Memaparkan catatan dengan label Mazlan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mazlan. Papar semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2011

Tak Payahlah Bulan Madu Kedua - Boleh Belajar Daripada Mad Said

Pentingkah sangat program Bulan Madu Kedua hingga mahu dijadikan kursus wajib?

Atau ia sebagai usaha membelanjakan wang rakyat sebagai anugerah kepada kakitangan kerajaan untuk ‘bersedap’ dengan isteri.

Pokoknya apakah selama ini pegawai berkenaan ke luarTerengganu atau bertugas atau berkursus di Terengganu tidak membawa isteri atau suami masing-masing?

Yang Ambe tahu, program Bulan Madu Kali Kedua ini diperkenalkan untuk pasangan yang bermasalah, bukan untuk kakitangan kerajaan.

Tiba-tiba Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah yang tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik itu mengatakan Kerajaan Negeri akan menjadikan sebagai kursus wajib kepada penjawat awam dalam usaha memantapkan institusi keluarga yang kian meruncing kini.

Tegasnya, ia dilakukan kerana program yang dikendalikan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) itu dilihat dapat meningkatkan kualiti hidup kekeluargaan.

Mengikut kajian YPKT pasangan berkahwin dalam tempoh berkenaan menghadapi pelbagai masalah terutamanya menyesuaikan diri antara satu sama lain sekali gus meningkatkan kadar penceraian dan setakat ini jumlah ibu tunggal di Terengganu dianggarkan seramai 17,000 orang.

Persoalan ialah apakah institusi keluarga di kalangan kakitangan kerajaan atau penjawat awam begitu meruncing?

Kalau tidak tahu mahu menjaga keluarga, contohi Menteri Besar, Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) yang mempunyai dua isteri.

Mazlan berkata kerajaan memandang baik cadangan oleh YPK itu memandangkan institusi kekeluargaan khususnya berusia bawah lima tahun begitu membimbangkan berikutan kerap berlakunya penceraian.

Bercakap selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009/2010 dan Pelancaran MS ISO 9001:2008 YPK, di Dewan Utama YPK, di Kuala Terenggan kelmarin, Mazlan berkata: “Ia merupakan cadangan baik yang boleh kita laksanakan pada semua penjawat awam dan kita harap YPK dapat menyerahkan kertas cadangan secepat mungkin untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.”

Ambe harap EXCO tidak lulus cadangan ini. Bukan kerana ia ‘cadangan bodoh’ tetapi ada lagi yang lebih penting!

Beliau member respons terhadap cadangan Pengarah YPK, Mohd Safaruddin Mustaffa agar Kerajaan Negeri menjadikan program tersebut sebagai salah satu aktiviti yang harus disertai setiap kakitangan kerajaan yang telah berkahwin kurang dari lima tahun.

Ambe rasa Mazlan patut melihat kepada isu lebih besar, umpamanya menyelesaikan ‘boikot penjawat awam’ terhadap program kerajaan yang mahu dilaksanakan oleh Menteri Besar serta menjamin jentera kerajaan berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ benar-benar menyentuh jiwa rakyat.

Program yang mahu diperkenalkan Mazlan hanya akan menghabiskan wang rakyat dan ‘pasangan’ penjawat awam yang akan mendapat SEDAP!

Selasa, 27 September 2011

Apabila SUK Terengganu Tidak Fasih Berbahasa Inggeris

 
Memalukan negeri Terengganu sahaja.

Datuk Mazlan Ngah rupa-rupanya tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Bukan sahaja pembentangan beliau pada satu majlis di London tergagap-gagap dan tidak difahami peserta, menjawab soalan pun tidak tepat dan di luar perspektif sebenar.

Bukan dengan ‘Mat Salleh’ pun . Pada majlis yang dihadiri tidak sampai pun 20 orang (kira-kira 5 orang rakyat Malaysia), beliau tergagap-gagap menyampaikan pembentangan dan menjawab soalan.

Tidak bersedia? Kenapa datang dan mahu menjawab soalan wartawan pelancongan?

Lebih buruk, majlis yang sepatutnya menjadi medan menerangkan hasrat Terengganu membangunkan pelancongan akhirnya menjadi majlis perbincangan biasa.

Nasib baik ada pegawai Tourism Malaysia yang membantu menerangkan beberapa perkara.

Kerajaan Terengganu berbelanja ratusan ribu ringgit menghantar rombongan berkenaan ke London. Apa hasilnya?

Yang pasti, bukan sahaja matlamat gagal untuk menjelaskan hala tuju pelancongan Terengganu tetapi menyerlahkan seorang SUK yang gagal berbahasa Inggeris dengan baik!

Mad Said (Datuk Seri Ahmad Said) pilih orang macam ini untuk mewakili Terengganu ke persidangan besar seperti ini.

Lain kali tak payahlah taraf SUK kalau dah ‘tok rok cetong’....pilihlah pegawai biasa untuk buat pembentangan dan orang besar seperti SUK tu pergilah makan angin . Tumpang sekaki lebih baik....

Kesian kat sistem pentadbiran 'Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan' Terengganu....

Isnin, 26 September 2011

Perbelanjaan Defisit & Hutang Awam Melebihi RM1b...MEMBIMBANGKAN!


Kita kini menunggu analisis Ketua Audit Negara terhadap kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Terengganu 2010.

Untuk 2010, Kerajaan Negeri diminta merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemat selaras dengan dasar Kerajaan Negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Selain itu, tindakan berterusan perlu diambil untuk mengutip tunggakan hasil dan tunggakan bayaran balik pinjaman kepada Agensi Negeri.

Walaupun pada akhir tahun 2009 ia berada pada tahap memuaskan namun dibimbangi sangat ialah kecairan tunai semasa Kerajaan Negeri adalah rendah kerana aset semasa tidak dapat menampung jumlah tanggungan semasa.

Kedudukan Wang Tunai Kerajaan Negeri menunjukkan penurunan dari tahun 2007 hingga 2009.

Sehingga akhir tahun 2009, Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri telah mencatat penurunan sejumlah RM164.20 juta atau 40.6% kepada RM240.45 juta berbanding RM404.65 juta pada tahun 2008.

Manakala Akaun Hasil Disatukan mencatatkan defisit pada tahun 2009 sejumlah RM274.05 juta menjadikan defisit terkumpul meningkat kepada RM699.01 juta berbanding RM424.96 juta pada tahun 2008.

Walaupun jumlah perbelanjaan menurun sejumlah RM5.04 juta tetapi penurunan ini kurang berbanding penurunan hasil yang berjumlah RM132.55 juta pada tahun 2009.

Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan sebagaimana tahun 2008 bagi menampung defisit tersebut. Kerajaan Negeri juga telah melupuskan kesemua Pelaburan Am berjumlah RM6 juta bagi menampung perbelanjaan.

Penyata Akaun Memorandum menunjukkan Aset Kerajaan yang terdiri daripada Pinjaman Boleh Dituntut, Pelaburan dan Tunggakan Hasil berjumlah RM455.58 juta tidak dapat menampung Tanggungan iaitu Hutang Awam yang berjumlah RM1.01 bilion.

Bagaimanapun, jumlah Pinjaman Boleh Dituntut telah menurun sejumlah RM8.72 juta atau 2.6% menjadi RM328.01 juta pada tahun 2009, manakala Tunggakan Hasil telah mengalami penurunan sebanyak 16% atau RM1.91 juta kepada RM10.02 juta.

Apakah kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said dan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah sudah mengambil langkah-langkah yang dinasihati Ketua Audit Negara ini?