya? Saya tidak mahu bercerita panjang kerana seorang yang waras dan pembaca yang tahu akan etika dia akan memahami apakah catatan saya yang dikaitan dngan kenyataan Mat Said itu bersifat fitnah ataupun telah memalukan Mad Said?

Tolong baca semula dan fahami laporan saya itu. Apakah saya menuduh kepada Mat Said atau tidak. Saya tidak pasti dengan apa ditulis orang lain apakah ia benar dan mereka memperolehi sumber yang benar.

Saya turunkan semula petikan catatan yang menjadi perbualan itu:

MB Dua Isteri Ditangkap Khalwat?

BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan.

Untuk mengetahui kisah selanjut mengenai kes ini sila lawat ke protal berkenaan kerana sehari dua lagi Pengarang protal itu akan membuat pendedahan mengenai kejadaian ini. [wm.kl.11:27 am 25/10/11]

Berita yang saya tulis dan dimaksudkan dengan apa yang dituduh Mat Said itu, tidak ada kena menegan dengan Ahmad Said. Nama Ahmad Said langusng tidak dicatatkan di dalam tulisan saya. Saya juga tidak menyebut dari negeri mana MB berkenaan. Jadi tidak timbul kalau ianya Ahmad Said. Blog lain saya tidak tahu apakah ada yang membuat pendedahan yang memalukan Mat Said itu.

Seseorang yang faham dan mahir dalam dunia penulis (journalis) akan faham dan tahu tujuan saya membuat posting itu, ianya adalah untuk mendapat reaksi ke atas kesahihan maklumat yang disampaikan oleh pengarang sebuah berita itu. Saya berharga selepas itu ada maklumat susulan yang akan sampai kepada saya.

Mat Said sendiri ada yang mengatakan dia dituduh berkhalwat dengan budak Besut, paramugari dan sebagainya. Dalam blog saya mana ada menyebut nama-nama itu. Ternyata dalam blog saya tidak mencatat budak-budak yang dimaksudkan oleh Ahmad Said. Saya tidak tahu kalau apa yang ditulis oleh bloger lain. Makanya mungkin bloger berwajah babi itu, blog yang mencatat nama-nama disebutkan Matb Said itu.

Justeru, yang dimaksudkan bloger babi itu saya rasa bukan saya. Kalau boleh, saya mahu kepastian daripada Ahmad Said, apakah yang bermuka babi itu saya? Biarlah dia mengulangi kenyataan itu dengan jelas mudah untuk difahami untuk tidak mengelirukan."

Isnin, 10 Oktober 2011

Dr Ramzi Dedah Wan Ahamad Ahli PAS Seumur Hidup

Benarkah Datuk Wan Ahamad Wan Muda memang penyokong PAS tegar?

Bukan itu sahaja, ahli PAS seumur hidup!

Tetapi bagaimana dia boleh’menghilangkan warnanya’ sekarang – Apakah kerana Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) kawannya atau kerana kepentingan kenaikan pangkatnya?

Tinggi dah tu pangkatnya...dulu macam kena ‘cold storage’ je..

Menurut Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir, bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Haji Idris Jusoh, ketika beliau memegang jawatan sebagai SUP itu, nama Wan Ahamad sememangnya menjadi sebutan di kalangan Pegawai Tadbir Negeri atau `TCS’.

“Ada di kalangan TCS itu menyatakan Datuk Wan Ahamad sebagai ahli Pas seumur hidup dan pernah mengibar bendera pada pilihan raya tahun 1999,” tegas Dr Ramzi di Mahkamah Sesyen.

Dr Ramzi yang dituduh terlibat dalam kes ‘ugutan bunuh melalui SMS‘ memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di Mahkamah Seksyen, pada prosiding semalam.

Menurut Dr Ramzi, selepas beliau tidak menjadi SUP pada 2008, beliau kemudianya mendapat tahu bahawa Wan Ahamad dilantik menjawat Setiausaha Sulit Kanan Kepada Menteri Besar.

Dr Ramzi juga mengatakan beliau ada menyimpannya, sebab nombornya memang ada tercatat dalam diari kerajaan negeri. Diari itu diedarkan kepada TCS dan semua kakitangan awam. Setahu saya, diari ini mudah diperoleh.

Hmm...ini bermakna ada dua orang penting di pejabat Menteri Besar yang memang PAS tegar.
Satu Wan Ahamad dan kedua Hambali Abdul Latiff yang kini semakin disisihkan.

Tidak hairanlah kalau kedua-duanya rapat. Seorang ahli PAS SEUMUR HIDUP dan seorang lagi AHLI PAS TEGAR....

Isnin, 26 September 2011

Berambus Kau Hambali...Kau Bukan Rakyat Teganu

 Berambuslah kau cepat. Mad Said tok nak ke mu doh.!(Gambar ini Ambe ambil dari fb Hambali)
 
Padan dengan mukamu Hambali!

Itulah yang Ambe nak cakap sejak dua tiga minggu lalu. Ada Ambe tulis di blog ini mengenai Hambali Abdul Latiff dan tuagsnya di Manis Fm.

Sebenarnya sebelum ini Ambe tak berani nak tulis sebab tak confirm. Kini dah confirm.
Macam ni….Setaiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah pada suratnya bertarikh 11 September 2011 (13 Syawal 1432) kepada Setiusaha Syarikat, Husa Network Sdn Bhd, pemilik stesen radio Manis Fm menyebut perkara berikut:

1. Memaklumkan bahawa Tuan Haji Che Rani Mohd sebagai Pengarah dan Pengarah Eksekutif Husa Network Sdn Bhd; dan

2. Beliau meminta satu resolusi perlantikan Che Rani dan Encik Mahari Ab Rahman sebagai Pengurus Besar bagi kelulusan Lembaga Pengarah.

Siapa Lembaga Pengarah? Siapa lagi kalau bukn orang kepercayaan Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) iaitu Datuk Wan Ahamad Wan Muda dan Haji Abdul Rahman Yahya.

Menariknya dalam surat itu yang Ambe tengok daripada seseorang, Wan Ahamad juga ialah Pengerusi Lembaga Pengarah.

Ini lagi sedap ceritanya.

Hambali bukan sahaja dihumban ke longkang oleh Mad Said dan Mazlan dalam Manis Fm, malah pengumuman oleh Wan Ahmad kepada ketua-ketua jabatan yang berkaitan di bawah Pejabat Menteri Besar bahawa Hambali sebagai Pengerusi sudah dibatalkan.

Jelas pada surat Mazlan menyebut Wan Ahamad kini Pengerusi, bukan Hambali.

Persoalannya, bagaimana Mad Said boleh ubah keputusan sedemikian rupa dan begitu cepat.

Sedangkan kira-kira sebulan lalu, Wan Ahamad dalam satu mesyuarat memberitahu pegawai daripada Terengganu Inc. dan juga Lembaga Pengarah (Wan Ahamad dan Abdul Rahman) bahaw Hambali ialah Pengerusi.

Perkara ini Setiausaha Akhbar , Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik Menteri Besar pun tahu.
Jelas doh, Hambali tu dah nak mampus. Biar dia rasa dan tahu warna sebenar kawannya Mad Said tu.

Perkara sebegini bukan berlaku kepada Hambali je….ada kawan-kawan lain dah kena dengan Mad Said tu.

Makin jelaslah bahawa Hambali memang akan lenyap dari Terengganu November ini.
Kalau Mad Said tak pecat pun, Hambali akan melepaskan jawatannya kerana ini satu tindakan memalukannya.

Sekali lagi, padan mukamu Hambali. Tulah berlagak sangat, tak sedar diri.

Berambuslah kau ke Besut atau balik Kuala Lumpur.Kamu bukan anak Tganu dan memang kau bukan asal Teganu.

Tahniah kerana keberanian Mazlan dan ketegasan Mad Said!

Jumaat, 23 September 2011

Hambali Akan Lenyap Dari Bumi Terengganu Pertengahan November?

Sebelum ini Ambe bercerita mengenai Hambali Abdul Latiff  tentang ‘Apa Dah Jadi Dengan Hambali di Manis fm?’

Dan khabarnya kedudukan sebenar Hambali bukan sekadar tidak menentu di Manis fm tetapi mungkin kontraknya sebagai Penyelidik Kanan Kepada Menteri Besar tidak disambung.

Dengar ceritanya Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) tidak memerlukan khidmat beliau lagi dan kontraknya yang tamat pada November ini tidak akan diperbaharui.

Ambe dengar ada yang bercakap pakar berikut:

1.    Hambali bukan lagi dalam kalangan penasihat Mad Said. Kini di Tingkat 16, Mad Said hanya percaya dan sayangkan Setiausaha Akhbar yang juga Pengerusi Percetakan Islam, Rosli Zakaria dan Setiausaha Sulit Kanannya, Azman Ghani dan semestinya Wan Ahmad Nizam (Setiausaha Politiknya);

Hambali dikatakan tidak dilayan malah untuk bertemu Mad Said pun sukar. Khabarnya Menteri Besar sudah memberitahu Azman dan Setiausaha Sulitnya, Normah agar jangan memberi ruang Hambali bertemunya;

2.    Hambali juga kini tidak kelihatan beriringan dengan Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang selama ini menjadi orang yang mempertahankan sebarang tindakannya kerana MB memberitahu bekas Setiausaha Sulit Kanannya itu jangan benarkan Hambali ‘berlegar bebas’ di Tingkat 16.

Hambali juga mungkin diminta berpindah dari pejabat yang diperuntukkan kepadanya di Unit Komunikasi Negeri (UKOM) di Jalan Pejabat.

Malah dikatakan juga Hambali tidak lagi mendapat ruang meletakkan kereta yang dipinjamkan kepadanya di UKOM dengan membenarkan kakitangan UKOM hingga ke pangkat rendah meletakkan kereta di ruang yang dikhaskan untuknya. Tujuannya untuk beliau cepat berundur dan meninggalkan UKOM.

Cara halus ini dikatakan dimainkan peranannya oleh Pengarah UKOM, Haji Shamsuddin Sulong dan timbalannya, Ruslan  Ab Rahman berdasarkan arahan Wan Ahamad.

3.    MB kini lebih percayakan Pengarah Unit Pengurusan Maklumat negeri, Encik Che Abd Rani Mohd daripada Hambali dan kerana itu beliau dilantik sebagai Pengarah Eksektif Manis fm dan membiarkan Hambali terkapai-kapai.

Walaupun Abd Rani tidak ada ‘ilmu dan pengalaman’ menggendalikan stesen radio tetapi MB sanggup ketepikan Hambali dengan melantik Che Rani dan Encik Mahari sebagai Pengurus Besar.

Langkah ini dilihat sebagai usaha awak menyisih Hambali.

4.    Di kalangan penjawat awam, orang paling tidak selesa dan tidak senang dengan Hambali ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang melihat  Hambali sebelum ini rapat dengan Wan Ahamad. Malah Mazlan juga mengarahkan Wan Ahamad tidak lagi ‘mengambil tahu atau ambil kisah’ mengenai Manis fm walaupun Wan Ahamad masih Pengarah Husa Network Sdn Bhd, iaitu syarikat yang memiliki Manis fm.

Mazlan dikatakan meminta persetujuan MB terlebih dahulu sebelum melantik Che Rani. Walaupun Hambali dikatakan mahu dilantik sebagai Pengerusi (bukan Eksekutif), Mazlan hingga hari ini tidak mengeluarkan sebarang surat perlantikan untuk Hambali.

Dengan kedudukan kontrak Hambali tinggal dua bulan lagi, tidak mungkin Hambali akan menjadi Pengerusi Manis fm!

Menariknya, pada perasmian bangunan Terengganu Inc., di Cendering dekat Taman Permintjaya ( Ambe rasa tidak jauh dari rumah Hambali sewa) Khamis lalu, usahkan kelibat, baying Hambali pun tidak Nampak.

Sepatutnya Hambali datang kerana bukan sahaja ia majlis Hari Raya tetapi MB merasmikan bangunan pentadbiran Terengganu Inc berkenaan.

Ambe tidak mahu masuk campur tetapi berdasarkan satu  posting dalam Teganukini sebelum ini, Hambali yang diberikan peranan besar sebelum ini kini hampir lenyap sama sekali.

Apakah tenggelamnya Hambali di Manis fm ini sebagai isyarat yang beliau juga akan hilang dari carta pegawai di Pejabat MB Terengganu di Tingkat 16?

Sama-sama kita tunggu dan tunggu juga perkembangan mengenai Manis fm berikutnya…..

Selasa, 13 September 2011

Apa Dah Jadi Dengan Hambali di Manis fm?

Hambali dengan Noramin (kiri) dan dengan Halim Othman.Yang mana satu pilihan Mad Said hingga sanggup nak bayar RM50,000 sebulan?

PAS Terengganu kata langkah Kerajaan Negeri membeli stesen radio Kelantan, Manis fm sebagai ‘membuang duit’ dan tidak munsabah.

Tak betul tu. Ambe rasa, PAS kalau diberi peluang beli radio berkenaan, dia beli awal-awal. Bukan pemimpin PAS Kelantan tidak pernah tanya Abe Sin (gelaran Tan Sri Hussein Ahmad – bekas pemilik Manis fm). Tapi Abe Sin tak nak jual ke PAS.

Abe Sin katanya mahu jual kat UMNO. Selepas dinasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beri lesen radio berkenaan kepada Husa Network Sdn Bhd, minta dijual kepada kerajaan negeri Terengganu.

Apa yang mahu diceritakan di sini bukan berkenaan proses jual atau apa Pas kata. Tetapi seseorang bernama Hambali Abdul Latiff.

Dengar katanya, ketika proses permulaan perbincangan, Abe Sin dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersetuju supaya bekas wartawan terkenal itu menjadi bos radio berkenaan.

Malah menurut cerita, Abe Sin tak nak jual radio itu kalau Hambali tidak jadi CEO.

Ini kerana menurut Abe Sin dia kenal Hambali sejak dia jadi Ketua Penerangan UMNO lagi dan Hambali ketika itu wartawan Berita Harian. Tidak tahulah kalau ini pesanan Dr Mahathir.

Yang Ambe tahu, Hambali tu banyak ikut lawatan dan persidangan di luar negara membabitkan Dr Mahathir ketika beliau jadi Perdana Menteri.

Malah ketika Hambali di ntv7, yang mengatur tembual untuk pelancaran ntv7 dengan Dr Mahathir, Tan Sri Mohamed Rahmat, Tan Sri Taib Mahmud dan Datuk Yong Teck Lee (Ketua Menteri Sabah ketika itu) senuanya dilakukan oleh beliau.

Malah, Dr Mahathir turut memuji laporan Hambali mengenai persidangan membabitkan Perdana Menteri di luar negara (tidak percaya tanya Tan Sri Hashim Makaruddin yang pernah menjadi Setiausaha Akhbar Perdana Menteri ketika itu). Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku Manis fm ini ada kaitan perhubungan Hambali dan Dr Mahathir juga!

Namun kini selepas proses pembelian berjalan, katanya Hambali kini disisihkan. Mad Said tidak mahu Hambali jadi CEO. Hatinya melekat kepada seseorang.

Menurut sumber Terengganu, orang itu seorang DJ terkenal, Malah Mad Said sanggup belanja berapa sahaja untuk orang itu.Katanya Mad Said nak bayar RM50,000 sebulan sedangkan CEO Manis fm dikatakan sekitar RM20,000 sebulan sahaja.

Untuk meyakitkan hati Hambali, Mad Said katanya melantik seorang pegawai kerajaan berpangkat N44 untuk menjadi Pengurus Besar. Nasib Hambali tidak diketahui.

Sedangkan sebelum ini Hambali dikatakan merundingkan harga yang dikatakan dibawah harga sebenar.

Kemudian Hambali menjamin stesen yang kini tidak dipedulikan lagi oleh Abe Sin berjalan terus dan tidak terhenti siarannya (Suruhanjaya Komunikasi menetapkan setiap stesen dimestikan siarannya tidak terhenti untuk mengelakkan lesen ditarik balik).

Beliau dikatakan setiap minggu ke Kota Bharu dan mengambiltahu semua perkara mengenai Manis fm dari A sampai Z. Dari juruhebah hingga ke jaga.

Dikatakan juga sebagai langkah mengecewa dan mensabotaj Hambali, Menteri Besar mengarahkan orang harapannya Datuk Wan Ahamad Wan Muda menangguhkan perpindahan stesen dan konti Manis fm dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Sepatutnya perpindahan itu belaku Julai lalu.

Dengan penangguhan itu, Hambali kini tidak ada kerja di Manis fm dan segala hasrat pembelian untuk stesen dibekukan.

Tujuan Mad Said ialah menjadikan Hambali berputus asa dan berhenti!

Abe tidak tahulah sama ada Mad Said juga mahu Hambali berhenti sebagai Pegawai Penyelidik Kanan di Pejabat MB!

Itulah ceritanya.

Kini Hambali katanya masih berlegar di Kuala Terengganu tetapi tidak siapa tahu apa dibuatnya.

Sedangkan Manis fm kini ditadbir oleh Wan Ahamad (sebagai Pengarah) dan memberikan arahan kepada Pengurus Besar sambil Hambali tidak tahu apa tugasnya di Manis fm ketika ini.

Ambe ada banyak cerita lagi mengenai Manis fm ini tapi tunggu….