Memaparkan catatan dengan label Ahmad Said. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahmad Said. Papar semua catatan

Isnin, 9 April 2012

Mad Said Gila Binatang Pelik, Berhabis Duit Untuk Bintang Pelik!!!


Rakyat Terengganu kini makin jadi ‘bengong’ gara-gara sikap Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) yang dikatakan gila bintang pelik-pelik.

Ambe tak tahu banyak mana dibelanjakan untuk Zoo Bukit Takal tu.

Tapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendedahkan kepada rakyat Teregganu khususnya penduduk daerah Kemaman bahawa pembinaan Zoo Bukit Takal kini RM100 juta.

“Saya nak bagi tau kepada orang Kemaman satu isu malam ni, depan mata ni (kita semua), iaitu pembinaan Zoo Bukit Takal Kemaman,

“Tahu tak berapa kos nak beri makan ke binatang dalam zoo? Berapa kos nak buat zoo bukit takal tu? Ia mencecah hampir RM100,”jelasnya.

Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu tidak wajar membina Zoo dengan begitu mahal dalam keadaan masih terdapat ramai rakyat yang miskin di kampong-kampung.

Beliau berkata dalam keadaan masih terdapat orang kampung lapar dan nelayan terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk turun ke laut mencari rezeki, Menteri Besar Terengganu belanja hampir RM100 juta buat Zoo.

Katanya, seekor badak sumbu yang akan dibeli adalah adalah berharga RM300,000 dan Zoo tersebut menghabiskan hamper RM1 juta untuk membeli tiga ekor badak tersebut.

“Harga seekor badak sumbu yang dia nak beli, adik kakak tahu dok berapa harga seekor badak sumbu? Harga badak sumbu yang dia nak beli, harganya adalh 100 ribu (dollar) Amerika, bermakna seekor badak sumbu harganya RM300,000.

Berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang diadakan di Dataran Tok Guru, Chukai pada Khamis 5 April.

“Tiga ekor dia beli badak sumbu, bermakna RM1 juta beli badak sumbu saja dan dia beli zirafah, (seekor) harga zirafah ni 90 ribu (dollar) Amerika, dia beli 6 ekor bermakna dia belanja hampir RM2 juta nak beli zirafah ni saja,”katanya.

Majlis Perasmian Hamtu disempurnakan oleh Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu diiringi oleh Timbalan Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat merangkap Pengarah MTD Chukai dan Yang Dipertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun.

Jumaat, 18 November 2011

MSO Belasah Hambali....Tidak Layak Sebagai Pemenang KAJAI

Baca apa kata MSO mengenai Hambali Abdul Latiff yang bekerja sebagai Penyelidik Kanan kepada Menteri Besar Terengganu - "Ada seorang bloger yang dikenal pasti bekerja dengan Ahmad Said mencabar saya dan sumber saya (pengarang) agar mendedah seterusnya tentang laporan itu. Bloger ini juga nampak tidak reti dan belum sampai ke tahap boleh menerima anugerah berprestaj Rahim Kajai dalam dunia penulisan.

Saya minta dia membaca sebaik mungkin apa yang saya tulisan sebelum mencabar saya. Secara tidak langsung apabila bloger ini bersikap demikian ia seakan mengesahkan apa yang saya laporkan itu adalah bosnya. Ertinya yang membusukkan nama bosnya adalah dia sendiri bukan orang lain jauh sekali saya.

Adalah sangat elok di masa akan datang jangan mudah memberi respons atau bersikap melatah tanpa tentu fasal. Sebagai seorang penulis yang menjaga periuk nasi seorang politik perlu bijaksana...
"


MSO marah sebagai respons kepada beberapa orang teman dan penjenguk setia blog Merah Tinta yang memberanikan diri bertanya mengenai satu kenyataan MB Terengganu Ahmad Said hendak saman bloger yang memfitnahnya konon dia berkahwin satu lagi selepas ditangkap khalwat.

Berita dimaksudkan Mat Said itu disiarkan dalam beberapa akhbar, dan ada diulas oleh blogers beberapa hari lalu.

Menurut MSO, beliau tidak memberi reaksi berhubung kenyataan Mat Said kerana tidak fikir ianya ada kaitan langsung dengan beliau. Setelah membaca laporan itu, beliau tidak merasakan bahawa Menteri Besar itu mengatakan bloger bermuka babi adalah beliau.

Baca seterusnya kerana Ambe tidak mahu terbabit dalam pertelingkahan ini kerana Ambe tak kenal dengan Hambali tetapi mengenali secara jauh MSO ini!

"Dalam sebuah berita di akhbar perdana ada menyebut nama blog saya dan sebuah blog lain. Nama-nama blog lain yang juga dikatakan memfitnah MB itu bagaimana pun tidak disebut. Mungkin kerana nama blog saya disebut maka orang beranggapan saya adalah bloger bermuka babi dimaksudkan Mat Said.

Mat Said guna sebutan bahasa Arab Khinzir, bukan babi. Saya guna babi di sini agar mudah faham kerana kalau khinzir itu ada yang tidak kenal bagai mana rupa binatang haram itu. Bagaimana hidung, mulut dan matanya.

Dalam kenyataan Mat Said itu tidak pasti siapa yang bermuka babi. Tetapi beliau marah dengan blog yang memfitnahnya kerana ia telah menganggu ketenteraman keluarganya.

Siapa yang memfinnah beliau sehinggakan beliau membabikan orang itu. Apakah saya? Saya tidak mahu bercerita panjang kerana seorang yang waras dan pembaca yang tahu akan etika dia akan memahami apakah catatan saya yang dikaitan dngan kenyataan Mat Said itu bersifat fitnah ataupun telah memalukan Mad Said?

Tolong baca semula dan fahami laporan saya itu. Apakah saya menuduh kepada Mat Said atau tidak. Saya tidak pasti dengan apa ditulis orang lain apakah ia benar dan mereka memperolehi sumber yang benar.

Saya turunkan semula petikan catatan yang menjadi perbualan itu:

MB Dua Isteri Ditangkap Khalwat?

BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan.

Untuk mengetahui kisah selanjut mengenai kes ini sila lawat ke protal berkenaan kerana sehari dua lagi Pengarang protal itu akan membuat pendedahan mengenai kejadaian ini. [wm.kl.11:27 am 25/10/11]

Berita yang saya tulis dan dimaksudkan dengan apa yang dituduh Mat Said itu, tidak ada kena menegan dengan Ahmad Said. Nama Ahmad Said langusng tidak dicatatkan di dalam tulisan saya. Saya juga tidak menyebut dari negeri mana MB berkenaan. Jadi tidak timbul kalau ianya Ahmad Said. Blog lain saya tidak tahu apakah ada yang membuat pendedahan yang memalukan Mat Said itu.

Seseorang yang faham dan mahir dalam dunia penulis (journalis) akan faham dan tahu tujuan saya membuat posting itu, ianya adalah untuk mendapat reaksi ke atas kesahihan maklumat yang disampaikan oleh pengarang sebuah berita itu. Saya berharga selepas itu ada maklumat susulan yang akan sampai kepada saya.

Mat Said sendiri ada yang mengatakan dia dituduh berkhalwat dengan budak Besut, paramugari dan sebagainya. Dalam blog saya mana ada menyebut nama-nama itu. Ternyata dalam blog saya tidak mencatat budak-budak yang dimaksudkan oleh Ahmad Said. Saya tidak tahu kalau apa yang ditulis oleh bloger lain. Makanya mungkin bloger berwajah babi itu, blog yang mencatat nama-nama disebutkan Matb Said itu.

Justeru, yang dimaksudkan bloger babi itu saya rasa bukan saya. Kalau boleh, saya mahu kepastian daripada Ahmad Said, apakah yang bermuka babi itu saya? Biarlah dia mengulangi kenyataan itu dengan jelas mudah untuk difahami untuk tidak mengelirukan."

Balak Pilihan Raya – Tauke Emas & Jutawan Dapat Anugerah

Ambe rasa Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) akan mengamok pulak lah lepas ni. Dia mungkin akan ugut blog yang siarkan cerita ini.

Kali ini Ambe ambik dari Bulletinonline (milik PAS) yang mengatakan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu terus 'mengikis' harta rakyat negeri ini dan kini sedang dikesan mengagih-agihkan sebanyak tujuh puluh dua kawasan balak di seluruh negeri.

Agihan yang berupa 'anugerah' itu dibahagi-bahagikan dikalangan 'kerabat dan kroni' parti Umno, kononnya bertujuan mengongkosi biaya pilihnaraya umum ke-13.

Menurut sumber Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, keseluruhan kawasan berjumlah lebih 50,000 ekar itu telah diluluskan oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said itu pada 6 dan 7hb September, 2011.

Pemimpin-pemimpin pertengahan UMNO di bahagian-bahagian yang dianugerahkan kawasan balak tersebut mendapat setiap seorang diantara 600 ekar hingga 100a ekar kawasan

Antara yang dikesan memperolehi anugerah dari Ahmad adalah seorang 'tauke emas' dan seorang jutawan 'orang kuat Umno' (OKU).

Tauke emas tersebut dilaporkan sebagai 'orang kuat Najib' dari kawasan Hulu Terengganu yang disebut-sebut akan menggantikan Mat Rozi sebagai calon Umno/BN DUN Telemong.

Beliau yang didakwa mendapat kawasan balak dalam kawasan hutan simpan Setiu, juga dilaporkan memiliki lesen kontraktor kelas 'C' dan sedang membina rumah bernilai puluhan juta ringgit (Gambar atas).

Seorang lagi jutawan OKU yang didakwa mendapat anugerah 'balak pilihanraya' itu adalah orang kuat Umno Setiu.

Walaupun tidak duduk di barisan hadapan sebagai ahli politik Umno Setiu, jutawan OKU ini sangat berpengaruh mencorakkan lanskap UMNO Setiu.

Beliau dilaporkan pernah membiayai kehidupan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee, sewaktu UMNO kalah diantara tahun 1999 hingga 2004.

Dilaporkan, kekayaannya yang 'melimpah ruah' cukup terserlah apabila baru sahaja menduduki istana bernilai RM3 juta yang dibina dicelah-celah pohon rendang di kawasan Putrajaya Setiu.

Ahad, 9 Oktober 2011

Rakyat Tuntut Penjelasan Mengenai Skandal Stadium

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad (Penolong setiausaha Agung PAS,ADUN Batu Buruk)

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.

Projek ’kebangaan’ kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta.

Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.

Projek mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada tiga ‘kontraktor kroni’ utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk ‘space frame’ ini adalah syarikat Sowon Pte Ltd dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 suatu tragedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh.

Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat daripada keruntuhan itu. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam tempoh tanggungan kecacatan’ dan pihak kontraktor yang sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Pada 15 Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini taklimat telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia.

Antara faktor yang telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC adalah empat punca utama iaitu;

• Rekabentuk yang tidak memadai; perekabentuk gagal untuk mengambilkira pertimbangnan yang secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bumbung.

• Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri
• Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak.

• Bahan dan kualiti hasilkerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan.

Isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, kini telah lebih dua tahun stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan lancar seperti yang di jangkakan.

Ramai kalangan rakyat Terengganu yang tertanya-tanya bilakah baikpulih stadium ini akan disiapkan? Dan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan yang memalukan ini?

Dan pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih ini? Dan berapakah pula kos sebenar baikpulik stadium ini yang bernilai hampir RM300 juta ini?

Skandal besar yang memalukan ini perlu kepada penjelasan telus dari pihak kerajaan Terengganu khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar. Beliau tidak boleh menutup ‘sebelah mata’ dengan menyalahkan ‘kontraktor kroni’ kepimpinan yang lalu di bawah Datuk Seri Idris Jusuh semata-mata.

Menurut Ahmad Said, tambahan kos kepada penyelengaraan pembaikan stadium ini adalah di tanggung oleh tiga kontraktor utama yang bertanggungjawab. Kini persoalan besar yang timbul adalah apakah keseluruhan struktur stadium ini selamat untuk digunakan?

Dan berapakah tanggungan kerajaan negeri dalam baikpulih yang sedang berjalan ini?

Amat malang nasib rakyat di negeri Darul Iman ini.

Negeri yang kaya raya ini berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan masalah kepimpinan yang amat lemah. Rakyat terpaksa menanggung bebanan masalah stadium yang runtuh, kolam renang yang bocor, stesen bas yang runtuh bumbungnya serta projek-projek pembaziran seperti zoo di Kemaman, subsidi ‘atap biru’, penberian air zam-zam dan buah kurma, yang semuanya melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit.

Ya... RM300 juta yang dibelanjakan untuk Stadium Sultan Mizan ini berkemungkinan besar terbuang ke Laut Cina Selatan sahaja... dan penyu terpaksa menangis lagi di negeri Ganu kite ini.

Sumber asal : Malaysiakini

Selasa, 13 September 2011

Apa Dah Jadi Dengan Hambali di Manis fm?

Hambali dengan Noramin (kiri) dan dengan Halim Othman.Yang mana satu pilihan Mad Said hingga sanggup nak bayar RM50,000 sebulan?

PAS Terengganu kata langkah Kerajaan Negeri membeli stesen radio Kelantan, Manis fm sebagai ‘membuang duit’ dan tidak munsabah.

Tak betul tu. Ambe rasa, PAS kalau diberi peluang beli radio berkenaan, dia beli awal-awal. Bukan pemimpin PAS Kelantan tidak pernah tanya Abe Sin (gelaran Tan Sri Hussein Ahmad – bekas pemilik Manis fm). Tapi Abe Sin tak nak jual ke PAS.

Abe Sin katanya mahu jual kat UMNO. Selepas dinasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang beri lesen radio berkenaan kepada Husa Network Sdn Bhd, minta dijual kepada kerajaan negeri Terengganu.

Apa yang mahu diceritakan di sini bukan berkenaan proses jual atau apa Pas kata. Tetapi seseorang bernama Hambali Abdul Latiff.

Dengar katanya, ketika proses permulaan perbincangan, Abe Sin dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersetuju supaya bekas wartawan terkenal itu menjadi bos radio berkenaan.

Malah menurut cerita, Abe Sin tak nak jual radio itu kalau Hambali tidak jadi CEO.

Ini kerana menurut Abe Sin dia kenal Hambali sejak dia jadi Ketua Penerangan UMNO lagi dan Hambali ketika itu wartawan Berita Harian. Tidak tahulah kalau ini pesanan Dr Mahathir.

Yang Ambe tahu, Hambali tu banyak ikut lawatan dan persidangan di luar negara membabitkan Dr Mahathir ketika beliau jadi Perdana Menteri.

Malah ketika Hambali di ntv7, yang mengatur tembual untuk pelancaran ntv7 dengan Dr Mahathir, Tan Sri Mohamed Rahmat, Tan Sri Taib Mahmud dan Datuk Yong Teck Lee (Ketua Menteri Sabah ketika itu) senuanya dilakukan oleh beliau.

Malah, Dr Mahathir turut memuji laporan Hambali mengenai persidangan membabitkan Perdana Menteri di luar negara (tidak percaya tanya Tan Sri Hashim Makaruddin yang pernah menjadi Setiausaha Akhbar Perdana Menteri ketika itu). Kemungkinan-kemungkinan yang berlaku Manis fm ini ada kaitan perhubungan Hambali dan Dr Mahathir juga!

Namun kini selepas proses pembelian berjalan, katanya Hambali kini disisihkan. Mad Said tidak mahu Hambali jadi CEO. Hatinya melekat kepada seseorang.

Menurut sumber Terengganu, orang itu seorang DJ terkenal, Malah Mad Said sanggup belanja berapa sahaja untuk orang itu.Katanya Mad Said nak bayar RM50,000 sebulan sedangkan CEO Manis fm dikatakan sekitar RM20,000 sebulan sahaja.

Untuk meyakitkan hati Hambali, Mad Said katanya melantik seorang pegawai kerajaan berpangkat N44 untuk menjadi Pengurus Besar. Nasib Hambali tidak diketahui.

Sedangkan sebelum ini Hambali dikatakan merundingkan harga yang dikatakan dibawah harga sebenar.

Kemudian Hambali menjamin stesen yang kini tidak dipedulikan lagi oleh Abe Sin berjalan terus dan tidak terhenti siarannya (Suruhanjaya Komunikasi menetapkan setiap stesen dimestikan siarannya tidak terhenti untuk mengelakkan lesen ditarik balik).

Beliau dikatakan setiap minggu ke Kota Bharu dan mengambiltahu semua perkara mengenai Manis fm dari A sampai Z. Dari juruhebah hingga ke jaga.

Dikatakan juga sebagai langkah mengecewa dan mensabotaj Hambali, Menteri Besar mengarahkan orang harapannya Datuk Wan Ahamad Wan Muda menangguhkan perpindahan stesen dan konti Manis fm dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Sepatutnya perpindahan itu belaku Julai lalu.

Dengan penangguhan itu, Hambali kini tidak ada kerja di Manis fm dan segala hasrat pembelian untuk stesen dibekukan.

Tujuan Mad Said ialah menjadikan Hambali berputus asa dan berhenti!

Abe tidak tahulah sama ada Mad Said juga mahu Hambali berhenti sebagai Pegawai Penyelidik Kanan di Pejabat MB!

Itulah ceritanya.

Kini Hambali katanya masih berlegar di Kuala Terengganu tetapi tidak siapa tahu apa dibuatnya.

Sedangkan Manis fm kini ditadbir oleh Wan Ahamad (sebagai Pengarah) dan memberikan arahan kepada Pengurus Besar sambil Hambali tidak tahu apa tugasnya di Manis fm ketika ini.

Ambe ada banyak cerita lagi mengenai Manis fm ini tapi tunggu….