Memaparkan catatan dengan label Khazan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khazan. Papar semua catatan

Selasa, 8 Mei 2012

Antara Dua Darjat - Kisah Si Ibu Tunggal dan Seorang YB Umno/BN

Mahligai Siti Jahara...  
 “Sebelum ini, ketika arwah suami masih hidup kami cuba baiki sikit rumah ini tetapi tidak sempat siap, suami meninggal dulu...Nak minta bantuan kerajaan, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai kata kami tidak aktif dengan Umno-BN,” - Siti Jahara Awang
 
Dalam suasana negeri Terengganu didakwa semakin maju, dengan belanjawan RM2 bilion setahun berturut-turut sejak 7 tahun lalu, di sebuah kampung pinggiran Bandaraya Kuala Terengganu tinggal seorang ibu tunggal, Siti Jahara Awang, yang berumur 54 tahun.


Beliau yang menetap di Kampung Tepi Kubur Lingai, Batu Rakit sebaliknya menghadapi kehidupan yang semakin sukar dan sempit, sejak kematian suaminya lapan tahun yang lalu.

Mahligai YB Khazan
Beliau yang hanya bekerja mengambil upah menoreh getah tidak mampu membaiki rumah lama tinggalan arwah suaminya.

Pada waktu malam, angin dingin dari bukit menyelinap masuk melalui dinding dapurnya yang semakin mereput. Tatkala musim tengkujuh diantara bulan Oktober hingga Januari setiap tahun, rahmat hujan yang turun mencurah-curah menjadikan sebahagian rumahnya lembab dan basah.

Atap rumah lama itu, yang bocor tidak mampu di tukar, kerana upahnya menoreh getah hanya dapat menampung makan minum dan pakai, menyara hidup tiga orang anak yang masih bersekolah.

Hidup Siti Jahara (kiri) , lebih ‘getir’ dan mencabar apabila musim hujan, beliau tidak dapat turun menoreh getah, berbulan lamanya.
 
Hidup ibu tunggal tiga beranak sekeluarga itu, hanya menumpang ehsan jiran dan taulan yang masih ada perasaan. “Sejak kematian suami pada tahun 2004, hidup kami anak-beranak semakin susah dan saya terpaksa bekerja ambil upah menorah getah.

“Pendapatan tidaklah seberapa sangat hingga nak baiki atap bocor dan dinding berlubang pun tidak mampu.

Cukup sekadar makan anak-beranak sahaja,” ujar ketika ditemui di rumahnya.

Tidak sampai sampai sepuluh kilometer dari Kampung Lingai, menelusuri jalan baru dari Padang Nenas ke Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, tersergam sebuah ‘mahligai indah’.

Berbeza dengan rumah ibu tunggal Siti Jahara, rumah batu ‘konkrit’ beratap genting, dengan hiasan kayu dan perabot mewah, baru setahun dua ini disiapkan.

Secara perbandingannya, nilai garaj ‘mahligai indah’ itu sudah pun lebih tinggi melambung, berbanding rumah si ibu Tunggal.

Kalau Siti Jahara sedih dengan kematian suami pada tahun 2004, pemilik ‘mahligai’ itu bergembira pada tahun tersebut kerana beliau dipilih menjadi Wakil Rakyat Batu Rakit sejak tahun 2004.

Di Mahligai itulah menetap Khazan Che Mat, seorang bekas pegawai kerajaan yang dikenali sebagai ‘Ustaz’ menjadi calon bagi parti Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya ke-11 tahun 2004.

Apalah yang dapat Siti Jahara lakukan, setelah hilang tempat bergantung selain merayu bantuan daripada pihak lain, khususnya kepada kerajaan Umno/BN yang berkuasa.

Namun, bagi Khazan, semuanya dapat diperolehi sejak menjadi wakil rakyat kepada kerajaan yang berkuasa Umno/BN.

Siti Jahara pernah memohon bantuan dari kerajaan namun katanya, sebarang bantuan tidak pernah diterima dengan alasan kerana tidak aktif dalam Umno/BN di kampung.

“Sebelum ini, ketika arwah suami masih hidup kami cuba baiki sikit rumah ini tetapi tidak sempat siap, suami meninggal dulu.

“Nak minta bantuan kerajaan, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai kata kami tidak aktif dengan Umno-BN,” jelasnya.

Berapalah sangat nilai bantuan untuk membaiki rumah yang dipohon oleh Siti Jahara, berbanding nilaian harta yang dipohon oleh Khazan Che Mat.

Mungkin sekitar RM10,000 sudah memadai, untuk membaiki didinding yang reput dan atap yang bocor bagi Siti Jahara, berlindung dari sejuk malam dan basah dek hujan.

Sebaliknya, berapakah pula nilaian tanah di Mengabang Bakong yang diperolehi oleh Khazan Che Mat, yang dengan mudah diluluskan oleh kerajaan Umno/BN.

Tanah cantik ditepi sungai berhadapan dengan laut China Selatan tidak kurang harganya RM50,000 bagi satu lot.

Khazan bukan mendapat dua atau tiga lot tetapi keluasan satu hektar tanah kerajaan yang diperolehinya boleh dipecahkan kepada 15 lot, yang menjadikan nilai keseluruhan tidak kurang RM750,000.00

Menurut Siti Jahara yang terus miskin sejak tahun 2004, dan Khazan yang sudah menjadi kaya raya sejak menjadi wakil rakyat sejak tahun 2004, Khazan tidak pernah datang bertanya khabar atau mengambil cakna tentang masalah rakyat, apatah lagi melihat kedaifan hidup Siti Jahara sekeluarga.

Bukankah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Khazan Che Mat sepatutnya tidak membiarkan keluarga Siti Jahara susah dan ‘melarat’?

 Tetapi kerajaan parti Umno/BN yang didokong Khazan Che Mat menjadikan bekas ‘Ustaz’ Yayasan Islam Terengganu itu menjadi buta?

Buta mata dan hati…… Sekarang saat hampir pilihanraya umum sekali lagi dan mungkin seorang pegawai kerajaan akan mewakili Umno/BN sebagi calon pula!

Isnin, 26 Mac 2012

Khazan Kumpul Harta, Tanah Memperkayakan Diri, Keluarga…

Kadang-kadang Ambe kesian kat Mad Said. Yang buat hal adalah Idris Jusoh dan konco-konconya tetapi yang kena tempias adalah Datuk Seri Ahmad Said.

Menteri Besar Terengganu semalam terpaksa ‘menegakkan benang basah’ apabila cuba mempertahankan tindakan negeri meluluskan permohonan tanah oleh ADUN BN, khususnya di Besut yang boleh dikategorikan sebagai ‘baham tanah’.

Mad Said ni jenis bodoh kelu kot. Nak pertahan apa? Kalau Ambe biar mampus semua ADUN yang buat hal tu!

Bagi Ambe, Mad Said tak perlulah susah payah nak pertahankan ADUN UMNO di Besut yang dapat tanah kerana mereka bukan kena memgena dengan beliau pun.

Mereka semua tu depan Mad Said tunduk tapi belakang apa yang tidak kata kat Menter Besar Terengganu itu?

Cuma yang mengejutkan di kalangan yang dapat tanah itu ialah memgenai harta Khazan Che Mat, ADUN Batu Rakit yang didakwa oleh PAS memang kaya raya.

Bagaimana dia boleh kumpul harta sampai RM4 juta? Hai Ustaz ni cepat kaya. Jangan jadi macam Datuk Seri Khir Toyo sudah lah.

Menurut satu entri dalam satu blog, ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat beberapa ketika dahulu pernah dilaporkan berkata, harta dan kewangan yang dimiliki oleh keluarganya sudah cukup untuk menampung kehidupan sekiranya Khazan tidak lagi menjadi wakil rakyat.

Perkara tersebut dikatakan heboh diperkatakan orang ramai. Ia dituturkan isteri Khazan dalam satu majlis dan didengari oleh ramai orang.

Menurut seorang penduduk yang berasal dari Kampung Maras, Adnan Awang, 45, beliau mengesahkan memang pernah mendengar cerita tersebut.

“Memang pernah dengar orang duk bercakap, tapi saya tak ingat waktu bila,”ujar Adnan Awang. Kini, setelah beberapa ketika berlalu, barulah jelas ‘kekayaan’ yang dimiliki oleh Khazan Che Mat yang dilaporkan berjuta ringgit.

Termasuk tanah yang diwarisi, Khazan memiliki 13 keping tanah dalam Mukim Batu Rakit dan sekeping di mukim Hulu Nerus.

Beliau yang menjadi ADUN sekaligus Exco sejak tahun 2004 memiliki sembilan keping tanah yang dimiliki secara pembelian.

Sekeping secara pertukaran lot dan sekeping diperolehi dengan menyambut lelongan.

Apa yang menjadi menjadi perbualan ramai sekarang adalah dua keping tanah kerajaan yang diperolehi beliau yang juga Pengerusi (Exco) Jawatankuasa Agama dan Penerangan
Negeri Terengganu.

Sekeping tanah ‘status padi’ Lot PT 6454 seluas 0.2652 hektar dan sekeping tanah ‘status pertanian’ Lot PT 30794 berkeluasan 0.9965 hektar, kedua-duanya terletak di Mukim Batu Rakit.

Agak menghairankan juga, tanah Lot PT 30794 yang baru diluluskan pada November 2011 tetapi telah berpagar dan telah didirikan sebuah bangunan umpama sebuah chalet.

Semalam pada Sabtu, 24 Mac, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang medianya di Pejabat Perhubungan PAS mendedahkan Khazan Che Mat adalah salah seorang daripada lima ADUN dan AP Umno Terengganu, menerima anugerah tanah kerajaan tersebut.

Empat lagi adalah dari kawasan Parlimen Besut yang terdiri daripada Ahli Parlimen Besut sendiri, Abdullah Md. Zain, ADUN Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh, ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad dan ADUN Kota Putera Muhamad Pehimi Yusof.

Keempat-empat mereka dianugerahkan tanah seluas satu hektar (lebih kurang 2.5 ekar) setiap satu berhampiran pantai Dendong, mukim Tembila, Besut.

Untuk ‘cover’ kesemua mereka, Mad Said terpaksa ‘mendedahkan’ kononnya PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika Terengganu diperintah oleh PAS antara 1999 dan 2004.

Menteri Besar Terengganu itu berkata PAS memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.

Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang. Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun. Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.

Mad Said menjawab soalan pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat sini.
Cukupkah dengan penjelasan itu?

Rasanya jawapan Mad Said itu tidak mampu untuk menepis apa yang disebutkan Wahid dan tidak akan mampu untuk mendinginkan kemarahan rakyat Terengganu.

Yang pasti Mad Said kini semakin sukar untuk memboloskan dirinya daripada masalah dan kontroversi yang dicipta bukan sahaja oleh orang yangn dekat dengannya tetapi juga oleh musuhnya yang mengharu-birukan UMNO Terengganu.

Ini baru beberapa permulaan dan banyak lagi yang akan menyusahkan Mad Said!