Sabtu, 29 Oktober 2011

Kerajaan Ahmad Said Belanja Habis Wang Pelaburan Rakyat

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said telah membelanjalkan habis wang pelaburan kerajaan dalam bentuk simpanan tetap (fixed deposit).

Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara berhubung prestasi kewangan kerajaan Terengganu

Katanya, kerajaan telah menyimpan wang berjumlah RM205.5 juta di dalam bank dalam bentuk pelaburan sejak 15 tahun lalu, tetapi telah habis licin pada tahun 2009 dan 2010.

"Pada tahun 2006, ada sebanyak RM205.5 juta didalam bank dalam bentuk pelaburan, setahun kemudian, pada tahun 2007, dikeluarkan (wang tersebut) buat belanja sebab tak ada duit, jadi tinggal baki RM89.5 juta,,"jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui selepas Seminar Maqasid Syariah, di Kuala Terengganu kelmarin.

Menurutnya pada tahun 2008 wang tersebut terus dikeluarkan sehingga tinggal baki hanya berjumlah RM6 juta.

Kemudian, pada tahun 2009, katanya, wang tersebut dikeluarkan habis dan tidak berbaki lagi.

Tidak ada simpanan dibuat oleh kerajaan pada 2010 walaupun bajet negeri melebihi RM 2 bilion.

Sumber : BulletinOnline

3 ulasan:

  1. Balak, projek besor bahang di Wan Ahamad je......

    BalasPadam
  2. Dok baik wat fitnah kedia, dulu Dato' Dr. Romzi wat fitnah kedia hantar SMS nok bunuh orang, akibatnya Romzi kena tangkap dan bicarakan, terpaksa bela diri 8 pertuduhan..Takut Mat Bong yang dah kenyang....

    BalasPadam
  3. Wan Ahmad dok laku doh. Mat said lame doh buang dia.Kesian aku tengok dia dari susk mat said buang dia ke tingkat 15 dalam kurungan.Jadi tsuk hok tak dok power.

    BalasPadam