Selasa, 4 Oktober 2011

Tak Payahlah Bulan Madu Kedua - Boleh Belajar Daripada Mad Said

Pentingkah sangat program Bulan Madu Kedua hingga mahu dijadikan kursus wajib?

Atau ia sebagai usaha membelanjakan wang rakyat sebagai anugerah kepada kakitangan kerajaan untuk ‘bersedap’ dengan isteri.

Pokoknya apakah selama ini pegawai berkenaan ke luarTerengganu atau bertugas atau berkursus di Terengganu tidak membawa isteri atau suami masing-masing?

Yang Ambe tahu, program Bulan Madu Kali Kedua ini diperkenalkan untuk pasangan yang bermasalah, bukan untuk kakitangan kerajaan.

Tiba-tiba Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik itu mengatakan Kerajaan Negeri akan menjadikan sebagai kursus wajib kepada penjawat awam dalam usaha memantapkan institusi keluarga yang kian meruncing kini.

Tegasnya, ia dilakukan kerana program yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) itu dilihat dapat meningkatkan kualiti hidup kekeluargaan.

Mengikut kajian YPKT pasangan berkahwin dalam tempoh berkenaan menghadapi pelbagai masalah terutamanya menyesuaikan diri antara satu sama lain sekali gus meningkatkan kadar penceraian dan setakat ini jumlah ibu tunggal di Terengganu dianggarkan seramai 17,000 orang.

Persoalan ialah apakah institusi keluarga di kalangan kakitangan kerajaan atau penjawat awam begitu meruncing?

Kalau tidak tahu mahu menjaga keluarga, contohi Menteri Besar, Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) yang mempunyai dua isteri.

Mazlan berkata kerajaan memandang baik cadangan oleh YPK itu memandangkan institusi kekeluargaan khususnya berusia bawah lima tahun begitu membimbangkan berikutan kerap berlakunya penceraian.

Bercakap selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009/2010 dan Pelancaran MS ISO 9001:2008 YPK, di Dewan Utama YPK, di Kuala Terenggan kelmarin, Mazlan berkata: “Ia merupakan cadangan baik yang boleh kita laksanakan pada semua penjawat awam dan kita harap YPK dapat menyerahkan kertas cadangan secepat mungkin untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.”

Ambe harap EXCO tidak lulus cadangan ini. Bukan kerana ia ‘cadangan bodoh’ tetapi ada lagi yang lebih penting!

Beliau member respons terhadap cadangan Pengarah YPK, Mohd Safaruddin Mustaffa agar Kerajaan Negeri menjadikan program tersebut sebagai salah satu aktiviti yang harus disertai setiap kakitangan kerajaan yang telah berkahwin kurang dari lima tahun.

Ambe rasa Mazlan patut melihat kepada isu lebih besar, umpamanya menyelesaikan ‘boikot penjawat awam’ terhadap program kerajaan yang mahu dilaksanakan oleh Menteri Besar serta menjamin jentera kerajaan berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ benar-benar menyentuh jiwa rakyat.

Program yang mahu diperkenalkan Mazlan hanya akan menghabiskan wang rakyat dan ‘pasangan’ penjawat awam yang akan mendapat SEDAP!

Ahad, 2 Oktober 2011

Zabidi, Jangan Layan Perangai Sesetengah Pemimpin UMNO


Siapa yang cakap macam tu Zabidi?

Amber rasa UMNO Terenganu tengah hilang punca.

Zabidi mengadu melalui blognya dengan tajuk "BLOG CATATANZABIDI TIDAK BANTU UMNO TERENGGANU? “ bahawa ada pemimpin UMNNO Terengganu mengatakan blognya tidak membantu UMNO Terengganu.

Semuanya dia belasah. Yang dok bodek tepi Menteri Besar, sama ada dalam Unit Komunikasi Negeri (UKOM) seperti Haji Samsuddin Sulong, Ruslan Ab Rahman atau sekeliling Ketua Penerangan, Ahmad Razik Abdul Rahman pun tidak tau buat kerja.

Ada pegawai Razif berlagak tahu macam dah buat kerja penerangan UMNO berpuluh tahun.

Malah, Ambe rasa gerakan untuk menyisihkan Hambali Abdul Latiff daripada pejabat Menteri Besar Terengganu pun dilakukan oleh orang dalam, bukan ‘orang bencikan’ Hambali.

Zabidi kena tahu bahawa dalam keadaan UMNO tengah lemas, apa pun mereka akan capai waima seketul sabut pun.

Jadi Zabidi jangan nak heran dengan perangai orang UMNO Terengganu sekarang.

Matlamat mereka:

1. Nak jadi calon;
2. Nak menang untuk kekal jawatan dan buat kekayaan; dan
3. Kalau tidak dicalonkan atau tidak boleh menang, kutuk Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) yang menyebabkabn mereka tidak boleh jadi calon.


Ambe dan reti benar dengan feil orang Terengganu. Kalau dia tidak dapat, biar kawan atau regunya pun putih mata.

Kata Zabidi, “Ada seorang pemimpin UMNO Terengganu mendakwa blog saya, catatanzabidi.blogspot.com tidak membantu UMNO Terengganu. Saya kira pemimpin itu tidak pernah membaca blog saya kerana blog saya banyak mengutuk pemimpin PAS. Bila mengkritik PAS, maknanya bolehlah membantu UMNO.”

Baca seterusnya untuk mengetahui luahan Zabibi...