Jumaat, 18 November 2011

Balak Pilihan Raya – Tauke Emas & Jutawan Dapat Anugerah

Ambe rasa Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) akan mengamok pulak lah lepas ni. Dia mungkin akan ugut blog yang siarkan cerita ini.

Kali ini Ambe ambik dari Bulletinonline (milik PAS) yang mengatakan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu terus 'mengikis' harta rakyat negeri ini dan kini sedang dikesan mengagih-agihkan sebanyak tujuh puluh dua kawasan balak di seluruh negeri.

Agihan yang berupa 'anugerah' itu dibahagi-bahagikan dikalangan 'kerabat dan kroni' parti Umno, kononnya bertujuan mengongkosi biaya pilihnaraya umum ke-13.

Menurut sumber Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, keseluruhan kawasan berjumlah lebih 50,000 ekar itu telah diluluskan oleh Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said itu pada 6 dan 7hb September, 2011.

Pemimpin-pemimpin pertengahan UMNO di bahagian-bahagian yang dianugerahkan kawasan balak tersebut mendapat setiap seorang diantara 600 ekar hingga 100a ekar kawasan

Antara yang dikesan memperolehi anugerah dari Ahmad adalah seorang 'tauke emas' dan seorang jutawan 'orang kuat Umno' (OKU).

Tauke emas tersebut dilaporkan sebagai 'orang kuat Najib' dari kawasan Hulu Terengganu yang disebut-sebut akan menggantikan Mat Rozi sebagai calon Umno/BN DUN Telemong.

Beliau yang didakwa mendapat kawasan balak dalam kawasan hutan simpan Setiu, juga dilaporkan memiliki lesen kontraktor kelas 'C' dan sedang membina rumah bernilai puluhan juta ringgit (Gambar atas).

Seorang lagi jutawan OKU yang didakwa mendapat anugerah 'balak pilihanraya' itu adalah orang kuat Umno Setiu.

Walaupun tidak duduk di barisan hadapan sebagai ahli politik Umno Setiu, jutawan OKU ini sangat berpengaruh mencorakkan lanskap UMNO Setiu.

Beliau dilaporkan pernah membiayai kehidupan Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee, sewaktu UMNO kalah diantara tahun 1999 hingga 2004.

Dilaporkan, kekayaannya yang 'melimpah ruah' cukup terserlah apabila baru sahaja menduduki istana bernilai RM3 juta yang dibina dicelah-celah pohon rendang di kawasan Putrajaya Setiu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan