Ahad, 11 September 2011

Orang Beri Pitih Suruh Belajar, Bukan Lawan Kerajaan


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said marah benar dekat pelajar Terengganu di luar negara yang main politik.

Kita dengar ada kalangan pelajar Terengganu di Mesir main politik dengan sertai perhimpunan Bersih. Bukan di   Kaherah sahaja tetapi juga di tempat lain.

Orang beri pitih di belajar, budak-budak ni main politik pulak!

Patut pun kalau kerajaan marah. Mat Said sebagai pemegang amanah mestilah marah. Kalau biarkan, beliau tidak amanah namanya!

Yang tidak sedapnya ada kalangan yang dok bakar semangat pelajar Terengganu di luar negera. Khabarnya mereka ni yang tak pas.Dan bertahun-tahun di luar negara.  Nak kelik (balik) malu, jadi duduklah di luar negara. Konon sambung pelajaran.

Kerana itu MB beri amaran, pelajar Terengganu di luar negara yang terbabit dalam politik pembangkang serta demonstrasi menentang kerajaan boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.

Sepatutnya pelajar berkenaan menyedari serta mengenang jasa kerajaan yang menyediakan bantuan bagi membolehkan mereka menyambung pengajian di luar negara.

Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM30 juta setahun untuk membangunkan bidang pendidikan di Terengganu termasuk membiayai pengajian pelajar ke luar negara.

Kerajaan telah mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos pengajian mereka di luar negara.

Seperti majlis yang diadakan Khamis lalu, kerajaan Terengganu berbelanja kira-kira RM4 juta sebagai wang pendahuluan untuk 96 orang pelajar Terengganu ke luar negara.

 “Malangnya ada pelajar yang menyertai pembangkang menentang kerajaan di sana. Mereka ini pengkhianat negara dan tiada maaf bagi mereka. Kalau mereka tak mahu belajar, kita agihkan saja pada pelajar lain,” kata Ahmad Said.

Beliau menyatakan perkara itu berucap pada majlis meraikan 96 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke luar negara dan penyerahan wang pendahuluan diri tajaan Yayasan Terengganu (YT) di Seri Iman, Khamis lalu.

Ahmad Said memberi amaran tegas ke atas mereka agar jangan sekali-kali terbabit dengan kegiatan seumpama itu bagi mengelak dikenakan tindakan.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit termasuk menyertai perhimpunan anjuran pembangkang di Mesir pada 9 Julai lalu.

Ahmad Said kesal dengan pembabitan pelajar seperti itu kerana mereka sepatutnya menyedari serta mengenang jasa kerajaan yang menyediakan bantuan bagi membolehkan mereka menyambung pengajian di luar negara.

Sumber - Teganukini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan