Khabarnya ada seorang Exco kini dah berjauh hati kerana disisihkan oleh Mad Said.
Menurut cerita, Exco ini memang menyokong Menteri Besar sejak awal beliau dilantik. Malah, beliaulah ke sana sini ketika Datuk Seri Ahmad Said dipulau oleh 10 Budak Hitam.
Beliau bersama-sama dua tiga Exco lagi, termasuk Dr A Rahman Mokhtar (ADUN Kuala Besut) antara yang pertama memutuskan hubungan dengan kumpulan yang menentang Mad Said.
Exco ini yang kawasannya kini menjadi rebutan, termasuk oleh anak bekas Menteri Besar Terengganu begitu sedih kerana kesetiaan dan sokongannya tidak berbalas.
Lebih sedih, ada beberapa tindakan Mad Said terang-terang menunjukkan Menteri Besar itu tidak lagi gemar kepadanya.
Gangguan 10 Budak Hitam dah tidak ada, kes Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir (bekas Setiausaha Politik Idris Jusoh) sudah hampir selesai, Putrajaya sudah ‘terpaksa menerima Mad Said’ dan UMNO nampak stabil, Mad Said mula lupakan kawan-kawan.
Kini amai ADUN yang pernah menentang beliau sudah kembali beriringan dengan Menteri Besar itu dan kerana itu Exco berkenaan merasakan beliau sudah ‘tidak diperlukan’.
Malah ada yang menceritakan kepada Ambe, Exco ini tidak berminat lagi menjadi ADUN untuk penggal akan datang.
Malah, pada banyak acara yang selalunya beliau pasti hadir untuk menjadi Ahmad Said tidak kesaorangan ketika dulu, kini semakin memencilkan diri.
Puncanya dikatakan kerana tindakan Mad Said menarik balik beberapa jawatan penting yang beliau pegang seperti Pengerusi di beberapa agensi.
Apa yang Ambe dengar, Mad Said taklah ‘sekejam’ seperti yang dituduh tetapi ada orang sekeliling Mad Said yang kurang gemar dengan Exco ini. Malah orang sekeliling Mad Said ini sebenarnya tidak suka sesiapa juga yang rapat dengan Menteri Besar itu.
Ambe dengar khabar juga Exco ini tidak digemari oleh bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Wan Ahamad Wan Muda.
Sebelum ini Wan Ahamad (kini Dato’ Pahang dan Terengganu) membiarkan Exco berkenaan kemana-mana dengan Menteri Besar kerana tidak ada orang lain yang mahu menghampiri Menteri Besar.
Tetapi kini kerana Mad Said dan ramai ‘hulubalang’ maka Exco ini dikerat dan dijauhkan daripada Mad Said.
Pada pandangan Ambe, Mad Said kena tenguk dan berhati-hati. Kawan sebenar ialah ketika kita susah dan sanggup berdepan dengan musuh.
Sekarang ini ramai yang mengelilingi Mad Said nak projek dan sebagainya. Mad Said dah senang katakan…
Ambe tak nak campur tetapi kalau orang yang menyokong sepenuh hati Mad Said ketepikan, tak tahulah mungkin orang seperti Datuk Yahya Khatib dan Datuk Rahin Mohd Said yang patut beliau jadikan kawan kot.
Atau Datuk Mohamed Awang Tera yang selama ini memperlekeh dan cuba menjatuhkan Mad Said juga boleh diharapkan untuk lindungi beliau.
Mungkin juga kalau tidak ada orang lain, Mad Said boleh mengharapkan orang kanan yang lindungi beliau.
Dah rasa gagah dan kuat kot Mad Said tu!
Ambe pening dengan sikap Menteri Besar yang asyik lupa kawan sekarang….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan