Memaparkan catatan dengan label Wang kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wang kerajaan. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Oktober 2011

Subsidi Tiket Bola - Mad Said Belanja Ikut Sedap Guna Wang Rakyat

Ditanya wartawan pada hari Terengganu mengumumkan untuk memberikan subsidi RM25 bagi setiap tiket bola perlawanan akhir Piala Malaysia, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ‘Negeri Sembilan tidak sekaya Terenganu’.

Tidaklah diketahui sama ada Mohamad menyindir Terengganu atau ia benar-benar ‘miskin’.

Namun hakikatnya Terengganu yang bergantung kepada hasil ehsan petroleum 100 peratus itu sebenarnya lebih miskin daripada Negeri Sembilan jika mengikut pendapatan negeri dan simpanannya.

Mohamad sebagai Pengurus Pentadbir Kewangan Negeri secara jelas tidak mahu menggunakan wang negeri untuk perkara sebegini.

Sebaliknya Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) yang berada di luar negara ketika isu tiket mahal oleh FAM tiba-tiba sahaja bersetuju memberikan subsidi RM25 kepada 30,000 tiket yang diagihkan kepada DUN dan dijual di stadium.

Ini bermakna RM750,000 diluluskan begitu sahaja. Mana ada mesyuarat Exco atau mesyuarat khas meluluskan peruntukan berkenaan. Ini cara Mad Said belanja duit.

Sedangkan bagi Mohamad Hasan - beliau yang tertekan selepas penyokong Negeri Sembilan mahu memboikot perlawanan itu selain pastinya ‘terkejut’ dengan pengumuman Mad Said itu terpaksa memanggil mesyuarat tergempar Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) untuk menentukan subsidi.

Maknanya, sebagai pentadbir yang ada pengalaman kerja dengan swasta, Menteri Besar Negeri Sembilan itu tidak mengeluarkan duit kerajaan begitu sahaja. Suka-suka hati seperti Mad Said.

Mohamad sebagai Presiden PBNS selepas mesyuarat tergempar PBNS, mengumumkan PBNS mengorbankan pendapatan mereka untuk menampung 30,000 tiket yang dijual di negeri itu pada harga RM30, biarpun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tetap dengan keputusan menjual harga tiket RM50.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan mesyuarat tergempar dengan ahli jawatankuasa PBNS setelah FAM enggan berganjak dari keputusan untuk menurunkan harga tiket.

Jelasnya, keputusan itu juga dibuat selepas PBNS menerima rungutan orang ramai itu dan pihaknya berpendapat sudah tiba masanya memberi 'hadiah' kepada penyokong skuad Rusa.

Ada dua perkara di sini.

Pertama, Mohamad membawa ke MESYUARAT keputusan subsidi tiket dan keputusan adalah hasil mesyuarat;

Kedua, Mohamad tidak SEWENANG-WENANGNYA menggunakan wang negeri sebaliknya wang Persatuan Bolasepak Negeri.

Sedangkan Terengganu, keputusan adalah oleh Mad Said bersaorangan dan keduanya menggunakan wang negeri.

Tidakkah ini perbuatan salah laku kepada Kerajaan Negeri?

Ahmad Said perlu dipersoal dengan keputusannya dan bagaimana dia berani dan membuat keputusan peribadi untuk menggunakan wang negeri.

Rakyat boleh lihat sendiri cara Mad Said tadbir negeri. Ini baru untuk bolasepak.
Untuk kepentingan kroni dan kedudukannya BAGAIMANA PULA?

Kerajaan Ahmad Said Belanja Habis Wang Pelaburan Rakyat

Kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu dibawah pimpinan Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said telah membelanjalkan habis wang pelaburan kerajaan dalam bentuk simpanan tetap (fixed deposit).

Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian ketika mengulas Laporan Ketua Audit Negara berhubung prestasi kewangan kerajaan Terengganu

Katanya, kerajaan telah menyimpan wang berjumlah RM205.5 juta di dalam bank dalam bentuk pelaburan sejak 15 tahun lalu, tetapi telah habis licin pada tahun 2009 dan 2010.

"Pada tahun 2006, ada sebanyak RM205.5 juta didalam bank dalam bentuk pelaburan, setahun kemudian, pada tahun 2007, dikeluarkan (wang tersebut) buat belanja sebab tak ada duit, jadi tinggal baki RM89.5 juta,,"jelasnya.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui selepas Seminar Maqasid Syariah, di Kuala Terengganu kelmarin.

Menurutnya pada tahun 2008 wang tersebut terus dikeluarkan sehingga tinggal baki hanya berjumlah RM6 juta.

Kemudian, pada tahun 2009, katanya, wang tersebut dikeluarkan habis dan tidak berbaki lagi.

Tidak ada simpanan dibuat oleh kerajaan pada 2010 walaupun bajet negeri melebihi RM 2 bilion.

Sumber : BulletinOnline