Hambali dengan Noramin (kiri) dan dengan Halim Othman.Yang mana satu pilihan Mad Said hingga sanggup nak bayar RM50,000 sebulan?
PAS Terengganu kata langkah Kerajaan Negeri membeli stesen radio Kelantan, Manis fm sebagai ‘membuang duit’ dan tidak munsabah.
Tak betul tu. Ambe rasa, PAS kalau diberi peluang beli radio berkenaan, dia beli awal-awal. Bukan pemimpin PAS Kelantan tidak pernah tanya Abe Sin (gelaran Tan Sri Hussein Ahmad – bekas pemilik Manis fm). Tapi Abe Sin tak nak jual ke PAS.
Abe Sin katanya mahu jual kat UMNO. Selepas dinasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beri lesen radio berkenaan kepada Husa Network Sdn Bhd, minta dijual kepada kerajaan negeri Terengganu.
Apa yang mahu diceritakan di sini bukan berkenaan proses jual atau apa Pas kata. Tetapi seseorang bernama Hambali Abdul Latiff.
Dengar katanya, ketika proses permulaan perbincangan, Abe Sin dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersetuju supaya bekas wartawan terkenal itu menjadi bos radio berkenaan.
Malah menurut cerita, Abe Sin tak nak jual radio itu kalau Hambali tidak jadi CEO.
Ini kerana menurut Abe Sin dia kenal Hambali sejak dia jadi Ketua Penerangan UMNO lagi dan Hambali ketika itu wartawan Berita Harian. Tidak tahulah kalau ini pesanan Dr Mahathir.
Yang Ambe tahu, Hambali tu banyak ikut lawatan dan persidangan di luar negara membabitkan Dr Mahathir ketika beliau jadi Perdana Menteri.
Malah ketika Hambali di ntv7, yang mengatur tembual untuk pelancaran ntv7 dengan Dr Mahathir, Tan Sri Mohamed Rahmat, Tan Sri Taib Mahmud dan Datuk Yong Teck Lee (Ketua Menteri Sabah ketika itu) senuanya dilakukan oleh beliau.
Malah, Dr Mahathir turut memuji laporan Hambali mengenai persidangan membabitkan Perdana Menteri di luar negara (tidak percaya tanya Tan Sri Hashim Makaruddin yang pernah menjadi Setiausaha Akhbar Perdana Menteri ketika itu). Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku Manis fm ini ada kaitan perhubungan Hambali dan Dr Mahathir juga!
Namun kini selepas proses pembelian berjalan, katanya Hambali kini disisihkan. Mad Said tidak mahu Hambali jadi CEO. Hatinya melekat kepada seseorang.
Menurut sumber Terengganu, orang itu seorang DJ terkenal, Malah Mad Said sanggup belanja berapa sahaja untuk orang itu.Katanya Mad Said nak bayar RM50,000 sebulan sedangkan CEO Manis fm dikatakan sekitar RM20,000 sebulan sahaja.
Untuk meyakitkan hati Hambali, Mad Said katanya melantik seorang pegawai kerajaan berpangkat N44 untuk menjadi Pengurus Besar. Nasib Hambali tidak diketahui.
Sedangkan sebelum ini Hambali dikatakan merundingkan harga yang dikatakan dibawah harga sebenar.
Kemudian Hambali menjamin stesen yang kini tidak dipedulikan lagi oleh Abe Sin berjalan terus dan tidak terhenti siarannya (Suruhanjaya Komunikasi menetapkan setiap stesen dimestikan siarannya tidak terhenti untuk mengelakkan lesen ditarik balik).
Beliau dikatakan setiap minggu ke Kota Bharu dan mengambiltahu semua perkara mengenai Manis fm dari A sampai Z. Dari juruhebah hingga ke jaga.
Dikatakan juga sebagai langkah mengecewa dan mensabotaj Hambali, Menteri Besar mengarahkan orang harapannya Datuk Wan Ahamad Wan Muda menangguhkan perpindahan stesen dan konti Manis fm dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Sepatutnya perpindahan itu belaku Julai lalu.
Dengan penangguhan itu, Hambali kini tidak ada kerja di Manis fm dan segala hasrat pembelian untuk stesen dibekukan.
Tujuan Mad Said ialah menjadikan Hambali berputus asa dan berhenti!
Abe tidak tahulah sama ada Mad Said juga mahu Hambali berhenti sebagai Pegawai Penyelidik Kanan di Pejabat MB!
Itulah ceritanya.
Kini Hambali katanya masih berlegar di Kuala Terengganu tetapi tidak siapa tahu apa dibuatnya.
Sedangkan Manis fm kini ditadbir oleh Wan Ahamad (sebagai Pengarah) dan memberikan arahan kepada Pengurus Besar sambil Hambali tidak tahu apa tugasnya di Manis fm ketika ini.
Ambe ada banyak cerita lagi mengenai Manis fm ini tapi tunggu….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan