Menurut sumber, pada waktu terdekat, kerajaan akan memberikan tanah kepada syarikat yang menjalankan operasi kuari Bukit Batu Hampar atau dikenali kuari Bukit Berapit bersebelahan kuari Bukit Jong dekat Kuala Nerus.
Sumber tersebut berkata, atas tujuan tersebut, kerajaan Umno/BN Terengganu akan ‘merampas’ tanah penduduk sekitar lokasi kuari itu beroperasi.
Pada tahun 2008, kira-kira tiga bulan dari tarikh pilihanraya umum ke-11, kuari terbabit yang telah ditutup sekian lama ditutup telah diberikan kepada syarikat Imbuhan Pelangi Sdn Bhd bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.
Perkara tersebut telah didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawa soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, pada April 2010.
Semakan yang dibuat Buletinonline dan laporan diterbitkan pada 11 April 2010 mendapati, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus.
Namun begitu, menurut penduduk setempat, kuari yang banyak membekalkan bahan bagi membina jalan dan jambatan Kampung Jeram ke Kampung Bukit Guntung itu, bukan diuruskan oleh syarikat tempatan.
“Ia mungkin telah dijual kepada syarikat luar Terengganu, samada ia betul atau tidak, Wallahu’alam, tapi saya lihat orang luar yang menjalankan urusannya,”ujar beliau yang tidak mahu dikenali, ketika ditemui Buletinonline.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan