Memaparkan catatan dengan label Tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanah. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mei 2012

Syarikat Kroni Umno/BN Terengganu Pula Dapat Tanah???



Selepas menganugerah kan tanah kepada wakil-wakil rakyat, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka akan mengagih-agihkan tanah kepada syarikat-syarikat kroni pula.

Menurut sumber, pada waktu terdekat, kerajaan akan memberikan tanah kepada syarikat yang menjalankan operasi kuari Bukit Batu Hampar atau dikenali kuari Bukit Berapit bersebelahan kuari Bukit Jong dekat Kuala Nerus.

Sumber tersebut berkata, atas tujuan tersebut, kerajaan Umno/BN Terengganu akan ‘merampas’ tanah penduduk sekitar lokasi kuari itu beroperasi.

Pada tahun 2008, kira-kira tiga bulan dari tarikh pilihanraya umum ke-11, kuari terbabit yang telah ditutup sekian lama ditutup telah diberikan kepada syarikat Imbuhan Pelangi Sdn Bhd bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawa soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, pada April 2010.

Semakan yang dibuat Buletinonline dan laporan diterbitkan pada 11 April 2010 mendapati, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus.

Namun begitu, menurut penduduk setempat, kuari yang banyak membekalkan bahan bagi membina jalan dan jambatan Kampung Jeram ke Kampung Bukit Guntung itu, bukan diuruskan oleh syarikat tempatan.

“Ia mungkin telah dijual kepada syarikat luar Terengganu, samada ia betul atau tidak, Wallahu’alam, tapi saya lihat orang luar yang menjalankan urusannya,”ujar beliau yang tidak mahu dikenali, ketika ditemui Buletinonline.

Jumaat, 13 April 2012

Tanah Kerajaan Yang ADUN Besut ‘Baham’ Bernilai RM1.5 juta

  "...sekiranya pihak ADUN Umno merasakan apa yang didedahkannya adalah satu penipuan, beliau mencabar supaya perkara itu dibawa ke mahkamah..." - Abdul Halim Tausah

Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Besut, Abdul Halim tausah (Abe Din) mendakwa tanah kerajaan yang diperolehi oleh Ahli-ahli yang Berhormat Umno di kawasan Dendong Mukim Tembila Besut dekat sini adalah bernilai RM1.5 juta setiap satu.

Beliau berkata tanah di kawasan tersebut adalah bernilai RM100, 000 bagi setiap lot.


“Tanah di sini (Dendong) beri kepada orang kampung (1 lot) satu ekar dibahagikan kepada enam (bahagian), yang bahagian depan menghadap ke laut, dia (YB Umno) ‘baham’ ked ia dua setengah ekar seorang,

“Abdullah Md Zin Lot No. PT 6964, Nawi (Lot No.) 6904 Yang berhormat demo sini, lepas tu Mohd Pehemi (ADUN) Kampung Raja baham dua setengh ekar, yang hujung sekali yang comel (baik) sikit (Lot. No.) PT 6902 Datuk’ Idirs Jusoh ‘baham’ jugok,

“Bererti dia boleh 15 lot (setiap seorang) satu lot tanah di situ (bernilai) RM100,000, (oleh itu) nilai tanah ini (yang diperolehi oleh ADUN Umno itu) bernilai RM 1.5 juta!,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah isu semasa yang diadakan di Kampung Bukit Payong pada Rabu malam, 11 April lalu.

Menurut Abe Din, yang juga bekas ahli Umno Bahagian Besut , sekiranya pihak ADUN Umno merasakan apa yang didedahkannya adalah satu penipuan, beliau mencabar supaya perkara itu dibawa ke mahkamah.

Turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan yang DiPertua PAS Besut Shalahuddin Jaafar.

BuletionOnline

Sabtu, 31 Mac 2012

Mad Said Putarbelit Isu Pemberian Tanah Kepada ADUN PAS!!!!

Mad Said kini tertekan dengan isu pemberian tanah anugerah kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) kini mula memutar belitkan isu tanah.

Malah Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ternyata tersilap apabila merujuk kes pemberian tanah yang luas kepada wakil rakyat PAS sehingga 50 hektar pada tahun 1999 hingga 2004.


Sehubungan itu, mantan Adun Ladang, Dr Sulaiman Abdullah menjelaskan Projek Lembah Limau di Blok 5 Ketengah, Kampung Durian Mentangau, Dungun adalah projek tajaan kerajaan Barisan Nasional.

Menurutnya, tanah seluas 50 hektar bagi setiap lot yang telah disediakan oleh kerajaan BN Terengganu sebanyak 18 lot.

Katanya, projek-projek tersebut telah ditawarkan kepada para pelabur syarikat berkaitan kerajaan dan juga Syarikat Sdn. Bhd pada tahun 1996 bagi dimajukan perusahan tanaman limau madu.

“Projek (Lembah Limau) itu hanya diminati oleh 9 buah syarikat yang memohon termasuk dengan Syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd.

“Syarikat (Imbasan Padu) ini dimiliki oleh Dr Sulaiman Abdullah dan isteri Dr Che Hamidah Che Abdul Kadir yang pada waktu itu belum lagi menjadi wakil rakyat (Adun Ladang),” ujarnya pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, pada tahun 1998, pihak Ketengah yang dipengerusikan MB Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad waktu itu telah meluluskan kepada semua permohonan 9 syarikat yang memohon projek tersebut.

Bahkan, katanya segala perancangan dan persediaan termasuk anak benih telah dibuat serta surat kelulusan bagi menebas hutan turut dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Pada awal 1999, Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan hanya kepada lapan buah syarikat sahaja dan permohonan dari Syarikat Imbasan Padu Sdn. Bhd telah ditolak atas dasar diskriminasi politik.

“Pada tahun 2000 kerajaan PAS Terengganu telah meluluskan permohonan tanah dan projek itu kepada syarikat Dr Sulaiman dan isterinya (Imbasan Padu Sdn. Bhd) atas dasar keadilan,” jelasnya.

Dr Sulaiman mendakwa pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, Exco Pertanian waktu itu menjelaskan bahawa Jawatankuasa Pertanian Negeri memberitahu permohonan Syarikat Imbasan Padu ditolak kerana diskriminasi politik kerajaan BN.

Katanya, tidak timbul soal tanah anugerah atau diluluskan semata-mata kepada wakil rakyat PAS kerana syarikat telah dinafikan hak sebelum itu.

“Mungkin juga muka saya telah ‘dicop’ sebagai orang PAS dan sebab itu permohonan tanah tidak diluluskan waktu itu walau pun diluluskan kepada orang lain.

“Syarikat saya layak sebab itu telah diluluskan permohonan oleh Ketengah, cuma pihak Exco Kerajaan Negeri yang tolak kerana diskriminasi politik,” ujarnya.

Beliau menegaskan projek tanaman limau madu di Lembah Limau itu merupakan projek kerajaan Umno-BN Terengganu.

Menurutnya, pada tahun 2008, kerajaan BN Terengganu telah meluluskan pemberian tanah secara pajakan melalui tabung amanah warisan kepada 9 buah syarikat lagi bagi fasa II pembangunan tanah.