Memaparkan catatan dengan label Sokong Mat Said. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sokong Mat Said. Papar semua catatan

Isnin, 19 September 2011

Shabery Cheek atau Nasir Fikri Ganti Ahmad Said?

Tajuk asal - 'Cah Keting' Amalan Berdarah Daging Dalam UMNO

Selepas menghadiri majlis buka puasa dan hari raya PEKIDA baru-baru ini, saya diminta komen oleh wartawan akhbar Sinar harian, tentang amalan 'cah keting' dalam UMNO Terengganu'.

Saya tak tahu apa tujuan wartawan tersebut bertanya saya soalan tersebut. Mungkin kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus Che Azmi Abdul Rahman mengenai jangkaannya 'cah keting' akan terus berlaku dalam UMNO Terengganu.


Sebenarnya, Che Azmi bercakap dari hatinya 'speak from his heart', kerana Che Azmi adalah dianggap 'mangsa' dalam 'cah keting' UMNO Terengganu menjelang pilihanraya umum 2008. Selain Che Azmi, banyak lagi mangsa yang dimakan oleh 'pemangsa' dalam UMNO.

Antaranya, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said (ambil title penuh sementara masih ada) yang juga ADUN Kijal. Semua orang tahu, bekas Menteri Besar, Idris Jusoh mahu menggantikan Ahmad Said dengan orang lain.
[Gambar - Awang Tera ADUN Chukai dan Exco Kerajaan Terengganu hadir bersama dalam majlis berbuka puasa dan Hari Raya PEKIDA]

Yang sama antara Ahmad Said dengan Idris Jusoh adalah, dua-dua orang 'gedebe' dalam UMNO, seorang dari Selatan dan seorang dari utara. Yang bezanya, Ahmad Said lebih lama dari Idris dalam politik Terengganu. Sebab itu walaupun Idris yang merancang segala penipuan pilihanraya dalam tahun 2004, namun Ahmad Said menggantikannya ketika Idris ditendang dari Wisma Darul Iman.

Bagi saya 'cah keting' sudah mendarah daging dalam UMNO, bukan setakat amalan dan budaya, tetapi sudah jadi 'ritual'. Sebab itu timbul cerita tentang ahli-ahli UMNO ketika mereka 'orang iasa' dan ketika mereka mendaki dan berada di puncak kuasa.

Ahli biasa UMNO, suami isteri, apabila bangun dari tidur pada waktu pagi, si isteri akan bertanya kepada suaminya, "Abang, kita nak makan apa pada hari ini?,"

Apabila telah meningkat menjadi pemimpin pertengahan, menjadi kroni kepada pemimpin atasan, mendapat anugerah projek atau konsesi balak, maka si isteri akan bertanya kepada suaminya apabila bangun dari tidur,"Abang kita nak makan di mana hari in?,".

Apabila menjadi pemimpin yang lebih tinggi, peringkat negeri atau peringkat pusat, dipuncak kuasa, ada wang ringgit dan kekayaan, ahli UMNO suami isteri sudah tidak tinggal lagi di rumah kampung, tetapi tinggal di banglo ratusan ribu, malah jutaan ringgit.

Maka, ketika itu, si isteri ketika bangun dari tidurnya akan bertanya kepada suami, "Abang kita nak makan siapa pada hari ini?,"

Sebab itu, apabila kita pergi ke Kuala Nerus pada hari ini, pasti terdengar khabar, Datuk Nasir Ibrahim Fikri sedang menggerakkan jenteranya untuk 'mencah keting' ADUN Seberang Takir. Khabarnya, Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi terpaksa turun cuba mendamaikan 'pertelagahan' antara Nasir dan ADUN Seberang Takit, Ahad Razif Ab Rahman.

Nasir bercita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya, menjadi Menteri Besar Terengganu. Oleh yang demikian, dia perlu mengembalikan nostalgia untuk kembali ke Seberang Takir umpama 'sirih pulang ke gagang'

Tetapi kalau kita ke Hulu Terengganu, lain pula versi 'Menteri Besarnya'. Tengku Putera pula sedang menyiapkan hulubalangnya, untuk bertempur dengan si budak hingusan Rozi Mamat.

Tengku Putera akan menjadi Menteri Besar selepas pilihanraya umum ke-13, oleh itu beliau mesti bertanding di kawasan asalnya, DUN Telemong.

Dalam Majlis berbuka puasa dan hari raya PEKIDA di Chukai, lain pula khabar ceritanya, lain pula Menteri Besarnya.

Ahmad Said pada kali ini sudah hampir pasti tidak akan lagi menjadi Menteri Besar Terengganu. Tempoh sepenggal sejak 2008 sehingga pilihanraya umum ke 13, adalah hanya 'tempoh pinjaman' kepada Mad Said.

Bahkan yang paling hebat, desas desus lama yang pernah dinafikan oleh Mad Said akan menjadi kenyataan, umpama 'impian Idris, yang menjadi realiti'.

Mad Said akan di'cah keting'kan dan dibuang dari negeri Terengganu apabila ada pihak yang sedang mengatur, ADUN Kijal itu akan bertanding di parlimen Kemaman. Makan dengan itu, ahli parlimen masakini, Shabery Cheek akan turun bertanding di DUN Chukai.

Di Kuala Nerus, ritual cah keting UMNO adalah Nasir (Botok) akan jadi Menteri Besar. Di Hulu Terengganu, Tengku Putera pula akan menjadi Menteri Besar.

Maka, di Kemaman pula, ritual 'cah keting' UMNO adalah, Shabery Cheek akan menjadi Menteri Besar Terengganu, menggantikan Mad Said!!!

BuletinOnline ( 3 September 2011)

Ahad, 11 September 2011

Mat Said Kena Ingat Pesanan ‘Jerat Tidak Akan Lupakan Kancil’...

Betul ke tidak laporan ini?

Apakah benar bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Besar Terengganu (Dato’ Seri Idris Jusoh), Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir itu sudah bersalah?

Apakah kejayaan pihak pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu membuktikan terdapat `prima facie’ berhubung kes `ugutan bunuh melalui SMS’ membuktikan Dr Ramzi bersalah?

Menurut blog teganukini yang kemudian dipetik teganuku, ‘dengan bahasa yang mudah, Dr Ramzi didapati bersalah dalam semua lapan pertuduhan kes ‘SMS Ugut Bunuh’ berkenaan.

Ambe tak faham. Pertama prima facie dah bersalah atau hampir pasti bersalah? Dan keduanya, lapan atau empat pertuduhan!

Beliau diarahkan membela diri pada tarikh 10 hingga 13 Oktober dan 24 hingga 27 Oktober 2011 dan selepas itu segala-galanya akan terserlah.

Dr Ramzi didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun Paka), Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April 2009 lalu, di E 726 Kampung Kubang Parit., Kuala Terengganu.

Dr Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi , Abd Halim Jusoh (ADUN Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (ADUN Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ahmad Ramzi mengancam untuk mendatangkan kematian kepada ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Dia turut didakwa memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Wan Ahamad Wan Muda, yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dengan menghantar SMS ugutan itu melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bingung Ambe! Tapi tak apelah.

Yang penting, puak jahat yang memfitnah bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar, Wan Ahamad Wan Muda (kini Dato’) dan menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) akan diketahui dalam masa terdekat.

Malah jika Wan Ahamad tidak bersalah dan Dr Ramzi pula bersalah akan semakin jelas bahawa Ahmad Said cuba dijatuhkan melalui taktik paling kotor dalam sejarah Terengganu.

Padan muka mereka.!

Malah, kini semakin terserlah apa yang diperkatakan oleh penyokong Idris tidak benar.

Mereka sengaja buat onar dan tidak hadiri sidang Dewan Undangan Negeri dengan alasan takut kena bunuh. Memang dasar dayus dan penakut.

Cakap berdegar-degar. Tidak ada orang mati pun di sidang DUN berkenaan. Malu kepada ADUN PAS yang mentertawakan episode berkenaan.’

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kena fikir masak-masak kejadian ini.

Yang jelas menyokong Ahmad Said ketika ini hanya Datuk Za’bar Mohd Adib, YB Ahmad Razif Abdul Rahman, YB Dr A Rahman Mokhtar dan Yb Rozi. Exco lain ketika ini hadir ke sidang kerana mereka Exco. Kalau tidak Exco, mungkin mereka dengan kumpulan DUN yang ‘takut mati’ itu.

Harapkan YB Yahya Khatib Mohd atau Datuk M ohamed Awang Tera? Mereka pun bercita-cita mahu jadi MB. Sementara YB Ashaari Idris dan YB Khazan Che Mat pula tenggelam punca kerana dalam kem yang menentang YB Jidin (Setiu), iaitu penyokong setia Ahmad Said. Sementara Datuk Rahin Mohd Said pula jelas tidak suka dengan Ahmad Said hinggalah sekarang!

Ahmad Said kena pegang kata-kata orang tua – “Jerat tidak akan lupakan Kancil....”