Khamis, 15 September 2011

Parti Komunis China Tetap Merbahaya Kepada Kita

 

Ada dua pandangan oleh Idris Ahmad, iaitu Ketua Penerangan PAS Pusat yang saya rasa perlu direnungi apabila bercakap mengenai komunis.

Pertama, UMNO telah mengadakan MoU dengan Parti Komunis Cina pada 5 Ogos 2011. Malahan ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari daripada Parti Komunis Cina. Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kemunting.

Kedua, UMNO menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung UMNO . Pemimpin UMNO juga pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini. Walaupun pemimpin UMNO pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis, rasanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.

Persoalan dikemukakan Idris ialah apakah Komunis Cina, berbeza dengan komunis Malaya?
Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Komunis, ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.

Kenapa UMNO hipokrit?

Jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur. Sedangkan mereka ini menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka d Xinjiang Julai 2009.

Inilah sikap hipokrit UMNO dalam apa jua isu. Isu Palestin UMNO tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama.

Persoalannya, apakah Parti Komunis China tidak merbahaya kerana UMNO mengadakan hubungan langsung, walaupun ia tetap komunis?

Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba hendak menghalalkan tindakan UMNO, dengan mengatakan “kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka”

Jika hubungan antara kerajaan Malaysia dengan Kerajaan China tidak mengapa, masalahnya UMNO mengadakan hubungan dengan Parti Komunis China pada 5 Oktober 2010.

Malahan hendak menghantar generasi muda UMNO dari kalangan Putera dan Puteri UMNO untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini dinyatakan dengan rasmi oleh Tengku Adnan Mansur selaku Setiausaha Agung UMNO.

Bukankah tindakan ini merbahaya kepada generasi muda UMNO?

Apakah modal lapok perkauman dan bangsa sudah tidak relevan sehingga hendak pergi mengemis dengan Parti Komunis China untuk mendapat idea baru dalam UMNO.

Rakyat mesti memandang ini adalah perkara yang merbahaya kepada negara jika perkara ini berterusan terutama kepada generasi muda, kerana UMNO hendak hantar orang muda pergi belajar dengan parti komunis China.

Parti Islam SeMalaysia istiqamah daripada dulu sampai sekarang menolak fahaman komunis. Sedangkan di dalam UMNO pernah berlaku penangkapan “tiga Abdul” kerana menjadi tali barut komunis Russia (KGB).
 

Setakat hari ini tidak ada ucapan pemimpin PAS yang menyokong komunis dan ditangkan menjadi tali barut komunis walaupun pemimpin UMNO pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan