Hulubalang yang akan pertahankan Mad Said atau anugerah kerana pandai 'bodek' Mad Said?
Ketika ini Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) sedang dibuai mimpi indah kononnya Terengganu boleh menang pilihan raya dan kerana kejayaan itu beliau akan dilantik sepenggal lagi menjadi Menteri Besar.
Mad Said yang berbini dua itu merasakan sokongan rakyat yang begitu ramai pada majlis turun padangnya membuktikan rakyat sudah menyokong dan akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang dijangka diadakah November atau Februari/Mac tahun depan.
Bisikan di telinga Mad Said sentiasa mengatakan beliau OK dan tidak akan ada sebab Tuanku Mizan Zainal Abidin akan menukar beliau. Mad Said percaya kepada buaian ini.
Lagipun, PM Najib dan TPM Muhyiddin sudah selesa dan seronok dengan kempimpinannya. Dengan kata lain, Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan sudah berjaya.
Ambe akui Mad Said diterima rakyat bawahan dan pengundi. Namun Ambe tidak pasti Mad Said kini disokong lebih 50 peratus ADUN BN.
Yang dok pegi mari dengan Mad Said tu muka sama malah ada yang dah dipencilkan oleh Mad Said atau mereka memencilkan diri daripada Mad Said kerana banyak sebab.
Ambe rasa Mad Said kena teliti faktor berikut:
1. Siapa di sekeliling dan menyanyikan lagu riang kepadanya? Bukankah mereka ini yang bergantung nasib dan yang datang untuk dapatkan habuan seperti balak dan projek daripadanya? Sepatutnya Mad Said beri juga tumpuan kepada mereka yang ikhlas menyatakan kedudukan sebenat politik dan sokongan;
2. Siapa penasihat-penasihatnya sekarang? Wan Ahamad (gambar kanan), Wan Ahmad Nizam, Hambali, Rosli atau orang luar yang berpengaruh serta penasihat-penasihat yang dilantiknya seperti bekas ADUN, bekas penjawat awam negeri dan lain-lain. Kini dua penasihatnya iaitu Datuk Ibrahim Azmi dan Datuk Aawang Jabar sudah kembali ke Rahmatullah; Bolekah nasihat mereka ini diterima dan dipakai? Nasihat untuk menang atau untuk rebah?
3. Berapa Exco yang sokong, yang masih bencikan beliau serta mula tinggalkan beliau? Siapa yang sokong? Yang kuatnya mungkin YB Rozi serta YB Dr A Rahman. Yang lain seperti YB Datuk Rahin, YB Ashaari, YB Khazan, YB Mohamed Awang Tera serta YB Yahya Khatib masih ‘tidak sokong’ tetapi terpaksa tunjuk friendly.
Rasanya, YB Za’abar di tengah-tengah antara sokong dan tidak sokong. Sementara YB Razif (Exco Kanan) semakin menjauhi Mad Said;
4. Berapa Ketua Bahagian yang sokong Mad Said? Besut (rasanya 0), Hulu Terengganu (50-50), Setiu ( dari 80 jadi 40); Marang (o), Dungun ( tidak boleh percaya) dan Kuala Terengganu ( ikut angin Putrajaya).
5. Pegawai Kerajaan? Paling kuat sudah pasti Timbalan SUK (Pengurusan) Datuk Wan Ahamad Wan Muda. Yang lain, termasuk SUK Datuk Mazlan Ngah hanya terpaksa dan terhutang budi kerana diberikan jawatan apabila Mokhtar Nong (dipaksa berhenti) dan Datuk Mat Razali Kassim (TSUK Pembangunan) ‘tidak gemar’ dengan Ahmad Said. Pegawai kanan lain tidak ramai kecuali yang terima ‘habuan’ kenaikan pangkat dang red.
6. Hala tuju pembangunan. Apakah yang diumumkan sebelum ini sudah Berjaya? Bagaimana dengan projek Kenyir, projek pelancongan kesihatan di Kijal? Bagaimana dengan Taman Ilmu yang mahu dibaik pulih? Bagaimana dengan tanaman kelapa sawit tepi rumah, ubi gadung dan projek rumah rakyat? Apa jadi dengan Zoo Kijal?
7. Perbelanjaan one-off seperti bantuan kepada pelajar, orang tua, ibu tunggal serta hari raya, apakah ia menguntungkan kerajaan negeri atau sebagai bantuan semata-mata bukan untuk politik?
8. Apakah membuat kawan dengan puak-puak samseng dan lalat hijau akan untungkan Mad Said? Orang Terengganu tahu siapa Awang Batu dan sebagainya. Bolehkan Mad Sai perbaiki imej beliau apabila berkawan dengan mereka ini?
Ada beberapa perkara lain yang boleh disebut di sini tetapi biarlah dulu. Kalau ada orang sampaikan apa yang Ambe katakan ini pun dah cukup baik.
Minta-minta Mad Said fikir dan renung benda ini.
Juga jangan asyik dengar lagu merdu yang dinyanyikan oleh mereka yang datang minta balak. Orang seperti Ustaz Mastura tu bukan membawa sokongan tetapi boleh membawa rebah.
Pesan Ambe, hati-hatilah Mad Said. Silap langkah walaupun menang BN di Terengganu, tidak semestinya kamu jadi MB.
Datuk Seri Idris Jusoh pun membawa kemenangan pada 2008 tetapi siapa terpilih selepas itu? Kamulah Mad Said.
Jadi pada 2012 nanti, kalaupun sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang membawa kemenangan kepada BN, belum pasti jadi MB lagi.
Teliti faktor di atas bak-baik dan perbaikilah kalau mahu kekal jadi MB!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan