Pada ucapan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin pada majlis Ramah Mesra dan Jamuan Aidilfitri di Dataran Padang Merdeka, Sura, Dungun, 20 September lalu, beliau menyeru setiap pemimpin setempat perlu menjaga hubungan baik dengan rakyat supaya mudah untuk mewujudkan suasana bersatu padu, mudah berbincang dan berfikiran terbuka.
Menurut laporan Teganukita, turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bersama isteri To’ Puan Norliza Mahmud; Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Awang; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Datuk Zaabar Mohd Adib dan Dr A Rahman Mokhtar.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Datuk Din Adam dan Adun Paka, Zakaria Abdullah.
Ini bermakna Matulidi tidak hadir bersama-sama lebih 15,000 rakyat pelbagai lapisan masyarakat yang memeriahkan program yang turut diserikan dengan pelbagai nyanyian lagu Aidilfitri dan hidangan makanan tradisional Terengganu.
Persoalannya, kenapa pula Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said tidak campur tangan?
Apakah beliau masih menunjukkan kesayangannya yang amat sangat kepada Rosli yang bergelaran Dr (dibeli atau anugerah) itu?
Ahmad Said tidak sepatutnya membiarkan pertelingkahan terus berlaku lebih-lebih lagi dengan kedudukan Barisan Nasional kini tidak stabil di Terengganu.
Sejak beberapa hari lalu, ada pihak mendapat salinan surat menyatakan program tersebut sepatutnya diadakan di KETENGAH berdasarkan permohonan ahli parlimen Dungun itu kepada TPM.
Tetapi, program tersebut dicantas oleh Ketua Umno Bahagian Dungun itu dan diadakan di 'Arena Square' dalam bandar Dungun.
Lebih mengejutkan, ia diadakan di DUN Sura yang mana Rosli adalah Pegawai Pembangunan DUN berkenaan yang kini dimenangi PAS.
Apakah kedatangan Muhyiddin berkenaan adalah petanda Rosli akan bertanding di DUN berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramly dipetik oleh blog pembangkang Terengganu menyebut: "Hari ini orang beri saya (satu) surat, kes ini sebb nak ajak TPM ke Dungun 20hb baru ni, dalam surat ini jemput TPM ke majlis pecah tanah yag dijadualkan bertempat di tapak projek di KETENGAH.
"Tiba-tiba Ketua Umno Bahagian (Dungun) 'kerat' bawa mari (TPM) berjamu di tempat Arena Square,"jelasnya.
PAS melihat perbalahan yang terus berlaku di kalangan pemimpin Umno di negeri Terengganu menyebabkan pembangunan dan kemajuan tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Contohnya dalam program yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri itu pada 20 September lalu, Ahli Parlimen Dungun tidak hadir kerana berbalah dengan Ketua Umno Bahagian Dungun.
"Ketua (Umno) Bahagian Dungun dangan ahli parlimen Dungun tidak 'berlaga daun', itulah saudara tengok pelik gambar (program) di Dungun ini,
"Gambar (sekiranya) ada ahli parlimen (ada) tidak ada (gambar) Ketua Bahagian, gambar (kalau) ada Ketua Bahagian (tidak ada (gambar) Ketua Bahagian,"katanya dalam majlis ceramah sempena Hari Keluarga DUN Sura, pada Sabtu 24 September.
Kedudukan ini mudah diambil peluang oleh PAS apabila Wan Hassan yang juga Yang DiPertua PAS Dungun menyeru supaya rakyat Dungun supaya menukar kerajaan dalam pilihanraya umum yang akan datang untuk melaksanakan pembangunan yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan