Memaparkan catatan dengan label Syed Azman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syed Azman. Papar semua catatan

Ahad, 29 April 2012

Pelbagai Beruk & Monyet Zoo Bukit Takal Belanja Wang Rakyat RM953,000.00

“Belanja beli badak, rimau, beruk dan monyet jutaan ringgit, rakyat nak makan susah, nak mengaji (belajar) pun susah, bantuan zakat disekat dan pinjaman pelajar Mesir dihentikan, “inilah contoh kerajaan yang ‘korup’ yang mesti ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang,” - Syed Azman
 
Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu membazirkan wang rakyat dengan membina sebuah zoo di Bukit Takal, Kijal, dalam Dewan Undangan Negeri Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, kos keseluruhan pembangunan zoo tersebut adalah RM94, 949, 373.00 manakala kos bagi rundingcara (consultative) adalah sebanyak 11% bernilai RM8, 418, 406,00.

Katanya, pemerolehan pelbagai haiwan zoo tersebut memakan belanja dan mengorbankan wang rakyat sebanyak RM8,000,000.00. “Antara haiwan yang dibeli adalah, 3 ekor Badak Sumbu Putih berharga hampir RM1 juta dengan setiap seekor berharga RM330,000.00 (USD100,000.00), 6 ekor zirafah berharga RM1.6 juta dengan setiap seekor berharga lebih RM250,000.00 (USD90,000.00) dan 2 ekor harimau berharga RM128,000.00 dengan setiap ekor RM64,000.00 (USD20,000.00),”jelasnya ketika ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri (pada Rabu, 25 April).

Katanya, selain itu, Menteri Besar  turut membeli empat ekor Cheetah berharga RM256, 700.00 dengan harga setiap ekor adalah RM514,000.00 (USD20,000.00).

Menurutnya, pelbagai jenis beruk dan monyet yang dibeli oleh kerajaan antaranya, Chimpanzee, Baboon dan monyet tupai.

“Enam ekor chimpanzee (Beruk) dengan harga RM672,000.00 dengan setiap ekor berharga RM112,000.00 (USD35,000.00), enam ekor Baboon (Beruk) dengan harga RM153,600.00, harga setiap ekor adalah melebihi RM24,000.00 (USD8,000.00), enam ekor Monyet Tupai (Squirrel Monkey) dengan harga RM128,000.00, harga setiap ekor adalah RM18,000.00 (USD5,000.00,”ujarnya.

Katanya, Ahmad bukan sahaja tidak ingat jumlah yang dibelanjakan dalam membangunkan zoo tersebut, bahkan Pengerusi Umno itu menafikannya.

Sedangkan, menurut beliau yang juga ADUN Batu Burok, perbelanjaan tersebut telah dibentang dalam ucapan bajet negeri Terengganu untuk tahun 2011 lalu. Selain itu, kata Dr. Syed, Ahmad telah mengulangi kesilapan membeli burung pelbagai jenis dari luar Negara dengan harga yang mahal dan diletakkan di Tasik Kenyir.

“Burung-burung di Tasik Kenyir sudah mati, dimakan ular dan biawak, rakyat keugian ratusan ribu ringgit, kini Ahmad beli pula untuk zoo dia di Bukit Takal, “dia bela 24 ekor burung Flamingo berharga RM230,400.00, harga setiap ekor adalah RM9,000.00 (USD3,000.00), 10 ekor burung kakak tua dengan harga RM160,000.00, harga setiap ekor RM15,000.00 (USD5,000.00), “dan 20 ekor burung merpati (dua jenis) dengan harga RM384,000.00 setiap ekor purata berharga lebih RM9,000.00 (USD2500 – 3500),”tegasnya.

Beliau menyatakan kekesalannya dengan tindakan kerajaan Umno/BN negeri Terengganu yag berterusan menggunakan wang rakyat bagi perkara-perkara yang tidak membawa manfaat yang besar kepada rakyat.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan negeri menyekat bantuan zakat dan memberhentikan pinjaman pendidikan kepada sembilan orang pelajar yang menuntut di Mesir.

“Belanja beli badak, rimau, beruk dan monyet jutaan ringgit, rakyat nak makan susah, nak mengaji (belajar) pun susah, bantuan zakat disekat dan pinjaman pelajar Mesir dihentikan, “inilah contoh kerajaan yang ‘korup’ yang mesti ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum akan datang,”katanya

BuletinOnline

Isnin, 9 April 2012

Mad Said Gila Binatang Pelik, Berhabis Duit Untuk Bintang Pelik!!!


Rakyat Terengganu kini makin jadi ‘bengong’ gara-gara sikap Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) yang dikatakan gila bintang pelik-pelik.

Ambe tak tahu banyak mana dibelanjakan untuk Zoo Bukit Takal tu.

Tapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendedahkan kepada rakyat Teregganu khususnya penduduk daerah Kemaman bahawa pembinaan Zoo Bukit Takal kini RM100 juta.

“Saya nak bagi tau kepada orang Kemaman satu isu malam ni, depan mata ni (kita semua), iaitu pembinaan Zoo Bukit Takal Kemaman,

“Tahu tak berapa kos nak beri makan ke binatang dalam zoo? Berapa kos nak buat zoo bukit takal tu? Ia mencecah hampir RM100,”jelasnya.

Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu tidak wajar membina Zoo dengan begitu mahal dalam keadaan masih terdapat ramai rakyat yang miskin di kampong-kampung.

Beliau berkata dalam keadaan masih terdapat orang kampung lapar dan nelayan terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk turun ke laut mencari rezeki, Menteri Besar Terengganu belanja hampir RM100 juta buat Zoo.

Katanya, seekor badak sumbu yang akan dibeli adalah adalah berharga RM300,000 dan Zoo tersebut menghabiskan hamper RM1 juta untuk membeli tiga ekor badak tersebut.

“Harga seekor badak sumbu yang dia nak beli, adik kakak tahu dok berapa harga seekor badak sumbu? Harga badak sumbu yang dia nak beli, harganya adalh 100 ribu (dollar) Amerika, bermakna seekor badak sumbu harganya RM300,000.

Berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang diadakan di Dataran Tok Guru, Chukai pada Khamis 5 April.

“Tiga ekor dia beli badak sumbu, bermakna RM1 juta beli badak sumbu saja dan dia beli zirafah, (seekor) harga zirafah ni 90 ribu (dollar) Amerika, dia beli 6 ekor bermakna dia belanja hampir RM2 juta nak beli zirafah ni saja,”katanya.

Majlis Perasmian Hamtu disempurnakan oleh Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu diiringi oleh Timbalan Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat merangkap Pengarah MTD Chukai dan Yang Dipertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun.

Rabu, 8 Februari 2012

Terengganu : Apa Rasional Beli Stesen Radio?

"Kini, rakyat umum bercakap; Ahmad Said juga bakal menjadi DJ untuk stesen radio Manis FM yang lahir di Kelantan, Darul Naim. Jika Ahmad Said menjadi DJ Manis FM sudah pasti rakyat Terengganu akan terhibur dengan kerja-kerja penerangan dan hiburan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan...di manakah kepentingan untuk rakyat diutamakan?


Oleh SYED AZMAN SYED AHMAD

RAMAI di kalangan rakyat Terengganu tertanya-tanya mengenai pembelian stesen Radio Manis FM yang berpangkalan di Kota Bharu oleh kerajaan negeri dengan harga RM7 juta.

Stesen radio ini pada asalnya merupakan stesen Radio KADA milik Tan Sri Hussein Ahmad yang diberi lesen radio berkenaan melalui Husa Network Sdn Bhd.

Radio Manis FM dengan rasminya menjadi radio kerajaan negeri apabila proses mengambilalih stesen berkenaan dilakukan oleh Lembaga Tabung Amanah Terengganu (LTAT) pada pertengahan tahun lalu.

Stesen berpangkalan di Kelantan itu juga dijangkakan berpindah ke bangunan berhampiran Wisma Darul Iman untuk menempatkan stesen berkenaan menjalankan operasi siaran harian. Kawasan liputan stesen ini merangkumi negeri Kelantan, Pahang, Terengganu, Selatan Thailand dan sebahagian di kawasan tengah dan selatan tanah air.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dalam mempertahankan pembelian stesen radio tersebut berkata bahawa rasional pembelian stesen radio ini oleh kerajaan negeri kerana ia adalah "satu pelaburan yang strategik dan dapat menyalurkan maklumat kerajaan secara lebih luas dan menyeluruh."

Kata beliau lagi, tidak banyak kerajaan negeri yang memiliki stesen radio sendiri dan pihaknya mencuba sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kerajaan negeri dan rakyat.

Seperti kebanyakan rakyat Terengganu, saya juga tertanyatanya; apakah rasional pembelian stesen radio oleh kerajaan negeri dengan nilai RM 7 juta?
Apakah ia suatu yang munasabah?

Ramai pula yang tertanya-tanya apakah kerajaan negeri pimpinan Ahmad Said tidak mampu memohon kelulusan lesen sendiri daripada Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak?

Lojiknya sekiranya pembelian stesen radio ini adalah untuk kebaikan kepada kerajaan negeri dan rakyat’, maka saya yakin Perdana Menteri tidak akan teragak-agak meluluskan lesen baru kepada kerajaan negeri.

Negeri Terengganu bukannya dikuasai oleh pembangkang dan Ahmad Said adalah Menteri Besar daripada Umno-BN yang juga menguasai kerajaan Pusat. Tidak ada sebab untuk Perdana Menteri menolak permohonan lesen stesen radio baru kepada negeri "Penyu Bertelu"r ini sekiranya ia adalah "untuk kebaikan kepada kerajaan negeri dan rakyat."

Tanpa kajian

Begitu juga dengan rasional harga RM7 juta yang dibayar oleh kerajaan negeri kepada stesen radio KADA. Apakah harga sebesar itu munasabah bagi memiliki sebuah lesen stesen radio? Apakah kerajaan negeri telah melakukan kajian menyeluruh dengan mengambil kira segala implikasi buruk baik sebelum membeli sebuah stesen radio.

Bagaimanakah pula dengan kos mengendalikan sebuah stesen radio? Siapakah yang akan
mengendalikan stesen radio ini? Kos pentadbiran, gaji bulanan deejay, pembayaran royalti lagu-lagu yang diputarkan setiap hari sehingga ke gaji kerani, berapakah pula kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Terengganu?

Setahu saya tidak ada kerajaan negeri di bawah Umno-BN hari ini yang telah melabur untuk membeli stesen radio melainkan kerajaan negeri Terengganu di bawah kepimpinan Ahmad Said.

Tambahan pula di setiap negeri sudah ada siaran radio yang dipancarkan melalui RTM. Kalau mereka mahu mewujudkan sebuah stesen radio sekalipun, mereka hanya perlu memohon terus kepada Kerajaan Pusat yang juga di bawah Umno-BN.

Malahan di Terengganu sekarang ini kita sudah ada stesen radio RTM Pantai Timur Terengganu, kita sudah ada Hot FM TGanu dan Terengganu FM (TFM) yang disiarkan setiap hari di seluruh pelosok negeri.

Bagi saya, dengan adanya stesen ini sudah mencukupi untuk kerajaan negeri "menyalurkan maklumat kerajaan secara lebih luas dan menyeluruh." Malah sekiranya Menteri Besar Ahmad Said mahu berucap setiap hari sekalipun pasti akan diberikan ruang oleh stesen RTM Terengganu.

Kini, rakyat umum bercakap; Ahmad Said juga bakal menjadi DJ untuk stesen radio Manis FM yang lahir di Kelantan, Darul Naim. Jika Ahmad Said menjadi DJ Manis FM sudah pasti rakyat Terengganu akan terhibur dengan kerja-kerja penerangan dan hiburan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.

Jadi di manakah kepentingan untuk rakyat diutamakan? Jika sekadar slogan semata-mata ia tidak memadai dan rakyat akan terus-menerus menjadi mangsa kepada kerakusan sebuah pentadbiran yang dilihat ramai sebagai terlalu lemah dan tidak mempunyai visi dan misi.

Ya, inilah nasib rakyat Terengganu. Kepimpinan Menteri Besarnya "terlalu cerdik" dalam segala hal.

Daripada membela binatang gajah, rusa dan harimau di Zoo Kemaman dalam keadaan masih terlalu ramai rakyat yang perlu dibela; wang daripada membeli binatang berkenaan termasuk burung-burung dengan harga beribu-ribu ringgit tetapi tidak mendatangkan faedah kepada rakyat yang rata-rata hidup "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang", lebih baik disalurkan di tempat lebih bermanfaat.

DetikDaily

Khamis, 5 Januari 2012

Syed Azman Buat Laporan Penyelewengan, Pegawai MB & UKOM Tengah Berkhayal

Ambe soronok baca dan dengar laporan mengenai apa yang dibuat oleh ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi terhadap Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said).

Baru bertemu buku dengan ruas. Mad Said saman Syed Azman, ADUN Pas itu buat laporan terhadap Mad Said kepada SPRM.

Kita nak tenguk apa yang akan dilakukan oleh pecacai Mad Said.


Bermula dengan Timbalan Suk Pengurusan ( Datuk Wan Ahamad Wan Muda), Setiausaha Politik Mad Said, Datuk Wan Ahmad Nizam, Penyelidik Kanan (yang sudah ditolak ke kiri oleh Mad Said) Hambali Abdul Latif dan Setiausaha Akhbar yang sudah masuk kelab Mad Said kawin dua, Rosli Zakaria.

Ambe nak tengok apa mereka ini akan lakukan. Dah kecut semua telor pegawai Mad Said ni.

Selama ini Ambe tengok Hambali tu jadi panglima perang dalam apa juga kes membabitkan Mad Said sama ada dengan PAS, 10 Budak Hitam atau juga blogger pembangkang.

Selepas dia diketepikan, apakah dia akan bangkit dan mempertahankan Mad Said?

Ambe juga nak tengok apa Pengarah UKOM, Haji Shamsuddin Sulong boleh buat. Atau dia tak peduli sebab dok gila nak jadi calon di Wakaf Mempelam, walaupun dah dua kali kalah di Manir!.

Nak harapkan Roslan Abdul Rahman jawab tuduhan Syed Azman? Lan Telipot ni sekarang pun sasau dengan kekasih lamanya! Dia macam ingat-ingat lupa je mengenai semua kerja pejabat. Malah wartawan dan jurugambar UKOM semalam bukan sekadar muka, bayang pun tidak ada.

Khabarnya bos-bos di UKOM ‘tidur’ dan tidak perasan pun ada laporan mahu dibuat. Arahan keluar dibuat selepas sejam Syed Azman buat laporan.Jauh panggang dengan api slogan UKOM yang ‘Terkini, Cepat, Tepat’.

Bagilah Haji Din dan Lan Telipot tu khayal dalam angan-angan dan jadi di Luncai yang terjun dengan labu-labunya.

Syed Azman semalam membuat laporan di pejabat SPRM Kuala Terengganu berhubung Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah.

Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mendedahkan banyak kelemahan program bantuan pakaian dan alatan sekolah yang dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu.

“Laporan ini dibuat supaya suatu siasatan segera dapat dilaksanakan oleh pihak SPRM dan saya juga memohon tindakan saya ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

“Asas kepada laporan ini dibuat berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang secara tidak langsung turut melibatkan penyelewengan di bawah bidang kuasa Menteri Besar Terengganu,” ujarnya kepada media selepas membuat laporan tersebut.

Beliau yang menyerahkan laporan tersebut kepada Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Yusuff Mohd Zin ditemani oleh peguamnya dari Tetuan Fariz Halim & Co pada jam 11.00 pagi.

Dr Syed Azman telah diambil keterangan oleh pegawai penyiasat SPRM selama dua jam.

Hadir sama mengiringi beliau adalah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing serta 20 penyokongnya.semalam

Nampak gayanya, balik dari lawatan luar negara minggu depan, Mad Said akan memanggil bala tenteranya untuk menyediakan jawapan kepada SPRM.

Harap-harap kes ini boleh ajar sikit Mad Said yang celupar tu!

Ahad, 9 Oktober 2011

Rakyat Tuntut Penjelasan Mengenai Skandal Stadium

Oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad (Penolong setiausaha Agung PAS,ADUN Batu Buruk)

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu.

Projek ’kebangaan’ kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta.

Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.

Projek mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada tiga ‘kontraktor kroni’ utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk ‘space frame’ ini adalah syarikat Sowon Pte Ltd dari Korea Selatan.

Namun pada 2 Jun 2009 suatu tragedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh.

Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat daripada keruntuhan itu. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam tempoh tanggungan kecacatan’ dan pihak kontraktor yang sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.

Pada 15 Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini taklimat telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia.

Antara faktor yang telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC adalah empat punca utama iaitu;

• Rekabentuk yang tidak memadai; perekabentuk gagal untuk mengambilkira pertimbangnan yang secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bumbung.

• Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri
• Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak.

• Bahan dan kualiti hasilkerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan.

Isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu.

Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, kini telah lebih dua tahun stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan lancar seperti yang di jangkakan.

Ramai kalangan rakyat Terengganu yang tertanya-tanya bilakah baikpulih stadium ini akan disiapkan? Dan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan yang memalukan ini?

Dan pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih ini? Dan berapakah pula kos sebenar baikpulik stadium ini yang bernilai hampir RM300 juta ini?

Skandal besar yang memalukan ini perlu kepada penjelasan telus dari pihak kerajaan Terengganu khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar. Beliau tidak boleh menutup ‘sebelah mata’ dengan menyalahkan ‘kontraktor kroni’ kepimpinan yang lalu di bawah Datuk Seri Idris Jusuh semata-mata.

Menurut Ahmad Said, tambahan kos kepada penyelengaraan pembaikan stadium ini adalah di tanggung oleh tiga kontraktor utama yang bertanggungjawab. Kini persoalan besar yang timbul adalah apakah keseluruhan struktur stadium ini selamat untuk digunakan?

Dan berapakah tanggungan kerajaan negeri dalam baikpulih yang sedang berjalan ini?

Amat malang nasib rakyat di negeri Darul Iman ini.

Negeri yang kaya raya ini berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan masalah kepimpinan yang amat lemah. Rakyat terpaksa menanggung bebanan masalah stadium yang runtuh, kolam renang yang bocor, stesen bas yang runtuh bumbungnya serta projek-projek pembaziran seperti zoo di Kemaman, subsidi ‘atap biru’, penberian air zam-zam dan buah kurma, yang semuanya melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit.

Ya... RM300 juta yang dibelanjakan untuk Stadium Sultan Mizan ini berkemungkinan besar terbuang ke Laut Cina Selatan sahaja... dan penyu terpaksa menangis lagi di negeri Ganu kite ini.

Sumber asal : Malaysiakini