Hambali Akan Lenyap Dari Bumi Terengganu Pertengahan November?
Sebelum ini Ambe bercerita mengenai Hambali Abdul Latiff tentang ‘Apa Dah Jadi Dengan Hambali di Manis fm?’
Dan khabarnya kedudukan sebenar Hambali bukan sekadar tidak menentu di Manis fm tetapi mungkin kontraknya sebagai Penyelidik Kanan Kepada Menteri Besar tidak disambung.
Dengar ceritanya Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) tidak memerlukan khidmat beliau lagi dan kontraknya yang tamat pada November ini tidak akan diperbaharui.
Ambe dengar ada yang bercakap pakar berikut:
1. Hambali bukan lagi dalam kalangan penasihat Mad Said. Kini di Tingkat 16, Mad Said hanya percaya dan sayangkan Setiausaha Akhbar yang juga Pengerusi Percetakan Islam, Rosli Zakaria dan Setiausaha Sulit Kanannya, Azman Ghani dan semestinya Wan Ahmad Nizam (Setiausaha Politiknya);
Hambali dikatakan tidak dilayan malah untuk bertemu Mad Said pun sukar. Khabarnya Menteri Besar sudah memberitahu Azman dan Setiausaha Sulitnya, Normah agar jangan memberi ruang Hambali bertemunya;
2. Hambali juga kini tidak kelihatan beriringan dengan Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang selama ini menjadi orang yang mempertahankan sebarang tindakannya kerana MB memberitahu bekas Setiausaha Sulit Kanannya itu jangan benarkan Hambali ‘berlegar bebas’ di Tingkat 16.
Hambali juga mungkin diminta berpindah dari pejabat yang diperuntukkan kepadanya di Unit Komunikasi Negeri (UKOM) di Jalan Pejabat.
Malah dikatakan juga Hambali tidak lagi mendapat ruang meletakkan kereta yang dipinjamkan kepadanya di UKOM dengan membenarkan kakitangan UKOM hingga ke pangkat rendah meletakkan kereta di ruang yang dikhaskan untuknya. Tujuannya untuk beliau cepat berundur dan meninggalkan UKOM.
Cara halus ini dikatakan dimainkan peranannya oleh Pengarah UKOM, Haji Shamsuddin Sulong dan timbalannya, Ruslan Ab Rahman berdasarkan arahan Wan Ahamad.
3. MB kini lebih percayakan Pengarah Unit Pengurusan Maklumat negeri, Encik Che Abd Rani Mohd daripada Hambali dan kerana itu beliau dilantik sebagai Pengarah Eksektif Manis fm dan membiarkan Hambali terkapai-kapai.
Walaupun Abd Rani tidak ada ‘ilmu dan pengalaman’ menggendalikan stesen radio tetapi MB sanggup ketepikan Hambali dengan melantik Che Rani dan Encik Mahari sebagai Pengurus Besar.
Langkah ini dilihat sebagai usaha awak menyisih Hambali.
4. Di kalangan penjawat awam, orang paling tidak selesa dan tidak senang dengan Hambali ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang melihat Hambali sebelum ini rapat dengan Wan Ahamad. Malah Mazlan juga mengarahkan Wan Ahamad tidak lagi ‘mengambil tahu atau ambil kisah’ mengenai Manis fm walaupun Wan Ahamad masih Pengarah Husa Network Sdn Bhd, iaitu syarikat yang memiliki Manis fm.
Mazlan dikatakan meminta persetujuan MB terlebih dahulu sebelum melantik Che Rani. Walaupun Hambali dikatakan mahu dilantik sebagai Pengerusi (bukan Eksekutif), Mazlan hingga hari ini tidak mengeluarkan sebarang surat perlantikan untuk Hambali.
Dengan kedudukan kontrak Hambali tinggal dua bulan lagi, tidak mungkin Hambali akan menjadi Pengerusi Manis fm!
Menariknya, pada perasmian bangunan Terengganu Inc., di Cendering dekat Taman Permintjaya ( Ambe rasa tidak jauh dari rumah Hambali sewa) Khamis lalu, usahkan kelibat, baying Hambali pun tidak Nampak.
Sepatutnya Hambali datang kerana bukan sahaja ia majlis Hari Raya tetapi MB merasmikan bangunan pentadbiran Terengganu Inc berkenaan.
Ambe tidak mahu masuk campur tetapi berdasarkan satu posting dalam Teganukini sebelum ini, Hambali yang diberikan peranan besar sebelum ini kini hampir lenyap sama sekali.
Apakah tenggelamnya Hambali di Manis fm ini sebagai isyarat yang beliau juga akan hilang dari carta pegawai di Pejabat MB Terengganu di Tingkat 16?
Sama-sama kita tunggu dan tunggu juga perkembangan mengenai Manis fm berikutnya…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan