Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Badrul Hisham Zaki, menganggap keperluan calon muda untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang wajar diberi perhatian.
Menurutnya, calon muda dapat membentuk kepimpinan baru yang mampu memberi perubahan lebih positif kepada parti tanpa meninggalkan yang lama.
Beliau berkata, ia juga selaras dengan hasrat pucuk pimpinan yang mahukan transformasi dibuat dari sudut kepimpinan parti dan percaya calon muda mampu menggarap transformasi tersebut.
“Hari ini, pucuk pimpinan mengatakan perlunya transformasi dibuat dari sudut kepimpinan parti dan di sinilah perlunya calon atau kepimpinan baru yang akan menggarap transformasi dan lebih ramai calon baru diketengahkan supaya ada kesinambungan dari sudut kepimpinan,” katanya kepada Sinar Harian kelmarin.
Beliau bagaimanapun tidak mencadangkan supaya kesemua calon bertanding di negeri ini dari kalangan orang muda tetapi berharap ‘acuan’ muda dan baru boleh memberi kekuatan kepada parti.
Sementara itu, ditanya jika namanya tidak dicadangkan sebagai calon oleh peringkat pimpinan Pemuda Umno negeri, beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menganggap semua pihak perlu berfikir secara terbuka.
Menurutnya, sekalipun ‘anak buah’ yang terpilih sebagai calon kelak, namun pimpinan di peringkat bahagian tidak patut menafikan kelayakannya jika individu tersebut mampu memberi kemenangan kepada parti.
“Sekarang kita dalam keadaan memerlukan kemenangan, bak kata Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin, (UMNO) dalam keadaan hidup dan mati,” katanya.
Saya bersetuju sangat denmgan pandangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu ini bahawa golongan muda perlu diberi peluang untuk bertanding.
Di Kemaman, Ketua Pemuda Bahagian, Hisham Zubir wajar diberi peluang bertanding di DUN Chukai menggantikan Datuk Mohamed Awang Tera yang disebut-sebut akan bersara dari politik.
Persoalannya, apakah benar Awang Tera mahu bersara?
Menurut blogger Zabidi Haji Saidi, nama Hisham disebut-sebut sebagai calon BN selain dari ADUN Air Putih, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar; Setiausaha UMNO bahagian, Rosli Ahmad dan AJK Bahagian, Shahul Hamid atau Mat Bawal, seorang peguam terkenal di daerah ini.
Hisham sudah dua penggal berada dalam pemuda. Pada tahun 2001, beliau memenangi kerusi AJK pemuda dan pada tahun 2004, beliau dilantik ketua pemuda, Wan Ahmad Nizam yang juga ADUN Air Putih ketika itu sebagai setiausaha bahagian.
Pada tahun 2008, beliau mengalahkan Kamaruddin Ali bagi jawatan ketua pemuda.
Sebagai graduan lulusan kajian perniagaan dan kewangan dari Amerika Syarikat, beliau layak ditonjolkan bertanding di DUN Chukai.
http://catatanzabidi.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan